faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, March 14, 2013

Ayam Cendawan


yea! yea! faa nak balik kuantan! so nantikan resepi baru dari faa ek. hehe. perasan. padahal takde sape pon yg tunggu resepi dari faa. Insyallah kalau takde hal, 2-3 resepi bakal dicuba minggu ni. gian dah ni nak memasak. lama kan faa tak update blog. heuheu.

so meh laa layan resepi yang dah lama berkurun faa buat tapi baru nak di post. resepi simple je. kalau kita makan nasi goreng cendawan, kan ada lauk cendawan dia tu. haa, ni faa nak tunjuk macamana nak buat lauk cendawan dia tu versi ada ayam. boleh jugak makan ngan nasi biasa. selamat mencuba!


AYAM CENDAWAN

  • sepeket cendawan - dicuci
  • beberapa ketul ayam - dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 4-5 biji cili api - diketuk
  • 1 paket perencah nasi goreng cina adabi / 1 kiub ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji limau nipis - ambil jus sahaja
  • 1 1/2 sudu tepung jagung + 1/2 cwn air
  • garam gula untuk perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
~panaskan minyak. tumis bawang putih, halia dan cili api hingga naik bau.
~masukkan ayam dan kacau rata. masukkan perencah nasi goreng cina, sos tiram dan jus limau nipis.  kacau dan biar hingga mendidih dan masak.
~masukkan cendawan. kacau 2 minit.
~masukkan air tepung jagung dan kacau rata. rasa. jika kurang masin dan manis, tambah sedikit garam dan gula. 




6 comments:

  1. walaupun resepi simple, tapi kalau dah ada cendawan & ayam, memang sedap Faaa...

    ReplyDelete
  2. Mak selalu buat ni sebab ayah suka makan cendawan tu :D

    ReplyDelete
  3. Wahhh....ayam cendawan mesti sedap rasanya....

    ReplyDelete

superb komen-ngomen