faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, November 24, 2012

durian crepe. ohmaiiiiii!!


aku bukanlah peminat tegar durian. aku hanya makan durian kampung yg kecik comel yg bila dikopek ada seulas je isinya. perghh. mmg sedap. tapi durian yg besar2 durian musang king ke, D whatsoever ke, aku memang tolak tepi. tak minat sangat.

tapi bila fenomena DURIAN CREPE  ni mengalahkan fenomena GANGNAM STYLE, aku teringin nak rasa. mula2 aku dgr gabungan lempeng, whip cream n isi durian, aku jadi mual. tekak aku kembang. apakah?

tapi bila hari2 ada je yg dok hapdet pasal kemewahan rasa durian crepe ni, aku jadi teringin plak rasa apa keistimewaan benda ni. mula2 ingat nak beli je. puas cari kat Jusco, xde..cari kat Jonker Walk pon xde.. so perasaan nak rasa makin membuak-buak. dah nekad balik je Kuantan aku nak buat!


mula-mula nak ikut resepi kak Fiza Nordin kat sini (*_*) tapi kompius sdt tu sudu teh ke apa. aku takut laa tak menjadi. so aku ikut resepi dari sumber yg kak fiza ni cari. kat FB kak Eyna Haneyna. aku guna resepi dia. thanks to both of you akak..sebab sudi share resepi yg sedap sangatt ni! izinkan share kat sini ya. Faa ada ubah sikit-sikit resepi ni ya. mengikut kesesuaian faa..hehe



DURIAN CREPE

(sukatan 2 sudu besar ni, 2 sudu membukit taw)

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung/kastard (atau 1 sudu t.jagung, 1 sudu t.kastard)
1 biji telor
1 sudu kecil minyak masak/butter cair
1 sudu besar gula icing
40 ml susu cair
150 ml air
1 sudu kecil esen vanilla

~panaskan non-stick pan. perlahankan api.
~kacau semua bahan dengan whisk hingga semua sebati.
~tapiskan.
~tuang sesenduk kecil adunan dalam pan. layangkan pan biar jadi rata. biar hingga masak.
~jangan palingkan. terus angkat. ulang hingga adunan habis.
~sejukkan crepe. pastikan betul-betul sejuk.


1 cawan non-dairy whipping cream (pastikan non-dairy whipping cream taw. ada jual kat kedai jual bahan2 buat kek. kalau guna whip cream yg jual kat pasaraya, cream tu cepat cair. non-dairy ni lambat cair.)
gula icing - ikut suka
isi durian

~putar cream sampai kental. masukkan gula icing dan gaul rata.
~bentang crepe atas pinggan. pastikan bahagian bergoreng kat atas (menghadap muka kita).
~ambil sesudu whip cream letak kat tengah. letak  sesudu isi durian atas cream dan letak lagi sesudu cream atas durian.
~lipat macam nak bungkus lepat. simpan dalam peti sejuk 2-3 jam baru heaven nak makan. nyumnyum!



sumpah sedap weh. dua 3 ketol durian crepe aku bahan. aku tak minat durian musang king tapi kalo buat durian crepe, aku jadi suka. secara automatik! try taw! tak rugi pon!

18 comments:

  1. Seriously tengok benda ni nampak sedap gilaaa..mujur x makan durian.. Lalala.. But suddenly thinking of jagung crepe..eh ada ka? Sedapnyaaaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. faa pon xminat sgt doyan tp doyan crepe faa minat..hehehe

      Delete
  2. wah. nampak cam sedap je duruian crepe ni. nak try, x sempat lg.

    ReplyDelete
  3. yg buat sedap wipecream ea ? huhuuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gabungan cream n durian..rasa cam aiskrim pon ada

      Delete
  4. adoi la... mmg berantu betui dc nih... dah melantak banyak pon rasa nak lagik.. ishh ishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan...asyik teras-rasa je kat mulut nih..hehe

      Delete
  5. Assallamualaikum Faa...

    Oh tidak!!! sini pun dah ada durian crepe ni.. Bilalah kNaz nak buat ni... mmg berhantu juga dc ni kalau faa yg x suka durian king boleh jadi sukalah bila dah jadi crepe..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat laa knaz...berbaloi-baloi..hehehe

      Delete
  6. rajinnya.buat sendiri yea. lagi puas hati kan.boleh letak byk durian :)

    ReplyDelete
  7. kaler crepe yg berwarna kuning,purple tu guna pewarna jenis ape ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna pewarna makanan jenama star brand tu je..

      Delete
  8. saya dah try buat crepe gune resepi cik faa..sedap sgtt crepe nye..tima kasih k sbb sharing resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...thanks jugak sebab sudi try resepi saya...hehehe

      Delete

superb komen-ngomen