faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label pancake. Show all posts
Showing posts with label pancake. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Dorayaki


aci tak dipanggil dorayaki? dah la rupa takde, inti pon blueberry bukan kacang merah. tapi nak juga panggil dorayaki. boleh laa. boleh laa. dorayaki. dorayaki. dorayaki. lalalala~ hehe. faa ambil resepi dorayaki, so dorayaki la namanya tapi tak taw laa kenapa rupa lebih ke arah pancake biasa. rasa sedap. hehe.


faa amik resepi dari ABM. thanks ABM. jom tengok kejadian the real dorayaki kat sini. cantik kan? oke lepas tengok blog ABM tadi baru faa taw kesilapan dia. faa guna api sederhana besar. rupanya kena guna api kecil je. ni lah dia orang yang tak sabar kan. hadaplah faa oiiiit. hehe


sebenarnya faa rindu zaman kanak-kanak dulu suka tengok Doraemon. kan ni kuih kegemaran Doraemon. masa kecik dulu teringin sangat nak rasa n taw macamana ras n rupa kuih dorayaki ni. dah umo 23 tahun baru dapat rasa. hehe. ni pon buat masa breakfast tadi. tapi resepi ni tak dapat banyak so lepas breakfast dorayaki, terus masak megi. lapor. huhu. 


jom laa tengok resepi dorayaki yg senang sangat ni. credit a lot to ABM tapi sorry ye ABM. ada yg diderhakai dgn resepi ABM ni. faa takde madu so faa ganti dengan susu manis n faa tambah baking powder n esen vanilla. halal ye. hehe. jom tengok resepi yg faa dah gandakan 2.


DORAYAKI

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk baking powder
  • 4 biji telur
  • 100 gm gula castor
  • 2 sudu besar madu - faa gantikan dgn 1 sudu besar susu manis
  • 2 sudu besar air
  • 1 sk esen vanilla - faa tambah
  • inti - sepatutnya red bean paste tapi faa guna blueberry and ABM cakap guna pape inti pon boleh. ikut suka.
~ayak tepung gandum, baking soda & baking powder.
~pukul telur dan gula hingga sebati. masukkan madu(susu manis) dan esen vanilla dan kacau sebati.
~masukkan bahan diayak sikit demi sikit dan kacau hingga rata. wrap dan rehatkan dalam peti ais selama 30 minit.
~panaskan pan dengan api kecil. griskan dengan sedikit minyak/butter. sudukan 2 sudu besar bater dalam pan. bila permukaan dah berbuih, palingkan perlahan-lahan. biarkan seketika hingga keperangan. ulang sampai habis.
~sapukan inti diatas satu lapisan dan sandwichkan dengan selapis lagi dorayaki. tekan sedikit bagi padat. 



kalau nak hilang rindu zaman kanak-kanak, tengok Doraemon kat Astro Ceria sambil makan Dorayaki. hehehe.


Thursday, February 7, 2013

Buchujeon / Pajeon (Korean Chives Pancake)


pelik namanya? pelik laa sebab dia makanan Korea. hehe. Faa kenal makanan ni pon masa tengok one of Korean variety show, Running Man masa JongKook and Haha kalau tak silap. dia ada makan Buchujeon ni n nampak sedap sangat.  a lot of daun kucai yang diorang gunakan. sedap sangat ke? masa tu tak teringin lagi nak cuba.


lepas tu faa terjumpa plak blog seorang penggemar makan korea dan dia banyak post resepi-resepi makanan Korea. suka tengok blog dia. nama dia Tikah n blog dia nama myilgi.blogspot. click #_# untuk tengok pelbagai jenis resepi makanan korea n jepun yg simple n menarik!


lepas tu faa terjumpa laa resepi ni n faa teruja sangat nak mencuba. bila tengok bahan-bahan, sebijik sejebon bahan-bahan nak buat cekedok. so ikut resepi cekedok kita je laa kan tapi jadikan a lot of kucai sebagai bahan utama. A LOT OF ok. tapi kat sini faa bagi jugak laa resepi versi faa yang sangat senang n sedap sebab kalau nak goreng cekodok guna minyak banyak n satu-satu kan? haaaa yang ni just guna sikit minyak n campak je semua dalam pan macam goreng telur dadar. ohsemmm!


BUCHUJEON / PAJEON (KOREAN CHIVES PANCAKE)

  • 1 cwn udang kecil - dibuang kulit dan dicelur
  • 3-4 cwn daun kucai/daun bawang - dipotong sepanjang ibu jari
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 biji telur
  • sedikit garam dan lada hitam
  • sebiji cili hijau - ikut suka. dihiris halus
  • air - macam nak buat cekodok
  • sedikit minyak
~gaul kan udang kecil, daun kucai, tepung gandum, tepung beras, telur, garam, lada hitam, cili hijau hingga sebati. 
~masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat adunan yang diinginkan.
~panaskan api. tuang sedikit minyak dan ratakan. kecilkan api. tuang semua adunan dan ratakan.
~tutup pan dan biar 15-20 minit hingga bawahnya garing. palingkan perlahan-lahan dan tutup lagi dan biar hingga masak dan garing. 
~potong dan kalau ikut Korea, makan dengan sejenis sos macam kicap cair, tapi faa makan dengan cili sos. kita buat dia kan? hehe.



kenapa nama sampai dua? buchujeon ke pajeon? hehe. macam kita jugaklah kan. ada panggil ayam masak merah. ada panggil ayam berlada. ada panggil sambal ayam. benda yang sama kan? tu je yang mampu faa terangkan. hehe.

sebenarnya JEON maksudnya pancake-like Korean dish and BUCHU mean chives. PA pulak maksudnya green/spring onion. so adik beradik la tu kan. hehe.

kucai tu faa dapat dari pasu nenek faa so ianya tersangat laa fresh oke. balik kampung nanti nak renggut lagi. hehe.

(gambar credit to MYILGI.BLOGSPOT)

tengok Running Man episod ni lah diorang makan buchujeon/pajeon ni. tapi diorang punya lagi banyak kucai/daun bawang diletaknya. mau rasa macam makan bawang je. iye dak? hehe




Wednesday, December 26, 2012

buttermilk pancake with choc sauce, blueberry filling & strawberry jam


good morning everyone. touu dia..disebabkan breakfast ala-ala inggeris, terus nak speaking..hehehe..sekali sekala ye dak? lagi-lagi kat Kuantan ni tgh sejuk sebab hujan je, mujur rumah aku tak kena banjir. semalam aku g tengok rumah sewa sepupu aku Yong, Ya Allah habis rumah diorang. air naik sampai paras pinggang. kebetulan semua balik sebab cuti. kesian diorang. habis almari baju, kasut, laptop, peti ais...jenuh laa nak basuh rumah. tapi semalam sempat jugak round-round bandar Kuantan..Alhamdulillah semua dah kembali seperti biasa.

disebabkan dah lama teringin nak makan Buttermilk Pancake ni, aku pon buat laa pagi tadi. resepi amik kat MyResepi by NisaMPB. thanks share resepi yg mudah n lazaaaaaaat sangat ni. jom tengok pancake Nisa yg comell je..click #_# ..aku try masak pancake guna pan bentuk Love Myummi ni. leceh la.. melekat sikit. pancake jadi tak beberapa cantik. lepas ni nak buat nak guna pan biasa je. huh! :)

ni laa pan bentuk Love myummi tu.

BUTTERMILK PANCAKE

  • 1 cwn buttermilk - (1 cwn susu segar + 1 sudu cuka makan. kacau dan biarkan 5-10 min sampai berbintil-bintil)
  • 1 cwn tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 3 sk butter cair - aku guna minyak masak
  • 1 sudu gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla - aku tambah

~ayak tepung gandum, soda bikarbonat & garam. satukan dengan gula.
~pukul telur, minyak masak & esen vanilla. masukkan kedalam bahan diayak tadi. kacau rata.
~masukkan buttermilk dan kacau hingga tidak berbintil.
~panaskan pan. letak sesenduk dan biar hingga berbuih dikeliling pancake. palingkan.
~hidang bersama chocolate sauce, strawberry jam, butter and blueberry filling.


 strawberry jam + butter

 blueberry filling + butter

chocolate sauce