faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Wednesday, February 27, 2013

Kimbap / Korean Sushi



apa khabar semua? sihat? faa skang mood ke laut sikit. lagi beberapa hari nak balik Melaka and goodbye my kitchen! hello books! kembali ke alam realiti. misi 200 resepi untuk cuti sem pon nampaknya macam tak tercapai. sedihhh! sobss!


abaikan lah cerita sedih tu. jom kita merantau ke Korea dengan hidangan Kimbap. apa kimbap tu? kimbap tu macam sushi tapi Korea punya la. macam sushi faa tak beberapa minat sebab ada bahan dia yg digunakan mentah n entahlah, faa tak boleh nak terima sangat rasa dia. heuheu. tapi Kimbap boleh plak terima. tu pon yg faa buat sendiri. hehe. sebab boleh buat ikut citarasa kan? jimat pon jimat.


faa tengok cite korea, diorang buat kimbap ni kalau ada trip ke, anak2 ada school trip ke, kira bekalan diorang lah. macam sandwich gitu. hehe. bahan utama dia nasi and seaweed/rumpai laut. nasi tu ada yg una beras jepun, tapi faa guna nasi beras biasa je. sebab hasil kajian resepi-resepi kimbap, ramai yang menggunakan beras biasa dan rasa dia ohseemm! hehe, perasan! so tak payah lah membazir duit beli beras jepun kan? mahal kot. entah? faa tak pernah tengok pulak harganya, selalu tengok paketnya je. inti pulak ikut suka laa nak letak apa. pastu gulung. gulung plak kena ada tikar buluh dia tu. mana nak cari? kat Daiso ada. faa beli kat mr diy shop. murah je. tak sampai rm2. jom laa tengok resepi mudah ni!


KIMBAP / KOREAN SUSHI

  • 1 cwn nasi panas baru lepas masak
  • 1 1/2 sudu besar mayonese
  • 1 sudu cuka
  • 2-3 titik minyak bijan
  • secubit garam
  • 1/2 sk lada hitam (kalau guna lada hitam aji shio, tak payah guna garam)
  • 1/4 batang carrot -hiris memanjang sebesar dan sepanjang pensel
  • 1/4 batang timun - (sama mcm carrot)
  • hirisan isi ayam/isi ikan/daging/tuna (kalau guna isi ayam/daging, perap dengan kicap, sos tiram, sos cili , madu, garam dan lada hitam secukup rasa dan bakar sampai masak)
  • 1 biji telur 
  • 2 helai seaweed - beli jenama bigbang. jangan beli yg hirisan kecil, jenama bigbang tu memang besar dia cukup2 utk 1 kimbap. ada jual kat giant.
  • tikar buluh untuk gulung sushi
~ gaul nasi panas dengan mayonese, cuka, minyak bijan, garam dan lada hitam. kacau sebati dan rasa.
~pukul sebiji telur, panaskan non-stick pan dan dadarkan telur hingga masak. potong sama panjang dengan timun dan carrot.
~dalam pan yg sama, masukkan timun dan carrot dan saute (goreng tanpa minyak) sebentar dengan sedikit garam dan lada hitam. kacau selama 3-4 minit. tutup api dan angkat.

CARA MENGGULUNG:
~sediakan nasi, carrot & timun yg disaute, isi ayam, telur dadar, seaweed dan tikar buluh.
~bentang seaweed atas tikar buluh. ratakan nasi atas seaweed hingga rata. 
~susun semua bahan dengan teratur.
~gulung hingga kemas. pastikan betul2 ketat dan kemas tapi jangan sampai pecah!
~keluarkan kimbap dari tikar,hiris bulat-bulat dengan pisau tajam dan hidangkan!



faa buat 2 jenis inti. yg gambar kat atas tu semua inti ayam. yang kat bawah ni semua inti isi ikan goreng. tikar macam dalam gambar bawah ni laa yg faa gunakan. senang sangat! cubalah!



gambar bawah ni bekalan untuk Yong, sepupu faa. sebab dia peminat tegar sushi. sama ngan adik faa, Angah tapi Angah jauh so tak dapat laa den nak tolong. heuheu.


25 comments:

  1. Replies
    1. nak rasa kena laa merajinkan diri...hehe

      Delete
  2. Faaa...lama bnr kmaz tngu xsmpai2 jgk sushi ni...cntik je gulung sushi ni...klu buat lain kli post spngan ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian akak kena tunggu ya..akak ak cakap awal2 kena pos..hehehe

      Delete
  3. Wah buat sushi pula ya.... mana Along punya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along punya faa buat spesell bila Along datang Kuantan..hehehe

      Delete
  4. wah macma sedap...nak try juga la macam ni...huhu

    ReplyDelete
  5. salam kenal faa...
    sedapnya nmpk kimbap tu...pakai beras biasa pon sedap ekk...bule le akak try...tak kuasa nk bli beras jepon muahahaha..thanks 4 shring!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..

      taw xpe..faa rasa lebih kurang je rasa nasi sushi yg faa makan kat giant tu..hehehe...try laa kak..

      Delete
  6. assalamualaikum...awak yang cuka tu, awak guna cuka masakan ke??

    ReplyDelete
  7. boleh la nk try.....

    ReplyDelete
  8. Salam..seaweed tu trus amik mcm tu je ke utk gulung.? Ke kne lmbutkn dlu.sbb yg bigbang pnye bkn ke keras n sng pecah..

    ReplyDelete
  9. Salam..seaweed tu trus amik mcm tu je ke utk gulung.? Ke kne lmbutkn dlu.sbb yg bigbang pnye bkn ke keras n sng pecah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, saya xguna yg jenama bigbang, saya beli yg memang khas utk buat sushi...ada jual kat giant x pon daiso

      Delete
  10. nak tanya, seaweed jenama bigbang tu buka keras ke (jenis macam keropok), tu kalau gulung x pecah ker???

    @ ada seaweed jenama bigbaang yg lain (yg lembut sikit)...
    @ awak memang guna seaweed yg macam keropok tu..
    kalau guna yg macam keropok tu, macam mana nak lembutkan dia...

    harap beri tunjuk ajar...
    baru jumpa awak punya blok & best giler resepi2 yg awak post...
    jjjangggg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih dear sudi singgah..hehe..

      xguna jenama bigbang tu sbb tu yg instant dah ada perisa...guna seaweed yg khas utk buat sushi..kat giant or daiso ada jual kalo xsilap..

      Delete
    2. Ok noted so beli seaweed jelah ek dkt giant or daiso hihi bahan lain tu sng je nk dpt ehe.
      Thanks kak faaaaa !!!!!

      Delete
  11. Assalam sis.berapa lama than kimbap ni..saya cadang nak buat harini then bawa g sekolah esoknya...elok lagi kem

    ReplyDelete
  12. Kalau gulung guna tgn jer bleh x??

    ReplyDelete
  13. Kalau gulung guna tgn jer bleh x??

    ReplyDelete
  14. Kalau gulung guna tgn jer bleh x??

    ReplyDelete
  15. assalam .. nak tnya kalau guna isi ayam mmg kena perap ke..?

    ReplyDelete
  16. Kalau seaweed tu ada jual kat giant ke....semua bahan ada jual kat giant x

    ReplyDelete

superb komen-ngomen