faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Monday, September 24, 2012

nasi goreng pattaya

alahaiii. macam bosan  pon ada resepi2 aku ni. dah lama tak buat experimen kat dapur. sedih plak rasa. ni semua resepi-resepi spare part yg ada lam folder. hadap je la. huwaaa.nak masakkkkkkkkk!



nasi goreng pattaya ni semua orang boleh buat kan? hehe. letak je apa-apa nasi goreng dalam bungkusan telur dadar.

tapi kali ni aku buat nasi goreng chickenball kicap. pedas-pedas gituu. sebab guna a lot of cili api. hehe. jom laa tengok resepi yang sesimple mungkin nih.



NASI GORENG PATTAYA (CHICKENBALL KICAP)

3 pinggan nasi putih - yang dah disejukkan dan diramas hancur
beberapa biji chicken ball-belah 2
segenggam cili api - ditumbuk halus
kicap manis- ikut suka
2 ulas bawang putih - diketuk
bahan perasa
sayur pilihan

~tumis bawang putih dan cili api hingga garing.masukkan chicken ball.kacau rata.
~masukkan nasi, kicap dan bahan perasa. kacau rata. masukkan sayur.
~goreng 10-15 minit tutup api.



1 biji telur - dipukul dengan secubit garam
sedikit minyak
tisu dapur
1 cwan nasi goreng

~celup tisu dlm sedikit minyak. ratakan dalam kuali. biar hingg kuali betul-betul panas.
~tuant telur dan ratakan. letak nasi di tengah2 telur dadar. balut nasi dan biar sampai telur masak.angkat perlahan-lahan ke dalam pinggan.hidangkan bersama sos cili.

Thursday, September 20, 2012

crush almond moist choc cake

apa kabo semua? lama betol x membazir masa update blog. hehe. bz skang ni. dah masuk sem 4 kan. berdasarkan result sem lepas, alamatnya kena pulun lebih lagi laa sem ni. hehe. so jarang sangat dapat masak special-special n nak disumbatkan dalam blog ni. doakan aku berjaya dgn lebih ohsemm ye sem ni. hehe. Aminn.



oke ni nak cite pasal CRUSH ALMOND MOIST CHOC CAKE. aku buat ni minggu lepas. buat kat kuantan nak dibawak balik ke Melaka. bagi kawan-kawan housemate aku merasa. nak bagi kawan2 class gak tapi xsempat. mintak hampun ye kwn2 class. nanti aku bawak lagi k. hehe~ selamat jugak sebiji adik aku, Ateh bawak balik asrama dia sebab nak bagi kwn2 dia rasa.



resepi moist choc cake ni macam biasa dari my aunty yg sering memasak menggunakan resepi2 yang simple but rasa gedavvoomm uolls. hehe. tapi aku ada laa tambah-tambah sikit ikut citarasa aku. hehe. mohon share ye mokde n mekasih sudi kongsi resepi. hehe :)





MOIST CHOC CAKE
Bahan A

1 cwn tepung gandum

1 cwn serbuk koko Van Houten
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik 



Bahan B
4 biji telor
1 cwn gula
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu manis
setitik esen vanilla



1 cwn air panas menggelegak



~panaskan pengukus
~ayak semua bahan A.
~blender semua bhn B sampai kembang dan gebu
~masukkan bahan blender ni dlm tepung yg dah diayak tu. kacau dgn senduk/spatula sampai sebati.
~masukkan air panas dan kacau sampai sebati.
~sapu loyang dgn sedikit minyak. tuang adunan kek dlm loyang.
~kukus dgn api sederhana 45-50 minit/sampai masak

TOPPING CHOCOLATE

4 sudu serbuk koko - ayak (kalau xsuka pahit, kurangkan)
1/2 tin susu pekat manis
200ml air
2 sudu tepung kastard - kacau ngan 3 sudu air

~masukkan serbuk koko, susu, air dalam periuk kecil. kacau rata dan masak dgn api sederhana sehingga mendidih.
~masukkan bancuhan tepung kastard sedikit demi sedikit hingga pekat. kacau sebati, tutup api dan sejukkan

CRUSH ALMOND

kacang badam - yang dah dikisar kasar-kasar (beli yang dah siap atau tumbuk sendiri)

~panggang dgn suhu 150C selama 10-15 minit. hingga garing.

*bila kek dah masak, sejukkan. tuang topping chocolate atas kek, tabur rata crush almond. sejukkan then makanlah! hehe! have a nice cake ya!



rasa dia memang ohsemm laa! topping tu bila buat campur ngan tepung kastard, rasa dia tak pahit sangat. sedap je. tabur almond tu banyak2. pastu nanti almond+choc tu melimpah ruah tepi kek. sedap wooo. hehe. try taw. sangat laa simple!

Monday, September 10, 2012

daging tetel kicap rasa kampung


apa habaq semua? hikhik. selepas sebulan lebih aku berpoya-poya, skang masak aku utk kembali menjadi student. no tukang masak, no tukang jemur kain, no tukang jaga baby, no baring-baring-suka-hati-bangun-lambat...no no no. skang masa kembali serius. hoho. ni pon curi-curi hapdet entry. jap g kul 2.30 ada class. dari kul 8.30a.m-10.30p.m. grrrrrrrrrrrrrr.  -_-"


tapi takpe laa. tinggal dua sem je lagi. sabar faa ye. hehe. okeh. ni aku nak cite pasal entri ni plak. wahhh daging tetel tu. taw tak tetel tu ape?daging tetel tu daging+lemak2 daging. sedapp woo. sebab tu badan aku mcm ni. hihi. tapi bukan mkn slalu pon. jarang-jarang.


kebetulan aritu myummi beli daging tetel ni. aku pon buat laa masak kicap. daging masak kicap biasa je sebenarnya. haha. saje nak bagi nama havoc. huahua. jom laa tgk resepi. banyak plak membebel. hihihi



DAGING TETEL KICAP RASA KAMPUNG

1/2 kig daging tetel - rebus sampai empuk, hiris halus
2 biji bawang putih
3 sudu cili api kisar
kicap manis - ikut kesesuaian rasa masing-masing
1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Adabi
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato
1 sudu tepung jagung - larutkan dalam 3 sudu air
sedikit air 
sedikit minyak untuk menumis

~tumis bawang putih hingga garing. masukkan cili api.
~masukkan daging dan sedikit air.biar sampai mendidih
~masukkan kicap, serbuk nasi goreng kampung dan perasakan.
~biar hingga daging empuk. kalo x empuk lagi, masukkan sedikit air.
~masukkan tomato dan bawang besar. masukkan air tepung jagung.
~biar 5 minit. kacau dan tutup api. hidangkan.



Friday, September 7, 2012

choc cheese brownies

hahaha...punya laa lama aku buat brownies ni..time pose dulu...hehe..arini baru nak post..aku dah lupa dah pon pasai brownies ni..tadi godek-godek folder gambo, terjumpa laa..tapi resepi aku dah lupa letak mana..hehe..so kalo korang nak buat, cari je resepi brownies biasa, then tambah cheesedale biasa..hehe..dah siap bake, mkn ngan aiskrim..walla! sodap aihh..



tapi aku xminat sangat makan..aku mkn sedusu je..yg gelojoh mkn brownies ni adik aku, abang. ulang kali dia makan. seronok tgk. igtkan tak abis tapi abis jugak last-last. Alhamdulillah. hehe.


aku buat brownies ni mkn ngan aiskrim vanilla lepas tgk Man vs Food. hehe. terliur aku tgk. tapi bila buat sesudu je sempat masuk. pastu terus muak. hehe. nampak tak nafsu disitu? hikhik.

pulut serunding

pulutt uollssss.my feveret tu.. aku kalo time breakfast myummi masak pulut, aku leh makan pulut tu ulang-ulang sampai mlm..kalo ada lgi laa.haha. aku memang hantu pulut. makan ngan sambal bilis ke, rendang ke, kari ke, serunding ke, ikan masin ke, pekasam ke..even kalo lauk pauk yg dimakan ngan nasi pon aku mkn ngan pulut. sedap woo.



ni masa breakfast 2-3 hari lepas. no need resepi laa. just kepal pulut n gaul ngan serunding segera. haha. really da pemalas rite? janji sedap!


srunding myummi beli dari Kelantan. beli ke org bagi ntah. tak ingat. hehe. sedap tapi manis sikit. hehe. tapi mmg ngam laa ngan pulut ni. yummy!

u want some? :)

Tuesday, September 4, 2012

soya pandan

weeeehooooo...lama btol x ngehapdet belog...naik kusam lamsam dah blog aku ni..nanti laa aku renovate bagi nampak fresh..heheh..sejak-sejak lepas raya ni mood nak masak kelaut sokmo...MALAS!hehe. lagi-lagi hati tengah syahdu memikirkan lagi beberapa detik je tinggal aku nak mastautin kat kuantan ni. pastu kena balik kebumi nyata, Melaka. haish~~

story ni bukan laa resepi dari aku. tapi  satu menu yang sedap gilerrrrr dari Ayam Penyet AP. serius sedap weh air ni. Soya Pandan. berdasarkan nama beliau, ianya bukanlah air soya yang direbus menggunakan daun pandan. itu hanyalah basic bagi resepi air soya home made, kan? tapi air soya ni digabungkan dengan kordial pandan yang mempunyai biji-biji jelly halus-halus yang sangat UMPPH! kalau susah nak imagine air soya ni camne, ni haa rupanya.


selepas dikacau, disedut, disssrroott dengan nikmat, ia akan menjadi sepeti ini. cuba tgk kordial pandan tu. dah jadi biji-biji jelly halus-halus kan? tu laa yang digambarkan tadi. sedappp!



bila pedas makan sambal ayam penyet ni yang tahap dewa pedasnya, sedut laa air soya pandan ni. heaven u ollsss. aku nak cari laa resepi kordial pandan yg ade biji-biji jelly halus-halus ni. seriuss aku nak beli lagi utk buat xperimen camne nak hasilkan biji-biji jelly halus-halus ni. hihihi.




ni kawan saya. dia nak kawen 9/9/2012 ni. tapi saya tak dapat hadir sebab saya kena balik Melaka. sangat sedih. :(

terima kasih Wawa belanja makan Ayam Penyet AP (The Store) n karaoke. Selamat Pengantin Baru!











*feel annoyed baca BIJI-BIJI JELLY HALUS-HALUS? ahahaha. :D