23 Februari tahun ini
Atuk pergi menghadap Illahi
meninggalkan anak, cucu, saudara dan semestinya isteri
kehilangannya sangat dirindui
bulan Ramadhan pertama kali tanpanya disisi
aku akui yang paling terasa Nenek aku yang bersendiri
jika dulu ade sahaja bahan untuk berkelahi
berkelahi, berdongeng, bergurau, hanya untuk menambah seri
tapi kini hambar kerana Atuk dah tiada disisi
kalau bersahur dahulu bersama Atuk
telinga cucu-cucu selalu diketuk
dengan suara lantang Atuk
memaksa berperang dengan rasa mengantuk
bersahur dan Subuh lagi penting dari tidur yang lentok
tatkala tiba waktu berbuka
Atuk memanggil suruh bersedia
pastikan air basuh tangan ada di tepinya
nasihat Atuk mulakan dengan Kurma
azan berkumandang Atuk memulakan bicara
bicara doa yang panjang berjela
perut cucu tak sabar rasanya
namun Atuk tetap dengan caranya
Nenek cakap Atuk selalu takde selera
dikala berbuka hanya mereka berdua
dengan panggilan telefon Atuk mencuba
memujuk anaknda cucunda berbuka bersama
tapi maafkan kami Atuk tercinta
kerja duniawi tiada peghujungnya
Atuk terdiam mungkin kecewa
sebulan puasa tibalah Raya
hari yang mungkin dinanti Atuk dengan rasa gembira
anak dan cucu berkumpul bersama
Atuk ajak bertakbir bersama
selalu ditegah kurangkan ketawa
tetapi kami jarang berjumpa
lalu bergelak bermacam cerita
hanya mendengar Atuk bertakbir Raya
meminta cucu menggosok baju melayunya
di pagi Raya Atuk segak bergaya
Atuk menggerakkan cucunya yang masih lena
panjang khutbahnya di dapur sana
sambil menikmati juadah yang berselera
sedangkan cucunya di dalam tak dengar apa
anak dan cucu beratur panjang
dihadapan Atuk dan nenek tersenyum riang
melihat anak dan cucu tertawa girang
anak-anak meminta ampun dan halalkan apa yang terkurang
tetapi cucu sebenarnya lebih untuk mendapatkan wang :)
tapi untuk tahun ini
bagaimana kami nak menghadapi
raya tanpa Atuk disisi
tahankah air mata ini
dari membasahi ceria di Aidilfitri
untuk pertama kali
pagi Raya ke kuburnya untuk menziarahi
pusara Atuk yang masih wangi
memberi doa, Yassin, Al-Fatihah dan macam-macam lagi
supaya Atuk tetap rasa disayangi
Al-Fatihah untuk arwah atuk Faa, Mohd Ali yang selamat kembali ke Rahmatullah pada
23 Februari 2011. Semoga arwah dicucuri rahmat Allah SWT..Amin
KENANGAN BERAYA BERSAMA ARWAH ATUK
RAYA 2006
RAYA 2008
RAYA 2009
RAYA 2010
faa rindu kat atuk!
Al-Fatihah...sedih bila tiada org yg disayangi di hari lebaran...semoga roh atok Faa ditempkan dikalangan org2 yg beriman.
ReplyDeletepcl:: amin..
ReplyDeletehaih. meremang bulu roma.
ReplyDeletesebab lalui benda yang sama. :(
farah:: sedih kan??sebab faa rapat ngan arwah atuk faa..
ReplyDeleteal-Fatihah.. doakn arwah semoga ditempatkn bersama2 org2 yg beriman...
ReplyDeleteAl-fatihah buatnya..Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman
ReplyDeleteCONTEST Nostalgia Lagu Raya dan ANDA
kaizen::amin
ReplyDeleteabah khalisha::insyallah...amin
ReplyDeleteindahnya memori faa bersama arwah atok. semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman. alfatihah. aminnn
ReplyDeleteweh sedey dow...huaaaaaaaa
ReplyDeleteezan:: amin.....setiap kali ingat mesti nanges..sebab dulu tinggal ngan atuk+nenek
ReplyDeleteanon:: sape nie??koi pon sedeyh.. :(
ReplyDeletetamo sedih2 .. atok kita pon tinggal sorang je :)
ReplyDeleteyg pergi tetap pergi .. jgn lupa banyak doa oke :)
tomato:: amin....sama laa kite..
ReplyDelete