apa khabar uolls uolls semua? lama kan faa menyepi. sebab apa menyepi? sebab tak boleh main masak-masak so bila tak masak, tak update blog. hehe. thats me.
faa bukanlah berblog untuk bercerita 100% pasal diri faa, gossip or sowhatever. major business dalam ini blog ialah resepi. so faa rasa most of the entry dalam blog ni semua pasal makanan kan? tapi yang faa rasa agak terkilan bila ada seorang insan JUARARANCANGANREALITIMASAKAN ni dah ciplak resepi faa. ciplak versi copypaste tanpa edit. tapi gambar makan, gambar dia. sedih woo. tapi kita ni sape laa berbanding dgn dia so buat bodo je la kan. orang semua yg dah try resepi tu semua puji dia. kita ni tengok je laa. redhoo. hikhik.
ok relax-relax faa. mujur nak start update harini dengan resepi benda yg agak cool. sejuk sikit hati. oke ni nak cite. 2 hari lepas faa dengan housemate merangkap classmate (Amoy n MyraJB) g teman housemate kitaorang yg tinggal sengsorang je kat rumah sewa dia. kebetulan kami ber3 tak balik so ok je. dia ni tinggal dengan family. kiranya dia sewa bilik je la. so makcik rumah tu bagi kami tumpang n boleh masak-masak. soooo apa lagi kan, pulun masak tanpa henti. hehe. first thing first faa buat, ni haa. FAKE FRIED ICE CREAM.
al-kisahnya, aritu faa baca blog ABM, dia post dessert ni. perghh. menggoda siot! terus laa copy resepi. resepi senang pulak. mula-mula pelik gak apsal panggil fake fried ice cream kan. rupanya fixikalnya nmpak mcm fried ice cream tp realitinya ianya tak digoreng. lagi memudahkan kerja.
thanks ABM for the recipe! tapi ABM punya lagi comel tulus dan mulus. faa punya sememh comot momot! jom tengok fake fried ice cream dia! click *_* . tapi faa ubah ikut kesesuaian anak tekak ya. hehe. minta izin.
FAKE FRIED ICE CREAM
- 3 cwn corn flakes - dimasukkan dalam plastik dan ditumbuk/diketuk/dibelasah smpai hancur. nak senang blend kering. hehe.
- 1 1/2 sudu butter cair
- 2 sudu gula castor
- 1 sk serbuk cinnamon - faa tak letak sebab tak suka. faa gantikan dengan 1 sudu madu
- vanilla ice cream secukupnya. - ikutla nak guna apa-apa perisa pon.
~panaskan oven 180C.
~gaul semua bahan kecuali aiskrim sehingga sebati.
~alas dulang dengan baking sheet. takde pon takpe.
~ratakan cornflakes tadi dalam dulang.
~bakar 5 minit atau hingga keperangan sedikit.
~kacau-kacau dan gemburkan bagi sekata.
~bakar lagi 5 minit atau hingga perang.
~sejukkan sehingga betul-betul sejuk.
~scoopkan aiskrim menjadi bebola besar. golekkan dalam cornflakes yg sejuk tadi hingga rata. susun dalam bekas. buat dengan cepat dan hingga habis.
~masukkan dalam peti sejuk beku dan sejukkan selama lebih kurang 2 jam. lagi lama lagi best.
~makan dengan chocolate or strawberry syrup, toblerone chunks or anything!
senang kan? cubalah taw. tapi faa punya ni nampak comot atas beberapa kesalahan yang diterima atas sebab gelojoh :
- cornflakes tak beberapa hancur
- terlebih butter
- bakar cornflakes menggunakan microwave so agak kehangusankepahitan sedikit
- :)
tapi walaupun agak tak menjadi, tetap licin sebab seronok memasak dengan kawan-kawan n makan sama-sama. hihik.
lama tak dengar cerita... apa khabar Faa, uniknya faje fried ice cream tu... tentu budak2 suka.
ReplyDeletebaik...akak apa khabar? rasa rindu ngan akak-akak blogger saya ni..hehehe
Deletemaklumlah kak..faa dah masuk sem 5 so subjek makin susah...agak busy tak sempat nak memasak..heuheu...
memang budak-budak suka...mak budak-budak pon akan suka..hikhik
Aslmkm Faa cayang. Ingatkan eskrim yg fake lepas baca baru paham. Wooo... hebatlah Faa sampaikan masterchef pun ciplak respi Faa... mmg teruk ler etika org2 kita skrg ni....
ReplyDeleteWsalam Along..
Deleteentahlah..bila pikir balik tak de faedah pon nak terguris-terguris..buat dunno je laa kan..hihihii
salam faa...nampak sedap tuh!Mai semangkuk..:)
ReplyDeletesalam kak..
Deleteboleh..jemput makan..hehehe
amboih, mne ade tulus mulus. haha.
ReplyDeletebtw mmg senang kan. :D
tulus mulus laa bila elok je bulat tu..hehehe
Deletememang senang n sedap!!
ok..saya jumpa satu lagi resepi ais krim home made yang sedap dan menarik.minta resepi ye Faa!
ReplyDeletesila sila...hehehe
Deletenampak menggiurkan la faa ice cream tu... rajin sungguh! kot akak buat takdan 2 jam anak2 dah nak 'curi'.. hehee..
ReplyDeletep/s: sedih juga bila dpt tau resepi faa di copy & paste tanpa ada link... memalukan bila yang buat mcm tu pulak org yg femes sbb dah kuar tv kan... dia patut mohon maaf dgn faa tu.. kalau betul dia terlupa nak letak link faa... bila org dok puji2 tu dia patutla bagitau yg itu bukan her own recipe... haishhh! akak pulak yg emo.. hehe.. apa2pun akak pun dah cuba resepi sweedish ikea meatball resepi faa tu... mmg sedap!! patutlah ada org curi resepi tu.. hehee...
kalo takut anak makan cepat, sorok dlm sikit..heuheu..
Deletexpe laa kak..bila pikir balik tu pon bukan 100% resepi dari faa..faa pon amek dari org lain tapi faa edit2 guna bahan n sesedap rasa faa maka faa pikir itu resepi faa..tapi takpe laa kak..da lupa da pon...hikhik..thanks kak cuba resepi faa..