faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Roti Jala


bila menjala kat atas darat, ni lah habuan dia. heuheu. kenyang woo kalau dapat makan ni. sedap kalau buat minum petang. senang pon senang. al-kisahnya masa lunch faa masak kari ayam. tak sempat snap gambar kari sebab memasing dah lapor. hehe. masa tengah makan tu tetiba datang idea nak buat roti jala untuk minum petang. hah!! tengok!! tengah makan pikir pasal makan yg lain plak. mana tak gemok? hikhik. 


lepas je lunch terus je google resepi Roti Jala n dumdumdumdudmudmdumdumm *bunyik gendang* akhirnya resepi Kak Hana terpilih sebab bahan yg senang, sukatan pon senang dan pastinya hasil dia memuaskan. sedap. thanks Kak Hana sebab sudi share resepi roti jala ohsemm ni. jom tengok. click *_*. oke faa salin lagi sekali resepi Kak Hana kat sini. enjoy ya!


ROTI JALA

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn susu segar/air/santan
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • sedikit pewarna kuning - faa saja buat warna hijau jugak. hehe
~blend semua bahan hingga sebati. pastikan takde tepung berketul supaya tak tersekat kat acuan roti jala.
~panaskan pan dan lenserkan sedikit minyak. tuang adunan menggunakan acuan roti jala. biarkan hingga masak.
~angkat dan lipat@gulung ikut suka. makan dengan kari ayam/susu manis. sedap!



inilah acuan roti jala yang faa gunakan. ummi faa punya ni. klasik kan? tak taw laa mana ummi beli. ummi faa ada acuan yg warna kuning tu tapi entah laa letak kat mana. senang jugak guna acuan ni. tak meleleh sangat. suka! suka! so ol'skool.


Friday, December 28, 2012

homemade apam balik


Alhamdulillah. menjadi apam balik aku even first time aku buat. hehehe. cuma tak beberapa nak crispy la. tapi still puas hati. melimpah ruah intinya. hehe. mula-mula aku tengok blog Mamasya terus teringin nak buat. tapi resepi dia guna all-purpose flour n aku plak ada tepung gandum je. jom tengok kejadian Apam Balik Rangup Mamasya yg sangat gojes..tak macam apam balik aku ni. gelap semacam je. hehe. click *_* . aku google resepi lagi n jumpa laa yang menggunakan tepung gandum kat MyResepi. thanks to Joyah sebab sudi share resepi. click #_# . Jom tengok resepi.

HOMEMADE APAM BALIK

Untuk kulit :
  • 170 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung beras
  • 30 gm tepung jagung
  • 2 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam halus
  • 2 biji telur ayam (besar)
  • 1 sk esen vanilla
  • 200-207 ml air
~gaulkan semua sekali hingga sebati & tidak berbintil. simpan dalam peti ais selama 3-4 jam / semalaman.

Inti (ikut suka) :
  • sweet corn (dalam tin)
  • gula
  • kacang hancur (kasar) - aku guna almond
  • butter
  • coklat cip / coklat (bentuk duit)
  • dll. :)
~panaskan non-stick pan. kecilkan api. tuang sesenduk adunan kulit apam balik dan ratakan.



~untuk apam biasa :




         


Untuk inti coklat (just susun n tabur je coklat cip..hehe) :




 Lepas ni aku nak try buat lagi nipis. Sedap memang sedap. rasa sebijik pasar malam punya. hehe. try taw. tapi aku tak minat sangat inti coklat.




 aku minat yang biasa ni. butter, gula, almond crush & sweet corn! pergh. semua aku letak extra.




ni pulak inti pilihan adik aku, Abang-la. Blueberry Filling & Choc Chips. Erk~




Friday, November 2, 2012

cek FAA molek? NoNoNo. CEK MEK MOLEK laa


aku ni jarang nak buat kuih-kuih tradisional ni sebab selalu buat tak menjadi. tabik pada orang yang pakar buat kuih-kuih tradisional ni sebab diorang xde derr main timbang gram-gram bagai. main pakai agak je. tup tap menjadik! perggghh. macam mak ngah aku, nenek aku, mak ndak aku tu semua taiko kuih-kuih tradisi. camne nak jadi pelapis kuih tradisi ni? hukhuk.


tapi kuih CEK MEK MOLEK ni  laa satu-satunya kuih tradisi yang aku buat main agak-agak menjadik! tapi resepi ni aku amek kat My.Resepi by princessharyati . thanks ya share resepi. mintak share kat sini plak ya. tapi ada ubah sikit-sikit laa mengikut bahan yang ada kat umah ni. hehe. jom cuba!

CEK MEK MOLEK

4-5 ketul ubi keledek (sederhana)
2 cawan tepung gandum (bergantung pada doh)
gula - untuk inti

~rebus ubi keledek sehingga empuk. 
~lenyek ketika masih panas.
~campur tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat.
~sapu tangan dengan sedikit tepung. ambik sedikit doh dan bulatkan. leperkan dan letak 1 sudu kecil gula di tengah. cantumkan semula doh dan buat bentuk bujur.
~hati-hati jangan sampai gula terkeluar.
~panaskan minyak dan bila minyak dan goreng hingga bertukar warna spt dalam gambar.
~angkat dan toskan minyak.


see? senangkan? nak jual pon boleh. hehehe. tapi nak makan tu hati-hati taw. tunggu suam-suam kuku baru makan. jangan makan panas-panas sebab inti tu gula cair yang tersangatlah panas. aku nasihat berdasarkan pengalaman. teheee~

Thursday, October 25, 2012

dessert tradisi - tapai pulut (selamat hari raya aidiladha)

esok raya yeaaa! hehe. walaupu hanya raya haji, ianya tetap raya dan faa suka raya! huihui. masa ni laa semua sedare-mara sepupu-sepapat tersayang balik kampung berkumpul. sonok taw. n menurut nenek aku, raya haji/korban ni sebenarnya lagi besar dari raya aidilfitri. sebabtu tu kebanyakan orang kat negeri kelantan menyambut raya aidiladha ni dengan meriah. kitaorang pon even bukan orang kelantan sambut raya aidiladha ni dengan meriah. hehe.

aku juga ade pengalaman raya aidiladha ni. tiket bus aku abis! terpaksa laa menumpang dayah dari melaka ke bahau, esoknya amik train bahau-mentakab. penat jugaklah, mujur sempat bermalam dulu kat rumah dayah. thanks buddies! hehe. 1 train ngat mamat-mamat siam yang ganteng-ganteng. hoho.


ok end of story. ni nak cite plak, pasal salah satu pencuci mulut tradisi kegemaran aku. Tapai Pulut. nenek aku suka buat ni. nak tengok cara? hehe. senang je. tapi kuantiti jangan tanya aku ya sebab nenek aku tak pakai gram-gram ni. main tabur secukup rasa je. tapi tetap sedapp nyumnyum!


mula-mula kena lah masak pulut. tapi just pulut ngan air je taw. bila dah masak, sejukkan laa sikit. then ratakan pulut dalam dulang yg besar. sagat ragi halus dan tabur rata atas pulut. sagat guna tapis plastik je.pastikan rata tau!



sebelum tu, nampak x perkataan ragi kat atas tu? taw RAGI tu hape? aku ade gambar je. apa fungsinya n kegunaanya, sila lah google ye. saya malas. hehe.



pastu amek sesudu, masukkan dalam daun bemban. ya DAUN BEMBAN! aku pon pes time mendengornye. jangan tanya aku kenapa guna daun ni n nak cari kat mana. hehe. nenek aku cakap kalo xde daun bemban, daun pisang pon boleh. or kalo duduk tengah-tengah klcc or bukit bintang, susah nak cari daun bemban or daun pisang, guna rumput pon boleh.



haha! woitt! jangan laa tiru betoi-betoi guna daun rumput tu. aku tipu je. guna laa tupperware kecik macam gambar ni.



pas dah bungkus siap-siap, simpan laa tapai-tapai ni. peram dalam 2 malam pon da oke. da boleh ngap nyumnyum!



so kalo nak rasa tapai pulut buatan nenek saya ni, silalah datang beraya ya!



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! MAAF ZAHIR BATIN!


Saturday, July 28, 2012

tepung pelita - 2 version

huuuuisshh. panas sungguh pahang ni kan? perit tekak, pening kepala..besar dugaan yang Allah bagi pada umatnya. perasaan aku rasa nak rendamkan jasad aku dalam bath tub yang sarat dengan ais tube. perghh! beku plak otak aku nanti. hoho.

ni nak cite pasal kuih tepung pelita ni ha. pagi tadi aku blogwalking ke blog master sifu, Kak Ita Masam Manis. pergh tengok tepung pelita yang dia buat cun je. kebetulan aku kat kampung, Temerloh, so perasaan nak buat tu berkobar2. terus g cantas daun pandan nenek aku. hoho. sampai jiran menegur laa. haha. "first time nak tepung pelita laaa akak." sambil tersengih.



aku ni malas nak buat acuan guna daun pisang, so aku google laa cara nak buat acuan guna daun pandan. alang2 daun pandan dah banyak kan. thanks akak sebab sudi share cara nak buat acuan kuih tako ni. jom ramai2 tengok cara beliau buat. click (*_*) . ni aku copypaste je cara2 nak buat acuan kuih tako dari blog akak tu.

1. lipatkan daun pandan sebanyak 5 lipatan
2. guntingkan setiap lipatan, sampai ke tulang tengah daun3. cantumkan setiap guntingan itu selang seli seperti anyam tikar4. selitkan yg ke 5 akhir ke dalam bahagian 4 supaya kemas dan kelipkan5. alaskan bahagian bawah jika ia berlubang

kalo tak paham meh aku bagi step by step gunakan gambar.









senang je buat acuan ni. mula2 tu aku terkial2 laa jugak. hehe. tapi bila dah mahir, pergh, laju je..huahuahua.



oke dia punye bahan2 n cara2 aku amek resepi Kak Ita. jom tengok tepung pelita Kak Ita yang menggoda je dalam gelas dia tu. cunnn wa cakap lu. jom intai resepi n kuih tepung pelita Kak Ita kat (^_^)

meh sini aku bagi resepinya yang dah aku ubah sedikit mengikut selera aku. minta izin ya Kak Ita. hehe.

TEPUNG PELITA

Lapisan bawah (hijau):
-1 cwn tepung beras
-1 sudu besar tepung jagung
-1 cwn gula
-7 cwn air daun pandan
-sedikit pewarna hijau (aku xguna sebab aku nak warna yg asli :)
-sedikit gula pasir (aku tambah)

~masukkan semua bahan dalam periuk. kacau sebati.
~masak atas api sederhana. kacau selalu dan masak hingga mendidih dan berkilat.
~tuangkan dalam acuan. biarkan seketika. tabur secubit gula di permukaannya. ketepikan.

Lapisan atas (putih):
-3/4 cwn tepung beras
-1 sudu besar tepung jagung
-5 cwn santan pekat + 2 cwn air
-1/2 sudu kecil garam halus

~masukkan semua bahan dalam periuk. kacau sebati.
~masak atas api sederhana. kacau selalu dan masak hingga mendidih dan berkilat.
~tuangkan dalam acuan sampai penuh. sejukkan seketika dan masukkan dalam peti ais.




amacam korang?try jangan tak try. senang sangat. kalau malas nak buat acuan daun tu, isi je dalam gelas. jadik gak per. yang 2 version tu sebab aku buat 2 versi tepung pelita. 1 yang tradisional (dalam acuan daun pandan) n 1 lagi yang moden dalam gelas. cewahh. xde yang gempak pon sebenarnya. haha.



Tuesday, May 29, 2012

kuih bakar kentang

wallaweh. ce tengok atas. ce tengok atas. wahhhhh..aku rase santek sgt header baru aku yg simple tu. -sambil senyum tanpa henti- :)

da lame x tukar design blog, arini rase bekobar-kobar nak tukar. hehe. so apa resepi kita arini? arini kita buat kuih tradisional yang tersangat lah simple. kuih bakar kentang. memang lama teringin nak buat kuih ni. lagi2 myummi ada beli kuali yang comel mcm ni,


Semalam aku pon mula laa cari resepi. Jumpa resepi mudah dari Kak Izzah dari Izzah Muffin Lover. Dia plak bagi resepi yang dalam kuantiti sekali ngap. Hehe. Dalam 5-6 orang makan. Tapi aku ada laa tamabh something n tukar bahan yang takde dgn apa yg ada lam dapur aku. Jom tgk!



KUIH BAKAR KENTANG

2 biji kentang - direbus sampai empuk, dilenyek/diblender
1 biji telur
2/3 cwn gula
1 cwn tepung gandum
1 cwn santan
pewarna kuning / hijau - aku guna dua2
1/3 sudu besar minyak sapi - aku guna minyak masak
3 sudu susu cair
beberapa titik esen vanilla - aku tambah

~kacau gula dgn  telur hingga gula hancur. masukkan esen vanilla. kacau rata.
~masukkan tepung dan santan. kacau rata hingga sebati. tapiskan.
~tuang adunan yang dah ditapis dalam kentang yang dah dilenyek. masukkan minyak dan susu cair. kacau hingga semua sebati.
~bahagi kepada 2 adunan. 1 warna kuning, 1 warna hijau.
~panaskan kuali tadi, sapukan sedikit minyak. bakar menggunakan api perlahan hingga masak.



Wednesday, April 25, 2012

getuk ubi kayu


Haaaaa...asyik buat kuih modern je kan. Petang td aku buat kuih tradisional plak. Ni laa kuih pebret aku. Getuk Ubi Kayu. Kebetulan ak balik kg Makndak aku, di ade tanam ubi kayu. Aritu dia bg la yg da siap direbus. Aku tinggal LENYEK, TAMBAH KELAPA PARUT, GARAM SIKIT N GULA IKUT RASA. KEPAL BULAT2, CELUP DLM BATER (ADUNAN TEPUNG) GORENG PISANG N GORENG. Haa tu laa resepi dia. xyah bg yg rasmi punye. Hihi. Pemalas kan?


Kebetulan plak Makndak ak nak dtg petang ni, so aku jamu balik ape yg dia dah bg kat ak..huhu. Makan ubi kayu ni ngan minum air teh o. Perghhhh. Sodap aih. Makan plak pnas2. Ak lg suka ubi kayu ni dr goreng pisang. huhu. Tapi jarang org jual ni. Kalo ade pon, ubi kayu yg dah ganyut/tua. Tak sedapp!


Tapi ubi kayu ni fresh. Pas cabut, terus rebus. Yang muda lg tuu. mana tak empuk n gebuss kan? huhu. Jemput makan..

Wednesday, February 22, 2012

apam polka dot - mengedot di rumah nenek

KECOMELAN APAM POLKA DOT KU!! -senyum keliling muka-

Hari Selasa lepas, nenek aku buat sedikit majlis sebab hari tu turn umah dia buat bacaan Yassin. Aku plak melonjak-lonjak nak tunjuk kat org kampung Apam Polka Dot yang aku da terror buat tu. Huahua.

Nenek setuju then aku ngan Moksu aku n anak dia, Yong bersengkang mata buat 4 adunan Apam ni. Naik jelak pon ade. Haha. Disebabkan memasing mempunyai tahap kesabaran yg nipis, bkn semua apam ni dipolkadotkan. Ade bentuk smiley, spiral n mcm2 lg. Yang bantat lagi beranak-pinak ya. Haha. Bile dah siap semua, nilaa dia hasilnya :


Buat mende ni agak leceh laa.. Tang nak polka dot tu yg leceh. Yang laen sempoi je. Nak resepi? click kat sini: +_+ Kira time tu proses pembelajaran aku laa. Then aku buat plak untuk adik aku, Ateh Salihah yg birthdaynya 20/2/2012 aritu. Utk dia bawak balik asrama. Pastu paling latest aku buat kat majlis baca Yassin nenek aku ni ha. Tak bnyak mana pon sebab tak ramai sgt pon. Tgk ni:

Ni semua 5 adunan aku guna. 3 kaler je. Biru, merah n hijau. Tak yah poning2 nak buat kaler pelangi. Haha. N inti plak aku guna jam blueberry n kaya. Bagi aku guna kaya lagi sedap! Serius!




psst psst! leh laa aku amek tempahan APAM POLKA DOT pas ni. agak-agak ade tak yang nak tempah? ahaks~