apa habaq semua? hikhik. selepas sebulan lebih aku berpoya-poya, skang masak aku utk kembali menjadi student. no tukang masak, no tukang jemur kain, no tukang jaga baby, no baring-baring-suka-hati-bangun-lambat...no no no. skang masa kembali serius. hoho. ni pon curi-curi hapdet entry. jap g kul 2.30 ada class. dari kul 8.30a.m-10.30p.m. grrrrrrrrrrrrrr. -_-"
tapi takpe laa. tinggal dua sem je lagi. sabar faa ye. hehe. okeh. ni aku nak cite pasal entri ni plak. wahhh daging tetel tu. taw tak tetel tu ape?daging tetel tu daging+lemak2 daging. sedapp woo. sebab tu badan aku mcm ni. hihi. tapi bukan mkn slalu pon. jarang-jarang.
kebetulan aritu myummi beli daging tetel ni. aku pon buat laa masak kicap. daging masak kicap biasa je sebenarnya. haha. saje nak bagi nama havoc. huahua. jom laa tgk resepi. banyak plak membebel. hihihi
DAGING TETEL KICAP RASA KAMPUNG
1/2 kig daging tetel - rebus sampai empuk, hiris halus
2 biji bawang putih
3 sudu cili api kisar
kicap manis - ikut kesesuaian rasa masing-masing
1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Adabi
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato
1 sudu tepung jagung - larutkan dalam 3 sudu air
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
~tumis bawang putih hingga garing. masukkan cili api.
~masukkan daging dan sedikit air.biar sampai mendidih
~masukkan kicap, serbuk nasi goreng kampung dan perasakan.
~biar hingga daging empuk. kalo x empuk lagi, masukkan sedikit air.
~masukkan tomato dan bawang besar. masukkan air tepung jagung.
~biar 5 minit. kacau dan tutup api. hidangkan.
Salam faa, daging tetel kicap, akak suke part tetel klu masak kicap harus buat sayur goreng kobos :D tp klu nk buat kena versi tetel n daging sbb ank2 akak tak mkn tetel tp suke lauk kicap2 :D
ReplyDeletesalam akak...sama laa kita...kalo buat tetel ni kene isi jugak daging sbb dlm family faa, faa abah n ummi je mkn tetel...adik2 sume mkn daging..hihi
Deletesalam faa
ReplyDeletesedapnya daging..antara menu kgemaran akk nie:)
salam akak..
Deletesama laa kita kak..hihi