faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Strawberry Custard Pie


strawberry again? hehe. sebenarnya Moksu faa datang Kuantan hujung minggu lepas. dia bawak sekotak strawberry pemberian kawan dia dari Cameron. lepas tu tertinggal kat umah faa tanpa sorang pon jamah strawberry tu. banyak okeh. sekotak dan kat rumah ni cuma ada 3 mulut. apa nak buat ni?


langkah pertama diambil. faa buat Strawberry Pineapple Sorbet. lepas tu tanya Moksu faa nak buat apa ngan strawberry ni? Moksu cakap masak laa pape pastu bagi kat anak sulong dia, Yong. sepupu faa la kan? dia memang belajar kat Kuantan. hehe. cari punya cari resepi berkaitan ngan strawberry, akhirnya nak buat Strawberry Custard Pie. tapi resepi create sendiri sebab malas nak baking-membaking. hehe. just chilled kan aje. senang!


STRAWBERRY CUSTARD PIE

(CRUST)
  • 1 cwn biskut hancur - faa guna Famous Amos
  • 1 cwn bepang hancur (atau nak guna 2 cwn biskut hancur pon boleh)
  • 2 sudu gula - optional
  • 5-6 sudu butter yang dicairkan - cukup untuk membentuk doh
~gaul semua bahan. mampatkan dalam acuan pie (faa guna pan). bakar 170C selama 5-10minit. sejukkan.



(CUSTARD)
  • 3 sudu tepung custard
  • 1 cwn susu cair
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sk vanilla essence
  • 2-3 sudu gula
~kacau semua bahan hingga sebati. masak dengan api kecil hingga kental dan pekat. sejukkan dan ratakan atas pie crust tadi.



(STRAWBERRY FILLING)

  • strawberry secukupnya - cincang kasar
  • 1 sb gula castor
  • 1 sb tepung jagung
~gaul sebati dan masak atas api kecil hingga mendidih dan pekat. sejukkan dan ratakan atas custard tadi.
~sejukkan dalam peti ais dan potong n makan lah! selamat mencuba!


Sunday, February 3, 2013

Churros


churros? hehe. churros ni Spanish doughnut yg menggunakan pastry choux dan digoreng. gaul dengan gula or makan ngan chocolate sauce. nyum nyum! kalo malas nak menguli, menunggu doh naik, bentukkan donut, buat resepi ni. cepat senang n simple! and and and sedap. hihi.


faa amek resepi kat blog Air Tangan Reen Khan. dia punya lagi menawan. siap ada chocolate sauce. nyum nyum. thanks sebab sudi share resepi yang sedap n senang ni! boleh buat tiap-tiap petang gitu. huihui. mekasih akak reen! jom tengok kejadian churros kak Reen yang gojess tu. click ^_^



oke faa share resepi Churros yang garing n rangup di luar n lembut di dalam. nyum nyum.

CHURROS

  • 1 cwn air
  • 1 sb gula
  • 1 1/2 cwn tepung gandum - ayak dulu
  • 1 biji telur saiz L - faa guna telur saiz kecil jadi faa guna 2 biji
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sb butter
  • gula castor/gula icing/chocolate sauce
~ didihkan air, gula, butter dan garam.
~kecilkan api dan masukkan tepung. kacau cepat2 supaya tepung tak berketul. kacau hingga menjadi seperti doh lembut.
~tutup api. masukkan telur dan kacau cepat2.
~masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel. mula2 faa guna nozel tapi last2 masukkan dalam piping bag/beg plastik biasa dan gunting di hujung. hehe
~panaskan minyak. biar api sederhana. picit sepanjang jari telunjuk dan guntung doh. goreng hingga garing.
~toskan minyak. gaul dengan gula castor/gula icing or makan dengan chocolate sauce. nyummeh!


`


Saturday, February 2, 2013

Broccoli Cheezy Tortilla


happy hari miggu! aku tadi g ikut abah g makan kenduri anak kawan dia kawen kat Chendor, sempadan Terengganu-Kuantan. so aku tak masak arini. pagi tadi pulak ummi masak Ikan Patin Tempoyak sebab Ayah Teh faa singgah rumah. seronok tengok dia makan ikan patin lagi-lagi tang kepala. 


Broccoli Cheezy Tortilla ni da lama aku buat tapi baru nak post entry. tortilla ni plak sebenarnya aku beli konon-konon nak jadikan doh pizza yg crusty kononnya tapi tak boleh sebab bila terkena pada inti yg lembab, dia akan lembik. tak jadi crust langsung.last2 tersemadi dalam peti.

letak dlm peti, lama2 makin mengeras. sayang plak kan. google2 resepi semua macam tak berkenan je. sebab guna avocado la, buat macm telur dadar la. tak minat. hehe. akhirnya create laa resepi ikut anak tekak. aku jugak guna roti yg direndam dlm air dan diperah lalu dimasak sekali dgn inti supaya inti tu tak berair. tak laa lembik tortilla tu bila bakar nanti. hehe. jom tengok resepi.

BROCCOLI CHEEZY TORTILLA

  • 4 keping tortilla
  • 2 keping roti - direndam dengan secawan air sampai lebut. buang air dan perah hingga kering.
  • 2 keping daging burger/daging hancur - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 biji bawang besar - hiris halus
  • 3-4 cili api - hiris halus
  • 1/4 biji broccoli - dipotong kecil
  • 1/2 batang carrot - hiris halus
  • 1 sudu butter
  • garam dan gula
  • 1/2 sk mixed herbs - xde pon xpe
  • 1 cwn ++ cheese - aku guna pizza topping cheese
~panaskan oven 170C. cairkan butter. masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api. kacau hingga naik bau. masukkan daging burger. kacau hingga daging masak.
~masukkan roti yg diramas tadi dan kacau rata. masukkan carrot dan broccoli. kacau 5-10 minit.
~perasakan dengan garam & gula dan mixed herbs. kacau dan tutup api. susun dalam pan (yg muat masuk oven) dengan tortilla macam kat bawah.


susun 2 keping tortilla. ratakan dengan inti

tabur cheese ikut hendak. hehe.

tutup dengan 2 keping tortilla. tekan bagi padat. bakar selama 5-7 minit.

potong macam pizza

hidang dengan sos cili dan mayonese.



Thursday, November 8, 2012

cream puff II


pekabo semua? sihat? aku ni haa tetibe je sakit pinggang. tanpa diditect puncanya hokeh. berlaku secara tibe2. masa tu time class pukul 4 lebih..tgh2 belajar tibe2 pinggang aku sengal. g hospital
-*tuttttttttttttttttttttttttttttttt- pon tarak guna. baik aku cek diri aku sendiri. setakat bg ubat tahan sakit je. makin sakit ade laa...haishh tu laa dia hospital kerajaan.

ok abaikan laa cite menyakitkan ati tu. kalo makin sakit lagi pinggang aku ni, aku balik kuantan g klinik panel ummi aku. ingat nak balik minggu depan, ada hal plak. Ya Allah memang banyak dugaan. hihi. tapi sabarr. jom layan CREAM PUFF dulu bg cool down sikit. hahaha


dulu aku penah buat cream puff. tapi resepi orang lain dan kejadian dia agak pelik sikit. nak cover aku tukar nama jadi MINI CREAM PUFF. haha. comel x? haaa ni versi balas dendam aku buat yg gedabak-gedabak punya. sesuai dgn saiz tuan punya badan. hehehe. baru menepati selera. kan?

kali ni aku amek resepi dgn blogger terkenal Cik Epal. ni hasil kejadian Cream Puff dia yg lagi gebuss n gojess. click (*_*). thanks Cik Epal sudi share resepi! mohon share kat sini plak ya. hehe. jom intai-intai resepi yang dah diubah suai mengikut bahan2 yg ada kat umah aku je. hehe.


CREAM PUFF

125gm butter
250ml air
1 cawan/150 gm tepung gandum-diayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

~cairkan butter and air dengan api sederhana dalam periuk. bila butter dah cair n mendidih,kecilkan api n masukkan tepung gandum sambil dikacau selalu ok. jangan dibiarkan!pastikan sentiasa kacau. kacau hingga tepung tak melekat tepi periuk. tutup api.
~masukkan telur sebiji demi sebiji. masuk sebiji, kacau then masuk sebiji kacau ulang hingga habis. kacau lagi hingga rata dan masukkan garam n esen vanilla.
~kacau hingga doh menjadi sedikit kental dan licin permukaan nya. agak lama laa nak kacau. hehe.
~gris loyang dgn sedikit butter, panaskan oven.
~kalau mengikut Cik Epal, dia menggunakan sudu. tapi aku rajin sikit, masukkan adunan dalam beg plastik dan gunting sedikit hujungnya. paipkan atas dulang pembakar anggaran sebesar sesudu adunan.
~pastikan paip agak jarak sebab nanti dia mengembang!
~bakar pada suhu 200C 20-25 minit atau hingga perang.


INTI CUSTARD

1/4 cwn tepung kastard-diayak-
1 kotak kecil susu segar
3-4 sudu gula
1 sk esen vanilla
1 biji telur

~masukkan semua bahan dlm non-stick pan / periuk kecil, kacau hingga rata. pastikan tepung kastard tidak berketul.
~buka api kecil dan kacau lagi hingga pekat. jangan berhenti kacau, nanti dia berketul dang hangus.
~sejukkan.
~belah puff tadi ditengah-tengah. jangan sampai putus ya.
~masukkan 1 sudu cream custard dalam puff.
~ayak sedikit gula aising atas puff n hidangkan. walla!


Friday, February 10, 2012

mini cream puff


Sebenarnya agak sedikit tak berpuas hati time buat cream puff ni. Adunan yang pertama selamat bersemadi lam tong sampah sbb bile bakar je, pastry xnaik then hanguss! almaklumlah aku guna oven season zaman Saloma tuu..hehe. Nak tunggu oven baru huahua. Baru boleh baking macam2 ye dak? Lagi satu aku banyak derhaka ngan resepi tu. hehe. Tu yang bantat tu.

Aku amek resepi dari blog HaSue. Sebab bhn2 n cara yg digunakan simple je. Tapi aku ada ubah sikit la (lepas adunan 1st xjadi). Mintak share resepi kat sini plak ye akak. Hehe. Thanks. Sila jengah ke blog Kak Sue eh..tengok kecomelan cream puff beliaw berbanding aku yang somot momot ni hehe. click (^_^)

Aku ade jugak salin resepi pastry choux (pastry yang digunakan utk membuat cream puff n eclairs) kat dalam buku Professional Baking. Tapi dia bagi resepi utk kuantiti kenduri khawin punye. Huahua. Nanti aku bagi sekali ye mana la taw ade yang nak buat kenduri cream puff ke. Hehe.

MINI CREAM PUFF (resepi HaSue)

100 ml air
45 gm butter - suhu bilik, potong kecik-kecik
60 gm tepung gandum - diayak
2 biji telur - dipukul
setitik Esen Vanilla

~panaskan oven suhu 200 degree. Sapu loyang dgn sedikit butter.
~masukkan air + butter. Masak dgn api sederhana, then kuatkan api hingga mendidih. Tutup api.
~masukkan tepung then kacau cepat2. Panaskan semula adunan dgn api perlahan sampai kepingan nipis terbentuk. Tutup api.
~masukkan telur then kacau cepat-cepat. Panaskan semula dgn api perlahan sampai pekat. Tutup api.
~masukkan dlm piping beg (aku gna plastik biasa then potong hujung plastik tu sikit) pipe kan dlm loyang. Pastikan jarak2 sikit taw.
~kecilkan suhu oven ke 150-180 degree. Bakar 15-20 minit atau sampai perang.
~sejukkan.

CREAM CUSTARD

1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung custard
3 sudu gula
2 sudu susu pekat manis
1 cwn susu segar
1 biji telur
1 sudu butter

~kacau semua sekali dlm periuk sampai betul2 sebati. (x berketul).
~panaskan atas api sederhana. masak sampai pekat.

~amik seketul cream puff yang dah sejuk, potong tgh2 (jgn sampai putus), then masukkan cream custard. mcm bawah ni.

PASTRY CHOUX (CREAM PUFF @ ECLAIRS) from Professional Baking

500 gm air/susu/air+susu
250 gm butter
5 gm garam
375 gm tepung roti
625 gm/13 biji telur

~cara sama je mcm kak Sue punya resepi.


Al-truly nya, cream puff ni xperlu nama mini pon. Saje aku letak bagi sedap sikit nama dia. Seswai dgn bentuk dia yang xbbrapa nak naik tu. Hehe. Aku g piping sekecik yang mungkin. (Bajet mende tu naik berlipatkaliganda lepas dibakar!) Tu yang comel *blink-blink* tu. Kalo makan sebijik memang rasa cam bunyik cengkerik lah! xsedar dah masuk mulut. Hihi. Pas ni nak buat lagi, akan ku gedabakkan saiznya.



Ingatkan separuh nak buat Eclairs. Sama je just rupa paras fizikal dia je langsing dari Cream Puff. Hehe. Lagi satu sebenarnya eclairs disaluti coklat. Tapi baru ku sedar didapurku tiada walau secebis pon coklat. heheh. Xsedar diri punye olang. So hiaskan je la dgn apa yang ada.

N filling dia sebenarnya xsemestinya guna cream custard ni je. Ada yang letak whip cream + buah segar cam stoberi, cranberi, n mcm2 berry lagi la. Ade jugak letak chocolate cream. Ikut suke. N kemampuan juga ya. Huhu.


Wednesday, January 11, 2012

orange custard fillo

Haiish. Ni la padahnya lama menganggur duk umah. Pantang perot berbunyi, tangan ngan otak cepat je nak buat sesuatu. Hihi. Badan yang dah sedia demok makin la bertambah demoknye. Ni story tadi petang. FaA ni teringin la sangat nak makan benda yang manis. Naik gila FaA lagi-lagi kepala otak stil lagi berdegil nak makan blackforest ciskek. Degill!

Pastu merayau-rayau la kat dapur tengok benda bahan yang munasabah boleh buat dessert/minum petang. Hurmm. FaA jumpa tepung custard. Nak buat caramel pudding (spt tertera pd pack tepung tu) xde telur. Pastu teringat dalam peti ade kulit popia n orange.

Tingg! muncul mentol ntah dtg dari mana kuar dr kepala FaA. Huhu. Dulu time belajar kat Teknik Puteri, FaA suka buat Orange Meringue Pie. So resepi ni diadaptasi dr situ la. Just pie diggantikan kulit popia (fillo la kunun) n meringue diggantikan ngan custard filling.

Disebabkan ada kawan-kawan yg luvlymuvly kat pesbuk request resepi, FaA pon bagi la. Kalo x malas. Sebab takut xdapat sambutan. Hehe.


ORANGE CUSTARD FILLO

bahan custard filling
-300 ml susu segar (FaA guna perisa vanilla.kalo xde, campur sikit essen vanila)
-4 sudu gula
-3 sudu tepung custard (larut dgn sikit air)
-sedikit orange zast (parutan kulit oren. jgn parut sampai kulit warna putih tu. nanti pahit)
-1/2 biji orange (amik jus)
-2 sudu coklat putih

~masukkan susu dan gula dlm periuk. gunakan api kecil. kacau hingga gula larut.
~masukkan coklat putih. kacau hingga coklat cair.
~masukkan tepung custard sambil kacau. jangan sampai berketul.
~masukkan kulit oren n jus dia. kacau hingga masak n pekat.
~sejukkan dalam peti ais.


-beberapa keping kulit popia yang dah dipotong3. macam gambar bawah ni.
-sebelum tu, panaskan minyak yang banyak. guna api sederhana.

-then amik penapis besi. susun kulit popia sampai penuh. gunakan air utk lekatkan kulit popia tu di setiap lapis.buat sehingga menutupi lapisan tu


-goreng kulit popia tu hingga garing. Ingat! jgn guna api besar. nanti cepat hangus.

-perlahan-lahan, keluarkan kulit dari tapis. hati-hati tau. Kulit tu rapuh. Takut pecah berkecai.

-pastu tuang je custard yang dah disejukkan tadi. hiaskan dengan kepingan orange. Then makan la. Sedap kot. kulit rapuh je. Tapi filling cair di mulut...wahh.Heaven!




Adik FaA, Alang n anak jagaan FaA Ammar siap jilat periuk lagi. Saki baki custard filling tu. Hehe. Tak sempat tunggu abah balik nak snap gambar guna camera. Memasing dah nak makan. Terutamanya FaA. Hoho. Sebab tu gambar x beberapa santekk. Sebab guna nset Cokia. Hihi.

Friday, December 16, 2011

Mini Egg Tartlet (Tat Telur)





Aku suka buat makanan ni! Sebab menjadi! Hehe. First time kot wat pastry menjadi dengan agak sempurna. Sebijik rasa kat kedai.

Tapi resepi bukanlah datang dari idea bernas aku. Aku amik resepi dari sorang akak blogger ni. Tapi tak ingat blog apa. Yang aku taw nama dia Linda. Dia bagi resepi yang senang nak buat. Tapi aku ubah sikit resepi guna resepi aku. Bahan pun tak susah nak cari.

Oke. Jom usha resepi.

MINI EGG TARTLET

untuk crust

2 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
1/2 sk garam
1/2 cwn butter (suhu bilik, potong kecik2)
1 biji telur

~ayak tepung gandum dan garam. Masukkan Gula halus dan kacau dgn tangan.
~masukkan butter. Ramas tepung dan butter dgn hujung jari sampai jadi mcm serbuk roti.
~masukkan telur dan uli sampai jadi doh.
~balut dengan plastik dan simpan dlm peti sejuk.


untuk filling

1 cwn susu cair
4 biji telur
1 cwn gula halus
1 cwn air
1 sudu tepung kastard
1 sk essen vanilla
sedikit pewarna kuning

~masukkan semua bahan dlm blender. blend sampai sebati.
~buang buih kalo ade buih kat atas adunan.
~keluarkan doh. bulatkan doh, tekan dalam acuan pie/tart. tuang filling dia.
~bakar suhu 150 15-20 min atau smpai kekuning-kuningan.

Senang je kan? Masa aku buat tu, filling dia ada lebih. Aku tuang dalam loyang, bakar 5 minit. pastu simpan dalam peti sejuk. Perghh. Sedap kot. Rasa puding caramel.

Masa aku buat tat telur ni, aku teringat kat kawan aku Amoy. Dia suka tat telur ni.

Hurmm. Rindu kawan-kawan aku.

Friday, December 2, 2011

Apple Pie Ala Melayu

Hari tu nenek datang tido kat umah aku. Dia bawak keledek. Dalam kepala otak aku ni nak buat Kuih Bom. Tapi sebab tak sampai seru lagi, so Ummi aku yang memulakan langkah meng’Grabb’ keledek tu dia nak buat inti karipap.



Tak hampa pun sebab bahan2 nak buat kuih bom tu tak lengkap so just terima je la. Tengah dok khusyuk tolong Ummi (TOLONG OKE..BUKAN TENGOK SAJA) kelim karipap, tibe2 je mata aku tersnap imej apple hijau atas meja.

Bila urat saraf mata dah hantar imej tu ke otak, teruslah otak mengeluarkan idea nak buat Apple Pie tapi pie crust dia guna doh karipap. Hehe. Kiranya macam Pie Apple Ala Melayu. Anak sedara aku, Jimmy cakap. Huhu.

So kat sini aku mampu bagi resepi inti apple je. Resepi pastry plak aku tak guna resepi ummi aku sebab tak sempat berguru. Hehe.

Ataupun kalau nak beli pastry rapuh yang dah siap ade kat pasaran pon oke. Tak kisah. Kita yang buat dia, kan?
APPLE PIE (INTI)
2 biji apple hijau
4 sudu gula pasir
½ cawan air
1 st Essen Vanilla
1 sudu tepung jagung + 2 sudu air
~hiris apple hijau nipis2.
~masukkan semua bahan kecuali air tepung jagung dalam pan. Buka api perlahan. Biar sampai gula larut dan apple layu/bewarna perang.

~masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata. Kecilkan api. Sejukkan.
~bakar pie kosong dahulu. Pastikan tengahnya dicucuk2 dengan garfu. Taknak bagi pie menggelembung kat tengah. Bakar suhu 150 degree selama 15 minit.

~sejukkan pie kosong terlebih dulu. Bila pie dah sejuk, susun inti apple dalam pie. Habiskan inti apple.

~kalau nak bakar terus pun boleh. Nak tutup pie tu pun boleh. Ikut suka. Macam aku, potong pastry panjang2. Aku susun atas pie. then sapu kuning telur. Macam dalam gambar.

~then masukkan dalam oven, bakar dengan suhu yang sama 15-20 minit.
Itulah dia resepi Apple Pie Ala Melayu. Senangkan? Kalau ikut resepi orang putih, dia mesti letak serbuk kayu manis. Aku tak minat. Bagi aku tak sedap. Tapi kalau korang nak cuba, try lah. Ikut suka masing-masing. Nak letak kismis pun boleh. Gula tu nak gantikan dengan madu pon boleh. Pape je. Janji halal. Hihi.

Bila dah sejuk, sedap kalau hidang dengan aiskrim vanilla. Tapi disebabkan aku buat sikit, tak sempat sejuk dah habis. Nak bagi family maksu aku rasa lagi. So x sempat nak beraiskrim bagai. Hoho.