faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, July 28, 2012

tepung pelita - 2 version

huuuuisshh. panas sungguh pahang ni kan? perit tekak, pening kepala..besar dugaan yang Allah bagi pada umatnya. perasaan aku rasa nak rendamkan jasad aku dalam bath tub yang sarat dengan ais tube. perghh! beku plak otak aku nanti. hoho.

ni nak cite pasal kuih tepung pelita ni ha. pagi tadi aku blogwalking ke blog master sifu, Kak Ita Masam Manis. pergh tengok tepung pelita yang dia buat cun je. kebetulan aku kat kampung, Temerloh, so perasaan nak buat tu berkobar2. terus g cantas daun pandan nenek aku. hoho. sampai jiran menegur laa. haha. "first time nak tepung pelita laaa akak." sambil tersengih.



aku ni malas nak buat acuan guna daun pisang, so aku google laa cara nak buat acuan guna daun pandan. alang2 daun pandan dah banyak kan. thanks akak sebab sudi share cara nak buat acuan kuih tako ni. jom ramai2 tengok cara beliau buat. click (*_*) . ni aku copypaste je cara2 nak buat acuan kuih tako dari blog akak tu.

1. lipatkan daun pandan sebanyak 5 lipatan
2. guntingkan setiap lipatan, sampai ke tulang tengah daun3. cantumkan setiap guntingan itu selang seli seperti anyam tikar4. selitkan yg ke 5 akhir ke dalam bahagian 4 supaya kemas dan kelipkan5. alaskan bahagian bawah jika ia berlubang

kalo tak paham meh aku bagi step by step gunakan gambar.









senang je buat acuan ni. mula2 tu aku terkial2 laa jugak. hehe. tapi bila dah mahir, pergh, laju je..huahuahua.



oke dia punye bahan2 n cara2 aku amek resepi Kak Ita. jom tengok tepung pelita Kak Ita yang menggoda je dalam gelas dia tu. cunnn wa cakap lu. jom intai resepi n kuih tepung pelita Kak Ita kat (^_^)

meh sini aku bagi resepinya yang dah aku ubah sedikit mengikut selera aku. minta izin ya Kak Ita. hehe.

TEPUNG PELITA

Lapisan bawah (hijau):
-1 cwn tepung beras
-1 sudu besar tepung jagung
-1 cwn gula
-7 cwn air daun pandan
-sedikit pewarna hijau (aku xguna sebab aku nak warna yg asli :)
-sedikit gula pasir (aku tambah)

~masukkan semua bahan dalam periuk. kacau sebati.
~masak atas api sederhana. kacau selalu dan masak hingga mendidih dan berkilat.
~tuangkan dalam acuan. biarkan seketika. tabur secubit gula di permukaannya. ketepikan.

Lapisan atas (putih):
-3/4 cwn tepung beras
-1 sudu besar tepung jagung
-5 cwn santan pekat + 2 cwn air
-1/2 sudu kecil garam halus

~masukkan semua bahan dalam periuk. kacau sebati.
~masak atas api sederhana. kacau selalu dan masak hingga mendidih dan berkilat.
~tuangkan dalam acuan sampai penuh. sejukkan seketika dan masukkan dalam peti ais.




amacam korang?try jangan tak try. senang sangat. kalau malas nak buat acuan daun tu, isi je dalam gelas. jadik gak per. yang 2 version tu sebab aku buat 2 versi tepung pelita. 1 yang tradisional (dalam acuan daun pandan) n 1 lagi yang moden dalam gelas. cewahh. xde yang gempak pon sebenarnya. haha.



16 comments:

  1. Salam Faa..
    waa.. rajin faa buat dalam kotak pandan tu..
    Akak hari tu dah beli daun pandan ingat nak letak dlm kotak tu jugak tapi.. dah tak sempat tu yg masuk dalam gelas.. buat dalam kotak pisang pun sikit aje ..

    terima kasih faa, kerana sudi mencuba..
    akak rasa macam nak buat lagi pulak bila tengok faa buat ni.. nyamannya makan dingin2.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ita..

      yg kotak pisang tu faa xbelajar lagi..sbb malas nak amek daun pisang sebenarnya..hehehe

      sesame akak...

      Delete
  2. Assalam faa,
    pandai faa buat acuan tepung pelita tau..akak so far belum pernah buat sendiri acuan tu tepung pelita pun tak pernah buat lagi..

    ReplyDelete
  3. Salam kenal & salam ramadhan... rajinnya buat tepung pelita...

    ReplyDelete
  4. cantik sarung tu. rasa excited pulak nak cuba petang esok. haha.

    ReplyDelete
  5. cantik sarung tu. excited plak kite nk cuba buat petang esok. hehe

    ReplyDelete
  6. Tq for the recipe.would like to try it one day. :)

    ReplyDelete
  7. Tepung jagung mmg wajib ke? Setengah resepi sy lihat x lerak tepung jagung tp ade yg letak tepung ubi untuk nmpk lampisan hijau berkilat

    ReplyDelete
  8. Bila dh silang2 daun tu tengah2 dia berlubang lh..nak wt cmner ek?

    ReplyDelete
  9. Bila dh silang2 daun tu tgh2 brlubang ..nk wt cmner ya?

    ReplyDelete

superb komen-ngomen