faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, January 21, 2012

Lasagna - homemade. Prego-less

Amacam? Lama x blog ni ditinggalkan? Ok. Ada alasannya disebalik semua ni. Laptop aku punye screen crack, so disebabkan tgh kekeringan duit (baru pas pindah ke Kuantan), so inisiatif diambil dgn membeli wire yg leh sambung dr laptop ke tv LCD. Malas nak repair lagi laptop ni. So skunk sgt la berpuas ati bile dapat online ngan screen yg agak gedabak. Dan En. Rosli jugak dah warning leh on9 time dia g keje je. Hehe.

Oke. Puas merepek. Kali ni aku nak bagi korang satu benda yang paling bermakna dalam idop aku bila impian aku tertunai selepas mulut melancarkan Lasagna ke perut. Hehe. Panjang x ayat? Saje. Hehe. Layan gambo ni jap. Bagi ilang kempunan.


Disebabkan kat Temerloh xde jual Lasagna, so aku makan Lasagna yang import nun jauh dari Shah Alam. Huahua. Thanks to sape lagi kalo bukan sepupu aku, Kak De yang tolong belikan. Hehe. Jom tengok hasil Lasagna beliaw. Click @_@

Pada asalnya, memang aku kirim 2 kotak, saje laa nak simpan buat stok, mane la taw kepingin lagi. Then masa nak amek Lasagna tu, kebetulan nak g beli bahan2 dia skali. Ajak laa Kak De skli kuar.

Pastu dia cite mak dia a.k.a Mak Ngah aku suruh dia buat jugak mende ni. Aku pon bagi la sekotak kat dia n dia request (ceit! request tu!) aku ajarkan dia masak. Haha. Aku memang suka ajar orang masak. So kitaorang pon beli laa bahan2 yang diperlukan kat Tunas Manja (pasaraya besar Temerloh)-saje mention!

Nak bace resepi yang senang n mudah, g je blog Kak De tu. Ni aku nak bagi resepi tanpa menggunakan PREGO or KIMBALL or ANY INSTANT PASTA SAUCE!. It is homemade created by me! Cewahh. hihi. Jom la try, rasa lebih kurang je sama. Kalau nak rasa hebat sikit, kite jgn guna yang segera. Try buat sendiri.


HOME MADE SAUCE LASAGNA

sekotak Lasagna - rendam dalam air panas. aku rendam sekeping 1 bekas utk elakkan dia melekat. Memang berbekas2 digunakan.

daging kisar - ikut suka nak banyak mana. basuh dan toskan
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 biji cili api
2 biji tomato
1 sudu sos tiram*
3 sudu sos cili*
2 sudu sos tomato* - *ikut rasa masing2
1 sudu mix herbs - wajib ada
garam gula secukup rasa
2 sudu butter
12 keping cheesedale
#boleh jugak kalo nak tambah mushroom, spinach,udang dll.

~cincang halus bawang putih, bawang besar dan tomato. cairkan butter dan tumis semua bawang.
~cincang halus cili api. masukkan dalam bahan tumis tadi. kacau hingga naik bau.
~masukkan daging. msak hingga air daging kering dan daging masak. masukkan tomato.
~masukkan semua sos dan mix herbs. kacau rata. Perasakan.
~kacau hingga betul2 kering. bila dah siap, angkat dan sejukkan.
~susun ikut gambar dibawah.


~lepas tu tutup dgn aluminium foil (utk elakkan cheese hangus), then bakar (xingat suhu berapa. bedal je) 20-30 minit. then bukak aluminium foil, bakar 10 minit utk cheese cair.

Senang je nak buat mende ni. Then bila dah makan, xde laa rasa eksaited sepeti yg digambarkan sgt. Sama je rasa pasta yang lain. So kalo xde lasagna ni, leh je gantikan ngan macaroni or spaghetti or any other pasta.

Tapi nak buat sos daging homemade ni, MIX HERBS tu wajib ada. Hehe, benda tu la yg menaikkan aroma pasta sauce ni. Ala beli je sebotol, simpan kat dapur. Masukkan je dalam apa2 je Western Food yg kite nak masak. Ini siyes!

9 comments:

  1. wah... tgk pun dh sedap, ni lum rasa lg... yummmy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kak...mesti lgi teras keyummyannya..hihi

      Delete
  2. tak pernah rasa.
    look delicious.
    boleh jadik chef lah faa

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..mmg cte2 nk jd chef..cbe la try farah..snang ngat

      Delete
  3. Hello there. Nice blog you have. Come join this? Thanks :) http://dafinz.blogspot.com/2011/12/contest-dialog-dafin.html

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..macam rupa kat Secret Receipi :-)

    ReplyDelete
  5. wahhhh, fa...senang citer kan???tak payah prego bagai..jimat pun jimat...nak try jugak laaa...swonok plak tgk fa masak lasagna tak payah guna prego...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang..try laa...puas hati mkn sos buatan sendirik!

      Delete

superb komen-ngomen