faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, June 8, 2013

Ayam Ujang


Ayam Ujang ni menu favourite faa kat foodkot kat apartment faa ni ha. sedap sangat kalo makcik ni masak ayam ujang ni. pedas giler. bukan ayam je taw. bebola daging, ikan pon dia buat lauk ujang ni. memang specialty makcik ni la. set nasi ujang ni selalunya nasi putih + ayam ujang + telor = rm4. sedap.


oke bila dah nak dekat hari-hari makan, dah boleh agak la bahan dia apa. yg penting, cili api bahan utamanya. pada sape-sape yg ada masalah buasir jangan riasu..leh je guna cili besar kaler hijau tu. jangan nangis. jom faa bagi resepi yang main agak-agak ni.


AYAM UJANG

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil. nak besar pon boleh. ikut suka. tapi kalo campak sekor tu tak proper la plak kan.
  • segenggam cili api hijau
  • 3-4 biji cili api merah (cili Vietnam)
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 batang carrot - dipotong ikut suka
  • 3-4 batang kacang panjang - dipotong
  • 1-2 asam keping
  • 1 paket perencah nasi goreng cina Adabi / 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • garam gula secukup rasa
  • sedikit preahan limau nipis - kalau kurang masam
  • minyak untuk menumis
~blender semua cili, bawang besar dan bawang putih. panaskan minyak.
~masukkan bahan blender, serai dan asam keping. kacau-kacau hingga garing. kalau terlampau garing, masukkan sikit air. masukkan ayam dan kacau.
~bila ayam agak masak, masukkan sos tiram, perencah nasi goreng cina Adabi, carrot, kacang panjang. kacau hingga rata.
~bila dah sebati, perasakan dengan garam, gula dan kacau lagi. masukkan jus limau. biar hingga ayam masak. tutup api dan hidangkan.




8 comments:

  1. tq share resepi ayam ujang ni Faa...

    ReplyDelete
  2. Segenggam cili padi tauu haaaaa xD
    Saya suka betul makanan pedas-pedas ni. Ok, bookmark resepi ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segenggam tu pon sikit bg faa..huhu

      Delete
  3. Assalam Faa,
    wah nampak sedap ayam ujang ni..tengok bahan2 pun
    semuanya ada kat dapur..thanks for sharing dear..:)

    ReplyDelete
  4. Perfghhhh Faa..ni mau berasap ni kan..kalu bagi akak mmg dok berair idung sbb taktahan pedas..nampak sedap sbgt ayam ujang ni...tak yah ada lauk lain pun boleh bertambah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe kak..guna cili besar je...hehehe..

      Delete

superb komen-ngomen