faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label meals. Show all posts
Showing posts with label meals. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Set Lunch A'la Kampung. - Kuah Santan Durian, Ayam Kunyit, Ikan Haruan Goreng & Telur Dadar Cencalok


burrpp.. Alhamdulillah..da lunch da semua?menu apa hari ni? walaupun hanya tinggal bertiga (Ummi Abah n aku) aku still nak masak macam-macam. plus ummi plak buat Kuah Santan Durian. perghh. hurmm. tapi still rindukan adik-adik. kalau ramai-ramai mesti berebut makan Ayam Kunyit tu.

balik pada cerita Kuah Santan Durian. mesti tak ramai yang tahu lauk ni kan? yang biasa kita dengar or bila aku cerita kat orang yang Kuah Santan Durian ni sejenis lauk dan dimakan sebagai kuah dengan nasi, semua macam...what?!..like..huh?wierdo..bukan orang makan dengan pulut ke?

oke ni nak bagitaw..yang santan durian makan dengan pulut adalah sejenis dessert dan semestinya manisan. ini adalah sejenis lauk dan ianya savoury dimakan bersama nasi. sedap! cuba korang try. ini menu turun temurun family aku. dari Nenek aku, Ummi aku n aku? tak pernah try buat lagi. makan je pernah. hehe.

ikan haruan goreng tu pulak, disebabkan Ummi dan Abah berhoneymoon sekarang (sebab adik bongsu masuk asrama form 1), diorang suka berjalan-jalan or balik kampung bila habis kerja. dekat kampung aku pulak, air paya tengah naik so Mak Ndak aku dengan aktivit mengail ikan. Ummi aku pon ikut join kail-mengail. so ikan-ikan inilah hasil 'kail'an mereka. 'kail'an? bolehlah. ~

jom laa tengok lauk-lauk sampingan yang lain dan resepi k. selamat lunch!



TELUR DADAR CENCALOK  ni aku amek resepi dari Kak Amie. click kat sini untuk lihat kegebuan telur dadar cencalok beliau. ^_^ thanks akak sudi share resepi yang sedap ni. tapi faa punya tak beberapa nak gebu la..hehe..tapi rasa memang awesome! ada jugak bahan yang faa skip sebab gunakan bahan apa yg ada dalam peti je. tapi serius lah! memang lain dari yang lain. Ummi Abah pon puji cakap sedap.

jom tengok resepi.

TELUR DADAR CENCALOK

  • 2 biji telur (3 orang makan)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris halus
  • 1/2 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 biji cili api kampung pedas kaw-kaw - dihiris halus
  • 1 sudu besar cencaluk - buang air
  • 1 sk baking powder
  • secubit gula
  • limau kasturi/hirisan limau nipis & cili api untuk hiasan
  • 1 sk minyak masak
~panaskan non-stick pan. isi minyak masak.
~kacau semua bahan kecuali bahan hiasan.
~kecilkan api. tuang telur. tutup pan. biar hingga garing. terbalikkan berhati-hati dan biar hingga masak.
*nak sedap boleh tambah mayonese, hirisan daun sup dan daun bawang.




KUAH SANTAN DURIAN

  • Isi durian dari 1 biji durian sederhana besar
  • kelapa parut - dari sebiji kelapa
  • air panas - bergantung pada kepekatan kuah. pastikan ambil pati santan
  • garam secukup rasa
~blender kelapa dengan air panas. ambil santan pekat sahaja.
~gaulkan dengan durian dan garam. perasakan.





hari tu sape entah yang tanya aku macam mana nak buat Ayam Kunyit garing macam kat kedai makan. aku pon perah laa otak pikir camne ek? sebab aku penah buat dulu (click #_#) pon tak beberapa garing n lembap-lembap je. tak beberapa nak kick laa kan.so hari ni aku buat experiment. aku goreng dulu ayam tu dengan minyak banyak. pastu tapiskan minyak. baru tumis dengan bawang semua. baru menjadi!

AYAM KUNYIT

  • 1/2 ekor ayam - bersih dan potong kecil. dilumur dengan sedikit garam dan sedikit kunyit. pastikan garam tu betul2 sikit sebab nanti nak tumis, nak isi garam lagi. goreng hingga garing dan toskan minyak.
  • 1/2 biji bawang besar - hiris bulat
  • 5-6 ulas cili api - ketuk
  • 1 biji lada merah - hiris halus
  • garam dan serbuk kunyit
  • 5-6 batang kacang panjang - potong sebesar batang mancis
  • sedikit minyak - ambil minyak goreng ayam tadi.
~ tumis bawang besar, cili api dan lada merah hingga garing. masukkan ayam dan kacang panjang.
~masukkan garam dan serbuk kunyit. kacau rata selam 10-15minit.
~hidangkan panas-panas.


Thursday, December 27, 2012

Laksa Lemak

selamat pagi!! jom breakfast. tapi menu ni bukan dari air tangan aku. hehe. ni Myummi yang masak. my fevrett! sedap! jom breakfast sama-sama.



nak try buat Apam Balik Rangup! bye!

Monday, November 19, 2012

laksa sarawak - specially made by Ecah's mom



Ni laa first time aku makan THE WONDERFUL FEELING LAKSA SARAWAK. perghh memang sedap. masa ni aku stay kat umah Eychah masa aku nak g Kedah. balik dari Kedah, mak Eychah dah masakkan Laksa Sarawak ni. perghh. pucuk mencita laksa sarawak mendatang. hehe. dah laa before pergi Kedah tu dia belanja Sate Kajang. moga-moga murah rezeki mak cik. Aminn.


amacam? penoh tak mangkuk aku? mana tak penuh, makan yg homemade punya. kalo beli tak merasa nak makan banyak ni. lagi-lagi ayam tu. hehe. faa dengan ayam pulak..mane bleh dipisahkan.

Laksa Sarawak ni makanya mihun dengan kuah macam kuah lemak tapi ada rasa kesarawakan dia sebab dia menggunakan pes Laksa Sarawak yg datang khas dari Sarawak. ye laa..takkan dari Johor plak..hehe. pastu makan dengan isi ayam, taugeh, daun ketumbar, bawang goreng, cili api and telur dadar. perghhh. terangkatt tuuu. memang teringin lagi nak makan. tapi Eychah cakap stok pes da abes. kene tunggu stok baru. Eychah cakap nanti kalo stok da sampai, dia roger and suruh aku datang. I WILL EYCHAH!!!!

ni laa Eychah n her mom yang sangat baikk hatii.

Monday, November 5, 2012

nyumnyum~

MAKANAN YANG AKU TERINGIN NAK MAKAN TAPI BELUM BERKESEMPATAN NAK MAKAN :


satay tulang N9


mee calong beserah kuantan


nasi ganja utara


sup tulang merah singapore


the real pavlova. (bukan yg aku buat)


vanilla souffle


the real macaroon (bukan yg aku buat)


AND MANY MORE!!!!! (semua gambar adalah sumber dari Hincik Google. TQ)

Tuesday, September 4, 2012

soya pandan

weeeehooooo...lama btol x ngehapdet belog...naik kusam lamsam dah blog aku ni..nanti laa aku renovate bagi nampak fresh..heheh..sejak-sejak lepas raya ni mood nak masak kelaut sokmo...MALAS!hehe. lagi-lagi hati tengah syahdu memikirkan lagi beberapa detik je tinggal aku nak mastautin kat kuantan ni. pastu kena balik kebumi nyata, Melaka. haish~~

story ni bukan laa resepi dari aku. tapi  satu menu yang sedap gilerrrrr dari Ayam Penyet AP. serius sedap weh air ni. Soya Pandan. berdasarkan nama beliau, ianya bukanlah air soya yang direbus menggunakan daun pandan. itu hanyalah basic bagi resepi air soya home made, kan? tapi air soya ni digabungkan dengan kordial pandan yang mempunyai biji-biji jelly halus-halus yang sangat UMPPH! kalau susah nak imagine air soya ni camne, ni haa rupanya.


selepas dikacau, disedut, disssrroott dengan nikmat, ia akan menjadi sepeti ini. cuba tgk kordial pandan tu. dah jadi biji-biji jelly halus-halus kan? tu laa yang digambarkan tadi. sedappp!



bila pedas makan sambal ayam penyet ni yang tahap dewa pedasnya, sedut laa air soya pandan ni. heaven u ollsss. aku nak cari laa resepi kordial pandan yg ade biji-biji jelly halus-halus ni. seriuss aku nak beli lagi utk buat xperimen camne nak hasilkan biji-biji jelly halus-halus ni. hihihi.




ni kawan saya. dia nak kawen 9/9/2012 ni. tapi saya tak dapat hadir sebab saya kena balik Melaka. sangat sedih. :(

terima kasih Wawa belanja makan Ayam Penyet AP (The Store) n karaoke. Selamat Pengantin Baru!











*feel annoyed baca BIJI-BIJI JELLY HALUS-HALUS? ahahaha. :D

Wednesday, July 4, 2012

takoyaki-cekodok jepun

jangan espect aku nak bagi resepi TAKOYAKI kat sini. ngeh ngeh. sebab aku baru dalam proses planning ye nak buat cekodok Jepun ni.

sebenarnya da lama taw pasai mende alah ni. tapi baru saat-saat nak mendebabkan badan selama dua bulan -CUTI SEM- ni baru berkobar-kobar rasenye nak buat.

first aku taw pasai Takoyaki ni, kawan aku Beena ngan Myra Tepenk yg cakap mende ni sedap. tapi aku xberkesempatan nak rasa lagi. padahal mende ni ade jual kat Jusco. camni laa ghupe kedai tu.

*sumber alam maya

aku selalu nampak tapi just pass-by je. x de sekelumit niat pon nak singgah or beli sebab aku bkn laa salah seorang peminat makanan jepun *terutama SUSHI! 

then tadi aku berfoya-foya berfesbuktanparasabersalahesokadepaper, aku nampak kawan aku, Jihah ni buat Takoyaki ni. nampak mewah je sebab dia pandai buat masakan jepun. tapi rupa melayu sebab dia guna acuan kuih cara. unik kan? aku rasa nak buat sangat lepas tengok ghupe Takoyaki Melayu terakhir ni.

*jom tengok resepi beliau kat sini *_*

nampak menyelerakan kn? meleleh air liur aku ni haa. lagi sorang kawan aku, Mek Sha pon penah buat gak. dia opkoz laa penah dan akan selalu buat sebab dia bermastautin kat Jepun. Hihi. seronok je tgk ade org jepun ajar dia buat Takoyaki ni. untunglaa kau mek. hihi. jom tengok Warganegara Takoyaki yang sebenar.

*kalo korang rasa korang duduk kat persekitaran Jepun n mudah nak dapat2kan bahan2 yang sebenar, pendek kata kalo korang nak try resepi sebenar, jom click @_@


so balik ni aku dah aim nak kerjakan duit myummi nak beli acuan kuih cara n nak try buat cekodok jepun ni. opkoz laa versi Melayu kan? sebab kita x duduk Jepun. hihihi

Thursday, June 14, 2012

supper muaks cikeng folDover wip besfreng!

Haha. Tetibe gelak. Blom stat cite da gelak. Xde yg lawak pon. Just sambil mkn recap Super Spontan tu yg ade lg saki baki gelak tu. Huhu. Xde nak cite pape pon. Just nak cakap yg mlm tadi kul 12 sumting in da moning ak ngan my besties, Yoyet laporr. Kebetulan ade dua bidadari dari bilik sebelah (Ain n Sha) nak g Mcd so kirim la ngan diowank. Laporr weh! (walaupon baru pas sapu bihun Pama sebungkus)

Kitaowang kirim 2 set ayam Mcd. Nak meng-ayam mlm2 gini. Tp xde. So try laa nak mkn Cikeng Foldover. Sibuk laa aku ni soh Ain order mende tu dgn bangga menyebut cikeng FOLDOVER (with no silent 'D'). Tp Yoyet sebot lain. Dia sebot FOLOVER. No D! Tapi aku buat diam. Aku yakin aku betol (sbb x tgk lg ejaan dia)

Order pon sampai! 2set ciken folDover + 1 bubur ayam (utk tamakninah person cam ak)



faa :   nape ko sebut FOLOVER  ek? kan ade D tu. (selepas mengamati ejaan dia btol2)
yoyet: betol r FOL OVER. bkn folDover.
faa:    -diam sambil pikir sumtink. fold+over. sebut asing2 secara laju jadi r FOL OVER-
yoyet: -start mengunyah-
faa:    senyum sumbing. malu sbb bangga ngan kesalahan sendiri.


sengal x kitaowang?





p/s : muak k mende ni. xmakan da pas ni.

Monday, May 21, 2012

Klebang Original Coconut Shake

Apa khabaqq u olls? lama kan ak x bersiaran langsung kat sini. al maklumlah. belajar degree ni xsama ngan belajar time diploma. bz memanjangggg. abes assignment ni, ade assignment laen. pastu kang test laa quiz laa. ni pon baru lepas buat event utk class. event Explorace. Jom Explore Melaka. Penat tapi best laa.. keje aku xsusah pon sebenarnya. Deal ngan sponsor then jaga check point kat Taming Sari. Hehe.

Oke. Berbalik pade taju kat atas tu, wahhh heaven uolss. Dulu aku rasa time kwn aku si Yoyet (dayah) yg belikan. memang superb la! memang lain rasa dia nga coconut shake yg lain. So bile da rasa, dgr plak cite kalo nak bungkus air ni, kene beratur panjang, aku nak laa plak experience kan?

So lepas je event Explorace tu, kitaorang nak g lunch. Bila tnya msing2 nak lunch ktne? sume beri jwpan cliche. 'ikut ko laa.'....'aku ikut je mane2'....'aku ikut ko'.. so bile da xde kata putus n memasing nak main ikut je, haaa meh ikut ketaqq pala aku nak minum coconut shake ni. Haha.

Aku ajak laa depa ni p lunch kat tepi Pantai Klebang. Balik tu baru singgah kedai Klebang Original Coconut Shake! Wallaweh..mmg beratur pon. mmg power la coconut shake dia nih!




tu tengok signboard dia tu. kalo nak bungkus kat luar..so kalo nak minum boleh r g kat kedai dia yg dlm sikit. khas utk minum je. xleh bungkus. 


amacam? ramai x? yg beratur ni, sekali beli bkn sebungkus dua, tp berbungkus2. 


camne laa dia punye coconut shake tak terbest kat Melaka or maybe Malaysia? gune eskrem Walls. sekali isi dlm belender berscoop2. sbb tu rasa air kelapa+eskrem vanilla dia pure.arghhhhhhh. sedap nak mati!


Yang tudung kelabu tu kwn baru aku. Aini namanya. Aini fit-fit. hehe. depa ni duk tepi je. observe aku beratur. (padahal kene paksa ngan aku soh amekkan gambar. hehe)


okeh. saatnya sudah tiba tatkala hanya seorang je lg di hadapanku. time ni leh cover lg air liur dr meleleh.


oke Mokcik. tenks for ur deliciouso coconut shake ever! menyesal beli sebungkus je. Bila sedut, susah nak stop. rase nak sedut lagi dan lagi. Tapi bila da tinggal sikit, syg plak nak sedut. Tapi nak sedut jugak. Huwaaaaa..nyesal xbeli 5 utk aku sorang!!!!!!! (jeritan batin seorang yg tamak haloba)


oke. itulah dia harta berharga yang aku rasa korang pon patot beli kalo dtg ke Melaka ni. Kalo xbeli, xlengkap hidup korang. Serius nih!


Dia pon sayang nak sedot. Takut abes. hehe.

Thursday, April 26, 2012

meatball bowtie bolognese


Menu lunch tok arini. Sibuk buat kek cheese sampai malas nak masak nasik. Paksa adik ak, Angah masak mende. Tekak terasa sgt nak mkn ni. Hihi. Untuk adik ak Alang yg perotnye sentiasa kosong, nasi goreng pagi td ade, ak gorengkan telor je. Hihi


Tak susah pon buat ni. Sama mcm buat spaghetti. Gantikan spaghetti ngan pasta bowtie or pape je jenis pasta yg korang suke. Ak soh Angah letak sili api. Bg kaww sikit. Huhu. Meatball tu dia kepal2 dging hancur je. Semalam ak nk beli meatball yg ready made, Angah xbg. Dia ckp dia leh buat ngan breadcrumbs la, itu la. Last2 daging hancur tu je yg dikepal-kepal. Pemalas! huhu


Sunday, March 25, 2012

kepak ayam sabah

Amacam? terliur x? hihi. Aku sure, mesti korang semua penah makan kepak ayam sabah ni kan? Terangkat beb! First time aku mkn, kat Aloq Staq, ngan kwn2 aku. Sedap weh. Tapi kali ni aku nak cite Kepak Ayam Sabah kat Kuantan. memang sedap! Harga standard rm1.50 seketui. Ade jugak yg lain mcm pedal n tongkeng, my fevrett. hihi

Apakah itu tongkeng? haha. Kalo yg dah taw tu, my guess korang pon mesti minat tongkeng ayam mcm aku. hehe. tongkeng tu sebenornye buntut ayam. Nak senonoh sikit, dia bg nama tongkeng gamaknya. hehe.

Ni nak bgtaw, Kepak Ayam Sabah kat Kuantan ni aku makan kat sebelah Pasar Besar Kuantan, sebelah Terminal Makmur. Selalu ptg2 ade cam pasar sebelah Pasar Besar ni yg jual kuih-muih je. So myabah ajak la singgah nak pekena kuih2 tempatan. Aku plak tak pilih kuih tp teros aim kepak ayam ni. Hehe.


myummi makan Mee Goreng Mamak + Barli



myabah makan Rojak Ayam Superbb! + Air Kelapa


aku
+
alang
=
KEPAK AYAM SABAH! (berketui-ketui)



Amacam? Sos hitam dia tu bapokk sedaknye!!!! Siyes! Perapan ayam pon sedap. Pendek kata sedakk gile lah! Terjilat-jilat! Pasni nak kekah lagi Kepak Ayam nih! Nak bawak 1 bus sedara mara adik brdik nak untungkan Pakcik tu! hehe

Monday, March 19, 2012

nasi lemak kampung morten


Haishh..sejak dua menjak dah jadi orang Melaka ni kan, kene laa cite pasal Melaka plak. Kalo dulu asyik pasai Aloq Staq je, Skrang ni pasal Melaka laa plak. Hihi.

Ekceli baru nak dekat 3 minggu aku kat sini. So banyak lagi mende yang aku blom explore. Tenkiu laa kat kawan-kawan serumah aku aka senior aku (Yahyohyeh, Ain n Sha) coz sudi bawak aku ngan Amoy (Myra JB kuar ngan kwn dia) g jenjalan sekitar Melaka. Jadi anak Dato' utk sehari. Malas nak story kenapa kitaowank anak dato utk sehari, just tgk gamba n nilai je laa k. Gambar kat sini: (*_*)

So kat sini ak just nak cite 1 port nasi lemak yang terrrangkat kat Melaka ni. Nasi Lemak kg Morten. Taw x Kg Morten tu katne? Alaa yang kalo kite naik River Cruise tu, kita akan lalu kat 1 perkampungan yg ade rumah lama yg cantik2 tu. Tu laa Kg Morten. Naik gile aku tgk umah2 lama kat sini. Cantik kot! Nape laa aku xde sedare mare kat sini. hihi. (berangan nak cari calon dr Kg Morten)
abaikan 2 manusia yg gelojoh membeli n yg tgh sengih ni. tumpu pada tulisan merah!

Ni laa kedainye. Selain nasi lemak dia yg sedap, ade 2 lagi mende yg best kat sini. Kat sini just jual Air Mata Kucing yg sgt2 sedap sebab dia buat sendiri air tu! Seriuss! Memang superb! N 1 more thing, pakcik n makcik yg beniaga ni terlalu lah peramahnyee.. Xsegan kalo nak beli 2-3 bungkus. Hehe.

touu! muke berminyakk!

Nasi lemak dia kalo beli + sambal kerang+ayam= RM3.50 je. Murah kan?! Maw x hepinye poket bile harge bnyak tu je. Hehe. Nasi berlambak plak tu. Seswai bagi org kuat melantak mcm aku. Kihkih.



So kalo korang dtg Melaka ni, jangan laa buat-buat lupa nak datang try nasi lemak ni k? tak rugi pon. Sedapp! Nanti aku nak bawak family aku makan kat sini. Best sangat! Try k!



ni village stay dia!


sempat snap sikit je gambar umah2 lama yg sangat2 cohmei!