faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Friday, March 1, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake


hai semua..faa ni kat Temerloh, rumah nenek faa, faa baru sampai dari Melaka. penat mengangkut barang2 dari stor ke rumah sewa. Class start Isnin ni tapi kena daftar hostel awal. diorang ingat pelajar-pelajar ni duduk sekitar situ je? 5 jam memunggung atas bus semata-mata nak g angkat barang je. haaa..kan dah star complaint. huhuhu.


sebelum faa balik Melaka hari Khamis tu, faa sempat laa baked HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE. dah lama terpandang kat blog Kak Ita, tapi tangguh dulu sebab macam tak berkeinginan lagi. bila tengok Kak Mas dah buat, terus copy resepi dan terus baked! kebetulan nak try buat cupcake guna acuan silicone yang faa beli kat Mr DIY Shop, macam ni rupanya..


takut jugak hangus. sebab macam plastik kan. bedebor laa jugak. hehehe. dah tersedia sebaldi air kat tepi takut-takut terbakor, oke tipu. hehe. 


thanks to Kak Ita and Kak Mas atas resepi simple n sedap ni. jom tengok kejadian cupcake kepunyaan Kak Mas kat sini --click *_* dan Kak Ita punya kat sini --click ^_^ . dua-dua comel, gebuss ang putih melepak. faa punya hitam legam tak taw laa apa punca. hehe. izinkan faa copy resepi kat sini tapi faa ada edit-edit guna bahan yang ada kat dapur. hehe.


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

  • 4 biji kuning telur
  • 30 gm gula castor
  • 1 sk esen vanilla
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak canola - faa guna minyak masak
  • 55 gm tepung cake - faa guna tepung gandum + 1/2 sk soda bikarbonat
  • 20 gm tepung castard
  • 1 sk baking powder
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sk garam halus
  • 80 gm gula castor
~panaskan oven 170C
~susun paper cup dalam acuan atau guna acuan remekin.
~ayak tepung, baking powder, tepung castard sebanyak 3 kali.
~pukul kuning telur menggunakan whisk. campur gula, esen vanilla, susu segar, minyak dan kacau rata hingga gula larut.
~masukkan bahan diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
~dalam bekas lain (yang betul2 kering), pukul putih telur dengan garam hingga berbuih. masukkan 80 gm gula castor dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi soft peak (meringue)
~masukkan 1/3 adunan meringue dalam adunan kuning telur tadi dan kacau menggunakan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga rata.
~masukkan baki meringue dan kacau lagi guna kaedah kaup balik hingga semua rata.
~tuang adunan dalam cup sehingga 80% penuh. hentakkan sedikit loyang dan bakar selama 20-30 minit  atau hingga masak.
~sejukkan kek dan paipkan custard filling.



CUSTARD FILLING

  • 2 sudu tepung castard
  • 4 sudu gula
  • 1 cwn susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu butter
  • 1 sk essen vanilla
~masukkan semua bahan dalam saucepan/periuk kecil. kacau rata hingga tiada berketul-ketul.
~buka api perlahan dan kacau sentiasa sehingga pekat. tutup api dan kacau lagi hingga suam. untuk elakkan menjadi berketul.
~sejukkan dan paipkan filling atas cupcake. faa guna sudu je. hehe. nyum!



Wednesday, February 27, 2013

Kimbap / Korean Sushi



apa khabar semua? sihat? faa skang mood ke laut sikit. lagi beberapa hari nak balik Melaka and goodbye my kitchen! hello books! kembali ke alam realiti. misi 200 resepi untuk cuti sem pon nampaknya macam tak tercapai. sedihhh! sobss!


abaikan lah cerita sedih tu. jom kita merantau ke Korea dengan hidangan Kimbap. apa kimbap tu? kimbap tu macam sushi tapi Korea punya la. macam sushi faa tak beberapa minat sebab ada bahan dia yg digunakan mentah n entahlah, faa tak boleh nak terima sangat rasa dia. heuheu. tapi Kimbap boleh plak terima. tu pon yg faa buat sendiri. hehe. sebab boleh buat ikut citarasa kan? jimat pon jimat.


faa tengok cite korea, diorang buat kimbap ni kalau ada trip ke, anak2 ada school trip ke, kira bekalan diorang lah. macam sandwich gitu. hehe. bahan utama dia nasi and seaweed/rumpai laut. nasi tu ada yg una beras jepun, tapi faa guna nasi beras biasa je. sebab hasil kajian resepi-resepi kimbap, ramai yang menggunakan beras biasa dan rasa dia ohseemm! hehe, perasan! so tak payah lah membazir duit beli beras jepun kan? mahal kot. entah? faa tak pernah tengok pulak harganya, selalu tengok paketnya je. inti pulak ikut suka laa nak letak apa. pastu gulung. gulung plak kena ada tikar buluh dia tu. mana nak cari? kat Daiso ada. faa beli kat mr diy shop. murah je. tak sampai rm2. jom laa tengok resepi mudah ni!


KIMBAP / KOREAN SUSHI

  • 1 cwn nasi panas baru lepas masak
  • 1 1/2 sudu besar mayonese
  • 1 sudu cuka
  • 2-3 titik minyak bijan
  • secubit garam
  • 1/2 sk lada hitam (kalau guna lada hitam aji shio, tak payah guna garam)
  • 1/4 batang carrot -hiris memanjang sebesar dan sepanjang pensel
  • 1/4 batang timun - (sama mcm carrot)
  • hirisan isi ayam/isi ikan/daging/tuna (kalau guna isi ayam/daging, perap dengan kicap, sos tiram, sos cili , madu, garam dan lada hitam secukup rasa dan bakar sampai masak)
  • 1 biji telur 
  • 2 helai seaweed - beli jenama bigbang. jangan beli yg hirisan kecil, jenama bigbang tu memang besar dia cukup2 utk 1 kimbap. ada jual kat giant.
  • tikar buluh untuk gulung sushi
~ gaul nasi panas dengan mayonese, cuka, minyak bijan, garam dan lada hitam. kacau sebati dan rasa.
~pukul sebiji telur, panaskan non-stick pan dan dadarkan telur hingga masak. potong sama panjang dengan timun dan carrot.
~dalam pan yg sama, masukkan timun dan carrot dan saute (goreng tanpa minyak) sebentar dengan sedikit garam dan lada hitam. kacau selama 3-4 minit. tutup api dan angkat.

CARA MENGGULUNG:
~sediakan nasi, carrot & timun yg disaute, isi ayam, telur dadar, seaweed dan tikar buluh.
~bentang seaweed atas tikar buluh. ratakan nasi atas seaweed hingga rata. 
~susun semua bahan dengan teratur.
~gulung hingga kemas. pastikan betul2 ketat dan kemas tapi jangan sampai pecah!
~keluarkan kimbap dari tikar,hiris bulat-bulat dengan pisau tajam dan hidangkan!



faa buat 2 jenis inti. yg gambar kat atas tu semua inti ayam. yang kat bawah ni semua inti isi ikan goreng. tikar macam dalam gambar bawah ni laa yg faa gunakan. senang sangat! cubalah!



gambar bawah ni bekalan untuk Yong, sepupu faa. sebab dia peminat tegar sushi. sama ngan adik faa, Angah tapi Angah jauh so tak dapat laa den nak tolong. heuheu.


Tuesday, February 26, 2013

Scramble Egg Sandwich


selamat pagi semua. apa khabar? sihat? lapar? hehe. kalau lapar, ni faa nak ajak makan sandwich. tapi sandwich ni bukan hari ni punya. ni  beberapa hari yang lepas punya. jangan risau, kalau kamu semua masak hari ni, still elok lagi resepi ni. hehehe.


takde yang istimea pon resepi ni sebenarnya. just scramble egg biasa. tapi faa nak juga bagi resepi. selamat mencuba!

SCRAMBLE EGG SANDWICH

  • 2 keping roti
  • 2 biji telur
  • 2 keping luncheon/sausage - dihiris
  • 1 biji bawang besar - didadu halus
  • hirisan colourful capsicum - didadu
  • sedikit garam dan lada hitam (kalau guna lada hitam aji shio, tak payah guna garam sebab dah masin)
  • sedikit butter
  • sedikit cili sos
  • sedikit mayonese
~cairkan butter. tumis bawang hingga layu. 
~masukkan luncheon/ sausage. goreng hingga masak. masukkan hirisan capsicum.
~pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam. tuangkan telur dalam kuali. kacau rata hingga telur masak.
~angkat telur. letakkan roti dan biar hingga roti keperangan. buat di dua-dua bahagian roti.
~sapu mayonese pada telur, letak scramble egg dan letak sos. apitkan roti, potog dan makan. hehe



faa makan dengan 2 ketul sosej rebus dan segelas hot chocolate. tpai tengok laa jenis apa. collagen okeh. tegang laa kulit muka faa nanti dok minum collagen haha. sebenarnya ummi yang beli. dah takde minuman lain,  bedal je la. hehe.