faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, June 28, 2012

creamy mushroom soup

mcm biasa. curik2 post entry. esok ade paper lagi. Park n Recreation. haissh. mood nak hafal2 memang xde kalo ptg2 ni.(padahal tiap2 masa xde mood nak hapal). so drp buang masa baik kita mengepos menu kan? leh gak abam2 adik2 cik kak try resepi simple ni. hihi.

CREAMY MUSHROOM SOUP ni aku buat kat umah mak sedara aku. ade lebihan whip cream buat CHEESECAKE  tu yg aku buat mushroom soup. mak sedara aku sruh abiskan. dia ckp kalo tinggal bende tu kat umah dia, last2 nnt dia buang je. so aku pon buat laa mushroom soup. leh gak bawak balik hostel.



resepi sendirik maen campak2 ikut rasa je. tambah dengan hasil tgk cite masak2 kat AFC n tv2 lain. so main ikut rasa je n Alhamdulillah menjadi jugak.


CREAMY MUSHROOM SOUP

700 gm cendawan tiram (asingkan semangkuk)
1 tin cendawan butang - buang air dan basuh
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
150 gm butter
3 sudu tepung jagung + 1 cwn air
2 cwn krim + 1 cwn susu segar @ 3 cwn susu full cream
8 biji chicken ball - ikut suka nak brape biji
1 kiub ayam
garam dan lada hitam secukup rasa

~carik-carik cendawan tiram.
~cincang bawang besar, bawang putih, cendawan butang n chicken ball.
~cairkan butter, masukkan bawang besar n bawang putih. goreng hingga naik bau.
~masukkan chicken ball n kiub ayam. kacau rata hingga kiub cair.
~masukkan cendawan tiram n cendawan butang. masak hingga cendawan agak layu.
~masukkan air tepung jagung. kacau 3 minit. masukkan susu n krim. kacau rata sehingga mendidih.
~tutup api dan sejukkan sekejap.
~bila dah suam-suam, blender semua bahan yg direneh td. blender sampai sehalus mungkin.
~tuang sup yang dah diblender halus dlm periuk. buka api sederhana, perasakan dgn garam n lada hitam.
~potong dadu kecil2 semangkuk cendawan tiram yg diasingkan tadi.
~masukkan cendawan yg didadu tadi. kacau sampai sup mendidih. kalau terlalu pekat, boleh laa tambah sikit air.
~tutup api dan siap! hidang bersama crouton.

hah? natang mende plak crouton tu? hihihi. ak pon xtaw makna mendalam crouton ni, tp ape yg aku tau selain garlic bread, mushroom soup jugak heaven sgt kalo mkn ngan crouton. ni aku bg cara nk buat crouton.




CROUTON

4-5 keping roti gardenia
semangkuk minyak zaitun - aku bantai minyak masak biasa. xbbrape berkhasiat la.

~potong roti dadu2 kecil.
~panaskan minyak. goreng deep fry roti tu hingga garing. garing hokeh! bkn hangus. goreng kejap je sbb api besar. jgn goreng guna api perlahan sbb nnt roti tu sempat garing, dah serap minyak.
~tapiskan dan tabur atas mushroom soup.

mabeles!


8 comments:

  1. Replies
    1. taw xpe..kalo ade garlic bread mesti ag sedap..

      Delete
  2. Replies
    1. sedap kn?tp faa xmkn bnyak sbb muak..hihihi

      Delete
  3. nak nye..huhu. kita duk asrama takleh nak masak2. sobsss......btw gudluck exam. nnt dtg la blog sy jugak. jgn lupa tggl komen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih emi..hihi,,insallah nnt faa singgah blog emi

      Delete

superb komen-ngomen