faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Monday, May 28, 2012

AYAM MASAK MERAH THAI served with SUP SAYUR MEE SUAH

Haiii uollss. Iollss kembali bersiaran. Macam biasa la, kalo cuti je baru ade spirit nak hapdet-menghapdet ni kan. Aku cuti seminggu. Cuti hari Gawai. So bila da stat cuti, stat jugakla sesi masak memasak ak ni. Tengahari tadi, aku buat Ayam Masak Merah Thai ngan Sup Sayur Mee Suah.

Ayam Masak Merah Thai ni sebenarnya terhasil time aku g umah kawan aku, Amoy kat Tampin. Masa nak balik semula ke Melaka, Mak Amoy ni bekalkan kitaowang ngan Ayam Masak Merah. memang superb! Sedapp wa ckp sama lu. Bukan Ayam Masak Merah biasa sebab dia ade rasa masam-masam n ada daun limau purut. So resepi xsempat nak mintak, aku bantai buat berdasarkan apa rasa yang aku ingat je la.


AYAM MASAK MERAH THAI

1/2 ekor ayam - dipotong kecil, dibasuh, digaram kunyit dan digoreng

minyak utk menumis - amek minyak goreng ayam tu tadi je
1 cwn cili blender
1/2 cwn cili sos thai
3 ulas bawang putih - diketuk
3 batang serai - diketuk
sedikit air
5 helai daun limau purut
1 biji limau nipis - ambil jus je
1 biji tomato
garam, gula, bahan perasa - secukup rasa



~tumis bawang putih, serai dan cili boh hingga garing
~masukkan sos cili dan air. kacau rata.
~masukkan jus limau nipis, garam, gula n bhn perasa. Ikut citarasa masing2.
~masukkan ayam dan tomato. kacau 2 minit.
~hidangkan.


Dah siap Ayam Masak Merah Thai kita. So skunk ye tuan puan, kita nak buat Sup Sayur Mee Suah. Taw x  apa tu Mee Suah? Mee Suah tu Mee Suah laa. Hehe. Tu je yang mampu aku terangkan. So kiranya Mee Suah ni pengganti Soo Hun. Kalo xjumpa Mee Suah, beli laa Soo Hun ye. Hehe. Mcm ni rupanya paket Mee Suah tu. Ak rasa kat kedai2 runcit biasa pon ada jual.


SUP SAYUR MEE SUAH



sayur-sayuran kegemaran (aku guna kobis, binga kobis, kacang panjang, kangkung, cendawan, carrot n tomato)
3 ulas bawang putih - diketuk
1 paket kecil fish ball
sedikit minyak untuk menumis
2 sanggul mee suah
garam dan bahan perasa ikut rasa
air - ikut citarasa masing2



~tumis bawang putih hingga garing. masukkan fish ball dan air. biar hingga mendidih.
~perasakan. biar hingga betul2 mendidih the masukkan sayur. kacau rata.
~masukkan mee suah dan pastikan kacau selalu untuk elakkan mee suah melekat. biar 2 minit then tutup api.



4 comments:

  1. mee suah tu adelah sedap oke. n pembetulan bkn mak amoy je eh. mak aku skali... :p

    ReplyDelete

superb komen-ngomen