faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Tuesday, April 16, 2013

Jom Bersosial!

Jom laa follow KEEK & INSTAGRAM Faa. Saja menggedik. hikhik


search : kakakfaa


search : kakakfaa


inilah dia : kakakfaa  :)

Telur Bungkus Simple


hai. ingat lagi tak faa cakap faa memasak kat rumah sewa kawan faa? kalau tak taw click (fakefriedicecream). oke ni menu kedua yang faa buat untuk dinner malam tu. fake fried ice cream tu kitaorang jadikan dessert afta dinner. haaaa kau. curlass gitu siap ada dessert. ihiks.


Telur Bungkus ni simple je sebab malas nak pikir masak apa. masak guna bahan nan hado je. rasa not bad laa walaupun simple. jom tengok resepi campak-campak ni yg faa pikir semua boleh create their own filling tanpa garu-garu kepala sambil memikirkan "betul ke resepi telur bungkus camni?"

TELUR BUNGKUS SIMPLE

  • 4 biji telur - untuk 4 org makan
  • 1 keping daging hancur Ramly - nak guna daging burger boleh, sosej boleh, seafood, ayam segar dicincang sendiri. ikut suka.
  • 1/2 batang carrot - guna laa apa-apa sayur yang sesuai mengikut citarasa. kangkung? mcm tak sesuai tapi kalo nak, letak je. kita buat dia. hehe.
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 biji cili api - bergantung tahap kepedasan masing-masing
  • cili sos - *ikut rasa
  • kicap manis/saus manis ABC - *ikut rasa
  • sos tiram - * ikut rasa
  • 3-4 sudu air
  • sedikit minyak untuk menumis
~cincang halus bawang putih, bawang besar dan cili api.
~tumis semua bahan dicincang halus hingga garing
~masukkan ayam cincang dan kacau rata. masukkan sedikit air.
~masukkan semua bahan sos, *ikut rasa means isi sikit-sikit, pastu kacau then rasa. kalau kurang boleh tambah, kalau terlebih.....emmm...emmmm..sengih je laa. hehe. 
~kacau rata semua bahan bila sos diisi. masukkan sayur dan masak hingga kering. angkat.
~bahagikan inti kepada 4 bhg.

~tuang sedikit minyak dlm kuali/pan. pukul telur dgn sedikit garam.(macam nak buat telur dadar)
~tuang 1 bhg (anggaran 1 biji) telur dan ratakan dlm kuali. goyangkan kuali bagi telur menjadi besar. biar sedikit masak.
~letak 1 bhg inti ditengah dan lipat. biar hingga telur garing dan angkat perlahan-lahan.
~ulang hingga habis.



kawan faa ni, Paie, dari Kuala Lipis, orang Pahang sama dengan faa, kebetulan dlm ice box dia ada ikan patin tempoyak yg mak dia bekalkan minggu sebelumnya. so hangatkan je lah. berselera kitaorang berempat makan. hehe. seronok!



Monday, April 15, 2013

Fake Fried Ice Cream



apa khabar uolls uolls semua? lama kan faa menyepi. sebab apa menyepi? sebab tak boleh main masak-masak so bila tak masak, tak update blog. hehe. thats me. 

faa bukanlah berblog untuk bercerita 100% pasal diri faa, gossip or sowhatever. major business dalam ini blog ialah resepi. so faa rasa most of the entry dalam blog ni semua pasal makanan kan? tapi yang faa rasa agak terkilan bila ada seorang insan JUARARANCANGANREALITIMASAKAN ni dah ciplak resepi faa. ciplak versi copypaste tanpa edit. tapi gambar makan, gambar dia. sedih woo. tapi kita ni sape laa berbanding dgn dia so buat bodo je la kan. orang semua yg dah try resepi tu semua puji dia. kita ni tengok je laa. redhoo. hikhik.


ok relax-relax faa. mujur nak start update harini dengan resepi benda yg agak cool. sejuk sikit hati. oke ni nak cite. 2 hari lepas faa dengan housemate merangkap classmate (Amoy n MyraJB) g teman housemate kitaorang yg tinggal sengsorang je kat rumah sewa dia. kebetulan kami ber3 tak balik so ok je. dia ni tinggal dengan family. kiranya dia sewa bilik je la. so makcik rumah tu bagi kami tumpang n boleh masak-masak. soooo apa lagi kan, pulun masak tanpa henti. hehe. first thing first faa buat, ni haa. FAKE FRIED ICE CREAM. 


al-kisahnya, aritu faa baca blog ABM, dia post dessert ni. perghh. menggoda siot! terus laa copy resepi. resepi senang pulak. mula-mula pelik gak apsal panggil fake fried ice cream kan. rupanya fixikalnya nmpak mcm fried ice cream tp realitinya ianya tak digoreng. lagi memudahkan kerja.

thanks ABM for the recipe! tapi ABM punya lagi comel tulus dan mulus. faa punya sememh comot momot! jom tengok fake fried ice cream dia! click *_* . tapi faa ubah ikut kesesuaian anak tekak ya. hehe. minta izin.

FAKE FRIED ICE CREAM

  • 3 cwn corn flakes - dimasukkan dalam plastik dan ditumbuk/diketuk/dibelasah smpai hancur. nak senang blend kering. hehe.
  • 1 1/2 sudu butter cair
  • 2 sudu gula castor
  • 1 sk serbuk cinnamon - faa tak letak sebab tak suka. faa gantikan dengan 1 sudu madu
  • vanilla ice cream secukupnya. - ikutla nak guna apa-apa perisa pon.

~panaskan oven 180C. 
~gaul semua bahan kecuali aiskrim sehingga sebati. 
~alas dulang dengan baking sheet. takde pon takpe.
~ratakan cornflakes tadi dalam dulang.
~bakar 5 minit atau hingga keperangan sedikit.
~kacau-kacau dan gemburkan bagi sekata.
~bakar lagi 5 minit atau hingga perang.
~sejukkan sehingga betul-betul sejuk. 
~scoopkan aiskrim menjadi bebola besar. golekkan dalam cornflakes yg sejuk tadi hingga rata. susun dalam bekas. buat dengan cepat dan hingga habis.
~masukkan dalam peti sejuk beku dan sejukkan selama lebih kurang 2 jam. lagi lama lagi best.
~makan dengan chocolate or strawberry syrup, toblerone chunks or anything!


\\

senang kan? cubalah taw. tapi faa punya ni nampak comot atas beberapa kesalahan yang diterima atas sebab gelojoh :
  • cornflakes tak beberapa hancur
  • terlebih butter
  • bakar cornflakes menggunakan microwave so agak kehangusankepahitan sedikit
  • :)
tapi walaupun agak tak menjadi, tetap licin sebab seronok memasak dengan kawan-kawan n makan sama-sama. hihik.