yes! perotku akhirnya berjaya disumbatkan dengan makanan korea! hasil dari air tangan aku plak tu! sangat puas hati...cewahh..riak disitu yaa..sepak kang faa.. :)
xde laa..dlm banyak2 makanan korea, Ddeokbokki ni laa makanan yg aku teringin sekali nak rasa..tak nak makan yang beli punya sebab takut tak kena dengan anak tekak. hehehe. (padahal kedekuit!)
puas cari resepi rice cake ni. tapi tak penah jumpa yg bertepatan dengan citarasa I. hehe. ak penah tengok Family Outing ni, diorang buat rice cake ni. mula-mula rendam beras, kisar, kukus then masuk mesin uli-uli sampai laa jadi rice cake yg diingini.
so aku pon mulakan laa experimen. mula-mula aku buat laa dgn konfidennye guna tepung beras+air+garam. dah uli2 rebus pastu masak dgn kuah. puas+jenoh+perot berkerriukkk ddeokbokki tu masak tapi setelah sejam lebih aku renih, rice cake tu tetap mentah. frust! dah r lapar! so terus buang rice cake tu.
then aku try plak guna beras pulut sebab tiba2 ktiing! terkeluar idea yg beras orang Korea ni kan melekit cam pulut. so maybe better guna tepung pulut, dan akhirnya.........menjadi! Alhamdulillah. pasni boleh buat lagi..hehe.
jom tengok resepi Ddeokbokki versi melayu ni. soooo simple n yummy!
DDEOKBOKKI
RICE CAKE:
2 cawan tepung pulut
1 sk garam
air secukupnya
~didihkan air dalam periuk.
~gaul garam dan tepung. masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh n x melekat. alaa macam buah doh Kuih Gula Melaka tu.
~gelekkan panjang (berbentuk silinder). potong sepanjang jari telunjuk.
~rebus. bila dah timbul, angkat. simpan air rebusan.
KUAH:
sedikit minyak untuk menumis
2-3 ulas bawang putih
5 biji cili api
sos cili - ikut suka
sos tomato - ikut suka
2 sudu serbuk cili - jadikan pes dgn sedikit air (kalo xsuka pedas, xnak isi pon xpe)
1 paket perencah sup sayur adabi
ayam/daging/isi ketam/sosej koktel/fishcake/tauhu - apa2 protein yg korang suka
kobis panjang/carrot/daun bawang/kucai/sawi/kobis - apa2 sayur yg korang suka
air & air rebusan rice cake secukupnya
~blend kering cili api & bawang putih. tumiskan
~masukkan daging/ayam/pape je pilihan korang. masukkan sos cili, sos tomato, perencah sup sayur & serbuk cili. masukkan air mengikut citarasa kita. biarkan mendidih.
~masukkan rice cake dan sayur. masak hingga kuah jadi pekat.
ni sebelum kuah dia pekat. jangan risau..dia akan jadi pekat nanti. jangan isi banyak sangat air taw!
~makan laa panas2 dengan chopstick besi ala-ala korea yaa..aku xde lagi chopstick besi. nanti aku beli k. hehe.