faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Tuesday, February 28, 2012

M&M Cookies!


Ohhh laponye perot bile tengok cookies tu! Cookies tu aku buat minggu lepas. Aku penah tengok kat blog sape ntah xingat dia ade buat cookies ala-ala camni. Hihi. Aku pon try la! Tapi instant punye! Guna ni :

Hahaha. Pemalas kan aku? Bukan ape, selain aku, aku rasa ramai gak org kat luar sana yg suka mende2 simple ni kan? Hihi. Lagi2 dak2 muda cam aku ni ha. Muda ke? Haha . Muda laa.. baru 22 taon.

So kalo nak resepi gak, Beli je sekotak tepung biskut cam kat atas tu, follow je resepi yang dia bagi. Gantikan chocolate chips dgn sepeket besar M&M or Nips or pape je laa coklat yang korang suke. Ikut tekak memasing ye. Huhu. Aku guna M&M yang kacang n milk chocolate.


Sedap weh. Makan cookies ni ngan segelas susu. Wahhh heaven sangat! Cam anak omputih pon ade gak rase. HUHUHU. Sebenarnya sepupu aku Yong (dia lagi :>) yang sponser bahan2 ni. Hehe. Aku tukang buat je.

Aku buat petang, then pagi esoknya, Yong kunun2 bangun nak laa breakfast ngan cookies ni. Tengok2 balang dah kosong! Tinggal serdak je. Upa2nye adik aku, Alang bedal g bawak ke sekolah. nak bagi kwn2 dia rasa! Hahaha. Kwn2 dia puji sedap! Siap nak tempah Blueberry Ciskek (setelah dihebahkan oleh Alang) utk jamuan akhir tahun! Tak bleh blaa..haha. Boleh je kalo akak ade cuti ye adik-adik.

Nanti aku ingat nak buat lagi cookies ni n nak bagi Alang soh dia bawak g sekolah. Kesian plak pikir aritu bawak berapa ketui je ke sekolah. Hehe.

Sunday, February 26, 2012

Yogurt Pavlova


Walaaaaweh! Sila lihat tajuk tu ye kawan2. Dengan ini Faa nak menyatakan dgn rasmi yang Pavlova ni dah jadi tawanan aku! hahahaha. -apo ntah merepek!

Hehe. Bukan ape, Faa ni dari dulu teriiingin sangat nak buat n makan Pavlova ni. Lagi2 tgk beberape blogger dah buat Pavlova ni mcm blog DTS, Abg Mat dah buat, Akak Irma dah buat n so many more lah. Jadi keinginan nak buat Pavlova ni makin membuak2. Sepupu sepapat sedare mare aku bile aku sebut nak buat Pavlova, otomatik muke diowank akan pelik dan try nak mnyebut Pavlova ni. Tapi versi tergeliat lidah. Huhu. "Lova2?" "Povlov?" haha.

Pada hari Jumaat lepas, tercapai laa impian Faa nak buat Pavlova ni. Ni budget punye Pavlova. Hasil tong-tong duit aku ngan sepupu aku , Yong, kami pon g laa beli brg2 nak buat Pavlova ni. Kat Giant Kuantan jual Stoberi murah! Tp dari Cameron Highland laa.. Aku xkesah janji Stoberi! Hihi.

And aku ade tengok dlm Myresepi.com, dia xguna whipped cream, dia guna yogurt. Teros laa aku ikut resepi dia! Boleh jimat n boleh gak kurangkan rase manis2 tu kan. Hihi. Kalo nak tgk resepi dari Skyblue, myresepi.com, click -_-. N aku jugak mencedok sedikit sebanyak ilmu Pavlova dari Kak Irma . Dia banyak bagi tips. Thanks ye akak sudi share. Nak tgk hasil beliau or tempah dr beliau, click +_+


Ok ni aku nak bagi resepi Pavlova versi Faa la sangat. Haha. Padahal sama je dgn semua resepi. :)

YOGURT PAVLOVA

4 biji putih telur - tanpa setitik/secalit pon kuning telur
3/4 cwn gula halus - leh kurang lagi kalau x suke manis
1 sk tepung jagung
1 sk cuka makan
1 sk essen vanilla
beberapa titik pewarna merah - utk nampak cantik je. xguna pon xpe

2 botol kecil yogurt - ape2 flavor. aku gune mixed berries
any buah yg ade rase2 masam - stoberi, kiwi, mangga - aku gune stoberi je.


~panaskan oven suhu 120 darjah.
~pastikan semua alatan dlm keadaan bersih dan betul2 kering! Kalo x meringue xkan naik.

~Pukul telur putih dgn hand mixer di kelajuan maksimum hingga gebu. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi. Then masukkan esen vanilla. Pukul hingga kembang, gebu dan bertanduk. Kalo korang nak taw dia dah bertanduk mcm mane, korang terbalikkan mangkuk tu, adunan tu x jatuh. Tapi hati2 ya! Kalo takut nak amek risiko, just pukul sampai jadi mcm dlm gambar bawah ni :

~then masukkan tepung jaung dan cuka makan. Gaul rata menggunakan spatula/senduk plastik. Masukkan beberapa titik warna merah, gaul tapi jgn sampai rata. Gaul bagi nampak line2 merah.

~lukis bulat pada permukaan kertas minyak. Terbalikkan kertas tu then bubuh meringue (adunan telur putih tadi) mengikut bulatan tu. Aku guna A4 paper je. Org derhaka mmg camnie! hihi. Nanti dia kelihatan cam dalam gambar ni.

~Then aku bakar suhu 12o darjah tu selama 15 minit. Then aku turunkan suhu ke 100 darjah then bakar lagi selama 1 jam.

~Keluarkan dari kertas, then letak dalam pinggan/dulang. Mende ni bile dah dibakar, dia dipanggil shell. Sejukkan shell dia ni sampai betul2 sejuk. Xde rasa suam.

~lepas tu tuang yogurt n hias ikut suka! then makan la!


Oke. Abaikan Pavlova aku yang agak sememeh itu! Ni gara-gara nak cepat di ngapp! Sedang elok Pavlova ni tgh bersauna dalam oven, Myabah aku cakap nak balik kampung dgn kadar segera! Haissh. Sebab tu aku hias cincai2 je. Sebab nak ngap before balik kampung. Hehe.

Tapi hasilnya memang heaven! Terasa-rasa lagi dalam mulut. Tapi xbbrape nikmat laa sbb mkn secara rushing. Pasni nak buat lagi then nak mkn ngan slow motion. Hihi.

Thursday, February 23, 2012

mac cheese lasagna


Arghhh.. what a lovely breakfast i have today. Touuu. Teross speaking London bile pepagi dah sumbat makanan omputih. Ni gara-gara sepupu aku yang gilerr lasagna. Haha.

Mula-mula aku cakap lasagna kat dia, dalam pale otak dia teros terbayangkan Lasagna ni sejenis Laksa. Puas dia tanya kengkawan dia mende lasagna ni. Hihi. Bile da taw mende ape lasagna ni, gian plok. Haha.

Ok ekceli dah 2 kali aku buat lasagna ni. Menggunakan resepi yang agak sama. Nak tgk click $_$ dan &_&. Disebabkan dah agak bosan makan Lasagna dgn resepi yang sama, aku try create new resepi menggabungkan 2 jenis pasta iaitu Macaroni n Lasagna. Sumpah rasa dia lagi heaven! 1 loyang 2 orang leh bantai!!!

Meh aku bagi resepi lasagna yang ni! Sumpah senang. Taraf exam dak derjah 1!

MAC CHEESE LASAGNA

sebungkus MACARONI CHEESE segera. - mcm dlm gambar ni.
belakang pack ni dh ade dia bg bahan2 n cara2 nak masak Mac Cheese ni. Tapi meh laa aku bagi versi Bahasa Melayu punye.
1 1/4 cwn air
1/2 cwn susu UHT/low fat/full cream - xkisah jji bkn perisa stoberi or ceklat or dll.
1 sudu butter - aku guna minyak.

~masukkan air+susu+butter dlm periuk, biar sampai mendidih.
~masukkan sepeket macaroni cheese ni. kacau dgn api perlahan hingga pekat n macaroni empuk.tutup api n sejukkan.

--------------------------------

sebotol kecil sos spaghetti segera - Prego/Kimball or any brand
sekeping besar dada ayam - direbus dan dihiris nipis
beberapa keping lasagna - dicelur sekeping demi sekeping sebentar.
sedikit minyak

~panaskan oven. sapu keliling loyang dengan sedikit minyak.
~ gaulkan isi ayam yang dah dihiris dengan sebotol sos spaghetti.
~susun lasagna dlm loyang. n ratakan sos spaghetti + ayam tadi hingga menutupi lasagna.
(lihat gambar)

~ratakan Macaroni Cheese atas sos. (lihat gambar)

~ulang balik step tadi. so nak senang camni laa - lasagna > sos spaghetti > macaroni cheese > lasagna > sos spaghetti > macaroni cheese > lasagna > sos spaghetti

~then bungkus loyang ngan aluminium foil. bakar 15-20 minit. buka aluminium foil, jadi laa camni:

~nak sedap, tabur daun sup. then potong n makan.


See! senangkan? Xyah tumis2 bagai. Gaul2 je. Tak sampai beberapa minit dah leh ngap! Burrppp.. Alhamdulillah. Hehe. Try taw jgn x try!

Wednesday, February 22, 2012

apam polka dot - mengedot di rumah nenek

KECOMELAN APAM POLKA DOT KU!! -senyum keliling muka-

Hari Selasa lepas, nenek aku buat sedikit majlis sebab hari tu turn umah dia buat bacaan Yassin. Aku plak melonjak-lonjak nak tunjuk kat org kampung Apam Polka Dot yang aku da terror buat tu. Huahua.

Nenek setuju then aku ngan Moksu aku n anak dia, Yong bersengkang mata buat 4 adunan Apam ni. Naik jelak pon ade. Haha. Disebabkan memasing mempunyai tahap kesabaran yg nipis, bkn semua apam ni dipolkadotkan. Ade bentuk smiley, spiral n mcm2 lg. Yang bantat lagi beranak-pinak ya. Haha. Bile dah siap semua, nilaa dia hasilnya :


Buat mende ni agak leceh laa.. Tang nak polka dot tu yg leceh. Yang laen sempoi je. Nak resepi? click kat sini: +_+ Kira time tu proses pembelajaran aku laa. Then aku buat plak untuk adik aku, Ateh Salihah yg birthdaynya 20/2/2012 aritu. Utk dia bawak balik asrama. Pastu paling latest aku buat kat majlis baca Yassin nenek aku ni ha. Tak bnyak mana pon sebab tak ramai sgt pon. Tgk ni:

Ni semua 5 adunan aku guna. 3 kaler je. Biru, merah n hijau. Tak yah poning2 nak buat kaler pelangi. Haha. N inti plak aku guna jam blueberry n kaya. Bagi aku guna kaya lagi sedap! Serius!




psst psst! leh laa aku amek tempahan APAM POLKA DOT pas ni. agak-agak ade tak yang nak tempah? ahaks~

Tuesday, February 21, 2012

berita gempar!

SEKARANG BLOG XDPAT NAK DIISI DENGAN APE2. BARU LEPAS MENOLONG NENEK BUAT TAHLIL.

THATS ALL.

10Q.

:P

Friday, February 17, 2012

apam polka dot

Yes! Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya merealisasikan keinginan perot aku selama ni. APAM POLKA DOT. Dah lama terfikir nak buat tapi tak sampai seru lagi. Ari semalam baru lah sampai serunyaa. Resepi cam biase dari Cik Tom. Jom tengok kejadian Apam Polka Dot dia yg lagi awesome dari aku sebab dia punye berwarna-warni. Aku just ade 2-3 kaler je. Almaklumlah. Kena jimat sikit. Hihi. Nak tengok Cik Tom punye, click #_# . Mekasih Cik Tom sebab share resepi. Mohon share kat sini plak ya.

APAM POLKA DOT

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai - aku guna jem stroberi
pewarna - aku guna merah sirap ngan biru
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

~Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
~Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
~Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
~Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
~Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
~Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
~Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
~Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
**tips yang aku dapat dr cikgu aku time aku form 5 dulu, nak polka dot tu nmpak kemas n sekata, picitkan 5 polka dot kat sekeliling, n 1 polka dot kat tgh2.

Disebabkan aku tiru 100% bahan n cara2 dari Cik Tom, maka aku copy paste je dari blog beliaw. N sebenarnya dua kali aku buat ni. Jom tengok:


11.00 am.
--polka dot x menjadi, ade sedikit bantat. selepas dikaji dan ditinjau kat blog akak2 yg dah buat apam ni, kesalahan yg dibuat mungkin telur yang aku pukul xkembang. Sebab tu nampak bantat sikit. Tapi rase tetap vogue-da-vast! habis licin!

KEJADIAN PERTAMA




Ni laa geng bantat tu. polka dot jadi bunga plak. haishh


3.00 pm
--Alhamdulillah. Dah tak bantat n polka dot pon menjadi. Suka. Tapi still ada kesalahan. Warna tak beberapa pekat. Nampak pudar je. Xpe nanti nak buat lagi. Ni laa dinamakan Learn from mistake. Kan?

KEJADIAN KEDUA

Try buat Apam Lady Bird tapi jadi Apam Lady Gaga sebab xde kaler itam. Saje je try. Ni dah pandai nnt baru buat kaler itam. Hehe.





Thursday, February 16, 2012

moist horlicks brownies


Amacam? terliur x? hahaha. Inilah kejayaan yang aku perolehi hari ni setelah berjaya mencipta 1 resepi yang sedap! Haha. Hebat la sangat kunun. Padahal resepi asal dari Mok De aku. Aku ubah je jadi resepi Moist Horlicks Brownies.

Asalnya mende ni ialah resepi Moist Chocolate Cake. Mok De aku punye resepi yang teramat la senangnye. Serius. Buat 5 minit je pastu biar je kukus 45 minit. Sedap plak tu. Aku plak ubah chocolate ke horlicks. Sedap kott. Rase creamy horlicks tu membuak2 time kek ni mendarat dlm mulut. Perghh!


Ni aku bagi resepi yang dah diedit oleh aku. Kalo nak buat chocolate cake, horlicks tu ganti je ngan serbuk koko. ok?

MOIST HORLICKS BROWNIES

Bahan A
1 cwn tepung gandum
1 cwn horlicks
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik - mokde aku tak letak

Bahan B
4 biji telor
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu manis
setitik esen vanilla-mokde aku xletak

1 cwn air panas menggelegak

~panaskan pengukus
~ayak semua bahan A.
~blender semua bhn B sampai kembang dan gebu
~masukkan bahan blender ni dlm tepung yg dah diayak tu. kacau dgn senduk/spatula sampai sebati.
~masukkan air panas dan kacau sampai sebati.
~sapu loyang dgn sedikit minyak. tuang adunan kek dlm loyang.
~kukus dgn api sederhana 45-50 minit/sampai masak

BAHAN TOPPING (utk buat kek nmpak moist)

3 sudu gula aising
3 1/2 sudu horlicks
sedikit air panas

~kacau semua bahan. air tu isi sikit demi sikit sampai tak pekat sangat n tak cair sangat. sejukkan sebentar. bila kek dah sejuk, potong 4 segi mcm brownies, tuang topping then hias ikut suka.


Ekceli kek ni kek biasa je. Saje letak brownies sebab teringin nak makan brownies. haha. mcm tu pon boleyh? Ak taw brownies bkn begini teksturnya. tapi kita yang buat dia kan? hihi.



**kalo buat baking2 kek ni, mesti teringat blog kak Ita, Masam Manis.. Kek2 g dia buat semua gojess2..bila laa aku nak jadi mcm dia? memang lambat lagi laa..hihhi..dari dia laa aku start bersemangat nak buat kek..thanks kak Itaa!! jom usha blog dia..click-----> *_*

bubur barli


Sorry la yea. Gambar comot sememeh. Mangkuk pon berkarah. Hihi. Xplan pon nak buat. Sebab tu x sediakan pape. Sebenarnya teringin nak makan Bubur Gandum. Dalam otak pikir (dari umo aku 17 taon) Bubur Gandum ni dibuat dari barli. So bile Google resepi, rupanya Bubur Gandum ni memang menggunakan Gandum biji. Alaaa.. frust disitu. Sebab dalam peti ais ade Barli je.

Tapi x putus asa. Try plak ade x yang guna barli buat bubur. Rupanya ada. Kak Wan dari blog Citarasawan buat Bubur Barli. So teros la ke dapur pung pang buat bubur ni.

Resepi aku maen campak2. Nak campak2, gune resepi aku. Nak detail, guna resepi Kak Wan ya. Hihi. Bubur dia nampak lagi menyelerakan dari bubur aku la. Siap ade nangka lagi. Thanks Kak Wan share resepi. Jom terjah blog Kak Wan. Click ^_^

BUBUR BARLI

barli -yang dah direbus
gula batu
sekotak santan segera - aku guna Adabi
gula pasir secukup rasa
secubit garam
sehelai daun pandan *xguna sebab xde

~campak semua..eh eh..jgn la campak. hihi. masukkan dgn berhemah semua bahan dalam periuk, kacau hingga santan masak. pastikan kacau sokmo/selalu taw. nanti santan pecah tak cantik.

Rasa dia sedap. Serius nih! Tak rasa cam Bubur Gandum tapi rasa bali. hihi. memang laa sebab guna barli. Tapi unik laa rasa dia. Xde laa kita bosan asyik minum air barli je kan? Sesekali try something new. Alang-alang dah buat banyak, bagi laa jiran tetangga a.k.a kawan2 abah merasa. hihi.

Wednesday, February 15, 2012

Sup Siam

Beberapa hari ni tak beberapa nak masak mende yang special sangat. Bz nak uruskan kemasukan diri sendiri ke UiTM. Tak lama dahhhh. ! 5 March ni. Takleh nak memain sangat. Banyak yang tak settle lagi. Huuuu.... kwn aku, Sarah Tan cakap aku ni mcm rilek je. Tak menggelabah. Padahal hati aku ni rasa nak meletop menyembur2 je. Berdebar siott. Hihi.

So kita layan Sup Siam yang aku buat beberapa hari lepas. Aku ni peminat tegar Thai cuisine. Tak taw laa. Rasa cam nak buat dokumentari nak kaji kenapa makanan ala-ala Siam ni lazat tak terhingga sehingga gian kalo tak dapat rasa. Hehe. Hyperbola sungguh.

Aku dapat resepi ni dari mak 'cucu' aku, Ida Adilla. Kenapa cucu? click (*_*)

Thanks to her n her mother for the lovely recipe. Tapi aku xsure laa betol seratus % resepi yg aku gunakan ni sebab haritu mak dia bagitaw aku tak sempat salin. Just save lam otakdrive 0.5 GB ni. hihi. Tapi aku rasa aku yakin ni lah resepinya. Dengan bangganya..



SUP SIAM

beberapa ketul ayam
seketul lengkuas (saiz sederhana)
beberapa biji cili api
sebiji limau nipis
daun limau purut
air secukup rasa
1 kiub ayam
garam dan gula
sesudu santan

~ketuk cili api dan lengkuas then rebus dgn daun limau purut dan kiub ayam sampai mendidih Masukkan ayam.
~biar hingga ayam masak. perasakan dgn garam n gula. perah limau nipis.kacau rata.
~akhir sekali masukkan santan, kacau dan tutup api.


See? senangkan? Rasa pon sedap.. Aku siap menghirup lagi. perghh. kalo buat memang rasa nikmat Thai dia. Hihi. Ape lagi? Try la. Simple mcm ni kalo malas nak masak lagi tak taw la. hihi

Tuesday, February 14, 2012

syukur Alhamdulillah :)

Habis diploma, saya apply degree. Apply dengan penuh harapan pasti/sure 100% akan dapat tanpa pikir nak cari kerja or mintak UPU. Sebab yakin kompem dapat.

Bila kuar result, semua kawan-kawan semak, diorang DITAWARKAN. Tetapi tidak saya. TAWARAN SAYA DITOLAK. Frust sangat. Just 3-5 orang dari kami tak berjaya. Sangat cemburu pada yang berjaya malah lagi panas membara bila dapat tahu ada kawan nak tolak! Huh!

Tapi banyak kata perangsang yang hebat. Mampu buat saya senyum. Keluarga dan sahabat. Masa ni lah gunanya ada mereka ni. Cari kerja dan apply lagi untuk sambung degree. Saya buat. Ummi abah berusaha tolong saya cari kerja. Sambil berdoa saya akan dapat sambung belajar. Nenek juga mungkin mendoakan saya. Juga adik2, ibu2 saudara, sepupu sepapat n kawan2. Dan juga diri sendiri. TERIMA KASIH.

Ya Allah. Inilah keajaiban dan kebesaran Allah SWT. Siapa sangka, ada keajaiban disebalik semua ni. Kawan saya suruh semak lagi sekali kat laman UiTM. Sebab dengan kuasa Allah, dia ditawarkan sambung degree selepas ditolak. Saya mencuba nasib. Dan saya menjerit keriangan sambil menitiskan air mata bila kat screen tulis



Ummi ada menyaksikan kejadian ni. Dia turut menangis kegembiraan. Habis semua ditelefon (sedara terdekat. nenek). Anak sulung nak sambung degree. Mulut tak berhenti ucap syukur. Terima kasih Ya Allah.

Ini memang ajaib.

Saya tak buat rayuan.

Apatah lagi permohonan intake ke-2.

Rezeki. Amin..

Friday, February 10, 2012

mini cream puff


Sebenarnya agak sedikit tak berpuas hati time buat cream puff ni. Adunan yang pertama selamat bersemadi lam tong sampah sbb bile bakar je, pastry xnaik then hanguss! almaklumlah aku guna oven season zaman Saloma tuu..hehe. Nak tunggu oven baru huahua. Baru boleh baking macam2 ye dak? Lagi satu aku banyak derhaka ngan resepi tu. hehe. Tu yang bantat tu.

Aku amek resepi dari blog HaSue. Sebab bhn2 n cara yg digunakan simple je. Tapi aku ada ubah sikit la (lepas adunan 1st xjadi). Mintak share resepi kat sini plak ye akak. Hehe. Thanks. Sila jengah ke blog Kak Sue eh..tengok kecomelan cream puff beliaw berbanding aku yang somot momot ni hehe. click (^_^)

Aku ade jugak salin resepi pastry choux (pastry yang digunakan utk membuat cream puff n eclairs) kat dalam buku Professional Baking. Tapi dia bagi resepi utk kuantiti kenduri khawin punye. Huahua. Nanti aku bagi sekali ye mana la taw ade yang nak buat kenduri cream puff ke. Hehe.

MINI CREAM PUFF (resepi HaSue)

100 ml air
45 gm butter - suhu bilik, potong kecik-kecik
60 gm tepung gandum - diayak
2 biji telur - dipukul
setitik Esen Vanilla

~panaskan oven suhu 200 degree. Sapu loyang dgn sedikit butter.
~masukkan air + butter. Masak dgn api sederhana, then kuatkan api hingga mendidih. Tutup api.
~masukkan tepung then kacau cepat2. Panaskan semula adunan dgn api perlahan sampai kepingan nipis terbentuk. Tutup api.
~masukkan telur then kacau cepat-cepat. Panaskan semula dgn api perlahan sampai pekat. Tutup api.
~masukkan dlm piping beg (aku gna plastik biasa then potong hujung plastik tu sikit) pipe kan dlm loyang. Pastikan jarak2 sikit taw.
~kecilkan suhu oven ke 150-180 degree. Bakar 15-20 minit atau sampai perang.
~sejukkan.

CREAM CUSTARD

1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung custard
3 sudu gula
2 sudu susu pekat manis
1 cwn susu segar
1 biji telur
1 sudu butter

~kacau semua sekali dlm periuk sampai betul2 sebati. (x berketul).
~panaskan atas api sederhana. masak sampai pekat.

~amik seketul cream puff yang dah sejuk, potong tgh2 (jgn sampai putus), then masukkan cream custard. mcm bawah ni.

PASTRY CHOUX (CREAM PUFF @ ECLAIRS) from Professional Baking

500 gm air/susu/air+susu
250 gm butter
5 gm garam
375 gm tepung roti
625 gm/13 biji telur

~cara sama je mcm kak Sue punya resepi.


Al-truly nya, cream puff ni xperlu nama mini pon. Saje aku letak bagi sedap sikit nama dia. Seswai dgn bentuk dia yang xbbrapa nak naik tu. Hehe. Aku g piping sekecik yang mungkin. (Bajet mende tu naik berlipatkaliganda lepas dibakar!) Tu yang comel *blink-blink* tu. Kalo makan sebijik memang rasa cam bunyik cengkerik lah! xsedar dah masuk mulut. Hihi. Pas ni nak buat lagi, akan ku gedabakkan saiznya.



Ingatkan separuh nak buat Eclairs. Sama je just rupa paras fizikal dia je langsing dari Cream Puff. Hehe. Lagi satu sebenarnya eclairs disaluti coklat. Tapi baru ku sedar didapurku tiada walau secebis pon coklat. heheh. Xsedar diri punye olang. So hiaskan je la dgn apa yang ada.

N filling dia sebenarnya xsemestinya guna cream custard ni je. Ada yang letak whip cream + buah segar cam stoberi, cranberi, n mcm2 berry lagi la. Ade jugak letak chocolate cream. Ikut suke. N kemampuan juga ya. Huhu.


Thursday, February 9, 2012

moist chocolate cake - simple dimple!

Dah lama tekak ni teringinn nak makan kek hasil air tangan sendiri. Teringin nak buat kek yang ohsemm gojess voge da vast! tapi dgn menggunakan cara yang teramat lah simple! - pemalas -. So selepas di google resepinya, ditapis tahap kesenangan cara2 nak membuatnya, akhirnya resepi dari Cik Tom menjadi pilihan.


Mula-mula nak memulakan projek kek ni semalam tapi terpesong sikit bile ade permintaan nak makan Lasagna sgt2. So semalam buat Lasagna (^_^) and hari ni baru buat kek. Kebetulan plak pagi bebute tadi bangon je tido, bukak FB, rupa2nya arini. 9 February 2012 bezday sepupu aku, ni kat bawah ni:


n my dear lovely my bestfriend, Siti Aishah Sakinah Sazali a.k.a my dotter:


So keinginan buat kek lagi memuncak. Teros laa memulakan langkah membuat kek. Resepi dari Cik Tom, click (*_*). Thanks Cik Tom. Memang senang sangat resepi yang dia bagi. Rasa pon sedap. Tak lupa jugak kat Mok De aku, Pn Faridah sebab sudi SMS kat aku bahan2 n cara2 nak buat moist chocolate cake ni. Lebih kurang je resepinya. Hehe.

MOIST CHOCOLATE CAKE

1 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
1 cwn minyak masak
1 1/2 cwn tepung gandum
1 tin susu cair
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
2 biji telur
setiti essen vanilla

~panaskan pengukus. sapu loyang dengan sikit minyak.
~ayak serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. masukkan gula.
~di mangkuk lain, pukul telur sampai kembang/blender. masukkan minyak, essen vanilla dan susu cair. pukul lagi.
~campurkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan kacau rata/kaup balik dgn senduk.
~masukkan dlm loyang/paper cup. kukus dengan api sederhana selama 45-60 minit/hingga masak.
*kalau nak taw kek tu dah masak, cucuk tgh2 kek dgn lidi. kalau lidi tu licin maknanya kek tu dah masak.

TOPPING:

1 cwn susu pekat manis
4 sudu gula
3 sudu serbuk koko
3 sudu Milo
sedikit air
1 sudu butter

~masak semua sekali dgn api perlahan. kacau rata. cucuk2 kek dgn lidi. tuang topping atas kek.sejukkan dlm peti ais.


Tapi yang makannya aku ngan sepupu aku Yong. Tuan punya birthday sorang kat Temerloh sorang lagi kat Kajang. So diorang hanya mampu tengok sampai sendawa je la. hehe. Xpe laa..ade rezeki nanti aku buat lagi. Dah pandai dah. Huahua.

Kek yang dah dikekah!