faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Blueberry Choc Soft Cheesecake for My Ummi's birthday.


Apa khabar semua? Masih tak terlambat lagi kan faa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua. maaf zahir dan batin. sorry laa lama tak update. bz sebz bznya. gambar-gambar juadah raya yang faa masak pon tak smpat nak snap. so tak dapat laa nak siarkan. gambar-gambar masakan masa bulan puasa je yang ada. gambar kuih raya pon xsmpat.


tengoklah rupa kek ni pon tak beberapa nak cantik dekonya. sebab buat kat Kuantan tapi deko kat Temerloh so cincai-cincai je la dekonya. buat kek ni sempena birthday ummi 25 July haritu. Soft cheesecake ni favourite dia. memang rasa berbaloi dapat buat kek kesukaan si empunya birthday kan? resepi ni faa pernah buat dulu (*_*) n thanks to akak ni sape entah nama dia, btw thanks kak. click sini (#_#)

BLUEBERRY CHOC CHEESECAKE

  • 4-5 keping cheesedale
  • 200 ml susu UHT
  • 70 gm butter
  • 70 gm tepung kek/gandum - ayak
  • 70 gm gula halus
  • 4 biji telor

~potong chese kecik-kecik (aku koyakkan je). Campurkan susu dan cheese dlm periuk kecik. Masak guna api perlahan sampai cheese cair. Pastikan sentiasa kacau. Bila cheese dah cair masukkan butter. Kacau hingga semua larut then tutup api.
~asingkan putih telur dan kuning telur.
~campurkan gula dlm putih telur then putar sampai jadi meringue (kembang. bile kite terbalikkan mangkuk, putih telur x tumpah)
~di bekas yg lain, putar kuning telur hingga kembang. masukkan essen vanilla dan adunan susu + cheese td. kacau hingga rata.
~masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga tepung tak berketul.
~masukkan meringue dan kaup balikkan menggunakan spatula/senduk.
~alaskan loyang dgn kertas minyak. tuang adunan kek dlm loyang dan bakar menggunakan kaedah water bath. mcm ni--> (KAEDAH WATER BATH) pada suhu 170C selama 20 minit. Selepas 20 minit, turunkan suhu pada 120C dan bakar lg selama 40 minit.
~faa lapis dngan jem blueberry then tuang choclate ganache.


Saturday, June 29, 2013

Red Velvet Crepe Cake with White Chocolate Buttercream Filling


hai uolls. dah lepas satu paper, tinggal 5 more final exam paper nak diharungi. esok paper eTourism tapi macam biasa tengah study, selit update blog jap kan. heuheu.


ok nak jerit jap. YAHOOOOOOOOOOOOOO!!!!! crepe cake yang dah lama mengidam nak buat akhirnya menjadi realiti!!!!!! Alhamdulillah menjadi. Al kisahnya, kawan faa Nana n Akma ni ada request Red Velvet Cake. faa tau diorang request main-main. hehe. tapi faa bila dah dengar request dari kawan2 ni, dah ada kesempatan, tak buat rasa macam bersalah plak. kebetulan faa pon sangat sangat lama teringin nak makan Red Velvet and sangat sangat lama jugak teringin nak makan Crepe Cake. so klink! dapat idea. why not kita gabungkan n buat RED VELVET CREPE CAKE? oke terus berkobar-kobar nak buat.


so sampai je Kuantan, terus laa godek-godek dapur tengok bahan2. resepi pon dicari tapi resepi sikit n kurang memuaskan n tak beberapa mengikut kehendak n selera faa. sebab faa tak nak guna cream cheese as dia punya filling. faa nak guna white chocolate utk filling dia. so faa cari laa resepi chocolate crepe cake sbb asas red velvet ni kek coklat kan? just tambah buttermilk n pewarna merah. mengikut kajian faa la. so faa berkenan ngan resepi dari JUICY CAFE AND CAKES dengan blog YEEINGNG. faa kaji dua resepi ni n gabungkan mana patut, tolak tambah bahan, n buttercream pon faa guna resepi JUICY CAFE just tambah white chocolate ganache. n hasilnya? wallla!!!! thanks to both of u sebab sudi share resepi. Jom tengok resepi dari faa ni.


RED VELVET CREPE CAKE with WHITE CHOCOLATE BUTTERCREAM FILLING

Untuk Crepe :
  • 3/4 cwn gula castor - kalau nak kurang manis, kurangkan lah
  • 4 biji telur size A
  • 1 cwn buttermilk (1 cwn susu segar + 1 sudu cuka makan/jus lemon. biarkan 1/2 jam suhu bilik)
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 60 gm butter cair/minyak
  • 3/4 cwn dark chocolate - hiris halus
  • 1 sk vanilla esen
  • 1-2 sudu pewarna merah - hingga mendapat warna yg dikehendaki
  • 190 gm tepung gandum - ayak
~double boiled dark chocolate (isi 1 cwn air dalam periuk kecil, panaskan dgn api sederhana. letak mangkuk besi/kaca (yg tahan api) atas periuk kecil dan mauskkan chocolate dalam mangkuk. biar hingga chocolate cair. pastikan air dlm periuk tak kena mangkuk!!). tutup api. masukkan butter/minyak dan kacau sebati. alihkan mangkuk dari periuk. sejukkan sedikit.
~masukkan gula castor, telur, buttermilk, susu segar, vanilla esen, ke dalam chocolate cair tadi dan kacau rata hingga sebati.

 ~masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua sebati. masukkan pewarna merah hingga mendapat warna yg anda suka dan kacau lagi. tapiskan adunan.
~panaskan non-stick pan (api kecil). masukkan 1 senduk (sederhana besar) adunan dan ratakan dalam pan. biar hingga masak. jangan dipalingkan, terus angkat letak atas pinggan. bila dah sejuk, lapiskan dengan plastik. ulang hingga habis crepe.
~bila dah habis buat crepe, cover crepe dgn plastik dan simpan dalam peti sejuk untuk elakkan crepe kering.

Untuk White Chocolate Buttercream Filling.
  • 250 gm butter
  • 50 gm gula icing
  • 2-3 sudu susu segar
  • 250 gm white chocolate - dihiris halus
~double boiled white chocolate hingga cair. masukkan susu segar dan kacau rata. sejukkan suhu bilik hingga betul-betul sejuk tapi masih cair.
~putar butter dengan gula icing hingga betul-betul kembang dan gebu.
~masukkan white chocolate dan kacau rata menggunakan spatula. sejukkan dalam peti sejuk 10 minit.
~ambil sekeping crepe, ratakan dalam anggaran 3-4 sudu buttercream. ratakan hingga menutupi crepe. letak sekeping crepe dan ratakan buttercream lagi. ulang hingga habis. kalau ada lebih, boleh ratakan seluruh crepe cake dengan buttercream tu. balut dengan plastik dan sejukkan semalaman.



(sorry takde gambar whole cake sebab look disaster. hehe)



Thursday, June 27, 2013

Lava Chocolate Cake


sekali lagi amek kesempatan lari dari tension memahami membaca menghafal menelaah subjek Hotel Design and Layout yg papernye esok. tibe tibe tekak ni teringin sangat nak Lava Chocolate Cake ni. terbayang2 lagi kek coklat yg gooey, hot melted inside and crunchy outside, more heaven when eat with a scooped of cold vanilla ice cream. pergh!! teringin! teringin!


tapi hanya mampu update blog dan tatap gambar je laa bila kat Melaka ni xleh nak buat kek ni. sob sob. faa taw faa akan menyesal lepas update ni sebab akan teringat2 kat kek ni. tapi apakan daya....... jom laa tengok resepi mudah n sedap ni yang diambil dari ABM. thanks ABM n faa mintak izin share resepi gojess ni kat sini ya. temkiu temkiu.


LAVA CHOCOLATE CAKE

  • 150 gm dark chocolate - cincang halus
  • 70 gm butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 1/4 cwn tepung gandum - ayak
  • 1 sk esen vanilla
~panaskan oven 200C.
~double boiled dark chocolate. (masukkan secawan air dalam periuk kecil, biar hingga mendidih. letak mangkuk besi/kaca atas periuk. masukkan dark chocolate dan kacau hingga cair. pastikan air tak kena pada mangkuk.)
~tutup api dan masukkan butter. kacau hingga butter cair.
~dalam mangkuk lain, putarkan telur dan gula hingga gebu dan pucat. masukkan esen vanilla dan putar lagi.
~masukkan coklat tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau laju supaya telur tu tak masak. kacau rata.
~masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik hingga rata.
~masukkan ke dalam cupcake paper hingga 3/4 penuh. jangan penuh sangat nanti melimpah. boleh juga guna bekas remekin, tapi gris dengan sedikit butter dulu.
~bakar 12-15 minit bergantung pada oven. hidang suam-suam bersama dengan aiskrim vanilla.


tengoklah tu bila kek yg suam makan ngan aiskrim vanilla. cair tuuuuuu!!!!sedapppp!!!!


 yang kat bawah ni tanpa aiskrim. saje nak bagi close-up sikit.

 amacam? melting tak?

Tuesday, May 7, 2013

Kitkat Cheesecake (Bake)


haaa! inilah dia resepi yang ke-200 faa!! n disebabkan ianya resepi yang ke 200, ia agak special sikit. kenapa special? sebab resepi yang faa nak reveal hari ni ialah resepi kegemaran, cheesecake and faa buat special untuk adik faa, Nur Syafiqa yang sambut birthday pada 30 April (belated) and kazen yang sebaya dengan adik faa, Firdaus yang sambut pada hari semalam, 6 May. so mereka sambut sekali and faa volunteer nak buatkan kek, bila ditanya nak kek apa? diorang jawab CHEESECAKE! ok. senang. heuheu.


kali ni faa nak cuba cheesecake yang versi bakar. bermaksud tak menggunakan gelatine tapi telur. dan Alhamdulillah menjadi. Terima kasih pada Cik Norfa dari blog NORFA N.F.M.D yang sudi berkongsi resepi cheesecake yang sangat sangat sangat simple! click *_* untuk ke blog beliau dan tengok kesedapan Oreo Cheesecake beliau. Thanks awak for the recipe. tapi faa ubah jadi KITKAT CHEESECAKE and faa harap awak halalkan ya. hehe.


faa memang tak berniat nak buat Oreo Cheesecake sebab macam bosan. faa ni kan cepat bosan. asyik oreo oreo oreo. so bila perah lipat tarik otak ni, muncul idea nak cuba buat Kitkat Cheesecake and Alhamdulillah tak sampai beberapa minit lesap! seronok sangat! hehe. oke jom tengok resepi Kitkat Cheesecake yang resepi asalnya ialah Oreo Cheesecake by Norfa.


KITKAT CHEESECAKE
Untuk base :
  • 300 gm biskut tiger - yang 4 segi tu
  • 50 gm mentega - dicairkan dan disejukkan sedikit
~blender halus (guna blender kering) semua biskut tiger. 
~masukkan dalam loyang bulat. masukkan butter dan gaul rata.
~ratakan biskut keseluruh loyang dan padatkan semampat mampat sepadat padat yang boleh. tekan tekan dan tekan hingga rata.
~masukkan dalam peti sejuk beku selama 15-20 minit

Untuk adunan cheese :
  • 500 gm cream cheese - dikeluarkan dari peti selama lebih kurang 15 minit. tapi jangan sampai tahap suhu bilik.
  • 110 gm gula halus
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 150 ml whipping cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 paket besar kitkat - cincang kasar
  • 1 sudu besar milo
~putar cream cheese sehingga lembut dengan kelajuan sederhana.
~masukkan gula halus, esen vanilla, telur, whipping cream dan jus lemon. putar dengan kelajuan sederhana sehingga sedikit kembang, tidak berketul-ketul dan betul-betul sebati.
~masukkan milo dan ketulan kitkat. kacau menggunakan spatula/senduk secara kaup balik sehingga sebati.
~panaskan oven 150C.
~keluarkan base tadi dan tuangkan adunan cheese ke dalam loyang. hentak perlahan 2-3 kali.
~letak dulang adunan kedalam dulang yang sedikit besar yang diisi dengan sedikit air (kaedah waterbath). 
~bakar dengan suhu yang sama selama 50-60 minit atau hingga masak. sejukkan dalam oven selama sejam
~bungkus dulang dengan plastic wrap dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman (lagi sedap!) barulah dihidangkan.


(abaikan hiasan cake yang sememeh dan belon murah dari sarung tangan getah. haha. jimat)


oke itu lah dia resepi ringkas cheesecake yang faa dapat kongsi. asalkan kita berani nak cuba resepi baru, tak salah. gunakan resepi lama sebagai asas, then tukar je bahan yang anda rasa sesuai dan terciptalah resepi baru. senangkan?

ummi faa pulak masak nasi Tomato n memang sedap tapi tak sempat berguru. hehe. sibuk mendeco (mengjahanamkan) Kitkat Cheesecake. heuheu. kalau ada yang request resepi, faa berguru dengan ummi. kalo xde, lambat lagilah jawabnya..



nasi tomato + ayam goreng berempah + dalca + acar mentah = nyummeh! Thanks Ummi.



 inilah dia adik faa n kazen faa. Selamat 21 tahun korang!

Saturday, March 9, 2013

Ice Cream Cake Faaskin Robin. hahahahaha


how are u olls? dah dinner? malam ni faa makan maggi goreng segera + hot green tea. tak g beli makan pon. not in the mood sangat sebab weekend faa dipenuhi dengan ceramah dan modul. tadi 1/2 hari tengok movie kenegaraan tajuk 'Tanda Putera'. inilah satu-satunya movie genre sejarah negara yang faa boleh terima sebab tak membosankan. atau mungkin sebab ianya free? hehe. tak juga, banyak juga movie kenegaraan yang faa tengok free sebelum ni tapi semua membosankan. Tanda Putera yg isunya filem politik sebenarnya bagi faa bukan filem politik mempecah belahkan negara, tapi cerita tentang pengorbanan dan usaha 2 orang bekas pemimpin negara, Tun Dr Ismail n Tunku Abd Razak. menarik jalan cerita dia tapi ada konflik nak siarkan kat panggung. apa konfliknya? google la sendiri. hehe.


panjang pulak ceritanya ya. rilek. faa bukan nak cerita pasal politik pon. kang jadi blog panas plak kan. tak pasal-pasal cair kek eskrem faa ni kang. heuheu. inilah masakan terakhir yang faa buat sebelum masuk sem baru 2013. rindu pada dapur, oven, tepung, gula, utensils, camera semua dah tahap berkilo-kilo dah ni. 


sebenarnya ini juga hasil cabaran kawan baik aku yang sekarang sedang bertarung demi kerjaya impian dia di Tanah Arab, Eychah. sebelum dia gerak kesana menjalani training sebagai Flight Attendant selama 6 minggu, dia ada cabar faa buat kek eskrem. so faa nekad, before faa busy dengan buku, faa nak juga sahut cabaran dia, haaa. nah Siti Aishah Sakinah, kek eskrem sebijik! tapi awak tak boleh rasa sebab awak jauh. tehee. jamu mata je ya.


kek eskrem faa ni mudah je. main campak-campak je. hehe. nak kemas susun laa elok sikit ya. faa ni pemalas. dengan takde hiasanya, kek togel je. mujur swiss roll giant tu ada warna sikit. kalau tak lagi nampak bogel je. heuheu. jom la tengok resepi.


ICE CREAM CAKE FAASKIN ROBIN

  • 1 biji swiss roll / kek sponge biasa - faa guna swiss roll kecik-kecik warna-warni yg ada jual kat Giant tu. kek dia sedap.
  • 2 box kecil / 1 box besar aiskrim perisa pilihan - faa pilih 1 perisa strawberry n 1 perisa vanilla cookies
  • manik warnawarni / coklat cip / buah2 yg dipotong dadu kecil / kitkat hancur / oreo hancur - ikut suka. tak nak pon takpe
  • plastic wrap
  • loyang tinggi bersesuaian
~keluarkan 1 box kecil aiskrim dalam peti dan biarkan 20 minit suhu bilik
~alaskan loyang dgn plastic wrap. lebihkan plastic wrap cukup untuk tutup bahagian atas kek nanti.
~hiris swiss roll selebar 1 inch. susun swiss roll rapat-rapat dalam dulang yg dialaskan plastic wrap.
~tuang 1 box kecil aiskrim hingga habis dan ratakan. tabur manik warna-warni or ikut pilihan nak tabur apa. 
~tutup permukaan aiskrim dgn plastic wrap lebihan tadi. sejukkan dalam peti sejuk beku selama 1 jam.
~20 minit sebelum keluarkan kek aiskrim, keluarkan 1 lagi box kecil aiskrim dan biar suhu bilik.
~keluarkan kek aiskrim. bukak plastic wrap dan tuang habiskan 1 lagi box kecil aiskrim dan ratakan. hentak-hentak loyang sedikit bagi aiskrim rata. balut semula dengan plastic wrap.
~masukkan dalam peti beku dan biar 4 jam atau lagi sedap semalaman.
~bukak plastic wrap, letak pinggan atas dulang dan telangkupkan dulang. keluarkan kek eskrem dari dulang perlahan-lahan. buang plastic wrap dan  potong dan hias ikut suka. makan!



kita kena laa kreatif nak buat kek aiskrim ni. jimat pon jimat. tak payah berbelanja mahal pon boleh makan kek eskrem kan? kalau nak buat hari jadi pon boleh. tapi bila saat nak potong laa baru keluarkan dari peti sejuk beku n biar kek ni semalaman baru sejuk elok. selamat mencuba!


Thursday, February 21, 2013

Custard Moist Chocolate Cake


hallooooo! apa khabar? jom layan moist chocolate cake yg faa cuba gandingkan dgn topping custard sauce yg ummpphhhhh! maveles! rasa dia mak aihhhh...kunyah-kunyah sekejap rasa pahit manis chocolate, sekejap rasa lemak harum custard vanilla..waahhhhhh heaven nokss. faa pulak peminat tegar custard/vanilla sauce, rasa semua resepi nak gandingkan dgn sauce ni. hehe. tapi bukan dengan keropok lekor pastinya! gross! :P


banyak sebab faa buat moist chocolate cake ni. antaranya ialah :


menunaikan permintaan Ummi tersayang yg dah lama menyatakan hasrat nak makan chocolate cake faa. katanya dia tak beberapa suka kek coklat tapi kalau faa buat, dia makan. memang suka tengok ummi makan kek coklat yg faa buat. lagi-lagi dia suka yg fully moist. so faa curahkan coklat ganache yg simple faa buat. 1/2 cwn coklat chip + 1/4 cwn susu cair & 3-4 sudu pekat manis . didihkan sekejap susu cair n susu manis dengan api kecil. curahkan dalam coklat cip dan kacau hingga coklat cair. cucuk2 kek dgn pisau dan curahkan topping n sejukkan. kebetulan plak ummi puasa, so dia makan masa berbuka and I was so happy bila tengok dia suka kek coklat super duper moist tu.



menunaikan hasrat En. Mat yg beberapa kali mengadu bila lah nak rasa masakan dari air tangan faa. asyik-asyik dengar cerita and tengok gambar. tapi tak pernah rasa. hehe. sorry laa ya, setiap kali kita jumpa, faa dari Melaka so bila masa laa faa nak masak kat hostel nun kan? takkan nak masak megi bagi kat dia plak kan. tak sepesell la. huahua. kebetulan hari Rabu kelmarin dia cuti n nak datang Kuantan, so buatkan lah dia kek coklat ni. with a lot of love oke. gedik pulak rasa. ahaks. 

tapi masa jenjalan, terdengar plak iklan kat radio kete berbunyi : "sayang abang balik ni, abang lapar. sayang masak apa? masak lemak cili api? asam pedas? ke kari?" pastu si isteri pulak menyahut "sayang tak masak semua tu.." pastu si suami cakap ajak makan luar kot. tak ingat pulak iklan tu camne, lebih kurang gitu lah. pastu En. Mat pun mengajuk cakap si isteri tu, "sayang tak masak semua tu, sayang pandai bakar kek je, nasi, lauk tak pandai.." sambil buat suara ala bapuk siap dgn lenggok badan.

faa : apahal pulak?
mat : ye laa. buat kek je.
faa : sapa cakap tak pandai? org boleh masak nasi, masak lauk bla bla bla bla (sambil dia mengajuk aku membebel dengan gerak mulut yg annoying.)
mat : mana? tak rasa pon.

oke ni dah kes bagi peha nak kepak!



merepek panjang dah ni. heuheu. jom la tengok resepi macam biasa menggunakan resepi Mokde faa yg ohsemm dan memudahkan kerja. tapi faa buat kelainan sikit kali ni. apa yg lain? jom tengok. custard sauce tu  boleh tengok kat (click ^_^). guna je resepi vanilla sauce tu. sama je. tuang je atas kek tu. jom tengok resepi yg kununnya diberi kelainan.


MOIST CHOCOLATE CAKE

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 4 biji telur - asingkan kuning dan putih
  • 1 cwn gula halus
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cwn air panas
~panaskan pengukus. api sederhana.
~ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat.
~pukul putih telur hingga kembang dan gebu (meringue)
~blender kuning telur hingga kembang dan berbuih. masukkan gula halus, minyak masak, susu pekat manis dan esen vanilla dan blender lagi hingga sebati.
~tuangkan adunan blender dalam mangkuk tepung yang diayak tadi. masukkan adunan meringue. kacau secara kaup balik hingga semua sebati.
~tuangkan air panas dan kacau lagi kaup balik hingga semua bahan sebati.
~tuang dalam loyang/tupperware taufu fah dan kukus api sederhana selama lebih kurang 40-50 minit atau hingga masak. 
~sejukkan dan tuanggkan topping mengikut citarasa. selamat mencuba!



nampak tak kelainanya disitu? telur putih tu faa jadikan meringue dulu so kek akan rasa lebih gebu. memang gebu. hehe.

tak lupa jugak buat kek ni sempena hari jadi adik ke-4 faa, Ateh 20 february lepas. Happy Birthday yg ke 15 Ateh! tapi dia tak dapat nak rasa sebab dia kat hostel. Kakak love u Ateh!

Saturday, February 2, 2013

Banana Choc Chip Cake


masa buat kek pisang ni, teringat kat anak sepupu faa,Adam dia suka sangat makan kek pisang. tapi dia kat Rawang. kalo dia kat Kuantan, dah lama faa pergi hantar kat Adam. faa memang suka kalau masak, orang suka apa yang faa masak. suka tengok. kalo ada yg sanggup makan, faa sanggup masakkan. apa saja.



sebenarnya buat kek pisang ni nak habiskan pisang yang Nenek bekalkan. sayang dibiarkan, faa pon start laa membaking. dah lama mengidam nak buat kek pisang resepi Kak Ita. so termakbul lah hasrat mencuba resepi Kak Ita dari blog MasamManis. memang sedap tambah dengan kerangupan kekacang kat atas. Kak Ita guna pistachio tapi faa guna crush almond je. tapi tetap rasa umpph! dan faa lebihkan kuantiti pisang sebab nak habiskan pisang tu dan chocolate rice faa gantikan dgn chocolate chip sebab xde.. hehe. sorry ya Kak Ita faa derhaka sikit. hehe. tapi kek pisang Kak Ita lagi gojess dari faa punya. hehe. jom tengok. click *_*


BANANA CHOC CHIP CAKE

  • 150 gm butter
  • 150 gm gula castor
  • 3 biji telor
  • 100 gm susu segar
  • 100 gm pisang dilecek - faa lebihkan sebab nak habiskan pisang
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 cwn crush almond - utk tabur atas
~ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. panaskan oven.
~pukul butter dan gula sampai putih dan gebu. masukkan telur 1 per 1. pukul hingga rata
~masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis sambil dikacau. masukkan pisang dilenyek dan kacau sebati.
~tuangkan dalam loyang yang digris dengan butter. tabur almond atas kek.
~bakar dengan suhu 170C selama 40 minit/ hingga masak.





Saturday, December 29, 2012

BUTTERSCOTCH CHEESECAKE


Ya Allah. aku rasa best sangat bila apa yang diidamkan, aku dapat buat and aku tersangatlaa puas hati. Selama ni aku tak taw apa yang aku teringin sangat nak makan. ada je yang aku teringin buat n teringin nak makan tapi tak taw apa. 


Aku masak itu, makan sikit, kenyang. Alhamdulillah tapi masih teringinkan sesuatu. masak lagi, teringin lagi. still tak puas hati. haa..kejadiannya, badan aku laa makin dipam-pam. masak, masak dan masak. teheee~


kelmarin, aku teringin sangat nak makan Butterscotch Cheesecake yang sebelum ni aku rasa aku penah makan kat Secret Recipe. tapi bila ditengok balik gambar, aku makan Creme Brulee Cheesecake & Butterscotch Pecan Cheesecake (rasa seakan-akan sama sebijik sejebon sekembar) kat SR n SR takde pon provide BUTTERSCOTCH CHEESECAKE semata. camne nih?


so resepi BUTTERSCOTCH CHEESECAKE pon di google. demn! takde resepi BUTTERSCOTCH CHEESECAKE? yang ada semua mcm SR punya. kek span with pecan. no no no. xmo xmo. nak tekstur cam creme brulee cheesecake but it is BUTTERSCOTCH CHEESECAKE. ggggrrrrrr~ maka aku pon berperang n nekad nak create resepi sendiri based on resepi butterscotch yang aku pernah buat dulu, and gabungkan dengan resepi chilled blueberry cheesecake by Kak Zai @teratak impian blogspot. click ^_^. akak saya share resepi based cheesecake dari akak. hehe. saya buang blueberry ganti dengan butterscotch sauce. n ada edit-edit sikit bahan yg digunakan berdasarkan bahan yang ada kat dapur saya. minta izin ya kak. Terima Kasih.


Jom usha resepi dari hasil kajian experiment derjah 5 aku. hehehe. Alhamdulillah menjadi. Terima kasih ya Allah. Risau jugak hati ni kalo-kalo tak menjadik experimen aku ni. Takut juga aku hidangkan kek ni pada Cik Tong Sam. no no no no. membazir! + myummi membebel. hehe. but aku nekad nak ambil risiko! Jom mengecheesecake!



BUTTERSCOTCH CHEESECAKE

Untuk based :
  • loyang springform
  • 180gm biskut marie (aku guna jenama Tiger. sedap!)
  • 90 gm butter - dicairkan dan disejukkan sebentar
~hancurkan biskut marie (diramas / diblender kering). gaul dgn butter hingga rata dan dipadatkan dimampatkan sampai takde ruang bernafas dlm loyang.
~sejukkan tempat ais selama 1 jam.

Buttersotch Sauce :
  • 1 cwn gula pasir
  • 6 sudu air
  • 2 1/2 cwn whip cream
  • 40 gm butter
  • 1 cwn susu segar
~letakkan gula dlm kuali. dengan api sederhana, biarkan hingga gula perang. jgn kacau or sentuh or goyang. biarkan dia sorang2 sampai perang. jangan hangus! just perang warna coklat pekat.
~masukkan air dan kacau rata. masukkan whip cream dan susu segar. kacau hingga gula larut dan pekat sedikit.
~masukkan butter dan kacau hingga mendidih n pekat. tutup api.
~bahagi kepada 2. sejukkan. (1 bhg nak campur dlm cheesecake, 1 bhg utk topping)

Untuk Cheesecake :

BAHAN A -
  • 15 gm / 1 sk gelatine halal
  • 100 ml air panas
~tuang air panas dalam mangkuk. tabur rata gelatine. biar larut.
~kacau hingga semua larut. kalo tak larut, masukkan dalam microeave / guna kaedah double boiler.
~sejukkan sedikit.

BAHAN B -
  • 120 ml whip cream
  • 1 bhg butterscotch sauce
~putar whip cream hingga gebu. masukkan butterscotch sauce dan kacau kaup balik menggunakan senduk kayu/spatula.
~simpan dalam peti ais sehingga nak digunakan.

BAHAN  C-
  • 250 - 260 gm cream cheese ( aku beli jenama Tortura 250 gm so dia ade free extra 10 gm so aku gunalah semua sekali.)
  • 1 sudu jus limau
  • 100 gm gula halus - kurangkan jika tak suka manis
~putar cream cheese dan gula hingga gebu dan gula larut. pastikan cream cheese tak berketul
~masukkan jus limau dan putar hingga rata.

~satukan bahan B + C. kacau kaup balik sampai rata. masukkan bahan A. kacau hingga semua sebati.
~keluarkan based biskut dari peti. tuang adunan cream cheese dalam loyang. hentak-hentak perlahan sehingga rata.

Untuk topping :
  • chocolate chips/pecan/almond (ikut suka)
  • 1 bhg butterscotch sauce
~tabur chocolate chip atas cake. tuang butterscotch sauce dan ratakan.
~simpan dalam peti ais paling kurang 5 jam dan lagi sedap n feeling kalo simpan semalaman. yummeh!




Nak potong cheesecake ni pon ada cara taw. basahkan kain bersih dengan air suam.tekapkan sekeliling loyang. baru keluarkan cheesecake secara perlahan2. nak potong pulak, celup pisau dalam air panas, lapkan dan potong. baru cheesecake nampak cantik!


JEMPUT MAKAN! NYUMMMEHH!