faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Monday, January 2, 2012

nasi ayam penyet



Lembap betol line berukband kat umah aku. 2 hari aku upload gambar. Tu pon satu2. Haish.. Ni nak cakap. Aku bakal pindah ke Kuantan bulan 2 ni, so line berukband disini..selamat tinggal! nak cari line berukband disana. Hihi.

Amacam tekstur ayam penyet aku? ok x? Hihi. 1st time buat ni. Dulu aku penah makan ayam penyet ni kat Ayam Penyet Api, Megamall Kuantan hasil dari perbelanjaan My Dear Yayah. Then kali kedua aku rasa kat Temerloh ni haa. Anak Bapak Bistro kalau tak silap aku. Rasa lebih kurang je tapi sambal ayam penyet kat Api memang superb! xde sape leh challenge. Sedap tapi berapi gile bhaii!

Lepas je rasa Nasi Ayam Penyet kat Anak Bapak Bistro tu, balik umah teros google resepi. Setelah dianalisa resepi2 dr beberapa Akak Blogger masakan, aku pon create la resepi sendiri. Ikut anak tekak n apa yang ada kat dapur n kedai depan. Hihi.


Resepi aku nak bagi kat sini resepi Ayam Goreng Penyet n Sambal dia je. Yang lain senang.

AYAM GORENG PENYET

1 ekor ayam - potong 8
2 inch halia
3 biji bawang putih
3 biji bawang besar
4 batang serai - tambah lagi kalo nk sedap
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 cawan air
1 sudu gula
1 sudu garam
2 kiub pati ayam

~blender semua bahan kecuali ayam.
~perapkan ayam dengan bahan blender dalam 10 minit. Rebus ayam 3/4 masak dgn api sederhana.
~tapis & toskan ayam dengan serdak2nya sekali. Air ayam tu jangan buang. Tambahkan sikit air dan jadikan sup.
~goreng ayam dgn serdak2 tu skali hingga garing.


SAMBAL MERAH

10 biji cili api
3 biji cili merah
1 sudu besar belacan
1 biji bawang besar
2 biji tomato
gula & garam - ikut rasa
2 biji limau kasturi - ambil jus sahaja

~blender/tumbuk semua bahan hingga lumat (kecuali jus limau). Bila dah sebati, masukkan jus limau.


SAMBAL HITAM

10 biji cili api hijau
2 sudu kicap manis
sedikit cuka, garam, gula.

~blender semua bahan. perasakan.



Amacam? Senang kan? Tapi ada kedai yang tak makan ngan sambal hitam n sup. Mcm kedai Ayam Penyet Api. Just dengan sambal merah je. Pastu korang makan la dengan Nasi Putih, Ulam-ulam & Tempe Goreng. Sedap wooo! Terangkat!

2 comments:

superb komen-ngomen