faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, June 28, 2012

creamy mushroom soup

mcm biasa. curik2 post entry. esok ade paper lagi. Park n Recreation. haissh. mood nak hafal2 memang xde kalo ptg2 ni.(padahal tiap2 masa xde mood nak hapal). so drp buang masa baik kita mengepos menu kan? leh gak abam2 adik2 cik kak try resepi simple ni. hihi.

CREAMY MUSHROOM SOUP ni aku buat kat umah mak sedara aku. ade lebihan whip cream buat CHEESECAKE  tu yg aku buat mushroom soup. mak sedara aku sruh abiskan. dia ckp kalo tinggal bende tu kat umah dia, last2 nnt dia buang je. so aku pon buat laa mushroom soup. leh gak bawak balik hostel.



resepi sendirik maen campak2 ikut rasa je. tambah dengan hasil tgk cite masak2 kat AFC n tv2 lain. so main ikut rasa je n Alhamdulillah menjadi jugak.


CREAMY MUSHROOM SOUP

700 gm cendawan tiram (asingkan semangkuk)
1 tin cendawan butang - buang air dan basuh
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
150 gm butter
3 sudu tepung jagung + 1 cwn air
2 cwn krim + 1 cwn susu segar @ 3 cwn susu full cream
8 biji chicken ball - ikut suka nak brape biji
1 kiub ayam
garam dan lada hitam secukup rasa

~carik-carik cendawan tiram.
~cincang bawang besar, bawang putih, cendawan butang n chicken ball.
~cairkan butter, masukkan bawang besar n bawang putih. goreng hingga naik bau.
~masukkan chicken ball n kiub ayam. kacau rata hingga kiub cair.
~masukkan cendawan tiram n cendawan butang. masak hingga cendawan agak layu.
~masukkan air tepung jagung. kacau 3 minit. masukkan susu n krim. kacau rata sehingga mendidih.
~tutup api dan sejukkan sekejap.
~bila dah suam-suam, blender semua bahan yg direneh td. blender sampai sehalus mungkin.
~tuang sup yang dah diblender halus dlm periuk. buka api sederhana, perasakan dgn garam n lada hitam.
~potong dadu kecil2 semangkuk cendawan tiram yg diasingkan tadi.
~masukkan cendawan yg didadu tadi. kacau sampai sup mendidih. kalau terlalu pekat, boleh laa tambah sikit air.
~tutup api dan siap! hidang bersama crouton.

hah? natang mende plak crouton tu? hihihi. ak pon xtaw makna mendalam crouton ni, tp ape yg aku tau selain garlic bread, mushroom soup jugak heaven sgt kalo mkn ngan crouton. ni aku bg cara nk buat crouton.




CROUTON

4-5 keping roti gardenia
semangkuk minyak zaitun - aku bantai minyak masak biasa. xbbrape berkhasiat la.

~potong roti dadu2 kecil.
~panaskan minyak. goreng deep fry roti tu hingga garing. garing hokeh! bkn hangus. goreng kejap je sbb api besar. jgn goreng guna api perlahan sbb nnt roti tu sempat garing, dah serap minyak.
~tapiskan dan tabur atas mushroom soup.

mabeles!


Tuesday, June 26, 2012

oreo cheesecake & strawberry cheesecake

hari ni entry ringkas je ye. hehe. curi2 update sebab esok ade paper. paper CTU (Konsep Asas Hubungan Etnik). ala-ala agama islam laa. so walaupun tgh mood study, tangan tetap gatai nak menaip.



cheesecake ni aku buat kat umah mak sedara aku minggu lepas. sehari selepas aku buat cake in jar. ni pon atas permintaan sepupu aku, hani mintak aku ajarin dia cara nak buat cheesecake. lama da dia mintak so aku pon buat laa. 2 jenis lagi tu kak jahh. jom tengok resepi.



STRAWBERRY CHEESECAKE

150 gm biskut meri
100 gm butter

~cairkan butter. 
~blender kering biskut meri. gaul biskut meri dgn butter. mampatkan dlm loyang. balut dgn plastic wrapper, simpan dlm peti setengah jam.

6 biji strawberry
3 sudu jam strawberry - kalau xde pon xpe
250 gm cream cheese
160 gm gula castor
250 gm whipped cream
1 sudu besar jus lemon/orange
15 gm gelatin halal - aku guna jenama kijang/nona
100ml air panas

~tuang air panas dalam mangkuk. tabur rata gelatin. jgn kacau. biar dia larut sendiri. pastikan tabur rata.
~lenyek 3 biji strawberry menjadi puri.
~pukul whipped cream hingga kembang n gebu.
~di mangkuk lain, pukul cream cheese + jus lemon + gula hingga sebati n gebu.
~masukkan whipped cream ke dlm mangkuk cream cheese. masukkan gelatine yang dah larut + jam strawberry + puri strawberry dan kacau rata menggunakan senduk plastik/spatula. guna kaedah kaup balik.
~keluarkan biskut yg disejukkan tadi dan tuang adunan cheese dlm loyang yg berisi biskut tadi. ratakan dan susun buah strawberry selebihnya diatas cheese tadi. 



~balut semula dgn plastic wrapper dan masukkan dlm peti ais. sejukkan sekurang-kurangya 4 jam. kalo semalaman lagi sedap!





OREO CHEESECAKE

-SAMA DENGAN RESEPI DIATAS KECUALI:
  • gantikan puri strawberry dengan 1/2 peket oreo yang diblender halus.
  • jangan letak jam strawberry.
  • jangan susun strawberry atas cheesecake tp susun biskut oreo ikut creativity ande! hihi





amacam? senang wehh. xperlu bakar, xperlu masak. sejukkan je. rase pon sedap. toraiii taw!






--sambung study to stado. hoho




Sunday, June 24, 2012

cake in jar..walawehhhh!


huishh. penat xilang lagi ni. kenapa? hihi. ni nak habaq mai. semalam abang sedara aku bertunang. dia cucu pertama nenek aku yg melangsungkan pertunangan. so memang agak ramai laa ahli rombongan meminangnya. n mcm biasa, myummi amek alih tugas membuat gubahan hantaran.

x susah mana la. sebab 5 dulang je, (kek, kotak cincin, buah, sirih junjung, kain pasang).

ade nampak KEK x kat situ. haaaaa. ni nak habaq mai. disebabkan ade hantaran kek, so mula2 maksu  aku nak beli je kek, tp xmuat sebab kotak hantaran kecik. then dia suruh buat kek. aku ni xtaw nak buat kek ape. pikir punye pikir, debat punye debat, bertukar idea, selama sejam, maka telah di'decide nak buat CAKE IN JAR.

ni laa bekas yang nak letak kek tu. tapi last2 cabut je kotak tu. :)

curlass x Mak jemah? cake in jar gitu. dah laa xde pengalaman buat kek ni. bila aku tgk resepi, semua guna jar yang dibeli khas. mana nak carik mlm2 buta camni? ni laa padah buat kek last minute. tp dgn kekuatan fizikal yg tertempek dlm diri, maka aku gagahkan jugak amek risiko bakar guna botol mayonnaise. takut gak meletop bekas tu.

tp alhamdulillah. menjadi jugak kek yang aku buat. senang hati gituu. pukul 3 pagi aku tidor ngan senyum sumbing sbb happy kek menjadi. esok tinggal buat krim je. sempat kot..sbb esok g umah pihak perempuan pukul 11.

bangun je pagi, bahan2 nak buat buttercream xckup. myummi dah carik kat pasaraya (yg bukak lepas subuh) tp xjumpa. myummi plak g beli whipped cream yg spray tu. aku ckp 'ummi, kalau guna cream ni xsesuai sebab cepat cair.' masing2 dah gelabah. ye laaa. kerja last minute.. :)

so jalan mudah diambil g beli kek kat kedai kek. hah! senang. cantik pon cantik. petik jari je siap. hoho.

kek petik jari jadi pilihan akhirnya.

so CAKE IN JAR ni dimakan oleh kaum keluarga aku sendiri. sedap wooooo. gabungan CAKE + BUAH STOBERI, ANGGUR, EPAL + WHIPPED CREAM + CHOC CHIP. Bersudu-sudu makan. abg sedare aku siap soh jual lagik. haha. kalo aku jual, aku ada profession baru laa lepas ni.

TUKANG KUTIP BOTOL.


haha. ni aku bagi resepi. sangat-sangat simple. serius! rasa kek pon sedap. try k. jangan takut botol tu meletop sbb ia takkan. lepas ni ada 2 jenis cheesecake bakal menyusul tungguuuuuuuuu.


resepi kek vanilla ni aku amek kat sini. click (*_*). tenkiu Miss Amy for the simple recipe. hope u dont mind I share it at here. muuah. hehe. resepi buttercream plak, aku nak amek resepi Kak Ita. tapi xberkesempatan nak buat. mohon share kat sini ye Kak Ita. nak resepi, click (^_^)



CAKE IN JAR

beberapa botol kosong (botol mayones/botol jam/botol prego) - dibersihkan dan dikeringkan

3/4 cwn butter
1 1/2 cwn gula castor
2 biji telor
2 sk essen vanilla
2 1/2 sk baking powder
2 1/2 cwn tepung
 1 1/4 cwn susu segar
pewarna pilihan - aku guna merah, hijau & kuning

whipped cream & buah-buah segar (ikut pilihan)

~panaskan oven 350C. ayak tepung dengan baking powder
~pukul butter sampai gebu.
~tambahkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
~tambah telor dan pukul rata. masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
~masukkan tepung dan susu. kacau/kaup balik dengan senduk kayu/senduk plastik/spatula.
~bahagikan adunan kepada 3 bahagian. warnakan setiap adunan dengan warna pilihan.
~sudukan setiap adunan berselang-seli dalam boto sehingga 3/4 penuh botol. jangan terlalu penuh.


~letakkan botol yang berisi adunan kek ke dalam loyang yang berisi 3/4 air. bakar cara waterbath selama 30-35 minit.
~bila kita cucuk kek dgn lidi di tgh2 kek, kalau xde kek pada lidi, maknanya kek tu dah masak.
~bila kek dah masak, sejukkan kek.
~bila kek dah sejuk, susun buah-buah yang dipotong dadu, isi cream n tabur choc chip. n MAKAN!


freelance model kalo aku nak meniaga CAKE IN JAR nnt. huhu



Sunday, June 17, 2012

talapia kentang berlada

done masak utk aku n family mak sedara aku punye lunch. touuu dia. ikan talapia import khas dari temerloh. my peberett. no hanyir-hanyir sbb dtg dari temerloh. hihi. siyes ni. kalo nak beli ikan patin n ikan talapia yg xhanyir n xrasa tanah, beli kat temerloh. tapi kalo rase-rase tinggai kat selatan thai tp nak g temerloh semata-mata nak beli ikan ni, lupakan je. jaohhh kot. huhu. (padahai aku pon xtaw mne letaknye selatan thai tu.)

oke jom kite tengok cara-cara nak masak Talapia Kentang Berlada.



TALAPIA KENTANG BERLADA

ikan talapia - dibasuh dan dikelar. lumur dgn serbuk kunyit n garam. lumur lagi dgn tepung jagung. goreng hingga garing.
1 biji kentang - kupas kulit, potong wedges, gaul dgn sedikit garam, goreng hingga garing.

5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
segenggam cili kering - dipotong n direndam
2 batang serai
minyak untuk menumis
asam keping, garam, gula, serbuk perasa secukup rasa
1/2 batang carrot - potong besar batang mancis
1 biji tomato
1 biji bawang besar - hiris bulat
daun bawang untuk hiasan

~blender bawang, bawang putih n cili kering. 
~panaskan minyak, tumis bahan blender dgn serai hingga garing. masukkan sedikit air jika terlalu kering.
~masukkan asam keping, gula, garam n bhn perasa. ikut citarasa masing-masing.
~masukkan carrot dan bawang hiris. masak hingga carrot lembut.
~masukkan tomato. kacau-kacau. tuang sambal atas ikan n tabur kentang goreng ngan daun bawang.



makan plak ngan kobis tumis kicap.



perghh. tgk mokcik! semua ni saya yg masak. xnak buat menantu ke? *panggggggg! -kene lempang ngan kuali. sebab berangan kat dapoq. huhuhu.

huwaaa. malas giler rasenye aku nak balik Melaka. sumpah malas. tapi nak buat cmne. ade tanggungjawab kan. sabao je utk 2-3 minggu ni pah oitt! pastu hadap laa nnt ko duduk umah ngan family. hehe.




sekali lagi sorry sebab gambo amek ngan noikiacabuks.

Thursday, June 14, 2012

supper muaks cikeng folDover wip besfreng!

Haha. Tetibe gelak. Blom stat cite da gelak. Xde yg lawak pon. Just sambil mkn recap Super Spontan tu yg ade lg saki baki gelak tu. Huhu. Xde nak cite pape pon. Just nak cakap yg mlm tadi kul 12 sumting in da moning ak ngan my besties, Yoyet laporr. Kebetulan ade dua bidadari dari bilik sebelah (Ain n Sha) nak g Mcd so kirim la ngan diowank. Laporr weh! (walaupon baru pas sapu bihun Pama sebungkus)

Kitaowang kirim 2 set ayam Mcd. Nak meng-ayam mlm2 gini. Tp xde. So try laa nak mkn Cikeng Foldover. Sibuk laa aku ni soh Ain order mende tu dgn bangga menyebut cikeng FOLDOVER (with no silent 'D'). Tp Yoyet sebot lain. Dia sebot FOLOVER. No D! Tapi aku buat diam. Aku yakin aku betol (sbb x tgk lg ejaan dia)

Order pon sampai! 2set ciken folDover + 1 bubur ayam (utk tamakninah person cam ak)



faa :   nape ko sebut FOLOVER  ek? kan ade D tu. (selepas mengamati ejaan dia btol2)
yoyet: betol r FOL OVER. bkn folDover.
faa:    -diam sambil pikir sumtink. fold+over. sebut asing2 secara laju jadi r FOL OVER-
yoyet: -start mengunyah-
faa:    senyum sumbing. malu sbb bangga ngan kesalahan sendiri.


sengal x kitaowang?





p/s : muak k mende ni. xmakan da pas ni.

Saturday, June 9, 2012

grilled banana cake (grilled method)

Hai uolls. Hari ni still lagi bersiaran dari umah nenek. Duduk berdua je ngan nenek 2-3 hari ni, rasa tenang je. Serius k. Terubat rindu tinggal ngan nenek time mude-mudi dulu. Hehe.

Ni nak cite. Nenek aku ni haa teringin nak buat Kek Pisang. Dia pun mengenalkan satu alat memasak yg bagi aku ohsemm sgt sbb dia multi-purpose. Ni ha mende nye..jeng jeng jeng. IKAN PEMANGGANG AJAIB!




Haa. Korang penah tgk or dgr x produk ni? Aku xpenah. Ni pes time. huhu. Tp memang best la. Sbb ak bakar ikan, elok je masak dia. Xlekat pon. N tak payah nak paling-paling ikan tu. Just pusingkn kuali ni. So dua2 side leh kene api. Nenek aku ckp dia da try bakar ayam. Pon sedap. N boleh buat kek jugak. Org yg jual ni yg ckp kt nenek aku.

Kebetulan pisang kat umah nenek aku ni bnyak. So mula2 aku nak buat Kek Pisang Kukus sbb ak x bbrape yakin nak bakar guna alat pemanggang ni. Tapi kesian plak Nenek ak. Dia nak sgt rasa kek pisang yg dibakar guna mende ni. Ak pon amek laa risiko nak grilled ak punye kek pisang.

Hehe. Resepi pon dicari. So ada 2 resepi ak jumpa yg sangat simple. Resepi ni kedua-duanya mggunakan kaedah kukus, tp da ditukarkan kpd kaedah grilled. 1st dari resepi Amydanish dari Myresepi. Resepi ni x menggunakan ovallete. So ak try plak cari yg menggunakan ovallatte. Saje je laa sbb kat umah Nenek ade mende ni. Hehe. So 2nd resepi dari SiHatiMerahJambu. Thanks sbb sudi share resepi kakak awk. hehe. Mmg nampak gebuss kek pisang dia. So aku pon guna laa resepi dari dia. Senang pon senang. Tapi aku ada edit sikit2 la. Ikut rasa ak. Minta share kat sini ye awk.


GRILLED BANANA CAKE

5 biji pisang sederhana besar - dilecek
2 cwn tepung gandum
4 biji telur
1/2 cwn minyak masak
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sk garam halus
1 sk ovallete - xnk letak pon xpe
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat manis

~blender telur, gula, susu, esen vanilla dan ovallete sampai kembang.
~ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder
~tuang bahan yg diblender dlm mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. kacau guna kaedah kaup balik sampai tepung sebati.
~masukkan minyak dan garam. Kacau hingga semua bahan sebati.
~masukkan pisang yg dilenyek dan kacau rata.
~masukkan adunan dalam alat pemanggang. masak dgn api perlahan 30 minit. pusingkan alat pemanggang dan masak 10 minit.


(KALAU NAK GUNA KAEDAH KUKUS, PANASKAN PENGUKUS 10 MINIT.SAPUKAN MINYAK SEKELILING LOYANG. TUANG ADUNAN, & KUKUS SELAMA 30-40 MINIT DGN API SEDERHANA)

DAN INILAH HASILNYA..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|






Sungguh gebuss dan sedap oke. Tak tipu punye. Aku igt kalo ade rezeki nak buat lg nak bawak balik Melaka utk Amoy yg tinggal sengsorang kat umah. Cian dia. Ni kek fevret dia. Hehe. N utk Bezday Girl yg lahir 9.6.1990. Kek ni je yg mampu aku bg. Happy Jadi Tua Ain! Huhuhu.

Tak sabar nak suruh Nenek rasa kegebuan n kesedapan kek ni. Hehe. Skunk ni Nenek xde, dia g marhaban. So balik kang leh r dia mkn. Hope dia suka GRILLED BANANA CAKE NI!

sorry. gambar x cantik sbb guna camera Nokiacabuk. Camera xde. :)

Thursday, June 7, 2012

cheese cake

hai semua. pe kabo? aku bercuti lagi selepas seminggu bercuti. hehe. tapi balik umah nenek. dah lama x balik kg kan. alang2 dah xde clas, sebab lecturer aku , Madam Mimi habiskan class before dia bersalin. So dia baru dapat baby boy minggu lepas. Tahniah Madam! Hehe.



So ni aku nak cite pasal cheese cake yang aku buat khas atas request myummi. Ni fevret cake myummi. Masa kat Pasar Malam kat Rawang, ada sorang pakcik ni jual cheese cake ni n myummi tiaqp2 minggu mesti beli. Gemar btol dia ngan cheese cake ni. So aritu aku buat yang versi topping coklat, dia xbbrape ngam, so dia nak yg plain. Aku buatkan la.



3 loyang aku buat. 1 utk request dar myummi. 1 utk myabah sempena hari bapa. & 1 utk kwn2 kat Melaka nak rasa. Habis kot. Tak sangka. hehe. pasni boleh laa slalu buat. Atas dia aku sapu jem strawberry bagi extreme sikit rasa dia. xde laa rasa bosan sgt kan?hehe.



Rasa kek ni memang sedap. Lembut n moist je. Pastu ganding plak ngan rasa masam2 manis jem strawberry. perghh. Memang hebat kalo nak ternak lemak. hehe. Resepi aku bagi kat sini. So ikut citarasa memasing laa k. Kalo nak topping coklat, buat laa mcm yg kat situ. Tapi bagi aku lagi sedap just spread the strawberry jam. Sedapppppp! hehe.

Sunday, June 3, 2012

oreo pudding

arghhhhh. seminggu mcm seminit je cuti. taw2 da ada kat Melaka. Thanks Ummi n abah sbb sudi anta kakak balik Melaka. Semalam ada sehari je masa untuk aku memasak. Ye la duk berkampung kat Gambang berhari-hari. Semalam aku buat Oreo Pudding ngan Strawberry Cheesecake, myummi's request.

Alang2 da buat utk myummi n my family, aku buat bekal utk kwn2 aku kat Melaka skali. 3 loyang tu. hehe. nanti aku cite lain pasal kek tu. ni nak cite pasal Oreo Pudding yang sgt gojess walaupon rupanya agak disaster. Rasa dia yg gojess.. hihi


Mcm biasa, Kak Ita dari Masam Manis laa yg bg inspirasi kat aku nak buat pudding ni. Ce tgk pudding dia yg sangat laa gojess yg bisa membuatkan sape2 yg tgk terpikat! Putih n hitam yg menawan kan? Huwaa..cehhh. Ayat nak P.Ramlee je. 

Kak Ummi dari Home Sweet Home n Abg Mat dari Dapur Tanpa Sempadan punye buat versi coklat. Kak Ita versi plain. So aku buat dua2 skali. Haaaaa. Nampak tak tamaknya di situ? Hoho.



Kaler dia lebih kurang sama je kan? Haha. Sebab aku derhaka letak susu cair. Tu yg kuning skit kalernye. Patutnya guna susu segar or UHT biasa. N aku lagi prefer x letak serbuk koko. Suka yg rasa susu je tu. Hehe.



OREO PUDDING

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) - aku guna sebungkus tu dgn inti2 sekali. hehe. sayang.
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya) - aku guna susu cair
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko - kalo nak buat yg plain tu xyah guna

~hancurkan biskut oreo. tumbuk ngan lesung separuh hancur then ramas hingga btul2 hancur. lagi senang blender kering je.
~padatkan oreo dlm loyang/acuan
~masak agar2 dengan air, daun pandan dan gula sampai agar2 dan gula larut. gunakan api sederhana.
~masukkan susu dan kacau. 
~kalau nak buat perisa coklat, bancuh serbuk koko dgn sedikit air panas kemudian tuang dalam agar2 tadi.
~tapis agar2 ke dlm jug.
~tuang agar2 dalam loyang yg berisi oreo tadi. tuang perlahan2 supaya oreo tak terapung.
~sejukkan dan makan!




Saturday, June 2, 2012

bukit gambang waterpark

walawehh.. bohsan weh cuti seminggu tapi berkampung kat gambang resort ni. sungguh buang masa. dari ari rabu aritu kitaowang stay sini. sebenarnya kitaowang ikut ummi ngan abah. dia ada keje kat sini. kene jaga East Coast Discovery. Dah laa esok nak balik Melaka dah. So bnyak resepi dlm list yg aku igt nak buat tak terbuat. nak balik stay kat umah myabah xbagi. hadoiii. Bohsannnnn.

Tapi xpe. Abaikan luahan hati tu. Ni nak cite pasal Bukit Gambang Waterpark. Sebab alang2 dah stay kat dia punye resort, so hari Khamis aritu, kitaowang g laa berjemur sampai mengelupas kulit kat waterpark. kebetulan plak myMaksu join skali n kebetulan dia ade voucher, so dpt laa potongan harga. jimat sikit. Dapat harga RM18.50 sorang. kalo x 20 lebih kalo xsilap hrganya.


kitaowang pergi berlapan. Aku 5 beradik + yong sepupu aku, 3 beradik. Aku jadi leader disebabkan aku paling tua disitu. Ummi abah aku ade keje, Maksu ak nak rehat je lam bilik. Then pas beli tiket kat resort je, kitaowang naik tren g waterpark tu. Tren yg lajunya sama laju ngan penyu cacat. Hoho. Mujur dekat je resort ke waterpark tu.


Disebabkan kitaowang dtg awal, so x ramai lg warga Malaysia dlm tu. Tak laa sardin sgt so bleh maen pape je dgn rase aman damai tanpa perlu beratur panjang. Bila masuk je pukul 10-11, pergh, org masuk berpusu-pusu mcm ade sale Giordano je dlm tu.

So dia punye permainan xde laa xtreme sgt. biase2 je. Bagi aku better lg Tambun or Bukit Merah. Sebab Gambang ni, permainan dia sikit je so cpat bosan. Tapi ok laa kalo nak bercuti ngan family kan. Ni bagi pendapat aku. maybe bg org lain best lagi gi gambang kan. Everybody have their own taste.





Kat Coco Beach




Ni mende ntah. 1 pelampung leh naik 6 org. Time aku naik xde sape snap gambo.



ni beratur nak naik Mat Slide.


dari kiri: Abang, kak Ngah n Syahir




dari kanan: Alang (slide paling laju), Ateh n Abang..again.




 ni time ombak cam tengah2 laut. Aku duk atas pelampung tu pening nak muntah!



Da nak balik. muke semua terbakor.

lakonan semata ni! berator nak naik tren. padahal tren ntah kemana. menyirapp je tunggu lama.


daaaaaa....