faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label japanese food. Show all posts
Showing posts with label japanese food. Show all posts

Friday, May 3, 2013

Tamagoyaki (egg roll)


makanan jepun lagi? hehe. rilek. faa sebenarnya malas nak masak breakfast, so ni je la resepi simple yang sedap dan mengenyangkan! cewah. semua ada. nasi, telur, ayam tapi just sayur je takde sebab xde stok. hehe. maafkan faa ya,


tapi kalau nak tambah sayur pon boleh. nampak ceria sikit. salad, timun, capsicum, carrot n macam-macam lagi lah. ikut suka. sape yang tak makan sayur tu, ha, ikut je 100% resepi ni. heuheu.


TAMAGOYAKI (EGG ROLL)

  • 2 biji telur + 1 sudu susu segar + garam n lada hitam - dipukul dan dibuat telur dadar yang nipis dan bulat sebesar pinggan.
  •  1 cwn nasi sushi - click *_* untuk nasi sushi menggunakan beras biasa. 
  • 2-3 ketul ayam goreng Ayamas - digoreng dan di siat isi n dibuang tulang
  • sos cili
~ikut step-by-step ni.









 bila dah siap gulung, potong berhati-hati. jangan sampai terburai tau. hehe. makan panas-panas memang sedap! cuba lah kalau nak breakfast yang agak berlainan sikit. tak rugi tau. boleh juga untuk dibuat bekalan anak-anak ke sekolah ke, suami ke pejabat ke or untuk diri sendiri. kan?


SELAMAT MENCUBA!






Friday, March 1, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake


hai semua..faa ni kat Temerloh, rumah nenek faa, faa baru sampai dari Melaka. penat mengangkut barang2 dari stor ke rumah sewa. Class start Isnin ni tapi kena daftar hostel awal. diorang ingat pelajar-pelajar ni duduk sekitar situ je? 5 jam memunggung atas bus semata-mata nak g angkat barang je. haaa..kan dah star complaint. huhuhu.


sebelum faa balik Melaka hari Khamis tu, faa sempat laa baked HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE. dah lama terpandang kat blog Kak Ita, tapi tangguh dulu sebab macam tak berkeinginan lagi. bila tengok Kak Mas dah buat, terus copy resepi dan terus baked! kebetulan nak try buat cupcake guna acuan silicone yang faa beli kat Mr DIY Shop, macam ni rupanya..


takut jugak hangus. sebab macam plastik kan. bedebor laa jugak. hehehe. dah tersedia sebaldi air kat tepi takut-takut terbakor, oke tipu. hehe. 


thanks to Kak Ita and Kak Mas atas resepi simple n sedap ni. jom tengok kejadian cupcake kepunyaan Kak Mas kat sini --click *_* dan Kak Ita punya kat sini --click ^_^ . dua-dua comel, gebuss ang putih melepak. faa punya hitam legam tak taw laa apa punca. hehe. izinkan faa copy resepi kat sini tapi faa ada edit-edit guna bahan yang ada kat dapur. hehe.


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

  • 4 biji kuning telur
  • 30 gm gula castor
  • 1 sk esen vanilla
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak canola - faa guna minyak masak
  • 55 gm tepung cake - faa guna tepung gandum + 1/2 sk soda bikarbonat
  • 20 gm tepung castard
  • 1 sk baking powder
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sk garam halus
  • 80 gm gula castor
~panaskan oven 170C
~susun paper cup dalam acuan atau guna acuan remekin.
~ayak tepung, baking powder, tepung castard sebanyak 3 kali.
~pukul kuning telur menggunakan whisk. campur gula, esen vanilla, susu segar, minyak dan kacau rata hingga gula larut.
~masukkan bahan diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
~dalam bekas lain (yang betul2 kering), pukul putih telur dengan garam hingga berbuih. masukkan 80 gm gula castor dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi soft peak (meringue)
~masukkan 1/3 adunan meringue dalam adunan kuning telur tadi dan kacau menggunakan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga rata.
~masukkan baki meringue dan kacau lagi guna kaedah kaup balik hingga semua rata.
~tuang adunan dalam cup sehingga 80% penuh. hentakkan sedikit loyang dan bakar selama 20-30 minit  atau hingga masak.
~sejukkan kek dan paipkan custard filling.



CUSTARD FILLING

  • 2 sudu tepung castard
  • 4 sudu gula
  • 1 cwn susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu butter
  • 1 sk essen vanilla
~masukkan semua bahan dalam saucepan/periuk kecil. kacau rata hingga tiada berketul-ketul.
~buka api perlahan dan kacau sentiasa sehingga pekat. tutup api dan kacau lagi hingga suam. untuk elakkan menjadi berketul.
~sejukkan dan paipkan filling atas cupcake. faa guna sudu je. hehe. nyum!



Wednesday, February 27, 2013

Kimbap / Korean Sushi



apa khabar semua? sihat? faa skang mood ke laut sikit. lagi beberapa hari nak balik Melaka and goodbye my kitchen! hello books! kembali ke alam realiti. misi 200 resepi untuk cuti sem pon nampaknya macam tak tercapai. sedihhh! sobss!


abaikan lah cerita sedih tu. jom kita merantau ke Korea dengan hidangan Kimbap. apa kimbap tu? kimbap tu macam sushi tapi Korea punya la. macam sushi faa tak beberapa minat sebab ada bahan dia yg digunakan mentah n entahlah, faa tak boleh nak terima sangat rasa dia. heuheu. tapi Kimbap boleh plak terima. tu pon yg faa buat sendiri. hehe. sebab boleh buat ikut citarasa kan? jimat pon jimat.


faa tengok cite korea, diorang buat kimbap ni kalau ada trip ke, anak2 ada school trip ke, kira bekalan diorang lah. macam sandwich gitu. hehe. bahan utama dia nasi and seaweed/rumpai laut. nasi tu ada yg una beras jepun, tapi faa guna nasi beras biasa je. sebab hasil kajian resepi-resepi kimbap, ramai yang menggunakan beras biasa dan rasa dia ohseemm! hehe, perasan! so tak payah lah membazir duit beli beras jepun kan? mahal kot. entah? faa tak pernah tengok pulak harganya, selalu tengok paketnya je. inti pulak ikut suka laa nak letak apa. pastu gulung. gulung plak kena ada tikar buluh dia tu. mana nak cari? kat Daiso ada. faa beli kat mr diy shop. murah je. tak sampai rm2. jom laa tengok resepi mudah ni!


KIMBAP / KOREAN SUSHI

  • 1 cwn nasi panas baru lepas masak
  • 1 1/2 sudu besar mayonese
  • 1 sudu cuka
  • 2-3 titik minyak bijan
  • secubit garam
  • 1/2 sk lada hitam (kalau guna lada hitam aji shio, tak payah guna garam)
  • 1/4 batang carrot -hiris memanjang sebesar dan sepanjang pensel
  • 1/4 batang timun - (sama mcm carrot)
  • hirisan isi ayam/isi ikan/daging/tuna (kalau guna isi ayam/daging, perap dengan kicap, sos tiram, sos cili , madu, garam dan lada hitam secukup rasa dan bakar sampai masak)
  • 1 biji telur 
  • 2 helai seaweed - beli jenama bigbang. jangan beli yg hirisan kecil, jenama bigbang tu memang besar dia cukup2 utk 1 kimbap. ada jual kat giant.
  • tikar buluh untuk gulung sushi
~ gaul nasi panas dengan mayonese, cuka, minyak bijan, garam dan lada hitam. kacau sebati dan rasa.
~pukul sebiji telur, panaskan non-stick pan dan dadarkan telur hingga masak. potong sama panjang dengan timun dan carrot.
~dalam pan yg sama, masukkan timun dan carrot dan saute (goreng tanpa minyak) sebentar dengan sedikit garam dan lada hitam. kacau selama 3-4 minit. tutup api dan angkat.

CARA MENGGULUNG:
~sediakan nasi, carrot & timun yg disaute, isi ayam, telur dadar, seaweed dan tikar buluh.
~bentang seaweed atas tikar buluh. ratakan nasi atas seaweed hingga rata. 
~susun semua bahan dengan teratur.
~gulung hingga kemas. pastikan betul2 ketat dan kemas tapi jangan sampai pecah!
~keluarkan kimbap dari tikar,hiris bulat-bulat dengan pisau tajam dan hidangkan!



faa buat 2 jenis inti. yg gambar kat atas tu semua inti ayam. yang kat bawah ni semua inti isi ikan goreng. tikar macam dalam gambar bawah ni laa yg faa gunakan. senang sangat! cubalah!



gambar bawah ni bekalan untuk Yong, sepupu faa. sebab dia peminat tegar sushi. sama ngan adik faa, Angah tapi Angah jauh so tak dapat laa den nak tolong. heuheu.


Saturday, February 9, 2013

Dorayaki


aci tak dipanggil dorayaki? dah la rupa takde, inti pon blueberry bukan kacang merah. tapi nak juga panggil dorayaki. boleh laa. boleh laa. dorayaki. dorayaki. dorayaki. lalalala~ hehe. faa ambil resepi dorayaki, so dorayaki la namanya tapi tak taw laa kenapa rupa lebih ke arah pancake biasa. rasa sedap. hehe.


faa amik resepi dari ABM. thanks ABM. jom tengok kejadian the real dorayaki kat sini. cantik kan? oke lepas tengok blog ABM tadi baru faa taw kesilapan dia. faa guna api sederhana besar. rupanya kena guna api kecil je. ni lah dia orang yang tak sabar kan. hadaplah faa oiiiit. hehe


sebenarnya faa rindu zaman kanak-kanak dulu suka tengok Doraemon. kan ni kuih kegemaran Doraemon. masa kecik dulu teringin sangat nak rasa n taw macamana ras n rupa kuih dorayaki ni. dah umo 23 tahun baru dapat rasa. hehe. ni pon buat masa breakfast tadi. tapi resepi ni tak dapat banyak so lepas breakfast dorayaki, terus masak megi. lapor. huhu. 


jom laa tengok resepi dorayaki yg senang sangat ni. credit a lot to ABM tapi sorry ye ABM. ada yg diderhakai dgn resepi ABM ni. faa takde madu so faa ganti dengan susu manis n faa tambah baking powder n esen vanilla. halal ye. hehe. jom tengok resepi yg faa dah gandakan 2.


DORAYAKI

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk baking powder
  • 4 biji telur
  • 100 gm gula castor
  • 2 sudu besar madu - faa gantikan dgn 1 sudu besar susu manis
  • 2 sudu besar air
  • 1 sk esen vanilla - faa tambah
  • inti - sepatutnya red bean paste tapi faa guna blueberry and ABM cakap guna pape inti pon boleh. ikut suka.
~ayak tepung gandum, baking soda & baking powder.
~pukul telur dan gula hingga sebati. masukkan madu(susu manis) dan esen vanilla dan kacau sebati.
~masukkan bahan diayak sikit demi sikit dan kacau hingga rata. wrap dan rehatkan dalam peti ais selama 30 minit.
~panaskan pan dengan api kecil. griskan dengan sedikit minyak/butter. sudukan 2 sudu besar bater dalam pan. bila permukaan dah berbuih, palingkan perlahan-lahan. biarkan seketika hingga keperangan. ulang sampai habis.
~sapukan inti diatas satu lapisan dan sandwichkan dengan selapis lagi dorayaki. tekan sedikit bagi padat. 



kalau nak hilang rindu zaman kanak-kanak, tengok Doraemon kat Astro Ceria sambil makan Dorayaki. hehehe.


Wednesday, July 4, 2012

takoyaki-cekodok jepun

jangan espect aku nak bagi resepi TAKOYAKI kat sini. ngeh ngeh. sebab aku baru dalam proses planning ye nak buat cekodok Jepun ni.

sebenarnya da lama taw pasai mende alah ni. tapi baru saat-saat nak mendebabkan badan selama dua bulan -CUTI SEM- ni baru berkobar-kobar rasenye nak buat.

first aku taw pasai Takoyaki ni, kawan aku Beena ngan Myra Tepenk yg cakap mende ni sedap. tapi aku xberkesempatan nak rasa lagi. padahal mende ni ade jual kat Jusco. camni laa ghupe kedai tu.

*sumber alam maya

aku selalu nampak tapi just pass-by je. x de sekelumit niat pon nak singgah or beli sebab aku bkn laa salah seorang peminat makanan jepun *terutama SUSHI! 

then tadi aku berfoya-foya berfesbuktanparasabersalahesokadepaper, aku nampak kawan aku, Jihah ni buat Takoyaki ni. nampak mewah je sebab dia pandai buat masakan jepun. tapi rupa melayu sebab dia guna acuan kuih cara. unik kan? aku rasa nak buat sangat lepas tengok ghupe Takoyaki Melayu terakhir ni.

*jom tengok resepi beliau kat sini *_*

nampak menyelerakan kn? meleleh air liur aku ni haa. lagi sorang kawan aku, Mek Sha pon penah buat gak. dia opkoz laa penah dan akan selalu buat sebab dia bermastautin kat Jepun. Hihi. seronok je tgk ade org jepun ajar dia buat Takoyaki ni. untunglaa kau mek. hihi. jom tengok Warganegara Takoyaki yang sebenar.

*kalo korang rasa korang duduk kat persekitaran Jepun n mudah nak dapat2kan bahan2 yang sebenar, pendek kata kalo korang nak try resepi sebenar, jom click @_@


so balik ni aku dah aim nak kerjakan duit myummi nak beli acuan kuih cara n nak try buat cekodok jepun ni. opkoz laa versi Melayu kan? sebab kita x duduk Jepun. hihihi