faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Monday, December 24, 2012

baked cheezy meatball - again.



waaaaaa...dah lama tak mengupdate entry ya. hehe. bz laa. Abang saudara aku bernikah hari Sabtu lepas. Baru majlis akad nikah. Tapi disebabkan dia cucu pertama yang bernikah dikalangan kami, so agak beria n meriah jugak laa walaupun hanya akad nikah. hehe.

oke panjang meleret ceritanya. hehe. aritu aku ada cite aku buat BAKED CHEEZY MEATBALL click ^_^ kat umah We aku, lepastu masa ramai-ramai family berkumpul kelmarin, ada ramai yang request nak rasa. Thanks to MakSu n Kak Sarah sebab sponsor bahan-bahan. sampai 4 paket meatball Ramly yg 800gm tu. banyak kan? hehe. jom tengok resepi.


BAKED CHEEZY MEATBALL

white/cheezy sauce:
  • 1/2 buku butter
  • 4 sudu tepung gandum
  • 2 cwn krim + 2 cwn air / 4 cwn susu segar
  • 12 keping cheesedale
  • 1 cwn plain yogurt/sour cream *optional
cara:
~gunakan api sederhana. cairkan butter. masukkan tepung gandum sesudu demi sesudu sambil dikacau cepat.
~kacau hingga berbuih di tepi periuk. masukkan krim+air/susu. masukkan yogurt. kacau sampai tak berketul. biar mendidih.

~masukkan cheesedale dan kacau hingga cheese larut. tutup api.


meatball in red sauce:


  • 3 biji bawang besar
  • segenggam cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • 3kg 200gm / 4 bungkus meatball 
  • 1 botol besar sos spaghetti bolognese Kimball/Prego @ 1 tin mushroom soup Campbell's @ dua-dua
  • 1 paket kecil perencah nasi goreng cina Adabi
  • sos cili, sos tomato, blackpepper - ikut citarasa
  • 3 sudu butter / minyak
~cincang halus bawang besar, cili api & bawang putih. panaskan minyak/butter, tumis bahan cincang sampai naik bau.
~masukkan meatball dan kacau rata. masukkan sos spaghetti, perencah nasi goreng cina, sos cili, sos tomato dan bahan perasa.
~biar sampai meatball masak dan pastikan jangan berkuah. biar sos dia pekat.
~ratakan meatbal dalam dulang. tuang white/cheezy sauce sehingga meliputi meatball. tabur parmesan cheese dan bakar pada suhu 180-200C selama 10-15 minit / hingga cheese perang.
~hidangkan bersama frenc fries n coleslaw. aritu tak sempat buat coleslaw. hehe.



 sebenarnya meatball in red sauce tu kita boleh guna apa-apa resepi bolognese, pendek kata, serupa kita masak kuah spaghetti tapi kuah spaghetti kita selalu buat cair sikit kan? pastikan kuah untuk meatball ini pekat sebab kita nak bakar dia.


white/cheezy sauce tu kalo nak jadikan dia cheezy sauce mcm potato wedges kat KFC tu, tambahkan sesudu serbuk cili n pewarna kuning. kacau rata. rasa lebih kurang sama je. simpan dalam peti. heehe. try laa k!


4 comments:

superb komen-ngomen