more...

Saturday, December 15, 2012

sayur hailam


kita bersiaran dengan masakan-masakan yang lama je lah ya. sebab sekarang saya tengah bz nak final exam so jarang balik rumah and memasak. sekali dapat masak, saya masak banyak-banyak and simpan gambar dalam folder. buat spare part. takleh laa nak update semua sekaligus kan? hehe.

takpe. gambar tak basi. huihui.


SAYUR HAILAM

  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 3-4 biji cili api
  • 1 keping dada ayam
  • kobis, carrot, & kacang parang muda - sayur ikut pilihan spt bunga kobis/putik jagung/cendawan tiram etc.
  • 3 sudu sos tiram - larut dengan sedikit air
  • kicap manis - bergantung pada citarasa masing2
  • garam & bahan perasa
  • 2 sudu tepung jagung - larut dengan sedikit air


~ketuk bawang putih & cili api. hiris nipis dada ayam. potong sayur ikut kesesuaian.
 ~tumis bawang putih & cili api hingga naik bau. masukkan ayam.
~masukkan sos tiram dan kacau rata. masukkan sayur.
~masukkan kicap dan perasakan. kacau dan masukkan air tepung jagung.
~masak 3-4 minit dan angkat. nyumm!


No comments:

Post a Comment

superb komen-ngomen