faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Wednesday, October 31, 2012

popia nestum

ni kuih raya aku untuk aidiladha ni. sejenis je dapat buat sebab kesuntukan masa. hehe. tapi meriah laa raya aidiladha aku tahun ni.  semua family aku balik. dapat g jenjalan, bbq, maen game running man. sonok sangat. hehe.



ok. abaikan sikap keseronokan itu. huhu. simple je buat popia nestum ni. yang leceh nye time nak menggulung kulit popia. perghh. sakit pinggang wehh.

jom laa tengok camne n apa bahan-bahan popia nestum yang aku pakai tibai je ni. hihi.



POPIA NESTUM

1 paket kulit popia
telur putih/air tepung gandum - untuk melekatkan kulit popia
1 paket kecil nestum - dikisar kasar
1/2 paket kecil susu tepung Nespray - xkisah pon sebenarnya brand apa pon
1/2 paket kecil Horlicks
gula halus - ikut citarasa
minyak untuk menggoreng

~pukul sedikit putih telur/bancuh 2 sudu tepung gandum dgn secawan air.
~gulung kulit popia (jadikan dia sebesar pensil). sapu telur putih/air tepung gandum dihujung kulit dan gulung sampai habis. pastikan melekat. buat sampai habis kulit popia. (jangan biarkan kulit popia kering, tutup kulit popia dengan towel lembap)
~gunting serong kecil-kecil kulit popia dan goreng dengan minyak panas hingga kekuningan. jangan sampai garing, cukup hanya kekuningan.
~angkat dan tapiskan, kemudian letak atas tisu dapur untuk serap minyak. goreng sampai habis.
~sejukkan sebentar kulit popia. 
~masukkan nestum, susu tepung, horlicks dan kacau rata. masukkan gula sedikit demi sedikit hingga kita rasa cukup manisnya.kacau rata.
~masukkan popia yang dah digoreng dalam balang, masukkan adunan nestum, tutup balang dan goncang. jangan goncang kuat-kuat nanti popia hancur. done!


Thursday, October 25, 2012

onion ring



burrppp. Alhamdulillah. ni laa lunch aku utk hari ni. disebabkan pagi tadi da bekpes nasi lemak yang sooo heavy, so lunch kena yg lite-lite je laa kan? wahhhhhh. nampak tak kegedikan menjaga makan disitu. bukan ape woiiiitt. aku sayang badan aku. hehe.

dari semalam dah teringiiin sangat-sangat nak makan mende alah ni. pes time aku mkan kat mane ntah. sedap sangat. kat a&w ke mana ntah. lupa. pastu tgk kat afc pon chef2 ni ade buat, man vs food pon dia ade bedal. aku bila lagi? so arini pon gigih laa masuk dapur nenek.

aku curi bawang yang ummi aku kupas untuk buat rendang raya haji. hehe. alaaa sebiji je ummi. halal ya. dia balik dari pasar kang aku impom dia. hoho. jom tengok bahan-bahan yang soooooo simplicity.

ONION RING

sebiji bawang besar kuning (yang merah pon boleh kot.ikut suka)

bahan bater:
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu tepung beras
1/4 paket kecil serbuk nasi goreng cina adabi (senang guna ni. xyah guna garam dah. sedang elok masin dia)
sedikit lada hitam
sedikit air

~hiris bawang bulat-bulat. jangan putus. nanti xcantik. tapi kalo terputus jugak, jgn buang, goreng je. hehe.



~masukkan semua bahan bater dalam mangkuk. air diisi mengikut bater. jangan terlalu cair. biar dia pekat sedikit supaya ia melekat pada bawang.



~panaskan minyak. tabur bawang dalam bater, kacau rata sampai semua bawang bersalut, goreng satu-satu hingga garing. (nak senang, masa nak isi bawang dalam minyak, guna garfu)
~toskan minyak dan makan dengan sos n mayones! walla!!



umah nenek aku xde mayones so xbbrape nak umpph laa..try tuang mayones skali k. mesti sedap n melemakkan. huahua. 

tadi tengah aku goreng onion ring ni, nenek aku datang tanya aku buat apa? aku pon cakap laa buat cekodok bawang tapi bukan cekodok, dia bawang tu celup dalam tepung cekodok. aku n nenek pon kompius dengan apa yang aku cakap. hehe. bila aku hulur sepinggan onion ring n tanya nene nak rasa? nenek aku jawab,

------ nenek pose.

maluuuu beb. sian nenek aku. sorry nenek. kakak tak taw nenek pose. teheeeee. -_-"

-soalan utk org tak pose je. org pose jgn bace. jgn bagi aku rse bersalah lagi, ok!-

U WANT SOME? :)



dessert tradisi - tapai pulut (selamat hari raya aidiladha)

esok raya yeaaa! hehe. walaupu hanya raya haji, ianya tetap raya dan faa suka raya! huihui. masa ni laa semua sedare-mara sepupu-sepapat tersayang balik kampung berkumpul. sonok taw. n menurut nenek aku, raya haji/korban ni sebenarnya lagi besar dari raya aidilfitri. sebabtu tu kebanyakan orang kat negeri kelantan menyambut raya aidiladha ni dengan meriah. kitaorang pon even bukan orang kelantan sambut raya aidiladha ni dengan meriah. hehe.

aku juga ade pengalaman raya aidiladha ni. tiket bus aku abis! terpaksa laa menumpang dayah dari melaka ke bahau, esoknya amik train bahau-mentakab. penat jugaklah, mujur sempat bermalam dulu kat rumah dayah. thanks buddies! hehe. 1 train ngat mamat-mamat siam yang ganteng-ganteng. hoho.


ok end of story. ni nak cite plak, pasal salah satu pencuci mulut tradisi kegemaran aku. Tapai Pulut. nenek aku suka buat ni. nak tengok cara? hehe. senang je. tapi kuantiti jangan tanya aku ya sebab nenek aku tak pakai gram-gram ni. main tabur secukup rasa je. tapi tetap sedapp nyumnyum!


mula-mula kena lah masak pulut. tapi just pulut ngan air je taw. bila dah masak, sejukkan laa sikit. then ratakan pulut dalam dulang yg besar. sagat ragi halus dan tabur rata atas pulut. sagat guna tapis plastik je.pastikan rata tau!



sebelum tu, nampak x perkataan ragi kat atas tu? taw RAGI tu hape? aku ade gambar je. apa fungsinya n kegunaanya, sila lah google ye. saya malas. hehe.



pastu amek sesudu, masukkan dalam daun bemban. ya DAUN BEMBAN! aku pon pes time mendengornye. jangan tanya aku kenapa guna daun ni n nak cari kat mana. hehe. nenek aku cakap kalo xde daun bemban, daun pisang pon boleh. or kalo duduk tengah-tengah klcc or bukit bintang, susah nak cari daun bemban or daun pisang, guna rumput pon boleh.



haha! woitt! jangan laa tiru betoi-betoi guna daun rumput tu. aku tipu je. guna laa tupperware kecik macam gambar ni.



pas dah bungkus siap-siap, simpan laa tapai-tapai ni. peram dalam 2 malam pon da oke. da boleh ngap nyumnyum!



so kalo nak rasa tapai pulut buatan nenek saya ni, silalah datang beraya ya!



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! MAAF ZAHIR BATIN!


Sunday, October 21, 2012

its all about merokok.


aku tahu dia merokok. mula kenal dia, dia tanya suka ke orang merokok? aku geleng.

tapi setiap kali aku keluar dengan dia, dia tak pernah merokok. aku pon pelik. aritu cakap merokok. aku pon tanya.

aku : awak kata awak merokok. tapi tak pernah nampak awak merokok.
dia : saya tak nak merokok depan awak. sebab awak tak suka.
aku : -diam&senyum-.

last jumpa dia aritu, aku tiba-tiba macam terbau rokok. aku pandang muka dia. ni mesti dia baru lepas merokok ni.

aku : awak jauh sikit. bau rokok la. busuk!
dia : awak, saya dah lama berhenti merokok. saya tak merokok la.

-aku pandang sekeliling, rupanya orang belakang aku yang merokok-

aku : -nak cover malu- sejak bila berhenti merokok? 
dia : bulan puasa aritu.
aku : kenapa berhenti?
dia : sebab awak tak suka orang yang merokok. saya tak nak jadi orang yang awak tak suka.
aku : -terdiam.terkedu.taksangka.tersenyum- terima kasih awak. tapi nape tak bagitau.
dia : dah bagitau. saya msg awak. awak yang lupa kot. 
aku : sorry.heheeee. -dengggg-


hari esok harga rokok start naik 20sen. sebab tu aku saje cite pasal dia. hehe. saje nak menggedik. lepas ni semua duit dia yang sepatutnya dia beli rokok tu, boleh laa simpan. kann?

love u, mat!



Wednesday, October 17, 2012

paprik sayur ayam

fuhhhhhhhhhhhhh! buang habuk lam blog ni. berkurun xbukak da mcm peti harta karun dah. haha. rindu nak masak sebenarnya, tp bz belajar kan. masak pon megi je. nak havoc sikit megi tu, aku pecah telor tumis bwg putih n cili api. tu je. huhu.


ni aku nak cite first time aku masak lauk kat Melaka ni. PAPRIK SAYUR AYAM. kali ni kawan aku,Amoy mencadangkan agar paprik tu dicampurkan dgn kiub tomyam. aku pon try la buat. sumpah sedap. serius ni. rasa sebijik cam kat kedai. haaaa. hebakk tak dlm bab puji diri sendiri ni. hoho. try taw.


PAPRIK AYAM SAYUR

1/2 ekor ayam - bersihkan dan potong kecik
1 paket putik jagung
1 btg carrot
baby kailan/bak choy/sawi pendek - apa2 sayur pilihan
3 ulas bawang putih
segenggam cili api
2 kiub tomyam
sos cili - ikut rasa
sos tiram - ikut rasa
sedikit kicap manis - ikut rasa
minyak untuk menumis
sedikit air
(nak lagi sedap tambah serai, daun limau purut)

~panaskan minyak. ketuk cili api dan  bawang putih. tumis hingga garing.
~masukkan ayam, sos cili, sos tiram, kiub tomyam, sedikit kicap dan air. biar hingga mendidih. rasa.
~apabila ayam separuh masak, masukkan carrot. biar 5-10 minit. kacau lagi.
~masukkan sayur lain ikut citarasa. kacau sebentar hingga sebati. tutup api.


lauk banyak ni makan 3 orang je. licinnnnnn. huhuhu. tambah pulak si Myra, badan keding tapi kuat makan. uhuhuhu. try la k. senang sangat, lagi2 utk yang bujang. selamat mencuba!