faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Wednesday, April 17, 2013

Cheese Chicken Chop + Coleslaw + Mashed Potato + Fries


hai uolls. ni menu ketiga faa masak masa faa menumpang meneman kawan faa, Paie kat rumah sewa dia. hehe. kalau tak bila lagi mau masak kat Melaka ni kan? menu kitaorang untuk dinner hari kedua ialah Set Chicken Chop yang direquest sendiri oleh tuan rumah, Paie. Faa pon da lama tak menciken cop ni. lagi-lagi dah lama teringin nak buat Cheese Chicken Chop. nyumnyum!


CHEESE CHICKEN CHOP (4 portion)

  • 4 ketul dada ayam - kalau rasa besar, guna 2 ketul n dibelah 2, jadi 4. 
  • 1 biji telur + secubit garam + 1 sk lada hitam. - tak nak garam pon takpe.
  • 1 kotak tepung goreng ayam Adabi (hot & spicy)
  • 4 keping cheesedale
  • minyak untuk menggoreng (deep fried)
~bersihkan ayam, toskan dan dilap dengan towel kitchen hingga kering.
~masukkan dalam plastik bag dan ketuk hingga nipis.
~pukul telur dan secubit garam dan lada hitam hingga kembang. masukkan ayam yg dah diketuk dan gaul rata. perap lebih kurang 1/2 jam. sementara ayam diperap........
~~(buat black pepper sauce & coleslaw & mashed potato & goreng fries dulu hingga siap)
~panaskan minyak. tuang sekotak tepung goreng ayam Adabi dalam dulang. ratakan.
~ambil sekeping ayam. letak sekeping cheesedale ditengah dan bungkus rapat.
~golekkan ayam dalam tepung hingga betul-betul rata.
~goreng dengan api sederhana hingga garing. angkat dan toskan.




BLACK PEPPER SAUCE

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu butter
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1-2 sudu sos tomato
  • 1-2 sudu sos tiram
  • 1-2 sudu kicap manis
  • 1-2 sudu blackpepper
  • 1 paket perencah daging lada hitam Maggi
  • air - ikut kesesuaian nak pekat or cair kuah tu. jangan banyak sangat, isi sikit-sikit
~dadu halus bawang besar dan bawang putih. panaskan butter dan tumis semua bawang hingga naik bau.
~masukkan tepung gandum dan kacau rata. kacau hingga warna keperang-perangan.
~masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kesesuaian pekat sos mengikut citarasa. 
~masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis, blackpepper dan perencah daging lada hitam. kacau rata dan biar mendidih.
~perasakan dan angkat.




COLESLAW

  • 1/2 biji kobis sederhana 
  • 1 batang carrot
  • 2-3 sudu susu segar
  • mayonese secukupnya - ikut citarasa
  • 2-3 sudu susu pekat manis - ikut citarasa
~bersihkan kobis dan carrot kemudian diparut kasar.
~masukkan semua bahan dalam mangkuk dan dikacau sebati. perasakan.
~simpan dalam peti ais.


MASHED POTATO
  • 5 biji kentang - dibuang kulit dan dicuci
  • 1 cwn susu segar
  • 1 sk blackpepper
  • 1 sk garam
  • 1 sudu butter
~rebus kentang dengan air hingga separuh masak. rebus dalam rice cooker.
~tapiskan kentang dan masukkan semula dalam rice cooker dan direbus dengan 1/2 cwn susu segar.
~pastikan kacau selalu dan masak hingga kentang empuk dan susu kering.
~keluarkan periuk dari rice cooker. masukkan garam, black pepper dan butter. lenyek kentang diselangi dengan susu segar yg dituang sedikit demi sedikit hingga lumat.  
~siap!




dah siap! senang je kan? hehehe. lepas masak, faa post gambar kat Instagram, kawan faa cakap faa makan KFC. bila tengok balik, ye laa. macam KFC. memang KFC pon. Kedai Faa Cantik. nan hado. LOL.

Selamat Mencuba!

-ini terjadi bila dah capai tahap muak. LOL-

No comments:

Post a Comment

superb komen-ngomen