faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, April 26, 2012

choc cheese cake


Ya Allah. Disaster kan rupe kek ak? huhu. Ni gara2 nak cepat sebab myummi nak bawak g opis dia bg dak opis dia yg ngah pregnen rase. Patotnye dah tuang topping, letak lam peti ais dulu. Bg coklat tu set. Ni dia dah suoh potong. Tapi xpe. Tak jejaskan rase pon! Huhu.


Cheese cake ni resepinya sangatlah simple mimple. Aku jumpe kat blog ni. Nak tengok, click (*_*). Kalo ikut resepi akak ni, sangat laa jimat! Sebab tak guna cream cheese yang mahal tu. Tapi guna slice cheese je. Jimat kan? Thanks akak sebab sudi share resepi cheese cake yg sedap n gebuss ni! Hasil mmg memuaskan! Topping tu aku gune topping coklat yg biase je. N combination cheese cake with choc topping sgt laa umphh! Rasa cheesecake yg lemak masin2 manis + choc yg manis2 pahit. Superbb. Lemak dlm perot pon superb! Huahua!


CHOC CHEESE CAKE

4-5 keping cheesedale
200 ml susu UHT
70 gm butter
70 gm tepung kek/gandum - ayak
70 gm gula halus
4 biji telor

~potong chese kecik-kecik (aku koyakkan je). Campurkan susu dan cheese dlm periuk kecik. Masak guna api perlahan sampai cheese cair. Pastikan sentiasa kacau. Bila cheese dah cair masukkan butter. Kacau hingga semua larut then tutup api.
~asingkan putih telur dan kuning telur.
~campurkan gula dlm putih telur then putar sampai jadi meringue (kembang. bile kite terbalikkan mangkuk, putih telur x tumpah)
~di bekas yg lain, putar kuning telur hingga kembang. masukkan essen vanilla dan adunan susu + cheese td. kacau hingga rata.
~masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga tepung tak berketul.
~masukkan meringue dan kaup balikkan menggunakan spatula/senduk.
~alaskan loyang dgn kertas minyak. tuang adunan kek dlm loyang dan bakar menggunakan kaedah water bath. mcm ni--> (KAEDAH WATER BATH) pada suhu 170C selama 20 minit. Selepas 20 minit, turunkan suhu pada 120C dan bakar lg selama 40 minit.


CHOC TOPPING

 1cwn susu UHT
1 bar dark chocolate/coklat masakan (200 gm)
25 gm butter
3 sudu serbuk koko - diayak

~didihkan susu dg api sederhana. masukkan coklat yg dah dipotong kecik2 dan serbuk koko. kacau hingga coklat cair. 
~masukkan butter dan kacau hingga semua sebati. angkat dan sejukkan.


Kalau xnak guna choc topping tu pon xpe. Bagi aku kalo makan kek cheese ni saje pon da sedap. Sebab kek ni dia moist2 gitu. Sedap sangat. Rasa cam kek berunsurkan pudding pon ade. Leh gitu? Hihi.

meatball bowtie bolognese


Menu lunch tok arini. Sibuk buat kek cheese sampai malas nak masak nasik. Paksa adik ak, Angah masak mende. Tekak terasa sgt nak mkn ni. Hihi. Untuk adik ak Alang yg perotnye sentiasa kosong, nasi goreng pagi td ade, ak gorengkan telor je. Hihi


Tak susah pon buat ni. Sama mcm buat spaghetti. Gantikan spaghetti ngan pasta bowtie or pape je jenis pasta yg korang suke. Ak soh Angah letak sili api. Bg kaww sikit. Huhu. Meatball tu dia kepal2 dging hancur je. Semalam ak nk beli meatball yg ready made, Angah xbg. Dia ckp dia leh buat ngan breadcrumbs la, itu la. Last2 daging hancur tu je yg dikepal-kepal. Pemalas! huhu


Wednesday, April 25, 2012

getuk ubi kayu


Haaaaa...asyik buat kuih modern je kan. Petang td aku buat kuih tradisional plak. Ni laa kuih pebret aku. Getuk Ubi Kayu. Kebetulan ak balik kg Makndak aku, di ade tanam ubi kayu. Aritu dia bg la yg da siap direbus. Aku tinggal LENYEK, TAMBAH KELAPA PARUT, GARAM SIKIT N GULA IKUT RASA. KEPAL BULAT2, CELUP DLM BATER (ADUNAN TEPUNG) GORENG PISANG N GORENG. Haa tu laa resepi dia. xyah bg yg rasmi punye. Hihi. Pemalas kan?


Kebetulan plak Makndak ak nak dtg petang ni, so aku jamu balik ape yg dia dah bg kat ak..huhu. Makan ubi kayu ni ngan minum air teh o. Perghhhh. Sodap aih. Makan plak pnas2. Ak lg suka ubi kayu ni dr goreng pisang. huhu. Tapi jarang org jual ni. Kalo ade pon, ubi kayu yg dah ganyut/tua. Tak sedapp!


Tapi ubi kayu ni fresh. Pas cabut, terus rebus. Yang muda lg tuu. mana tak empuk n gebuss kan? huhu. Jemput makan..

Monday, April 23, 2012

rooootiiiii - ROTI SAMBAL BILIS & ROTI MILO


Haii memasak lagi kite ye..hihi.. utk minum petang, aku buat roti. Teringinn sangat nak buat roti. kebetulan ade 2 paket yeast segera kat umah (hasil dr selongkar2 kat dapur). Hehe. Tgk plak dalam peti ais ade sambal tumis yg Ummi aku simpan. So tinggal hangatkan je.

Cari punye cari resepi, aku jumpa laa resepi roti asas paling senang. Aku jumpa kat MyResepi dari Kak Fida. Time kasih akak. Izinkan saya share kat sini plak ye. Kalo nak tengok resepi asal, klik +_+.

Dalam 1 adunan, aku buat 3 jenis. ROTI SAMBAL BILIS, ROTI MANIS & ROTI MILO. Menjadi kott. Aku xpernah buat roti sebelum ni. Ni pes time n teros menjadi. Thanks to Kak Fida sbb sudi share resepi yg simple. ni kat bawah ni cara2 aku buat roti dari 1 adunan.


Yang inti sambal bilis, aku bulatkan doh, letak sambal tgh2, then lipat tiga segi.

Yang ni plak adik aku, Alang buat mcm2 bentuk n 1 tu dia letak mayonis.

Roti kosong plak aku bulatkan 6 ketul, aku susun dlm periuk yg dah di sapu minyak.


Roti Milo, aku buat 4 segi tepat, sapukan milo+susu manis hingga rata, gulungkan n potong.




Aku ubah sikit laa resepi kak Fida menggunakan apa yg ada kat dapur aku. jom laa tengok ek.

RESEPI ASAS ROTI

5 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1 sk garam
2 paket kecil yeast segera - Mauripan
1 sk serbuk penaik  

~ ayak semua bahan ni

1 biji telur
60 gm minyak masak/butter

~masukkan semua bahan dalam mixer roti. aku just uli guna tangan sampai semua sebati.
~tabur sedikit tepung atas papan canai. uli lagi doh hingga tidak melekat pada tngan.
~perap doh 45 minit hingga doh jadi berganda.
~tumbuk doh supaya angin keluar.
~bahagikan doh kepada ketulan2 kecil dan bubuh inti ikut citarasa.
~alas dulang dgn kertas minyak / sapu sedikit minyak pada loyang.
~susun roti yg dah dibentuk dlm loyang. pastikan jarak2 sebab nanti roti mengembang lagi.
~rehatkan 45 minit lagi.
~panaskan oven. bakar roti pada suhu 180C selama 10-15 minit.

NASI ORG KAWEN with PLUM GRILLED CHICKEN


Haiiii semua!!!! Ape kabo wokme (kamu semua)? Rindu laa ngan wokme. Hehe. Lama kan aku xbuat entry masak2 ni? Kawan2 aku pon da boring nengok blog aku. Huhu. Al-maklumlah, student. Nak kata bz tu xla sangat. Tapi sebab duk Melaka xmemasak kan, so jarang la update. Aku kalo nak update story2 tanpa masakan ni, aku xreti sangat. hehe. Lagi 1 punca ak malas nak update, ni haaa...dashboard alaf millenium ni. Suke suki je tukar tnpa pngtahuan ak. Menyirappp je ak. Menyusahkan ade la. Tak user friendly langsung!  --alasan.. :)


Oke. Selesai sudah sesi luahan hati. Haha. Skunk ni ak cuti mid sem. Seminggu cuti. So semalam, start laa kite berperang dgn dapurnye pun hadoii! Haha. Aku masak Nasi Org Kawen/NASI MINYAK with PLUM CHICKEN GRILLED. Alahai. Da lama xmmasak so x laa beberapa memuaskan hasil masakan aku tu. Ayam ak kene bakar 2-3 kali sebab kurang masak. So aku sarankan, rebus dulu ayam sampai masak. Then baru perap. Aku rebus separuh masak je. Kari telur aku plak terlebih santan. Dah laa pekat mcm puree. Haha. Tapi abes licin gak la! Rasa ayam memang sedap sbb ade rase masam manis sos plum. Try laa k! Nasi Minyak a.k.a Nasi Org Kawen side dish dia ni. Haha.

 PLUM CHICKEN GRILLED

1 ekor ayam - dibersihkan, direbus hingga masak (30 minit) dgn air + sedikit garam

Bahan Perap:
4 sudu gula - jadikan air gula pekat
3 sudu sos plum
3 sudu sos tiram
2 sudu cili boh/serbuk cili
3 biji bawang putih - diketuk
1 sudu kicap manis

~toskan ayam. simpan air rebusan ayam utk nasi.
~perap ayam dengan semua bahan diatas selama sejam ++
~susun 1 biji bwang yg dipotong dadu besar dlm dulang (utk elakkan ayam melekat dlm dulang). letak ayam diatas bawang. simpan separuh bahan perapan. bakar selama 45 minit. Api sederhana.
~selepas 45 minit, keluarkan ayam, sapukan bahan perapan sehingga habis dan balikkan ayam. bakar setengah jam lagi.


NASI ORANG KAWEN / NASI MINYAK

3 cwn beras - dicuci dan toskan
air rebusan ayam (sukatkan mcm kita masak nasi biasa)

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inch halia
1 sup bunjut
1/2 cwn minyak masak
3 bunga cengkih
1/2 inch kulit kayu manis
2 bunga lawang

~hiris bawang, bawang putih dan halia. 
~panaskan minyak. tumis semua bahan sampai garing.
~masukkan beras dan air rebusan dlm rice cooker. masukkan bahan tumis. kacau dan masak mcm biasa. kacau setiap 5 minit.


Oke. Done with my recipe! Hehe. Yang kari telor ngan acar mentah tu, buat mcm biase je. Hehe. Kalo nak mkn ngan sambal telor ke, kurma telor ke, acar buah ke, ikut suka. Mcm makanan kenduri kawen tu. kan ade mcm2? Hehe.

Tuesday, April 3, 2012

moga cepat sembuh!


Haa..punye laa lama aku x hapdet blog kan? Hehe. Sabor yea..nanti kalo ade cuti panjang, aku masak2, aku post entry resepi kat sini. Aku ni pon dah gian gile xmasak2 nie.

BTW ni laa aku nak perkenalkan classmates baru aku. 22 org (sorang tukang snap picture). HM2213B. So kenapa kitaorang bergambar kat spital nih? Ni nak story nie...

Al-kisahnya, salah sorang dr 3 jejaka lam clas aku ni, Kamal namanye, accident dlm toilet umah dia. Tu yg baju ijau tu. Dari cite yg aku dgr, dia tergelincir dlm bilik air then dia pegang sinki tp sinki tu jatuh n pecah n serpihan sinki tu belah lengan dia. Alaa lengan yg kat tmpat doctor slalu cucuk tu. Haa kat situ. Memancut2 darah kuar. Betul2 putuskan urat darah dia. Ngeri kan?

So kitaowank 1 clas g melawat dia tadi. 1 rombongan naik bus g Hospital Melaka. Best laa kelas aku ni. Semangat kengkawanan tu kuat. Even kitaorang baru kenal xsampai 2 bulan, tp kitaorang together cam dah lama kenal. Best lah!

So, Kamal, hope pembedahan dia kat Hospital KL nanti berjalan lancar n everything will be ok. Moga cepat sembuh and kitaorang akn slalu doakan yg terbaik utk ko! Fighting!