faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label walking-walking. Show all posts
Showing posts with label walking-walking. Show all posts

Friday, November 9, 2012

study sambil travel. (MELAKA)

dah nak dekat setahun aku kat melaka. sekejap je masa berlalu kan? banyak lagi tempat aku x explore melaka ni. hehe. ini disebabkan aku kat sini belajar BACHELOR IN TOURISM MANAGEMENT kat UiTM Bandar Melaka so bukanlah taraf Diploma yg mana boleh selalu berfoya-foya (macam kat Kedah dulu hikhik). so tak banyak masa nak explore Melaka even Melaka banyak tempat menarik and just 1 negeri yang kecil kat Malaysia ni. Tapi aku still pergi merewang-rewang kat tempat-tempat menarik sekitar Melaka sepanjang aku belajar kat sini taw.

COCONUT SHAKE KLEBANG




DATARAN PAHLAWAN



BANGUNAN MERAH STADHYUS N CENDOL JAM BESAR N BECA











KG MORTEN (Sila click (^_^) utk story)

Thursday, July 26, 2012

spaghetti bolog-mayo-nese (sweet memory)

hahaha.lawok plak nama spaghetti ni. haha biarkan. ni nak story tentang spaghetti yg aku n kawan2 aku (Dayah, Eychah n Wani) masak kat umah lecturer kesayangan kitaowang, Miss Linie.



Sebnarnya beberapa minggu lepas aku ngan kwn2 aku (spt nama diatas) pergi Aloq Staq, tempat cheq mengaji diploma zaman muda dulu nih. ni cheq p ngan kwn2 cheq sebab kami kena uruskan urusan tamat belajaq kami. alang2 dah pegi tu, banyak laa tempat2 yg kami p utk mengimbau kembali nostalgia time cheq ngan kwn2 cheq muda-muda dulu.

malas r nak cite lebih lanjut pasai memori tu. haha. biar cheq, eychah, dayah dan yg berpengalaman dgn kami je taw. huahua. retiss sgt.

alang-alang kami lama kat Aloq Staq, miss Linie ajak kami p umah dia. kitaorg pon xpenah jumpa dia lepas dia dah kawen ni. dia plak teringin nak rasa masakan aku. puas gak r tarik tali ngan miss Linie sbb aku nak rasa masakan dia tp dia nk rasa hak aku. hoho. disebabkan rasa hormat, aku ikutkn aje. hihi.

jgn tersalah pilih ye. yg tudung kuning tu Miss Linie kami. :)

berdasarkan barang asas (spaghetti, prego n daging cincang) yg miss sediakan, aku kene creative menggunakan bhn2 yg terdapat dlm peti ais beliau. pung pang pung pang kami menunjukkan skill kat dapoq. tiba2 dayah cadangkan letak mayones, sebab aku penah bagi dia rasa spaghetti letak mayo ni. aku pon ye tak ye jugak. teros laa buat. serius sedap. teros ade rase masam2 dia.

nak resepi? oke laa..meh aku bagi.hehehe. resepi campak-campak menggunakan bahan-bahan dlm peti ais.hehe.


SPAGHETTI BOLOG-MAYO-NESE

1/2 paket spaghetti - direbus dgn air+sedikit garam+butter/minyak sampai empuk

1 senduk cili blender(dah diblender dgn bawang besar n bwg putih)
sedikit minyak utk menumis
1 paket (500 gm) daging cincang
2 biji tomato - dicincang kasar
1/2 btol sos prego - nak letak 1 botol pon boleh
3 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar mayones (dikacau dgn 3 sudu air hingga larut)
gula,garam, lada sulah
sedikit air rebusan spaghetti - ikut nak letak banyak mana. ikut suka kuah tu cair or tak
sayur pilihan (cendawan, capsicum, sayur campur,dll)- aku xletak sebab xde. hehe


~tumis cili blender hingga garing. masukkan tomato cincang dan daging cincang. biarh hingga daging masak.
~masukkan sos cili, sos prego, mayonese yg dah dibancuh dgn air (jgn letak mayones tu terus tanpa air, nnt dia berketul) dan kacau rata. biar hingga mendidih.
~kalau terlalu pekat, masukkan air rebusan spaghetti. kacau lagi. perasakan dgn sedikit garam, gula n lada sulah. 
~masukkan sayur, kacau2 n tutup api.
~hidangkan bersama spaghetti, fried chicken ball n cheese.


gambar yg tersusun cantik molek tu telah di-plating-kan oleh miss Eychah. disebabkan aku dah pelahap, xsempat nak plating2 ni, teros ngap. hihi. sempat tgkap time tengah makan. oke laa kan?huhu. Si Dayah plak senyap dapat makan. sebab tgh lapoo..huhu.

by : miss Eychah. 

by: me, yg pelahap. kuikui

again, me yg pelahap n Dayah yg langsung x ambil pedulik pasai plating2 ni..huhu


thanks a lot to miss Linie sebab sudi bagi kami berperang kat dapur dia. thanks to her husband too, Sir Faiz sbb menahan telinga je dgn kebisingankeriuhankekecohan kami. huhuhu. happening sgt taw!

Miss Linie n Sir Faiz


Saturday, June 2, 2012

bukit gambang waterpark

walawehh.. bohsan weh cuti seminggu tapi berkampung kat gambang resort ni. sungguh buang masa. dari ari rabu aritu kitaowang stay sini. sebenarnya kitaowang ikut ummi ngan abah. dia ada keje kat sini. kene jaga East Coast Discovery. Dah laa esok nak balik Melaka dah. So bnyak resepi dlm list yg aku igt nak buat tak terbuat. nak balik stay kat umah myabah xbagi. hadoiii. Bohsannnnn.

Tapi xpe. Abaikan luahan hati tu. Ni nak cite pasal Bukit Gambang Waterpark. Sebab alang2 dah stay kat dia punye resort, so hari Khamis aritu, kitaowang g laa berjemur sampai mengelupas kulit kat waterpark. kebetulan plak myMaksu join skali n kebetulan dia ade voucher, so dpt laa potongan harga. jimat sikit. Dapat harga RM18.50 sorang. kalo x 20 lebih kalo xsilap hrganya.


kitaowang pergi berlapan. Aku 5 beradik + yong sepupu aku, 3 beradik. Aku jadi leader disebabkan aku paling tua disitu. Ummi abah aku ade keje, Maksu ak nak rehat je lam bilik. Then pas beli tiket kat resort je, kitaowang naik tren g waterpark tu. Tren yg lajunya sama laju ngan penyu cacat. Hoho. Mujur dekat je resort ke waterpark tu.


Disebabkan kitaowang dtg awal, so x ramai lg warga Malaysia dlm tu. Tak laa sardin sgt so bleh maen pape je dgn rase aman damai tanpa perlu beratur panjang. Bila masuk je pukul 10-11, pergh, org masuk berpusu-pusu mcm ade sale Giordano je dlm tu.

So dia punye permainan xde laa xtreme sgt. biase2 je. Bagi aku better lg Tambun or Bukit Merah. Sebab Gambang ni, permainan dia sikit je so cpat bosan. Tapi ok laa kalo nak bercuti ngan family kan. Ni bagi pendapat aku. maybe bg org lain best lagi gi gambang kan. Everybody have their own taste.





Kat Coco Beach




Ni mende ntah. 1 pelampung leh naik 6 org. Time aku naik xde sape snap gambo.



ni beratur nak naik Mat Slide.


dari kiri: Abang, kak Ngah n Syahir




dari kanan: Alang (slide paling laju), Ateh n Abang..again.




 ni time ombak cam tengah2 laut. Aku duk atas pelampung tu pening nak muntah!



Da nak balik. muke semua terbakor.

lakonan semata ni! berator nak naik tren. padahal tren ntah kemana. menyirapp je tunggu lama.


daaaaaa....


Monday, May 21, 2012

Klebang Original Coconut Shake

Apa khabaqq u olls? lama kan ak x bersiaran langsung kat sini. al maklumlah. belajar degree ni xsama ngan belajar time diploma. bz memanjangggg. abes assignment ni, ade assignment laen. pastu kang test laa quiz laa. ni pon baru lepas buat event utk class. event Explorace. Jom Explore Melaka. Penat tapi best laa.. keje aku xsusah pon sebenarnya. Deal ngan sponsor then jaga check point kat Taming Sari. Hehe.

Oke. Berbalik pade taju kat atas tu, wahhh heaven uolss. Dulu aku rasa time kwn aku si Yoyet (dayah) yg belikan. memang superb la! memang lain rasa dia nga coconut shake yg lain. So bile da rasa, dgr plak cite kalo nak bungkus air ni, kene beratur panjang, aku nak laa plak experience kan?

So lepas je event Explorace tu, kitaorang nak g lunch. Bila tnya msing2 nak lunch ktne? sume beri jwpan cliche. 'ikut ko laa.'....'aku ikut je mane2'....'aku ikut ko'.. so bile da xde kata putus n memasing nak main ikut je, haaa meh ikut ketaqq pala aku nak minum coconut shake ni. Haha.

Aku ajak laa depa ni p lunch kat tepi Pantai Klebang. Balik tu baru singgah kedai Klebang Original Coconut Shake! Wallaweh..mmg beratur pon. mmg power la coconut shake dia nih!




tu tengok signboard dia tu. kalo nak bungkus kat luar..so kalo nak minum boleh r g kat kedai dia yg dlm sikit. khas utk minum je. xleh bungkus. 


amacam? ramai x? yg beratur ni, sekali beli bkn sebungkus dua, tp berbungkus2. 


camne laa dia punye coconut shake tak terbest kat Melaka or maybe Malaysia? gune eskrem Walls. sekali isi dlm belender berscoop2. sbb tu rasa air kelapa+eskrem vanilla dia pure.arghhhhhhh. sedap nak mati!


Yang tudung kelabu tu kwn baru aku. Aini namanya. Aini fit-fit. hehe. depa ni duk tepi je. observe aku beratur. (padahal kene paksa ngan aku soh amekkan gambar. hehe)


okeh. saatnya sudah tiba tatkala hanya seorang je lg di hadapanku. time ni leh cover lg air liur dr meleleh.


oke Mokcik. tenks for ur deliciouso coconut shake ever! menyesal beli sebungkus je. Bila sedut, susah nak stop. rase nak sedut lagi dan lagi. Tapi bila da tinggal sikit, syg plak nak sedut. Tapi nak sedut jugak. Huwaaaaa..nyesal xbeli 5 utk aku sorang!!!!!!! (jeritan batin seorang yg tamak haloba)


oke. itulah dia harta berharga yang aku rasa korang pon patot beli kalo dtg ke Melaka ni. Kalo xbeli, xlengkap hidup korang. Serius nih!


Dia pon sayang nak sedot. Takut abes. hehe.