faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Sunday, June 24, 2012

cake in jar..walawehhhh!


huishh. penat xilang lagi ni. kenapa? hihi. ni nak habaq mai. semalam abang sedara aku bertunang. dia cucu pertama nenek aku yg melangsungkan pertunangan. so memang agak ramai laa ahli rombongan meminangnya. n mcm biasa, myummi amek alih tugas membuat gubahan hantaran.

x susah mana la. sebab 5 dulang je, (kek, kotak cincin, buah, sirih junjung, kain pasang).

ade nampak KEK x kat situ. haaaaa. ni nak habaq mai. disebabkan ade hantaran kek, so mula2 maksu  aku nak beli je kek, tp xmuat sebab kotak hantaran kecik. then dia suruh buat kek. aku ni xtaw nak buat kek ape. pikir punye pikir, debat punye debat, bertukar idea, selama sejam, maka telah di'decide nak buat CAKE IN JAR.

ni laa bekas yang nak letak kek tu. tapi last2 cabut je kotak tu. :)

curlass x Mak jemah? cake in jar gitu. dah laa xde pengalaman buat kek ni. bila aku tgk resepi, semua guna jar yang dibeli khas. mana nak carik mlm2 buta camni? ni laa padah buat kek last minute. tp dgn kekuatan fizikal yg tertempek dlm diri, maka aku gagahkan jugak amek risiko bakar guna botol mayonnaise. takut gak meletop bekas tu.

tp alhamdulillah. menjadi jugak kek yang aku buat. senang hati gituu. pukul 3 pagi aku tidor ngan senyum sumbing sbb happy kek menjadi. esok tinggal buat krim je. sempat kot..sbb esok g umah pihak perempuan pukul 11.

bangun je pagi, bahan2 nak buat buttercream xckup. myummi dah carik kat pasaraya (yg bukak lepas subuh) tp xjumpa. myummi plak g beli whipped cream yg spray tu. aku ckp 'ummi, kalau guna cream ni xsesuai sebab cepat cair.' masing2 dah gelabah. ye laaa. kerja last minute.. :)

so jalan mudah diambil g beli kek kat kedai kek. hah! senang. cantik pon cantik. petik jari je siap. hoho.

kek petik jari jadi pilihan akhirnya.

so CAKE IN JAR ni dimakan oleh kaum keluarga aku sendiri. sedap wooooo. gabungan CAKE + BUAH STOBERI, ANGGUR, EPAL + WHIPPED CREAM + CHOC CHIP. Bersudu-sudu makan. abg sedare aku siap soh jual lagik. haha. kalo aku jual, aku ada profession baru laa lepas ni.

TUKANG KUTIP BOTOL.


haha. ni aku bagi resepi. sangat-sangat simple. serius! rasa kek pon sedap. try k. jangan takut botol tu meletop sbb ia takkan. lepas ni ada 2 jenis cheesecake bakal menyusul tungguuuuuuuuu.


resepi kek vanilla ni aku amek kat sini. click (*_*). tenkiu Miss Amy for the simple recipe. hope u dont mind I share it at here. muuah. hehe. resepi buttercream plak, aku nak amek resepi Kak Ita. tapi xberkesempatan nak buat. mohon share kat sini ye Kak Ita. nak resepi, click (^_^)



CAKE IN JAR

beberapa botol kosong (botol mayones/botol jam/botol prego) - dibersihkan dan dikeringkan

3/4 cwn butter
1 1/2 cwn gula castor
2 biji telor
2 sk essen vanilla
2 1/2 sk baking powder
2 1/2 cwn tepung
 1 1/4 cwn susu segar
pewarna pilihan - aku guna merah, hijau & kuning

whipped cream & buah-buah segar (ikut pilihan)

~panaskan oven 350C. ayak tepung dengan baking powder
~pukul butter sampai gebu.
~tambahkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
~tambah telor dan pukul rata. masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
~masukkan tepung dan susu. kacau/kaup balik dengan senduk kayu/senduk plastik/spatula.
~bahagikan adunan kepada 3 bahagian. warnakan setiap adunan dengan warna pilihan.
~sudukan setiap adunan berselang-seli dalam boto sehingga 3/4 penuh botol. jangan terlalu penuh.


~letakkan botol yang berisi adunan kek ke dalam loyang yang berisi 3/4 air. bakar cara waterbath selama 30-35 minit.
~bila kita cucuk kek dgn lidi di tgh2 kek, kalau xde kek pada lidi, maknanya kek tu dah masak.
~bila kek dah masak, sejukkan kek.
~bila kek dah sejuk, susun buah-buah yang dipotong dadu, isi cream n tabur choc chip. n MAKAN!


freelance model kalo aku nak meniaga CAKE IN JAR nnt. huhu



12 comments:

  1. nmpk sedap...tp lg sedap kalo tuan blog blnjer sy 1..hehehe

    *nk yg cheese punyer taw hehehe

    ReplyDelete
  2. i bookmark dis page. nanti nak try buat la dlm jar yg besar sikit. nak kasi kat bf untuk anniversary kitorg nanti. :)

    Tapi kan, tahan lama tak kek mcm ni? berapa lama blh tahan ek kalau tak taruk dalam peti ais?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn guna cream yg mcm faa buat ni..guna buttercream..ni resepi dia..

      http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/05/buttercream.html

      Delete
  3. wah mmg kerlas gitu buat kek in jar.agak2 brape ek bajet 1 jar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmahal pon ......sbb kek ni buat kek biase je..

      Delete
  4. Kek in jar ni mmg kne bakar dlm suhu 350c ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..xsure laa..ssb maen bakar je..huhu

      Delete
  5. panas atas bawah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawah je
      api sederhana mcm bakar kek biasa

      Delete
  6. Klu guna sponge cake biase bleh x? X pndai nk msk guna air kt bwh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh....senang je...letak botol tu dlm dulang yg ada air...pastu bakar cam bese....

      Delete

superb komen-ngomen