faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Choc on Top Bread Pudding with vanilla sauce.


macam biasa, habis je paper, start laa men update blog kan. salah satu cara nak release tension. menu puding roti ni puding fevret faa. faa suka buat n makan puding roti. tapi faa tak suka makan puding roti yg sama. faa akan pelbagaikan perisa dia. cewahh. kali ni faa tabur hirisan ceklat atas dia. bila bakar dia cair. perghh. memang hebat kombinasi puding roti n coklat.


kebetulan buat ni untuk bawak ke asrama adik ke-4 faa, Ateh. seronok dia dapat puding roti. faa paham camne perasaan budak asrama ni. ye laa, dari form 1 duduk asrama, kalau family datang time kita tak balik sambil bawak makanan banyak2 n share ngan kawan-kawan. best sangat moment tu. oke rindu zaman sekolah.


oke la. membebel je kerjanya. jom laa tengok resepi simple puding roti faa ni.


CHOC ON TOP BREAD PUDDING

  • sebuku roti (kecil) gardenia
  • 1/2 kotak besar susu segar - 500 ml
  • 1/2 tin susu cair
  • 9-10 sudu gula
  • 8-9 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 50 gm butter
  • 50 gm milk chocolate
~koyakkan roti. sapu sedikit butter keliling loyang. susun roti hingga penuh loyang.
~satukan susu segar, susu cair, gula, telur dan esen vanilla dalam mangkuk. kacau hingga gula larut.
~tuang adunan telur ke dalam roti. tekan roti dengan garfu supaya semua roti menyerap adunan telur. biar terendam 1/2-1 jam. panaskan oven suhu 150-200C
~hiris kecil-kecil butter dan coklat. tabur atas puding roti.
~bakar 25-30 minit atau hingga masak.


VANILLA SAUCE

  • 1 1/2 tin susu cair
  • 3-5 sudu gula
  • 3-4 sudu tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla
~masukkan semua bahan dan kacau sebati. tapis dalam periuk kecil.
~masak api perlahan dan sentiasa kacau hingga mendidih. tutup api tapi kacau lagi hingga suam.
~sejukkan dan tuang atas puding roti.





Thursday, June 27, 2013

Donut tanpa Yis. senang!!


apa khabar semua? lama tak update rindu sesangat rasanya. kalau hari tu busy dengan assignment n presentation yang tak sudah2, ni busy nak final exam pulak. belom lagi masuk sem depan iaitu sem 6 a.k.a sem akhir. lagi lagi lagi 4857x busy dengan class trip to Thailand, research, assignment n subject yang agak susah and thrill!! ugghhh. sakit gak jiwa bila pikir ni. so malas ngat nak pikir. heuheu. sudahkan mana yang terdekat dulu. 

oke walaupun busy tahap menteri, masak tetap masak kalo ada kesempatan balik rumah tu. banyak gak la resepi tertunggak yang nak difinishkan n dishare dalam blog ni. antaranya resepi simple ni. disebabkan tekak nak n teringin makan donut, kebetulan takde yis n malas nak uli lebih, faa terjumpa laa resepi donut tanpa yis a.k.a chinese doughnut kat blog IzahMuffinLover. thanks kak izah sudi share resepi ni n faa mintak izin share kat sini pulak ya. jom usha!


DONUT TANPA YIS / CHINESE DOUGHNUT

  • 2 cwn tepung gandum 
  • 1/2 sk garam halus
  • 2 1/2 sk baking powder
  • 1/3 cwn butter
  • 3/4 cwn susu segar
  • minyak untuk menggoreng
  • gula castor untuk salut donut - faa guna gula icing
~ayak tepung, garam n baking powder.
~masukkan butter ke dalam bahan ayak. gaul menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti bread crumbs (tiada ketulan besar)
~masukkan susu segar dan uli hingga menjadi doh besar.
~bahagikan kepada ketulan kecil dan bentukkan bulat dan leperkan. mula2 faa guna gelas bulat untuk terap dan gunakan penutup botol mineral untuk bulatan kecil.
~panaskan minyak menggunakan api sederhana besar.
~goreng hingga kekuningan, angkat toskan dan gaul dengan gula. 
~hidang dan makan! sedap!



Monday, April 29, 2013

Pizza (Homemade Crust)

sakitttt hatiiiii. apa masalah dengan Celcom berukband ni? baru lepas bayar bil tapi lembab tahap siput cacat! haaaa kan dah keluar ayat-ayat tak best. nak update 1 entry ambik masa yang lama sampai tersengguk-sengguk faa menunggu. haish~


oke malas nak membebel panjang. jom kita menguli doh buat pizza! faa suka sebab first time menguli doh dan ia menjadi! and and and and...paling penting! faa buat thin crust yakni bermaksud means our family's fevret. hehe.

resepi faa amek resepi doh donut dari Kak Ita Masam Manis. hehe. ubah resepi donut jadi pizza. sebab bahan yg digunakan n cara dia senang. thanks kak ita share resepi. sedap n lembut sangat. izinkan faa share kat sini ya. haaaa pada yang nak buat donut yg gojess mcm kak ita, click ^_^

DOH PIZZA

  • 500 gm tepung roti - faa guna tepung high protein. kalau takde, guna je tepung gandum. hehe.
  • 100 gm gula - faa rasa kena kurangkan sikit sebab kita nak buat pizza kan. so doh pizza faa ada rasa manis sikit. heuheu. guna dalam 50 - 80 gm je.
  • 11 gm instan yeast - 1 paket kecil
  • 4 biji kuning telur
  • 200 ml air
  • 100 gm butter
  • 1 sk garam
  • 1 sk oregano kering - optional. ni faa tambah
  • 1 sk mixed herbs - optional. ni faa tambah
~ayak tepung dalam mangkuk. masukkan yis dan kacau rata.
~masukkan gula, garam, oregano, mixed herbs, kuning telur dan tambahkan air. kacau bagi rata semua bahan.
~masukkan pula butter dan kacau hingga sebati. uli doh hingga tidak melekat pada tangan. uli 10-20 kali sampai betul-betul sebati.
~rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang. alas doh dengan tuala lembab bersih.
~tumbuk-tumbuk doh dan bahagikan kepada bebola sederhana besar.
~gelek bebola doh hingga menjadi nipis (ikut citarasa). buat sampai habis dan rehatkan lagi 20 minit.
~panaskan oven 200C. sapu loyang dengan sedikit minyak. gelek sekali lagi doh dan letak atas dulang. bakar separuh masak dalam 5-8 minit. buat hingga habis.




inilah rupanya crust pizza kita yang separuh masak. macam roti pon ada. hehe. kalo sapu butter then tabur chopped garlic then bakar. perghhh jadi garlic bread. hehe. sedap-sedap. dah siap ni, boleh laa kita simpan kan. bila-bila nak makan pizza, just tabur sosej ke, crabstick ke, udang ke, papperoni ke, sayuran and apa-apa je pastu padatkan ngan sos n cheese then bakar je. dah siap! macam kat bawah ni!




 tengok pizza kita bawah ni. nipis tak? takde laa muak kalau makan. nipis n garing. cuba taw! hehehe


Tuesday, February 26, 2013

Scramble Egg Sandwich


selamat pagi semua. apa khabar? sihat? lapar? hehe. kalau lapar, ni faa nak ajak makan sandwich. tapi sandwich ni bukan hari ni punya. ni  beberapa hari yang lepas punya. jangan risau, kalau kamu semua masak hari ni, still elok lagi resepi ni. hehehe.


takde yang istimea pon resepi ni sebenarnya. just scramble egg biasa. tapi faa nak juga bagi resepi. selamat mencuba!

SCRAMBLE EGG SANDWICH

  • 2 keping roti
  • 2 biji telur
  • 2 keping luncheon/sausage - dihiris
  • 1 biji bawang besar - didadu halus
  • hirisan colourful capsicum - didadu
  • sedikit garam dan lada hitam (kalau guna lada hitam aji shio, tak payah guna garam sebab dah masin)
  • sedikit butter
  • sedikit cili sos
  • sedikit mayonese
~cairkan butter. tumis bawang hingga layu. 
~masukkan luncheon/ sausage. goreng hingga masak. masukkan hirisan capsicum.
~pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam. tuangkan telur dalam kuali. kacau rata hingga telur masak.
~angkat telur. letakkan roti dan biar hingga roti keperangan. buat di dua-dua bahagian roti.
~sapu mayonese pada telur, letak scramble egg dan letak sos. apitkan roti, potog dan makan. hehe



faa makan dengan 2 ketul sosej rebus dan segelas hot chocolate. tpai tengok laa jenis apa. collagen okeh. tegang laa kulit muka faa nanti dok minum collagen haha. sebenarnya ummi yang beli. dah takde minuman lain,  bedal je la. hehe.

Friday, February 22, 2013

Pemanggang Ajaib's Bread Pudding with Vanilla Sauce


sape ada pemanggang ajaib kat umah tapi terperok je kat celah dapur tak taw nak buat apa selain memanggang ikan je? hehe. macam nenek faa ni. naik bersawang dah pemanggang ajaib dia ni. so faa teringin sangat nak makan puding roti tapi nenek xde oven.


so apa lagi, try laa guna pemanggang ajaib sebab faa nak tengok sejauh mana ajaib dia. ya memang ajaib! menjadiiiiii! n rasa dia sedap juga tapi faa lagi prefer yg baked kat oven sebab dia ada garing2 dia. sama je rasa dia. jom laa tengok resepi. guna resepi based je. xde yg special pon.


BREAD PUDDING

  • 10 keping roti - dipotong 3 segi, petak, dikoyak, ikut suka
  • 2 biji telur
  • 2 biji putih telur - simpan kuning untuk sos
  • 1 tin susu cair
  • 1 sk essen vanilla
  • sedikit minyak/butter
  • 1 cwn atau kurang sedikit gula
  • hirisan kurma, kismis or coklat cip utk ditabur di atas puding.
~gris pemanggang ajaib dgn butter/minyak.
~sapu setiap bgh roti dengan sedikit butter. kalau tak nak pon xpe. susun roti rapat-rapat dalam pemanggang.
~masukkan telur, telur putih, susu cair, essen vanilla dan gula dalam mangkuk. kacau hingga rata dan gula larut.
~susun kurma atas roti. atau tabur kismis/coklat cip. tuang adunan telur dalam roti dan tekankan sikit sikit roti dengan garfu bagi roti serap semua adunan telur. biarkan 10-15 minit.
~letakkan pemanggang atas dapur menggunakan api kecil. masak selama 20 minit. pastikan check seketika untuk elakkan puding hangus.
~palingkan pemanggang dan masak lagi 15-20 minit atau hingga masak. check taw!
~bila dah masak, hidang dengan sos vanilla.



VANILLA SAUCE

  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu gula
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung jagung/kastard
~masukkan semua bahan dalam sauce pan/periuk kecil.kacau rata perlahan-lahan hingga tepung jagung/kastard tak berketul dan telur kuning larut.
~masak atas api kecil dan kacau sentiasa sehingga pekat. kacau sentiasa untuk elakkan hangus dan berkerak.
~bila dah mendidih, tutup api tapi still kacau jangan berhenti sehingga sos jadi suam. baru stop kacau dan hidangkan dengan puding roti. bon apetite!



Saturday, February 16, 2013

Roti Jala


bila menjala kat atas darat, ni lah habuan dia. heuheu. kenyang woo kalau dapat makan ni. sedap kalau buat minum petang. senang pon senang. al-kisahnya masa lunch faa masak kari ayam. tak sempat snap gambar kari sebab memasing dah lapor. hehe. masa tengah makan tu tetiba datang idea nak buat roti jala untuk minum petang. hah!! tengok!! tengah makan pikir pasal makan yg lain plak. mana tak gemok? hikhik. 


lepas je lunch terus je google resepi Roti Jala n dumdumdumdudmudmdumdumm *bunyik gendang* akhirnya resepi Kak Hana terpilih sebab bahan yg senang, sukatan pon senang dan pastinya hasil dia memuaskan. sedap. thanks Kak Hana sebab sudi share resepi roti jala ohsemm ni. jom tengok. click *_*. oke faa salin lagi sekali resepi Kak Hana kat sini. enjoy ya!


ROTI JALA

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn susu segar/air/santan
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • sedikit pewarna kuning - faa saja buat warna hijau jugak. hehe
~blend semua bahan hingga sebati. pastikan takde tepung berketul supaya tak tersekat kat acuan roti jala.
~panaskan pan dan lenserkan sedikit minyak. tuang adunan menggunakan acuan roti jala. biarkan hingga masak.
~angkat dan lipat@gulung ikut suka. makan dengan kari ayam/susu manis. sedap!



inilah acuan roti jala yang faa gunakan. ummi faa punya ni. klasik kan? tak taw laa mana ummi beli. ummi faa ada acuan yg warna kuning tu tapi entah laa letak kat mana. senang jugak guna acuan ni. tak meleleh sangat. suka! suka! so ol'skool.


Thursday, February 14, 2013

Banana Chocolate Bread Pudding with Vanilla Sauce


bread pudding again? hehe. sorry kengkawan. entah lah..dah jadi favourite dessert plak skang. senang n sedap. lagi-lagi dengan vanilla sauce tu. saje uat lebih. dah bukan jadi sos. jadi vanilla soup plak. hehe. 



mula-mula nak buat chocolate bread pudding je tapi tetibe berlambak plak pisang kat dapur tu. abah ambik kat office dia. sayang plak kan. faa hiris susun la atas bread pudding ni tapi rasa tak beberapa ngam la. faa rasa kalau takde pisang rasa mesti lagi umpph! ke faa tak minat pisang salah satu faktornya? mungkin.


3 hari jugak lah baru habis bread pudding ni. sebab just 2-3 orang je kat rumah ni yang minat pisang. kebetulan Moksu faa datang so anak sulong dia, Yong pon minat pisang sebab tu habis jugak akhirnya. heuheu. jom la tengok resepi. membebel panjang je kejenye. 


BANANA CHOCOLATE BREAD PUDDING

  • 10 keping roti Gardenia (putih/coklat)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko - kalau guna roti coklat, kurangkan
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1/2 cwn air
  • 5 biji telur
  • 1 sk vanilla essen
  • sedikit butter
  • beberapa biji pisang - optional

~kacau rata semua bahan kecuali roti, butter dan pisang. kacau hingga sebati. tapiskan
~gris loyang dengan butter. koyakkan roti dan susun dalam loyang.
~tuang adunan telur tadi dan tekan-tekan perlahan roti dengan garfu. rendam roti selama lebih kurang 20 minit.
~panaskan oven suhu 160C.
~ susun hirisan pisang atasnya. bakar selama 20 minit atau hingga masak.


VANILLA SAUCE

  • 1 tin susu cair
  • 3-4 sudu gula
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung kastard - diayak
  • 1 sudu besar essen vanilla
~kacau semua bahan dalm periuk kecil/sauce pan hingga sebati dan tidak berketul
~masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga pekat dan mendidih. tutup api dan sejukkan sebentar. 
~makan bersama bread pudding samada suam atau sejuk. 



Tuesday, January 29, 2013

Meringue Bread Pudding with Vanilla Sauce


selamat petang semua. dah lunch? apa menu untuk minum petang hari ni? kalo xde idea nak buat apa, nah aku ada resepi baikkkk punya yg aku create untuk minum petang semalam. ohsemm sangat rasa dia. gabungan meringue + bread pudding + vanilla sauce. perghh. teranggkat! hihi.


mula-mula memang aku cadang nak buat puding roti biasa je. tapi macam bosan la. pikir punya pikir aku try laa telur putih tu aku jadikan meringue then baru campur dengan adunan bread pudding. n walla! its work and worthy! jom tengok resepi.


MERINGUE BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE

  • 4 biji putih telur
  • 3 biji kuning telur
  • 2 cwn susu segar
  • 5 sudu gula
  • 1 sk essen vanilla + 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cwn chocolate chips
  • 4 keping roti gardenia
  • sedikit butter
~panaskan oven 160C.
~putar putih telur dengan mixer sampai jadi meringue, gebu dan bertanduk (bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah). masukkan 1 sk esen vanilla dan putar sekejap.
~koyakkan roti gardenia dan letak dalam mangkuk.
~satukan kuning telur, susu segar, gula, 1 sk esen vanilla dalam cwn. pukul dgn garfu sehingga gula larut.
~tuang adunan dalma mangkuk roti. tenggelamkan semua dan pastikan setiap roti serap adunan kuning telur. biarkan 10 minit.
~masukkan adunan roti dalam meringue. kaup balik hingga sebati.
~sapu loyang dengan sedikit butter hingga rata. tuang adunan dalam loyang.
~bakar secara waterbath (letak dulang adunan dalam 1 dulang besar berisi air panas) suhu 160C selama 35-45 minit atau hingga masak.



VANILLA SAUCE

  • 1 biji kuning telur
  • 1 cwn susu
  • 2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn air - isi kalau sos terlalu pekat.
  • 1-2 susu tepung kastard - kalau dah pekat, cukup 1 sudu
  • 1 sk Esen Vanilla
  • 3-4 sudu gula halus
~kacau semua bahan dan tapis kan dalam sauce pan/periuk kecil
~kacau dengan whisker sehingga pekat dan mendidih dengan api perlahan. pastikan sentiasa kacau untuk elakkan sos hangus.
~sejukkan dan hidang bersama Meringue Bread Pudding!







Monday, January 28, 2013

5 Step Easy & Delicious Garlic Bread


anda lapar bila tengah-tengah malam? hahaha. rumah aku memang ada stock instant mushroom soup ngan roti. sebab aku ni senang lapor tengah-tengah malam. bila lapar, aku amalkan 5 step garlic bread ni. jom tengok!


STEP 1

Cincang halus 2-3 ulas bawang putih, gaul rata dengan 2-3 sudu butter sampai sebati.

STEP 2

potong beberapa keping roti gardenia

STEP 3

sapu garlic butter kat permukaan roti

STEP 4

bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit

STEP 5

makan ngan segelas Mushroom Soup. sebijik cam kat Pizza Hut.


3 malam dah aku makan mende ni. perggh! bapok sedapnyer! nak sedap lagi, garlic butter tu tambah sikit dengan daun parsley cincang or mixed herbs. kalo buat banyak pon xpe garlic bread tu. simpan je dalam peti n bila nak guna just sapu. nyummeh!




Sunday, January 27, 2013

express pizza!

EXPRESS pizza. EXPRESS entry. EXPRESS recipes! layan gambo dulu abis gambo aku bagi recipe. diinspirasikan oleh ABM kat sini. thanks ABM bagi idea nak buat pizza using the simplest way! hehe. tapi ABM guna roti pita, aku guna roti naan. halal ya? hehe. 

aku buat 10 keping roti naan sebab nak bawak untuk Abang n Alang kat asrama n untuk Mak Su aku sebab aku nak balik kampung. berbaloii! licinn! sebijik Pizza Hut. katanyaa. hoho. jom layan gambo!!












oke, jom tengok resepi. 

EXPRESS PIZZA

beberapa keping roti pita/naan (macam dalam gambar. aku beli kat giant)


sos spaghetti secukupnya
cheese for pizza topping - ikut suka
protein - crab stick,sosej secukupnya
sayuran pilihan - tomato, lada benggala, mixed vege, mushroom dll
sedikit butter - untuk sapuan pada roti

~sapu sedikit butter pada permukaan roti, sapu sos spaghetti n susun protein n sayuran, tabur cheese.
~bakar pada suhu 150-170C 10-15 minit. walla!



Yang ni plak konon-kononya aku nak buat crusty crust ala-ala domino's pizza. gunaa kulit tortilla. jugak beli kat Giant. sedap tapi tak crusty pon. sebab kulit dia jadi lembik. lembik2 pon licin. selamat mencuba!