faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Tuesday, February 19, 2013

Satay Ikan


hai. apa khabar semua. harap-harap sihat. lagi-lagi musim hujan sekarang ni kan. Alhamdulillah faa pon sihat. sorry jarang update sebab cuti sekolah adik-adik faa lama so faa banyak spent time dengan diorang. n laptop faa dah sah-sah laa beralih tangan kan. heuheu.


banyak jugak yang faa masak atas permintaan adik-adik faa terutamanya Satay Ikan ni. pernah tak nampak pakcik bawak motor jual satay ikan ni? kat pasar malan pon ada. kalau kita nak beli, dia panaskan atas bara api dulu, makan dgn sos manis. sedapp sangat. dulu masa sekolah rendah, ada pakcik Indon ni selalu tunggu depan sekolah jual satay ikan ni. faa suka tapi Ummi faa tak bagi makan. faa marah sangat sebab kawan-kawan semua selalu beli, tapi faa dapat tengok je. nak curi-curi beli memang tak sempat sebab bila keluar sekolah, ummi memang dah tunggu depan pagar. meleleh air liur je la.

dulu masa kecik tak taw kenapa Ummi tak bagi beli. bila dah besar, baru faa tahu yang menjual warga asing dan Ummi mungkin bimbang kebersihan masa dia membuat Satay Ikan ni. mungkinlah. hehe.

so bila dah besar ni terasa nak makan pulak. Kebetulan plak kawan faa, dia buat Satay Ikan ni, terus la mintak resepi. dia lagilah, orang Kelantan (Kelantan panggil Satay Ikan ni Lokcing) memang fevret, pastu duduk plak Jepun, memang kena buat sendiri laa kan. Thanks Mek Sha sebab share resepi sedap ni! resepi diambil kat blog daridapurkecah.blogspot. thanks sudi share resepi senang n sedap ni. izinkan faa share kat sini ya.


SATAY IKAN

  • 500 gm isi ikan selayang - faa guna ikan selar kuning. tak kisah ikan apa pun janji isinya pejal.
  • 100 gm tepung ubi kayu / tepung kanji
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk serbuk perasa - optional
  • 1 sb baking powder - optional. kalau nak leper mcm dijual, takyah letak. kalau nak gebu mcm dlm gambar, letaklah. lepas ni faa nak try tak letak plak.
  • minyak untuk menggoren.
~kisar isi ikan dengan bawang besar hingga lumat.
~tuang dalam mangkuk dan masukkan tepung, garam, serbuk perasa n baking powder. kacau rata. jika masih melekat pada tangan, tambah lagi tepung dan uli sampai tak melekat.
~bulat-bulatkan jadi bebola kecil. 

 ~panaskan minyak. biar api sederhana. goreng hingga keperangan.
~cucuk pada lidi dan bakar seketika hingga masak. hidangkan bersama sos manis.


SOS MANIS

  • 4 ulas bawang putih - cincang halus/kisar
  • 1 1/2 cwn air
  • 1 sb tepung ubi - dibancuh dengan 3 sb air
  • 4 sb gula
  • garam dan serbuk perasa
  • sedikit pewarna merah
~tumis bwg putih tanpa minyak hingga naik bau. masukkan air.
~masukkan gula, perasakan dgn garam n serbuk perasa dan masukkan sedikit pewarna merah. kacau rata.
~masukkan tepung ubi dan kacau hingga mendidih. hidang bersama satay ikan.

14 comments:

  1. nampak sedap la satay ikan tu... mcm meatball ikea pulak.. hehe


    http://cekodoksbuntalz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Faa..Emmm ni antara kegemaran gak ni..thanks kongsi resipi kat sini..errrkkk takde resipi sos pedas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..sama-sama...memang kegemaran ramai ni..kalau ikut tuan punya resepi, sos pedas tu, sos manis tambahkan sikit dgn sos cili...resepi real sos pedas xde la..hihi

      Delete
  3. Ok ini sumpah best ! mmg dah lama nak cube~

    ReplyDelete
  4. wahhh! tak penah makan sate ikan lg nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laa....lebih kurang rasa keropok tp versi satay n makan ngan kuah manis....unik sangat rasa dia..sedapp

      Delete
  5. Assalam...yang ni akak panggil lock ching...biasanya secucuk ada 3-4ketoi fish ball yang kemek2 hahaha..sos plak ada 2jenis pedas n maniss...sedap...
    lama tak makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam...sedap kan...memang sepatutnya leper dan ada 2-3 ketoi kat 1 lidi..tp faa xde lidi pnjang n kalau x tambah baking powder, dia leper kot..hehe

      Delete
  6. Kalau suruh buat sendiri, CONFIRMED tak rajin. Tapi kalau ajak makan... berdesup mama sampai! :D

    ReplyDelete
  7. kak ika ex housemateFebruary 20, 2013 at 8:14 AM

    faa,nnt klu ada ujibakat masterchef kamu p tau...kamu mmg berbakat..hehehe..mn tau bleh jd masterchef musim ke3 plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ikaaa! Insyallah Kak Ika..hehehehe..

      Delete

superb komen-ngomen