faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Friday, February 17, 2012

apam polka dot

Yes! Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya merealisasikan keinginan perot aku selama ni. APAM POLKA DOT. Dah lama terfikir nak buat tapi tak sampai seru lagi. Ari semalam baru lah sampai serunyaa. Resepi cam biase dari Cik Tom. Jom tengok kejadian Apam Polka Dot dia yg lagi awesome dari aku sebab dia punye berwarna-warni. Aku just ade 2-3 kaler je. Almaklumlah. Kena jimat sikit. Hihi. Nak tengok Cik Tom punye, click #_# . Mekasih Cik Tom sebab share resepi. Mohon share kat sini plak ya.

APAM POLKA DOT

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai - aku guna jem stroberi
pewarna - aku guna merah sirap ngan biru
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

~Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
~Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
~Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
~Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
~Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
~Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
~Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
~Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
**tips yang aku dapat dr cikgu aku time aku form 5 dulu, nak polka dot tu nmpak kemas n sekata, picitkan 5 polka dot kat sekeliling, n 1 polka dot kat tgh2.

Disebabkan aku tiru 100% bahan n cara2 dari Cik Tom, maka aku copy paste je dari blog beliaw. N sebenarnya dua kali aku buat ni. Jom tengok:


11.00 am.
--polka dot x menjadi, ade sedikit bantat. selepas dikaji dan ditinjau kat blog akak2 yg dah buat apam ni, kesalahan yg dibuat mungkin telur yang aku pukul xkembang. Sebab tu nampak bantat sikit. Tapi rase tetap vogue-da-vast! habis licin!

KEJADIAN PERTAMA




Ni laa geng bantat tu. polka dot jadi bunga plak. haishh


3.00 pm
--Alhamdulillah. Dah tak bantat n polka dot pon menjadi. Suka. Tapi still ada kesalahan. Warna tak beberapa pekat. Nampak pudar je. Xpe nanti nak buat lagi. Ni laa dinamakan Learn from mistake. Kan?

KEJADIAN KEDUA

Try buat Apam Lady Bird tapi jadi Apam Lady Gaga sebab xde kaler itam. Saje je try. Ni dah pandai nnt baru buat kaler itam. Hehe.





11 comments:

  1. Sedapnya! Yang kejadian pertama tu tak naik ye..yang kedua tu nampak tembam..Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..tu pon still ade kekurngan..need more practice

      Delete
  2. Salam faa! eh? kita ni pangkat akak ya? faa adik eak? hihihi selalu ingat yg akak ni takde adik hihihi... apam ni letak inti sedap, paling suke inti kelapa, tp sedih betul nak dptkan kelapa parut yg sempurna payah tuuuu sume utk diperah santan jdnyer yg itam2 pun dia parut jugak huh!

    ReplyDelete
  3. Caiyok2...! Bagus tak putus-asa... cuba & cuba lagi ok Faa!

    ReplyDelete
  4. rajinnnya!!ciktom pun nak rasa jgk 1...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cik tom...amek laa yg mane berkenan..hihi

      Delete
  5. saya dah dua kali wat apam ni...tpi x naik laa...pelik,saya dah buat betol2..telur dh kmbang,api dah plhan,kukus ble air dh panas..aihh tetap bantat...lebih truk dari sis pnye yg bantat 2...cmane eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak xsure laa dik..adik balut x tudung periuk tu dgn kain?

      Delete

superb komen-ngomen