aku plak ditugaskan utk buat dessert. disebabkan abah aku ni beli roti tapi xde sape nak makan n expired date dia 25 julai ni haa, so myummi suruh buat pudding roti. aku on je memandangkan tgh xde idea lagi nak masak ape kann.
resepi sgt simple. hasil idea main agak aku je. aku buat ni dlm kuantiti yg banyak ye sebab nak habiskan sebungkus roti n dgn niat nak bagi kawan2 ummi n jiran tetangga rasa.
BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING with CUSTARD SAUCE
sebugkus roti gardenia - bungkus kecik.
1/2 kotak besar susu segar - 500ml
1/2 tin susu cair
9 sudu gula
1/2 cwn air
50 gm butter
9 biji telur
beberapa titik essen vanilla
beberapa biji kurma - boleh ganti dgn apa2 je buah kering. ikut suka
~letak gula dlm pan. tuang air sekeliling gula. biarkan gula perang dgn api sederhana. pastikan jangan sampai hangit. cukup sampai gula larut dan menjadi perang
~tuang susu segar dan susu cair. kacau hingga larut. perlahankan api.
~masukkan butter dan kacau hingga sebati. sejukkan. dah siap butterscotch kita.
~koyak-koyakkan roti dan susun dlm loyang.
~pukul telur dgn esen vanilla hingga sebati. tuang adunan butterscotch tadi.kacau rata.
~tuang dalam bekas isi roti tadi. ambil garfu dan tenggelam2kan semua roti bagi semua roti dapat serap butterscotch dgn rata.
~racik kurma dan tabur atas puding roti.
~bakar 30-45 minit menggunakan api sederhana perlahan.
~sejukkan, potong dan makan dgn CUSTARD SAUCE.
CUSTARD SAUCE
1 tin susu cair
3-4 sudu gula
3 sudu tepung custard
setitik esen vanilla
sedikit air - isi jika adunan terlalu pekat
~masukkan semua bahan dlm periuk kecil. kacau rata. jgn biarkan tepung custard berketul.
~kacau atas api perlahan hingga mendidih dan sauce menjadi pekat sedikit.
~sejukkan dan hidang bersama puding roti.
dulu aku xsuke kurma. tapi rupanya sedp kalo makan dessert ade kurma ni. siyes. aku buat 2 loyang. 1 ade kurma n 1 xde. sedapp. korang try taw. simple je buat dia. x penat pon.
ni ada kurma
ni yang plain punye
nmpak sedap! bleh la try nnti =)
ReplyDeletetry laa..senang sgt..hehehe
Deletesaya kalau beli roti butterscoth tu tak sempat nak buat benda lain..makan gitu je dah licin..hehheh..klau buat puding mesti lagi sedap rasanya..:)
ReplyDeletefaa xpenah lg buat puding roti gune roti butterscotch..mesti lg sedap kn?nk try laa nnt..hihi
Deletesedap..tapi awk bkr guna oven kan, brp suhu yg awk guna..nk try sgt..
ReplyDeletexpasti laa faa guna brape sbb faa guna oven dapur gas..tp suhu tu sederhana je..
Deletesedap..tp awk guna oven kan, brp suhu yg awk guna..nk try la..
ReplyDeletesgt suka puding roti kastad nih.. apatah lagi guna butterscotch.. bertambah2 makan dbuatnyer
ReplyDeletetaw xpe..hihihi
Delete