faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Wednesday, June 5, 2013

Caramel Sticky Sweety Crunchy Golden Popcorn. Again!


Ya Allah! serius cakap, heaven sangat kalau buat popcorn sendiri. senang n sangat puas hati okeh sebab caramel salut semua jagung. haa ayat. hehe. tak de can nak jumpa popcorn putih. rasa pon lagi rangup sebab gula bertambah kan. resepi cam biasa amek dari otai, CikMatGebu. click (#_#). maaf CMG faa lebihkan gula untuk caramel. hehe. lantak laa kencing manis ke, hape ke, bukan makan hari2 kan? hoho.



faa dah buat dah dulu popcorn ni, memuaskan tapi still tak mencapai kehendak piawai nafsu serakah yg nak lagi golden warnanya. click *_*. so yang ni baru laa berpuas hati. cadangnya buat banyak, gandakan resepi sebab nak simpan dalam tupperware n makan time layan movie sengsorang tengah2 malam, tapi tak dan movie, takdan tengah malam, dah licin. huhu. takpe. tu yg membuatkan faa rasa lagi double puas hati.



HOMEMADE CARAMEL POPCORN

Bahan popcorn :
  • 1/3 cwn jagung popcorn / jagung kering
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
~ dalam kuali besar, panaskan minyak dengan api sederhana, masukkan mentega. kacau hingga mentega cair.
~masukkan sebiji jagung kering. bila jagung tu dah kembang, masukkan semua jagung dan kacau rata cepat-cepat. cepat-cepat tutup kuali dengan tutup pengukus yang besar.
~goncang perlahan kuali (tapi jangan bukak penutup!!! AMARAN!!) anda akan dengar bunyi letup-letup dan sambil tu goncang lagi kuali perlahan-lahan (tanpa dibuka sedikit pon penutup!)
~biar hingga bunyi letup tu hilang, means senyap.
~masukkan popcorn dalam bekas lain. lap sikit kuali dengan tisu dapur. gunakan kuali yang sama untuk buat caramel.


Bahan caramel :
  • 1 cwn gula - faa lebihkan.
  • 2 sudu besar mentega
~masukkan gula dalam kuali. dengan api perlahan, biar gula hingga cair dan perang sedikit. jangan hangus!
~masukkan mentega dan kacau hingga warna perang agak pekat.
~masukkan popcorn dan kacau hingga caramel salut semua popcorn tu dengan rata. guna api perlahan.
~bila dah rata, masukka popcorn dalam loyang dan biarkan sejuk. bila dah sejuk, leraikan dan masukkan dalam bekas kedap udara! makanlah bial tengah layan movie! syiokk oo.






12 comments:

  1. sedappppp! jelesnyaa nak makan jugak! haha :P

    ReplyDelete
  2. wahhh.
    tak pernah buat popcorn lg. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah..kalo ABM buat mesti gempak...

      Delete
  3. beraninya faa buat pop corn sendiri..
    actually saya terliur jugak tengok popcorn faa, tapi x cukup berani nak buat pop corn sebab bila dengar letup2 dalam kuali terus mengelabah
    anyway kalo faa bukak biznes mesti kalah popcorn TGV n GSC

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba laa...kalo guna periuk besar dia tak meletup kuat...slow je bunyinya...

      Delete
  4. Aslmkum Faa
    sedap ngunyah pop corn...sebiji2 masuk mulut..

    ReplyDelete
  5. hai kak faa.. Jagung yg nk buat popcorn tu mcm mana rupa dia ye.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai di annursya..jagun popcorn tu jagung kering..ada jual kat pasaraya besar...cari kat bahagian baking cake or bijian/gandum. akak beli kat jusco..

      Delete
  6. amboi faa..bestnya layan popcorn tu..buatkan akak satu tapewer ye..pos k sini! muahahaa

    ReplyDelete

superb komen-ngomen