Alahaiii. Minnie Mouse tu... Gedix plak rase.. haha.. Nak kate ade bebudak, xde plak kat umah ni. Biorlaa. Asal kat mate aku nampak comey je pudding ni. Hihi.
Sebenarnya dah lama nak makan puding buih ni. First sekali tgk kat blog Kak Hana, pergghh! memang runtuh iman kalo tgk. Huahua. Pastu, terjah plak blog Kak Nor, lagi ketaq kapla lutut nak buat sebab kaler purple.. my fevrett. Hihi.
So semalam tgk bahan pon dah ade, aku pon buat laa. Tapi guna cara aku sendiri. Just cedok resepi akak tu sikit, akak ni sikit, dek non tu sikit, so jadilah resepi cara aku. Haha.
BUBBLES BANDUNG JAGUNG PUDDING
2 sudu gelatine halal - boleh gantikan dgn 1 paket serbuk agar2
2 cwn air panas
2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
1/2 cwn gula
1 1/2 cwn susu segar / cair
1 sk esen vanilla
1 biji telur
1 cwn jagung
4 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/2 cwn gula - boleh kurangkan
1/2 cwn susu pekat manis
1sk esen vanilla
beberapa titik sirap rose
~tabur serbuk gelatin dalam air panas. jgn kacau! biarkan suhu bilik selama lebih kurang 20 minit. nanti dia akan larut sendiri. pastikan air panas betul2 lepas menggelegak.
~ayakkan tepung jagung dan tepung kastard. masukkan dlm periuk kecil. masukkan susu, esen vanilla, telur dan gula. kacau hingga larut.
~letak atas api perlahan, kacau hingga pekat dan likat. masukkan jagung. kacau hingga jagung masak. tutup api dan sejukkan.
~pukul putih telur hingga kembang dan gebu (meringue). masukkan gula, esen vanilla, sirap rose, susu pekat dan telur kuning dan pukul lagi hingga kembang.
~masukkan separuh gelatin yang dah larut dan pukul hingga gelatine larut.
~masukkan baki gelatine ke dalam adunan jagung. kacau rata.
~basuh loyang. tuang adunan jagung dlm loyang dan ratakan. sejukkan 5-10 minit dan tuangkan adunan putih telur atas lapisan jagung. ratakan dan sejukkan 1-2 jam.

Kalo ikurt resepi asal puding buih ni, ade kuah kan? Tapi aku disebabkan lapisan jagung tu da ade ciri-ciri n bhn2 kuah tu, so aku xbuat kuah dia. Tapi kalo nak buat pon sedap juge. Aku malas sebenarnya. Hihi. So korang try laa k.
soksoksok sedapnyaaaaaaaaaa U_U
ReplyDeletesekseksek sedaknye..hihi
ReplyDelete