faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, December 13, 2012

macaroni bolognese soup


haaa.. ni laa dia masakan yang aku masak live (tak beberapa nak live laa sebab dah lama dah masak ni..baru tereperasan ada gambarnya dalam folder..hehe) dari rumahku di Melaka. al-kisahnya nak masak macaroni n bolognese sauce tapi entah kenapa terlebih pulak airnya so terjadila bolognese soup. bagi aku sedap jugak (nak sedapkan hati) tapi aku cukup rasa bersalah pada housemate aku sebab kitaorang share duit. aku takut tak sedap bagi diorang. malu pon ada jugak masa tu sebab apa yang diharapkan tak menjadi. sob sob. tapi licin jugak. tehee~

serius aku rasa unik jugak kalo makan macaroni dengan soup yang macam ni. just kalo tambahkan sedikit air tepung jagung, lagi ok laa kot rasanya. ni tepung jagung takde, tu yang tak dapat nak diselamatkan tu. hehe.



oke la. pape hal jom usha resepi. kalo nak kelainan sikit makan laa style soup mcm ni. serius bagi aku sedap jugak (penuh confident!). senang sangat taw. try k.

MACARONI BOLOGNESE SOUP

1 paket macaroni - direbus dgn 2 sudu minyak + sedikit garam (simpan air rebusan)

sedikit minyak untuk menumis
2-3 keping daging hancur
sayur pilihan. -aku guna cendawan tiram & sebiji brokoli
2 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili api
1 biji bawang besar
sebotol kecil sos spagheti Kimball
sedikit sos cili, sos tomato - ikut citarasa
bahan perasa
3 paket instant mushroom soup VONO
*air tepung jagung - jika nak kuah jadi pekat

~tapis macaroni. simpan air rebusan (bergantung pada citarasa kita nak kuah banyak mana)
~cincang halus bawang putih & bawang besar. ketuk cili api.
~bersihkan sayuran.
~tumis bawang putih, bawang besar & cili api hingga naik bau. masukkan daging hancur dan kacau rata.
~masukkan air rebusan, sos spagheti Kimball, sos cili & sos tomato. kacau dan biar hingga mendidih. perasakan dgn garam.
~kacau instant mushroom soup dgn sedikit air panas di dalam cawan. kacau hingga rata dan tidak berketul.
~tuang instant mushroom soup ke dalam kuah yang mendidih tadi. kacau rata.masukkan sayur dan air tepung jagung jika nak pekatkan kuah.
~kacau 3 minit dan tutup api. tuang soup atas macaroni n bon apetite!



sesuai utk dinner or supper. kalo tgh2 malam bute tetibe lapar n ade plak macaroni, buat laa ala-ala macam ni. campak je bahan apa yang ada kat dapur tu. kita yang buat dia kan. hehe. janji sodap kat tekak kita!

5 comments:

  1. sedapnyer tgk makanan.terliur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kalau nak cuci-cuci mata jemputla jenguk-jenguk blog saya ada long sleeve maxidress & jubah cotton denim yang stylish leh pakai g pejabat, kuliah, atau jalan2 saje.

      -->http://hiasanterindahstore.blogspot.com/

      Tq ye:)

      Delete
  2. Fullamak! Macaroni bolognese soup... he he heh boleh tukar warna mata ke warna biru ni Faa... sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni pon akibat tersalah buat..hehe

      Delete

superb komen-ngomen