faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Monday, April 23, 2012

NASI ORG KAWEN with PLUM GRILLED CHICKEN


Haiiii semua!!!! Ape kabo wokme (kamu semua)? Rindu laa ngan wokme. Hehe. Lama kan aku xbuat entry masak2 ni? Kawan2 aku pon da boring nengok blog aku. Huhu. Al-maklumlah, student. Nak kata bz tu xla sangat. Tapi sebab duk Melaka xmemasak kan, so jarang la update. Aku kalo nak update story2 tanpa masakan ni, aku xreti sangat. hehe. Lagi 1 punca ak malas nak update, ni haaa...dashboard alaf millenium ni. Suke suki je tukar tnpa pngtahuan ak. Menyirappp je ak. Menyusahkan ade la. Tak user friendly langsung!  --alasan.. :)


Oke. Selesai sudah sesi luahan hati. Haha. Skunk ni ak cuti mid sem. Seminggu cuti. So semalam, start laa kite berperang dgn dapurnye pun hadoii! Haha. Aku masak Nasi Org Kawen/NASI MINYAK with PLUM CHICKEN GRILLED. Alahai. Da lama xmmasak so x laa beberapa memuaskan hasil masakan aku tu. Ayam ak kene bakar 2-3 kali sebab kurang masak. So aku sarankan, rebus dulu ayam sampai masak. Then baru perap. Aku rebus separuh masak je. Kari telur aku plak terlebih santan. Dah laa pekat mcm puree. Haha. Tapi abes licin gak la! Rasa ayam memang sedap sbb ade rase masam manis sos plum. Try laa k! Nasi Minyak a.k.a Nasi Org Kawen side dish dia ni. Haha.

 PLUM CHICKEN GRILLED

1 ekor ayam - dibersihkan, direbus hingga masak (30 minit) dgn air + sedikit garam

Bahan Perap:
4 sudu gula - jadikan air gula pekat
3 sudu sos plum
3 sudu sos tiram
2 sudu cili boh/serbuk cili
3 biji bawang putih - diketuk
1 sudu kicap manis

~toskan ayam. simpan air rebusan ayam utk nasi.
~perap ayam dengan semua bahan diatas selama sejam ++
~susun 1 biji bwang yg dipotong dadu besar dlm dulang (utk elakkan ayam melekat dlm dulang). letak ayam diatas bawang. simpan separuh bahan perapan. bakar selama 45 minit. Api sederhana.
~selepas 45 minit, keluarkan ayam, sapukan bahan perapan sehingga habis dan balikkan ayam. bakar setengah jam lagi.


NASI ORANG KAWEN / NASI MINYAK

3 cwn beras - dicuci dan toskan
air rebusan ayam (sukatkan mcm kita masak nasi biasa)

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inch halia
1 sup bunjut
1/2 cwn minyak masak
3 bunga cengkih
1/2 inch kulit kayu manis
2 bunga lawang

~hiris bawang, bawang putih dan halia. 
~panaskan minyak. tumis semua bahan sampai garing.
~masukkan beras dan air rebusan dlm rice cooker. masukkan bahan tumis. kacau dan masak mcm biasa. kacau setiap 5 minit.


Oke. Done with my recipe! Hehe. Yang kari telor ngan acar mentah tu, buat mcm biase je. Hehe. Kalo nak mkn ngan sambal telor ke, kurma telor ke, acar buah ke, ikut suka. Mcm makanan kenduri kawen tu. kan ade mcm2? Hehe.

2 comments:

  1. arghhh lapo tau x msok blog ko ni. sme rupe die sedap2 tp 1 pon x pnh smpai ke tekak aku. SEDEH

    ReplyDelete
  2. hihihi..ade rezeki nnt aku bawak balik nah...hihi

    ReplyDelete

superb komen-ngomen