faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, March 16, 2013

Lemon Rainbow Cupcake (butterfly flower garden theme)


apa khabar semua. heaven faa rasa skang bila dapat balik umah n masak-masak. lagi heaven bila my ummi belanja stand hand mixer. mmmuahhhh! sayang ummi lebih la! thanks dear ummi! hehehe. apa lagi, terus laa baking cupcake.


tapi faa buat cupcake guna tepung cake segera je. malas nak pikir. hehehe. tapi faa ubah rasa dia. faa tambah parutan kulit lemon n jus lemon and automatik bertukar jadi cupcake lemon! n faa bosan tengok kaler putih je, faa buat laa rainbow. haaaa bab tu memang faa rajin. bak kata ummi faa, faa suka buat benda pelik-pelik. heuheu. dats me.


kebetulan ummi cakap hari ni hari jadi first Rayyan Baihaqi, anak kakak sedara faa. n kebetulan jugak hari ni birthday kawan baik faa, Nadia Aqeela. happy birthday to both of you!! jom laa tengok resepi simple LEMON RAINBOW CUPCAKE menggunakan tepung kek segera jenama Nona ni :


LEMON RAINBOW CUPCAKE

  • 1 kotak tepung sponge cake segera perisa vanilla
  • 80 ml air
  • 80 ml butter - suhu bilik
  • 5 biji telur saiz A
  • 1 sk parutan halus kulit lemon
  • 1 biji lemon - ambil jus saja (lebih kurang 2-3 sudu)
  • pewarna kegemaran. tak nak bubuh pon takpe.
~panaskan oven 180C. susun paper cup dlm acuan muffin.
~pukul telur dan air hingga kembang. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana seingga sebati.
~masukkan butter dan pukul hingga sebati dengan kelajuan perlahan. masukkan kulit dan jus lemon. putar seminit.
~asingkan adunan beberapa mangkuk. warnakan setiap mangkuk. letak dalam acuan cupcake sehingga penuh. 
~bakar selama 20-25 minit atau hingga masak. sejukkan cupcake.

BAHAN HIASAN :

~coklat yang dicairkan ( cairkan milk chocolate menggunakan kaedah double boiler)

~buttercream (4 sudu butter, 2-3 sudu gula aising, 1 sk esen vanilla, 1 sudu susu segar,pewarna. putar semua hingga gebu)

~manik bewarna
~mashmallow
~lidi

CARA 1: BUTTERFLY CUPCAKE


1 : potong permukaan cupcake. belah kepada 2 untuk dijadikan kepak

2 : sapu permukaan dengan coklat cair dan paipkan buttercream. kalau nak cantik lagi, paipkan buttercream di seluruh permukaan dan buat tinggi sedikit.

3 : letakkan kepak tadi di atas buttercream.

4 : paipkan buttercream di tengah-tengah untuk dijadikan badan butterfly

5 : susun manik atau paipkan coklat untuk hiasan bahagian badan. ikut suka. hehe. siap!



CARA 2 : TAMAN BUNGA

1 : mula-mula potong permukaan kek mcm buat butterfly cake tadi. pastu terap bentuk bunga.
2 : masukkan buttercream dalam piping bag. kalau takde, bag plastik pon boleh. potong sikit hujung dia. jangan besar sangat. pastu paip kan macam dlm gambar.



3 : cucuk bunga cake yg diterap tadi dengan lidi dan cucuk pada cupcake. boleh jugak cucukkan mashmallow. ikut creativiti!




 haaaaaa. simple kan? jimat pon jimat. kalau nak seronok, ajak adik-adik, atau anak jiran atau anak sedara deco cake sama2.comel tak? comel la..comel laa..comel laa..hehehehe


yang ni special untuk Rayyan. just paipkan coklat cair atas kertas minyak then sejukkan 1/2 jam. keluarkan perlahan-lahan dan hias la! senangkan? ni hasil kerja adik faa, Angah. hehehehe.


**opps lupa sat. jom singgah blog kawan faa ni, dia promote blog faa. terharu rasa. thanks Luqman Zakaria! hehehe.

arepnakbebel.com
click ^_^

18 comments:

  1. Replies
    1. hahahha...aku memang suka kaler-kali ni...huhuhu

      Delete
  2. Masya Allah.... kreatifnya ko Faa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. faa aplikasikan masa faa belajar catering form 4 n 5 dulu akak..hehehehe..tu pon sememh je decorate cake...

      Delete
  3. Replies
    1. hheehehe....kalu berminat kena lah rajinkan diri ye dak..heuheu

      Delete
  4. Salam kenal Faa ^_^

    kreatif tul Faa..comel..anak akak mst suka klu main deco2 cani ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak yana...

      hehehehe..akak try laa buat...mesti fun..hhehehe...faa takde anak-anak nak ajak berdeco sesama...heuheu

      Delete
  5. kalau mak akak... dia akan kata 'suka benor buat kerja2 mettek' hehehe.. tu bahasa org Tganu.. maknanya suka buat kerja2 yang byk kerja iaitu kerja yang melibatkan benda2 yang kecik.. hehehe...

    mmg la faa ni rajin.. zaman akak dah berlalu.. tak sempat nak buat kerja2 'mettek' ni lagi... tp suka sgt tengok hasil yg org buat.. hehe.. mmg comel2 je cuppies tu faa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...bahasa baru ni kak...mettek yaa....faa memang suka buat keje2 mettek ni...tak comel mana pon cuppies ni kak..buat suka2 je..heuheu

      Delete
  6. ala2 comeii cc tu..mcm2 deco ade tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....buat suka2 je..hehehe

      Delete
  7. nak request resipi kuey teow goreng kerang boleh tak? resipi utk org berniaga, mudah dan sedap la kalau boleh.. hehe
    nnt kalau free koi buatkan header blog aok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti kalo koi free koi buat..sbb koi agak bz skang...

      Delete
  8. kretipnya adik ahkak ni....cantik tu.....!!! peh ni buat kek ari-ari yea...nnti mak bg presen lain plak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih kak...hehehe...harap2 gitula ek..untung laa dapat present lagi..hihi

      Delete

superb komen-ngomen