faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label lauk simple. Show all posts
Showing posts with label lauk simple. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Ayam Ujang


Ayam Ujang ni menu favourite faa kat foodkot kat apartment faa ni ha. sedap sangat kalo makcik ni masak ayam ujang ni. pedas giler. bukan ayam je taw. bebola daging, ikan pon dia buat lauk ujang ni. memang specialty makcik ni la. set nasi ujang ni selalunya nasi putih + ayam ujang + telor = rm4. sedap.


oke bila dah nak dekat hari-hari makan, dah boleh agak la bahan dia apa. yg penting, cili api bahan utamanya. pada sape-sape yg ada masalah buasir jangan riasu..leh je guna cili besar kaler hijau tu. jangan nangis. jom faa bagi resepi yang main agak-agak ni.


AYAM UJANG

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil. nak besar pon boleh. ikut suka. tapi kalo campak sekor tu tak proper la plak kan.
  • segenggam cili api hijau
  • 3-4 biji cili api merah (cili Vietnam)
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 batang carrot - dipotong ikut suka
  • 3-4 batang kacang panjang - dipotong
  • 1-2 asam keping
  • 1 paket perencah nasi goreng cina Adabi / 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • garam gula secukup rasa
  • sedikit preahan limau nipis - kalau kurang masam
  • minyak untuk menumis
~blender semua cili, bawang besar dan bawang putih. panaskan minyak.
~masukkan bahan blender, serai dan asam keping. kacau-kacau hingga garing. kalau terlampau garing, masukkan sikit air. masukkan ayam dan kacau.
~bila ayam agak masak, masukkan sos tiram, perencah nasi goreng cina Adabi, carrot, kacang panjang. kacau hingga rata.
~bila dah sebati, perasakan dengan garam, gula dan kacau lagi. masukkan jus limau. biar hingga ayam masak. tutup api dan hidangkan.




Tuesday, April 16, 2013

Telur Bungkus Simple


hai. ingat lagi tak faa cakap faa memasak kat rumah sewa kawan faa? kalau tak taw click (fakefriedicecream). oke ni menu kedua yang faa buat untuk dinner malam tu. fake fried ice cream tu kitaorang jadikan dessert afta dinner. haaaa kau. curlass gitu siap ada dessert. ihiks.


Telur Bungkus ni simple je sebab malas nak pikir masak apa. masak guna bahan nan hado je. rasa not bad laa walaupun simple. jom tengok resepi campak-campak ni yg faa pikir semua boleh create their own filling tanpa garu-garu kepala sambil memikirkan "betul ke resepi telur bungkus camni?"

TELUR BUNGKUS SIMPLE

  • 4 biji telur - untuk 4 org makan
  • 1 keping daging hancur Ramly - nak guna daging burger boleh, sosej boleh, seafood, ayam segar dicincang sendiri. ikut suka.
  • 1/2 batang carrot - guna laa apa-apa sayur yang sesuai mengikut citarasa. kangkung? mcm tak sesuai tapi kalo nak, letak je. kita buat dia. hehe.
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 biji cili api - bergantung tahap kepedasan masing-masing
  • cili sos - *ikut rasa
  • kicap manis/saus manis ABC - *ikut rasa
  • sos tiram - * ikut rasa
  • 3-4 sudu air
  • sedikit minyak untuk menumis
~cincang halus bawang putih, bawang besar dan cili api.
~tumis semua bahan dicincang halus hingga garing
~masukkan ayam cincang dan kacau rata. masukkan sedikit air.
~masukkan semua bahan sos, *ikut rasa means isi sikit-sikit, pastu kacau then rasa. kalau kurang boleh tambah, kalau terlebih.....emmm...emmmm..sengih je laa. hehe. 
~kacau rata semua bahan bila sos diisi. masukkan sayur dan masak hingga kering. angkat.
~bahagikan inti kepada 4 bhg.

~tuang sedikit minyak dlm kuali/pan. pukul telur dgn sedikit garam.(macam nak buat telur dadar)
~tuang 1 bhg (anggaran 1 biji) telur dan ratakan dlm kuali. goyangkan kuali bagi telur menjadi besar. biar sedikit masak.
~letak 1 bhg inti ditengah dan lipat. biar hingga telur garing dan angkat perlahan-lahan.
~ulang hingga habis.



kawan faa ni, Paie, dari Kuala Lipis, orang Pahang sama dengan faa, kebetulan dlm ice box dia ada ikan patin tempoyak yg mak dia bekalkan minggu sebelumnya. so hangatkan je lah. berselera kitaorang berempat makan. hehe. seronok!



Thursday, March 14, 2013

Ayam Cendawan


yea! yea! faa nak balik kuantan! so nantikan resepi baru dari faa ek. hehe. perasan. padahal takde sape pon yg tunggu resepi dari faa. Insyallah kalau takde hal, 2-3 resepi bakal dicuba minggu ni. gian dah ni nak memasak. lama kan faa tak update blog. heuheu.

so meh laa layan resepi yang dah lama berkurun faa buat tapi baru nak di post. resepi simple je. kalau kita makan nasi goreng cendawan, kan ada lauk cendawan dia tu. haa, ni faa nak tunjuk macamana nak buat lauk cendawan dia tu versi ada ayam. boleh jugak makan ngan nasi biasa. selamat mencuba!


AYAM CENDAWAN

  • sepeket cendawan - dicuci
  • beberapa ketul ayam - dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 4-5 biji cili api - diketuk
  • 1 paket perencah nasi goreng cina adabi / 1 kiub ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji limau nipis - ambil jus sahaja
  • 1 1/2 sudu tepung jagung + 1/2 cwn air
  • garam gula untuk perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
~panaskan minyak. tumis bawang putih, halia dan cili api hingga naik bau.
~masukkan ayam dan kacau rata. masukkan perencah nasi goreng cina, sos tiram dan jus limau nipis.  kacau dan biar hingga mendidih dan masak.
~masukkan cendawan. kacau 2 minit.
~masukkan air tepung jagung dan kacau rata. rasa. jika kurang masin dan manis, tambah sedikit garam dan gula. 




Friday, March 8, 2013

Ayam Sambal Blueberry


salam Jumaat. dah lunch? tak taw nak makan apa?hehehe. saje nak suggestkan lauk ni. daripada bosan makan ayam sambal biasa, apakata gantikan gula dengan sesudu blueberry filling. ada rasa kelainan sikit. kita kena lah rajin mencuba n mengambil risiko kalau nak rasa yang berlainan kan?hehehe


AYAM SAMBAL BLUEBERRY

  • 2-3 ketul ayam - digoreng garam kunyit dahulu
  • sedikit minyak
  • 4 sudu cili blender - bawang besar, cili kering dan bawang putih diblend
  • 1 sk blueberry filling
  • garam, gula secukup rasa
  • 1 sk asam jawa adabi
~panaskan minyak, tumis cili blender hingga garing.
~masukkan blueberry filling, perasakan dengan garam dan kalau kurang manis, isi sedikit gula
~masukkan asam jawa segera adabi dan kacau rata. kalau terlalu garing, masukkan sedikit air.
~masukkan ayam goreng dan kacau 5 minit. tutup api dan hidangkan





kailan ikan masin


nothing special yang dapat faa post kan. hanya lauk-lauk simple je yang tinggal dalam folder. maafkan faa ya.    tu pon perasaan malas nak post berleluasa dalam hidup faa ni. dah laa minggu awal sem kan. dah masuk sem 5 pulak tu. busy mengalahkan PM nak mengadap musim undi. haish~ 

jom lah tengok resepi lauk simple dari faa ni. rasanya lauk ni fevret semua kan. lagi-lagi kalau kat kedai siam. hehe. jom tengok resepi.


KAILAN IKAN MASIN

  • 1 ikat kailan - dibersihkan dan dipotong
  • 2-3 keping ikan masin - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4-5 biji cili api
  • 1-2 sudu besar sos tiram - ikut citarasa
  • sedikit air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
~ketuk bawang putih dan cili api. hiris bawang besar.
~panaskan minyak. tumis bawang putih, bawang besar dan cili api. masukkan ikan masin dan tumis hingga garing.
~masukkan kailan, sos tiram, dan sedikit air. kacau rata. perasakan dgn garam dan serbuk perasa. rasa dulu baru isi garam. kalau dah masin tak payah isi.
~kacau 5 minit dan angkat.



Thursday, February 21, 2013

Nasi Lauk Kampung


faa kat kampung Temerloh skang ni. nak tolong nenek kemas-kemas umah sebab Sabtu ni nenek nak buat tahlil n baca Yassin untuk arwah Atuk. so, malas nak bebel panjang. jemput makan yuk!


PETOLA DAN UDANG TUMIS AIR

petola yang ditanam sendiri oleh nenek faa. lepas petik, siang petola n udang, tumis 2 ulas bawang putih smpai naik bau, masukkan udang n serbuk perasa, masukkan air. biar mendidih, masukkan petola dan perasakan dgn garam. masak hingga mendidih.


SAMBAL BILIS MENTAH DAN ULAM

ulam kacang botor dan kacan panjang yg comel-comel tu pon baru petik. makan dengan sambal fevret faa, sambal bilis mentah. just tumbuk cili api dan cili besar dengan ikan bilis. perasakan dgn garam dan gula. isi asam sama ada jus limau nipis / tomato / air asam jawa / jus limau kasturi / mangga / dll.



AIR SIREN

bancuh oren sanquick dengan air n sirap n gula. isi air batu. hehe.


AYAM GORENG BEREMPAH

1/2 ekor ayam diperap dengan 1 biji bawang besar, 2 ulas bawnag putih, 1 inch halia yang dah diblender dgn sedikit air. masukkan juga bahan perasa, garam dan serbuk kunyit. perap 20-30 minit dan goreng hingga garing.

SELAMAT MENJAMU SELERA!
(sorry. gambar snap guna BB je. xcantik. hehe)



Thursday, February 14, 2013

Cendawan Crispy


selamat pagi semua. lama tak update kan. bukan apa. busy tak tentu hala. tak taulah busy buat apa tapi yang pasti sentiasa busy. hehe. tapi busy-busy pon memasak tetap memasak. itu penting! ye dak?


favourite ni. tapi faa tak beberapa minat sangat buat benda-benda yg goreng bersalut tepung ni. malas. hehe. makan suka. tapi kalau dah teringin sangat, terpaksa lah merajinkan diri ke dapur ye dak. jom lah tengok resepi mudah tak perlu tepung gorengan segera tapi rasa sedap. -perasan-


CENDAWAN CRISPY

  • 1 paket cendawan tiram - disiat kecil
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung
  • lada hitam dan garam untuk perasa
  • sedikit air - hingga bater jadi tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. sedang-sedang
~gaul semua bahan kecuali cendawan hingga rata.
~panaskan minyak. celup cendawan dalam bater dan goreng hingga garing.
~tabur sedikit serbuk cili untuk rasa yg lebih kick!




ni faa ada tips dari food network channel. hehe. cendawan ni tak boleh dibasuh sebab dia macam span. nanti dia serap air. cara nak bersihkan dia, lap dgn tuala basah. senang! hehe.


Wednesday, January 23, 2013

Set Lunch A'la Kampung. - Kuah Santan Durian, Ayam Kunyit, Ikan Haruan Goreng & Telur Dadar Cencalok


burrpp.. Alhamdulillah..da lunch da semua?menu apa hari ni? walaupun hanya tinggal bertiga (Ummi Abah n aku) aku still nak masak macam-macam. plus ummi plak buat Kuah Santan Durian. perghh. hurmm. tapi still rindukan adik-adik. kalau ramai-ramai mesti berebut makan Ayam Kunyit tu.

balik pada cerita Kuah Santan Durian. mesti tak ramai yang tahu lauk ni kan? yang biasa kita dengar or bila aku cerita kat orang yang Kuah Santan Durian ni sejenis lauk dan dimakan sebagai kuah dengan nasi, semua macam...what?!..like..huh?wierdo..bukan orang makan dengan pulut ke?

oke ni nak bagitaw..yang santan durian makan dengan pulut adalah sejenis dessert dan semestinya manisan. ini adalah sejenis lauk dan ianya savoury dimakan bersama nasi. sedap! cuba korang try. ini menu turun temurun family aku. dari Nenek aku, Ummi aku n aku? tak pernah try buat lagi. makan je pernah. hehe.

ikan haruan goreng tu pulak, disebabkan Ummi dan Abah berhoneymoon sekarang (sebab adik bongsu masuk asrama form 1), diorang suka berjalan-jalan or balik kampung bila habis kerja. dekat kampung aku pulak, air paya tengah naik so Mak Ndak aku dengan aktivit mengail ikan. Ummi aku pon ikut join kail-mengail. so ikan-ikan inilah hasil 'kail'an mereka. 'kail'an? bolehlah. ~

jom laa tengok lauk-lauk sampingan yang lain dan resepi k. selamat lunch!



TELUR DADAR CENCALOK  ni aku amek resepi dari Kak Amie. click kat sini untuk lihat kegebuan telur dadar cencalok beliau. ^_^ thanks akak sudi share resepi yang sedap ni. tapi faa punya tak beberapa nak gebu la..hehe..tapi rasa memang awesome! ada jugak bahan yang faa skip sebab gunakan bahan apa yg ada dalam peti je. tapi serius lah! memang lain dari yang lain. Ummi Abah pon puji cakap sedap.

jom tengok resepi.

TELUR DADAR CENCALOK

  • 2 biji telur (3 orang makan)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris halus
  • 1/2 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 biji cili api kampung pedas kaw-kaw - dihiris halus
  • 1 sudu besar cencaluk - buang air
  • 1 sk baking powder
  • secubit gula
  • limau kasturi/hirisan limau nipis & cili api untuk hiasan
  • 1 sk minyak masak
~panaskan non-stick pan. isi minyak masak.
~kacau semua bahan kecuali bahan hiasan.
~kecilkan api. tuang telur. tutup pan. biar hingga garing. terbalikkan berhati-hati dan biar hingga masak.
*nak sedap boleh tambah mayonese, hirisan daun sup dan daun bawang.




KUAH SANTAN DURIAN

  • Isi durian dari 1 biji durian sederhana besar
  • kelapa parut - dari sebiji kelapa
  • air panas - bergantung pada kepekatan kuah. pastikan ambil pati santan
  • garam secukup rasa
~blender kelapa dengan air panas. ambil santan pekat sahaja.
~gaulkan dengan durian dan garam. perasakan.





hari tu sape entah yang tanya aku macam mana nak buat Ayam Kunyit garing macam kat kedai makan. aku pon perah laa otak pikir camne ek? sebab aku penah buat dulu (click #_#) pon tak beberapa garing n lembap-lembap je. tak beberapa nak kick laa kan.so hari ni aku buat experiment. aku goreng dulu ayam tu dengan minyak banyak. pastu tapiskan minyak. baru tumis dengan bawang semua. baru menjadi!

AYAM KUNYIT

  • 1/2 ekor ayam - bersih dan potong kecil. dilumur dengan sedikit garam dan sedikit kunyit. pastikan garam tu betul2 sikit sebab nanti nak tumis, nak isi garam lagi. goreng hingga garing dan toskan minyak.
  • 1/2 biji bawang besar - hiris bulat
  • 5-6 ulas cili api - ketuk
  • 1 biji lada merah - hiris halus
  • garam dan serbuk kunyit
  • 5-6 batang kacang panjang - potong sebesar batang mancis
  • sedikit minyak - ambil minyak goreng ayam tadi.
~ tumis bawang besar, cili api dan lada merah hingga garing. masukkan ayam dan kacang panjang.
~masukkan garam dan serbuk kunyit. kacau rata selam 10-15minit.
~hidangkan panas-panas.


Sunday, January 13, 2013

malay bibimbap


jom supper! senang je. bukak je tudung saji, cari mangkuk, isi nasi, susun laa lauk-pauk dinner tadi (kalo masih ada). gaul2 n feeling-feeling laa makan bibimbap. hehe.

 

ni adik aku laa, Ateh. masa cuti sekolah dulu, dia nak makan sangat bibimbap. takkan aku nak buat bibimbap untuk dinner plak kan? abah aku tak kan nak jamahnya. so aku pikirkan lauk yang agak sesuai nak dijadikan menu dinner + menu bibimbap. kangkung goreng & daging masak kicap. nama bibimbap tu pon bermaksud mixed rice kan, so mixed je dengan lauk-pauk yg ada. hihi. lepas ni nak try buat yg officially punya. ngehngeh.


Saturday, January 5, 2013

sayur tumis telor - fresh dari kebun nenek!

hye uolls. hehe. ni akibat dari tension n malas nak pulun study, aku curi-curi update blog. tambah pulak perot tengah lapor, asyik teringat makanan je. pas update kang aku turun foodkot cari rezeki Allah untuk disantap. hehe. esok ada paper. Club Management. bukan club yg clubbing tu ya. huhuhu. club persatuan, golf club, n seangkatan dengannya. sekian. :)


ni aku nak cite laa kan. nenek aku ni tangan dia mesra dengan tanah. apa yang ditanam menjadi je. sebab tu aku suka balik kampung. boleh makan sayur fresh! buah pon ada. kacang panjang, bendi (paling best!), kacang botor, bunga kobis, kucai, daun bawang, sawi, pegaga, terung pipit, daun limau purut, limau nipis, limau kasturi, terung n macam2 lagi la. -perotberbunyik!-

buah pulak kuini, mempelam kecik, jambu, kedondong, rambutan, betik dll. nenek aku takde kebun yang specific sebenarnya. just tanam dalam pasu n tepi2 rumah je. so kalo nak just petik je. hari yang aku balik tu kebetulan kacang panjang tengah rancak mengeluarkan hasil. nampak pulak bendi kegemaran aku pon ada  berbuah tapi sikit. pedulik apa aku, aku petik jugak sebab dah terliur sgt. hehe. bendi ni sedap tak macam bendi jual kat pasar. dia lagi lemak n warna dia kuning2 sikit. Ya Allah Ya Ampun! sedapnya terbayang2.


sayur tumis telor ni fevret family aku. kadang tu saja buat telor lebih dari sayur sebab ada hamba Allah yang tak makan sayur tapi kutip telor. hehe. sayur yg sedap masak camni kacang botor, bendi n kacang panjang. aku gabungkan kacang panjang n bendi seurat dua. aku kutip semua bendi tu dlm pinggan aku. hehe. tomakninah!

lauk ni simple n sedap! cepat n pantas! plus plus murah pulak tu! jom try!

SAYUR TUMIS TELOR


  •  10-15 batang kacang panjang - dibasuh dan dipotong
  • 4 biji cili merah
  • 3-4 biji cili api Vietnam (yg warna merah pedas tahap kaw-kaw)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4-5 biji telur 
  • 1 senduk nasi minyak masak
  • garam gula & bahan perasa
~tumbuk lumat cili merah, cili api, bawang putih n bawang besar. boleh digantikan dgn cili blender (cili kering, bawang putih n bawang besar)
~panaskan minyak. tumis bahan tumbuk hingga garing.
~kecilkan api. tolak sambal ke tepi kuali. biarkan minyak ditgh2 kuali. masukkan semua telur. jgn dikacau. biar telur keras sikit dikeliling. besarkan api. kacau semua bahan.
~masukkan kacang panjang dan kacau rata. perasakan dgn garam, gula n bahan perasa. kacau sekejap jgn lama nanti tak rangup. tutup api n hidangkan panas2. nyumnyum!



Thursday, December 27, 2012

murtabak crackers


lunch apa korang hari ni? disebabkan pagi tadi myummi dah buat Laksa Lemak, aku malas nak masak berat-berat lunch ni. Pikir punye pikir last-last aku nak buat Murtabak Crackers yang dah lama terperam dalam list. hehe. 



resepi aku amek dari Kak Yati. click *_*. menggoda betul aku tengok Murtabak Crackers dia sebab tu aku copy resepi dia. Thanks Kak Yati n mintak izin share kat sini ya. Tapi Faa ubah sikit resepi akak mengikut barang-barang yg ada kat dapur. hehe. Jom tengok resepi!


MURTABAK CRACKERS

Bahan untuk inti daging :
  • 300 gm daging cincang Ramly
  • 3 sudu cili blender (cili kering, bawang besar & bawang putih)
  • 3 sudu serbuk kari daging
  • 1 paket perencah nasi goreng cina Adabi
  • 1 batang carrot (kecil) - disagat halus
  • 1/4 kobis - disagat halus
  • sedikit air - jangan terlalu cair.
  • 2 sudu sos cili
  • garam & gula - secukup rasa
  • minyak untuk menumis
~panaskan minyak. tumis cili blender sampai garing.
~masukkan serbuk kari dan sedikit air. kacau hingga garing.
~masukkan dagin dan kacau hingga daging masak.
~masukkan perencah nasi goreng cina, sos cili dan bahan perasa.
~masukkan carrot & kobis. jacau hingga semua masak. tutup api. sejukkan.

Bahan untuk melapis murtabak crackers :
  • inti daging
  • 36-40 keping biskut crackers (aku guna yang saiz kecil, kalau guna yang besar, boleh kurangkan)
  • 6 biji telur - dipukul
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • loyang yang dah disapu dengan sedikit minyak
~panaskan oven.
~rendam biskut dalam susu selama 1 minit. 


~susun biskut dalam loyang hingga penuh.



 ~lapiskan dengan inti daging. ratakan.


~tuangkan sedikit telur hingga rata.


~rendamkan biskut dalam susu seminit lagi dan susun & lapiskan daging dan tuang telur. ulang sampai habis. pastikan akhir sekali biskut. tuang & ratakan baki telur dan susu.


~bakar suhu 190C selama 40-45 minit atau hingga masak. 


~potong dan hidangkan bersama bawang jeruk atau sos cili & mayonese.


sesuai untuk breakfast or lunch or dinner or supper. hehe. pendek kata bila2 la boleh buat. untuk juadah berbuka pon oke ni. oke nak g buat HOMEMADE APAM BALIK. hehe. tadi baru buat bater dia. rupa-rupanya kena rehatkan bater sekurang-kurangnya 3 jam. so jadi menu minum petanglah ye dak? Selamat Mencuba!


Licinn uolls! memasing kelaparan! hahaha.