faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Wednesday, July 24, 2013

Homemade Kimchi di Bulan Ramadhan


Apa khabar semua? puasa tak ni? haaa. jangan ada yang ponteng ya. oke malas laa nak membebel panjang kan. jom kita menjelajah Korea dengan buat Kimchi. 

Apa tu Kimchi? bagi faa, bahasa pasarnya Kimchi ni sayur jeruk orang Korea. dalam bahasa Jawa, setelah di google, maksudnya a traditional fermented Korean side dish made of vegetables with a variety of seasonings.

orang Korea ni kalau makan mesti kena ada side dish. alaa macam kita laa kan, mesti nak ada sambal belacan or tempoyak or sos or apa-apa je laa janji bersambal..kan? so konsepnye sama je.

faa dah lama teringin nak buat Kimchi tapi bila resepi dikaji, tengok bahan-bahan dia, banyak menggunakan bahan yg tak munasabah. guna taucu laa..kalau resepi asal guna fermented anchovies stock, ada blogger tu gantikan ngan air budu. kalau dipikirkan memang sama je kan konsepnye. ada jugak yg menggunakan cencaluk. bagi faa kita memang kena creative dalam proses penggantian bahan kalau kita takde bahan-bahan tu. pegang dgn kata-kata KITA BUAT DIA. hehe. so ditangguhkan la niat nak buat tu.

semalam kawan faa, Nadia Aqeela request resepi Kimchi..kebetulan malam tu jugak teman ummi sopim barang dapur, so sauk laa barang-barang nak buat Kimchi nih. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak, ye dak? haha. oke jom laa tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Kimchi ni. jangan risau, selagi namanya resepi Faa, takde yg rumit. semua faa ringkaskan n made it easy. jom try!

HOMEMADE KIMCHI

Fasa Pertama
  • 1 biji napa cabbage. (Kobis Cina) - saiz sederhana besar. tak besar sangat, tak kecik sangat.
  • 1 cwn garam
  • 1 periuk / besen air - guna air penapis or air masak or air mineral ya. takut nanti sakit perot plak.

~potong bhg bawah (buntut) kobis tu. leraikan satu-satu dan dicuci sehelai demi sehelai. untuk mengelakkan ada ulat menumpang ya. toskan.
~oke, cara potong boleh ikut suka. boleh belah tengah mcm faa buat dlm gambar, boleh hiris kasar atau sebiji tu dibelah 4 tanpa dibuang bhg bwah tu. ikut kehendak memasing laa ya.
~larutkan garam dalam air. faa guna air penapis..rasa selamat sikit sebab kita nak makan mentah benda ni kan. bila air dah agak-agak boleh meneggelamkan kobis tadi, n garam dah larut, rendam semua kobis tadi dalam air garam tu. pastikan semua terendam k. nanti ada bhg yg tak rasa masin.
~rendam selama 2-3 jam. balik-balikkan setiap 30 minit supaya semua bhg kobis terendam dgn air garam.


Fasa Kedua
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 3 sudu taucu
  • 2-3 sudu serbuk cili - tak suka pedas, kurangkan..nak pedas lebihkan. tapi disarankan ikutla resepi ni. sedang elok je.
  • 3-4 sudu gula - ikut rasa
  • sedikit air - untuk memudahkan bahan diblend. jangan banyak sangat. lebuh kurang 1/2-1 cwn
  • 1 biji bawang besar - saiz besar
  • 1 sudu udang kering - boleh ganti dengan cencaluk / air budu / ikan bilis
  • 1 sudu serbuk nasi goreng cina Adabi - boleh ganti dengan serbuk perasa
  • 1-2 sudu cuka
  • 1 sudu sos tomato
~ blend semua bahan kat atas hingga lumat.

**bahan-bahan kat atas ni kena sesuai dengan citarasa kita, so dah blend semua ni rasalah ya. tambah laa apa yang patut ikut citarasa masing-masing.

  • 3 sudu tepung beras - faa guna tepung pulut
  • 2 cwn air
  • 2 sudu gula
~kacau tepung dan air hingga larut. masak atas api perlahan n sentiasa kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat. masukkan gula dan masak hingga gula larut. tutup api dan kacau lagi hingga suam.

  • 1 cekak besar daun bawang - bersihkan dan potong memanjang.
**kat sini boleh laa nak tambah sayuran lain macam epal merah (didadu), lobak putih (didadu besar), carrot (disagat), sawi (dipotong kasar). just untuk bahan perapan. faa taknak guna semua ni sebab takut tak termakan. kan dah membazir. tapi adik faa, Angah cakap dia makan lobak putih tu so lepas ni boleh laa masukkan. 


~masukkan bahan blender, adunan tepung dan daun bawang dan kacau rata hingga sebati. so siaplah kita punya Kimchi Paste. biarkan seketika sementara tunggu kobis kita tengah berendam.

ni lah Kimchi Paste kita. jangan lupa pakai sarung tangan ya! nanti tangan pedas berapi wooo. faa terkena sikit je pon dah pedih. n untuk kebersihan jugak!


Fasa Ketiga

~bila dah cukup 2-3 jam, bilas kobis sehelai demi sehelai dan toskan.
~salutkan Kimchi Paste pada kobis sehelai demi sehelai hingga habis. macam dalam gambar ni. pastikan sehelai demi sehelai ya supaya kimchi paste tu rata kat setiap sudut kobis tu.


~bila dah habis salut dan lumur kobis tu, ambik satu tupperware kedap udara dan susun kobis sehelai demi sehelai dalam tupperware tu. pastikan lepas letak sehelai kobis, tekan-tekan padat supaya takde ruang udara antara lapisan kobis tu. bila ada lapisan udara, takut nanti berkulat.
~bila dah habis susun, tuang semua lebihan kimchi paste n tekan-tekan lagi supaya betul-betul padat dan takde ruang udara. tutup rapat tupperware dan biar pada suhu bilik selama 2 hari. 



**macam mana nak taw dia dah jadi jeruk? bila keliling kimchi tu ada buih. 
**lepas 2 hari, boleh laa simpan dalam peti ais. kalau kita nak makan, ambil sedikit kimchi, dan pastikan tekan lagi kimchi tu supaya udara keluar. oke?


actually resepi ni faa yang create hasil dari resepi ni sikit, resepi tu sikit, mana yang sesuai ikut citarasa faa. thanks pada blogger-blogger masakan yang faa buat resepi mereka sebagai rujukan. antaranya niena sofea, maangchi, blog beyond kimchee, and blog MY ILGI. terima kasih n thank you for the awesome recipe u have shared.


korang cuba laa buat taw. senang je sebenarnya. kalau takut tak habis kimchi ni, jangan risau, kalau kita buat BBQ, kita boleh bakar sekali kimchi ni. oke, ni sumpah sedap! faa dah try. tak pun boleh buat kimchi sup, nasi goreng kimchi, kimchi stew, tak pun balut nasi, kimchi, daging dalam daun salad! yummeh!! selamat mencuba!













9 comments:

  1. mak ai..terliur nye bulan2 Ramadhan ni..hehehe..

    ReplyDelete
  2. heee nadia aqeela was here.... and i definitely will try this recipe :D Thank Faa

    ReplyDelete
  3. akak dah cuba buat jugak, tapi tak berapa nak lepas la faa...tekak budu la katakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa kita...sebab tu faa bagi citarasa melayu sikit..heuheu

      Delete
    2. aslkm.. kak faa guna semua sudu besar kn dlm resepi? and gmbr yg ada dua tupperware tu gmbr seblum and selepas kimchi diperam ke? and the last one,kalau guna budu x rasa pelik ke kak? hehehe..maaf bnyk brtanya,x sabo nk buat! ^^

      Delete
  4. aslkm kak...rumah sya xde taucu.bhan ape ek yg boleh mnggantikan taucu tu?

    ReplyDelete

superb komen-ngomen