cheesecake ni aku buat kat umah mak sedara aku minggu lepas. sehari selepas aku buat cake in jar. ni pon atas permintaan sepupu aku, hani mintak aku ajarin dia cara nak buat cheesecake. lama da dia mintak so aku pon buat laa. 2 jenis lagi tu kak jahh. jom tengok resepi.
STRAWBERRY CHEESECAKE
150 gm biskut meri
100 gm butter
~cairkan butter.
~blender kering biskut meri. gaul biskut meri dgn butter. mampatkan dlm loyang. balut dgn plastic wrapper, simpan dlm peti setengah jam.
6 biji strawberry
3 sudu jam strawberry - kalau xde pon xpe
250 gm cream cheese
160 gm gula castor
250 gm whipped cream
1 sudu besar jus lemon/orange
15 gm gelatin halal - aku guna jenama kijang/nona
100ml air panas
~tuang air panas dalam mangkuk. tabur rata gelatin. jgn kacau. biar dia larut sendiri. pastikan tabur rata.
~lenyek 3 biji strawberry menjadi puri.
~pukul whipped cream hingga kembang n gebu.
~di mangkuk lain, pukul cream cheese + jus lemon + gula hingga sebati n gebu.
~masukkan whipped cream ke dlm mangkuk cream cheese. masukkan gelatine yang dah larut + jam strawberry + puri strawberry dan kacau rata menggunakan senduk plastik/spatula. guna kaedah kaup balik.
~keluarkan biskut yg disejukkan tadi dan tuang adunan cheese dlm loyang yg berisi biskut tadi. ratakan dan susun buah strawberry selebihnya diatas cheese tadi.
~balut semula dgn plastic wrapper dan masukkan dlm peti ais. sejukkan sekurang-kurangya 4 jam. kalo semalaman lagi sedap!
OREO CHEESECAKE
-SAMA DENGAN RESEPI DIATAS KECUALI:
- gantikan puri strawberry dengan 1/2 peket oreo yang diblender halus.
- jangan letak jam strawberry.
- jangan susun strawberry atas cheesecake tp susun biskut oreo ikut creativity ande! hihi
amacam? senang wehh. xperlu bakar, xperlu masak. sejukkan je. rase pon sedap. toraiii taw!
--sambung study to stado. hoho
godaan di awal pagi ni.. chaiyok2 exam. aynie pun exam lusa. curi2 BW ni hahahah
ReplyDeleteok..sama2 kita doakan yg terbaik utk exam kite.hihi
DeleteSalam Faa...Emmmm,sedapnya.Rajin Faa baking...pos kat k.atie sikit blh?
ReplyDeleteboleh k.atie...tp yg lain laa..sbb yg ni da abes..hihi
Deletecheese kek faveret tp tak reti nk beli barang nak buat cheese kek ngeh2 cream cheese awk guna jenama apa yek?
ReplyDeletesenang je bahan2 dia...hehe..pasaraya biasa pon ade yunk..cream cheese jenama Philedilphia xpon yg ponjot kaler kuning tu..pe ntah jnme dia..kraft gak kot..
DeleteAssalamualaikum Faa,
ReplyDeleteSedapnyaaaa.....Akak suka cheesecake tp tak berani makan byk.
Cake in jar tu akak tak bakar sekali, takut gak kot kot meletupsss, akak amik cupcake kemudian belah dua dan deko dlm balang tu.....mudahkan....tak mau amik risiko....
akak..sy try bakar xmletop pon..insyallah..akak try la..hihi
DeleteSalam..blog working dipgi khmis..rjin faa siap 2 jnis kek lgi skli buat...
ReplyDeleteteringin..tu yg buat 2..hihihi
Delete