faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Friday, February 10, 2012

mini cream puff


Sebenarnya agak sedikit tak berpuas hati time buat cream puff ni. Adunan yang pertama selamat bersemadi lam tong sampah sbb bile bakar je, pastry xnaik then hanguss! almaklumlah aku guna oven season zaman Saloma tuu..hehe. Nak tunggu oven baru huahua. Baru boleh baking macam2 ye dak? Lagi satu aku banyak derhaka ngan resepi tu. hehe. Tu yang bantat tu.

Aku amek resepi dari blog HaSue. Sebab bhn2 n cara yg digunakan simple je. Tapi aku ada ubah sikit la (lepas adunan 1st xjadi). Mintak share resepi kat sini plak ye akak. Hehe. Thanks. Sila jengah ke blog Kak Sue eh..tengok kecomelan cream puff beliaw berbanding aku yang somot momot ni hehe. click (^_^)

Aku ade jugak salin resepi pastry choux (pastry yang digunakan utk membuat cream puff n eclairs) kat dalam buku Professional Baking. Tapi dia bagi resepi utk kuantiti kenduri khawin punye. Huahua. Nanti aku bagi sekali ye mana la taw ade yang nak buat kenduri cream puff ke. Hehe.

MINI CREAM PUFF (resepi HaSue)

100 ml air
45 gm butter - suhu bilik, potong kecik-kecik
60 gm tepung gandum - diayak
2 biji telur - dipukul
setitik Esen Vanilla

~panaskan oven suhu 200 degree. Sapu loyang dgn sedikit butter.
~masukkan air + butter. Masak dgn api sederhana, then kuatkan api hingga mendidih. Tutup api.
~masukkan tepung then kacau cepat2. Panaskan semula adunan dgn api perlahan sampai kepingan nipis terbentuk. Tutup api.
~masukkan telur then kacau cepat-cepat. Panaskan semula dgn api perlahan sampai pekat. Tutup api.
~masukkan dlm piping beg (aku gna plastik biasa then potong hujung plastik tu sikit) pipe kan dlm loyang. Pastikan jarak2 sikit taw.
~kecilkan suhu oven ke 150-180 degree. Bakar 15-20 minit atau sampai perang.
~sejukkan.

CREAM CUSTARD

1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung custard
3 sudu gula
2 sudu susu pekat manis
1 cwn susu segar
1 biji telur
1 sudu butter

~kacau semua sekali dlm periuk sampai betul2 sebati. (x berketul).
~panaskan atas api sederhana. masak sampai pekat.

~amik seketul cream puff yang dah sejuk, potong tgh2 (jgn sampai putus), then masukkan cream custard. mcm bawah ni.

PASTRY CHOUX (CREAM PUFF @ ECLAIRS) from Professional Baking

500 gm air/susu/air+susu
250 gm butter
5 gm garam
375 gm tepung roti
625 gm/13 biji telur

~cara sama je mcm kak Sue punya resepi.


Al-truly nya, cream puff ni xperlu nama mini pon. Saje aku letak bagi sedap sikit nama dia. Seswai dgn bentuk dia yang xbbrapa nak naik tu. Hehe. Aku g piping sekecik yang mungkin. (Bajet mende tu naik berlipatkaliganda lepas dibakar!) Tu yang comel *blink-blink* tu. Kalo makan sebijik memang rasa cam bunyik cengkerik lah! xsedar dah masuk mulut. Hihi. Pas ni nak buat lagi, akan ku gedabakkan saiznya.



Ingatkan separuh nak buat Eclairs. Sama je just rupa paras fizikal dia je langsing dari Cream Puff. Hehe. Lagi satu sebenarnya eclairs disaluti coklat. Tapi baru ku sedar didapurku tiada walau secebis pon coklat. heheh. Xsedar diri punye olang. So hiaskan je la dgn apa yang ada.

N filling dia sebenarnya xsemestinya guna cream custard ni je. Ada yang letak whip cream + buah segar cam stoberi, cranberi, n mcm2 berry lagi la. Ade jugak letak chocolate cream. Ikut suke. N kemampuan juga ya. Huhu.


12 comments:

  1. adoiiiiiiiiiiiiii.. sedapnye.. bila pupel nak buat ni

    ReplyDelete
  2. Cekenit nya puff yg Faa buat ni...hehe. Rajin kan, takpa lah...hehe.

    ReplyDelete
  3. salam faa..ni harga kek yg ditanya tu ye..
    Red velvet cake RM90 dan rainbow cake size 2kg RM90 dan size 2.8kg RM110..

    ReplyDelete
  4. pupel: buat laa...sangat senang tp leceh..haha camne tu?hihihi

    ReplyDelete
  5. along: memang cengkenit sangat..xpuas rasa..pas ni nak buat lagi gedabak punye size..hehe

    ReplyDelete
  6. faa... cantik je puff tu.. kak rose buat x pernah nya nak jadi.... adoyaiiii

    ReplyDelete
  7. ni pon xbeberape nak jadi kak rose..hehe...dua 3 kali berhempas pulas baru dpt hasil ni...susah jugak ek nak buat cream puff ni...

    ReplyDelete
  8. makanan nih manis
    :-)


    P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  9. hans: kite leh wat dia jadi xmanis..hihi

    ReplyDelete
  10. hehe.. sama la.. selalu gak suker derhaka dgn resepi.. pantang ada jerk benda nak diubah...

    ReplyDelete
  11. puteri salju: taw xpe...hihii..kunun nk tunjuk terror.

    ReplyDelete

superb komen-ngomen