faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, March 16, 2013

Lemon Rainbow Cupcake (butterfly flower garden theme)


apa khabar semua. heaven faa rasa skang bila dapat balik umah n masak-masak. lagi heaven bila my ummi belanja stand hand mixer. mmmuahhhh! sayang ummi lebih la! thanks dear ummi! hehehe. apa lagi, terus laa baking cupcake.


tapi faa buat cupcake guna tepung cake segera je. malas nak pikir. hehehe. tapi faa ubah rasa dia. faa tambah parutan kulit lemon n jus lemon and automatik bertukar jadi cupcake lemon! n faa bosan tengok kaler putih je, faa buat laa rainbow. haaaa bab tu memang faa rajin. bak kata ummi faa, faa suka buat benda pelik-pelik. heuheu. dats me.


kebetulan ummi cakap hari ni hari jadi first Rayyan Baihaqi, anak kakak sedara faa. n kebetulan jugak hari ni birthday kawan baik faa, Nadia Aqeela. happy birthday to both of you!! jom laa tengok resepi simple LEMON RAINBOW CUPCAKE menggunakan tepung kek segera jenama Nona ni :


LEMON RAINBOW CUPCAKE

  • 1 kotak tepung sponge cake segera perisa vanilla
  • 80 ml air
  • 80 ml butter - suhu bilik
  • 5 biji telur saiz A
  • 1 sk parutan halus kulit lemon
  • 1 biji lemon - ambil jus saja (lebih kurang 2-3 sudu)
  • pewarna kegemaran. tak nak bubuh pon takpe.
~panaskan oven 180C. susun paper cup dlm acuan muffin.
~pukul telur dan air hingga kembang. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana seingga sebati.
~masukkan butter dan pukul hingga sebati dengan kelajuan perlahan. masukkan kulit dan jus lemon. putar seminit.
~asingkan adunan beberapa mangkuk. warnakan setiap mangkuk. letak dalam acuan cupcake sehingga penuh. 
~bakar selama 20-25 minit atau hingga masak. sejukkan cupcake.

BAHAN HIASAN :

~coklat yang dicairkan ( cairkan milk chocolate menggunakan kaedah double boiler)

~buttercream (4 sudu butter, 2-3 sudu gula aising, 1 sk esen vanilla, 1 sudu susu segar,pewarna. putar semua hingga gebu)

~manik bewarna
~mashmallow
~lidi

CARA 1: BUTTERFLY CUPCAKE


1 : potong permukaan cupcake. belah kepada 2 untuk dijadikan kepak

2 : sapu permukaan dengan coklat cair dan paipkan buttercream. kalau nak cantik lagi, paipkan buttercream di seluruh permukaan dan buat tinggi sedikit.

3 : letakkan kepak tadi di atas buttercream.

4 : paipkan buttercream di tengah-tengah untuk dijadikan badan butterfly

5 : susun manik atau paipkan coklat untuk hiasan bahagian badan. ikut suka. hehe. siap!



CARA 2 : TAMAN BUNGA

1 : mula-mula potong permukaan kek mcm buat butterfly cake tadi. pastu terap bentuk bunga.
2 : masukkan buttercream dalam piping bag. kalau takde, bag plastik pon boleh. potong sikit hujung dia. jangan besar sangat. pastu paip kan macam dlm gambar.



3 : cucuk bunga cake yg diterap tadi dengan lidi dan cucuk pada cupcake. boleh jugak cucukkan mashmallow. ikut creativiti!




 haaaaaa. simple kan? jimat pon jimat. kalau nak seronok, ajak adik-adik, atau anak jiran atau anak sedara deco cake sama2.comel tak? comel la..comel laa..comel laa..hehehehe


yang ni special untuk Rayyan. just paipkan coklat cair atas kertas minyak then sejukkan 1/2 jam. keluarkan perlahan-lahan dan hias la! senangkan? ni hasil kerja adik faa, Angah. hehehehe.


**opps lupa sat. jom singgah blog kawan faa ni, dia promote blog faa. terharu rasa. thanks Luqman Zakaria! hehehe.

arepnakbebel.com
click ^_^

Thursday, March 14, 2013

Ayam Cendawan


yea! yea! faa nak balik kuantan! so nantikan resepi baru dari faa ek. hehe. perasan. padahal takde sape pon yg tunggu resepi dari faa. Insyallah kalau takde hal, 2-3 resepi bakal dicuba minggu ni. gian dah ni nak memasak. lama kan faa tak update blog. heuheu.

so meh laa layan resepi yang dah lama berkurun faa buat tapi baru nak di post. resepi simple je. kalau kita makan nasi goreng cendawan, kan ada lauk cendawan dia tu. haa, ni faa nak tunjuk macamana nak buat lauk cendawan dia tu versi ada ayam. boleh jugak makan ngan nasi biasa. selamat mencuba!


AYAM CENDAWAN

  • sepeket cendawan - dicuci
  • beberapa ketul ayam - dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 4-5 biji cili api - diketuk
  • 1 paket perencah nasi goreng cina adabi / 1 kiub ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji limau nipis - ambil jus sahaja
  • 1 1/2 sudu tepung jagung + 1/2 cwn air
  • garam gula untuk perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
~panaskan minyak. tumis bawang putih, halia dan cili api hingga naik bau.
~masukkan ayam dan kacau rata. masukkan perencah nasi goreng cina, sos tiram dan jus limau nipis.  kacau dan biar hingga mendidih dan masak.
~masukkan cendawan. kacau 2 minit.
~masukkan air tepung jagung dan kacau rata. rasa. jika kurang masin dan manis, tambah sedikit garam dan gula. 




Monday, March 11, 2013

Maggi Ladna Simple


hai semua. maggi je entry hari ni? hehe. bukan apa, back to study life means back to maggi life. bagi faa la. heuheu. maggi adalah makanan penyelamat bagi student macam faa ni. so kalau bosan asyik makan maggi kosong je, apa kata try pelbagaikan citarasa maggi tu. tak salah kan?


faa lah antara orang yang tak beberapa suka makan maggi kosong. paling kurang pon mesti nak ada lauk. kalau kat hostel ni, faa beli ayam goreng seketul, balik umah masak maggi. ok dah. tapi ni faa buat maggi ladna ni kat umah faa kat Kuantan. hehe. kat hostel ni susah gak nak masak. gas tak beli lagi. huhu.jom lah tengok resepi mudah tapi rasa umpph! siap kena puji ngan ummi abah lagi. hehehe. ni resepi untuk 3 orang makan ya.


MAGGI LADNA SIMPLE

  • 3 bungkus maggi Ayam - asingkan perencah. rebus maggi sampai masak, basuh dan tapiskan.
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 4-5 biji cili api - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis - ambil jus
  • 2 batang sosej & 3 batang crabstick - boleh digantikan dengan daging, ayam,udang,sotong etc.
  • air - ikut citarasa nak kuah banyak mana
  • 1 paket perencah maggi Ayam.(kalau nak masin lagi, tambah lagi sepeket. ikut citarasa)
  • sayur pilihan (faa guna kobis&bunga kobis)
  • 1 sudu tepung jagung - dilarutkan dgn 3 sudu air
  • sedikit minyak untuk menumis
~panaskan minyak. tumis bawang putih, cili api dan serai hingga naik bau. masukkan air.
~masukkan daun limau purut, perencah maggi Ayam, jus limau, sosej dan crabstick. biar hingga mendidih. perasakan.
~masukkan sayur dan masak 2-3 minit. masukkan air tepung jagung dan kacau hingga pekat dan mendidih. tuang kuah atas maggi panas-panas. makan!



Saturday, March 9, 2013

Ice Cream Cake Faaskin Robin. hahahahaha


how are u olls? dah dinner? malam ni faa makan maggi goreng segera + hot green tea. tak g beli makan pon. not in the mood sangat sebab weekend faa dipenuhi dengan ceramah dan modul. tadi 1/2 hari tengok movie kenegaraan tajuk 'Tanda Putera'. inilah satu-satunya movie genre sejarah negara yang faa boleh terima sebab tak membosankan. atau mungkin sebab ianya free? hehe. tak juga, banyak juga movie kenegaraan yang faa tengok free sebelum ni tapi semua membosankan. Tanda Putera yg isunya filem politik sebenarnya bagi faa bukan filem politik mempecah belahkan negara, tapi cerita tentang pengorbanan dan usaha 2 orang bekas pemimpin negara, Tun Dr Ismail n Tunku Abd Razak. menarik jalan cerita dia tapi ada konflik nak siarkan kat panggung. apa konfliknya? google la sendiri. hehe.


panjang pulak ceritanya ya. rilek. faa bukan nak cerita pasal politik pon. kang jadi blog panas plak kan. tak pasal-pasal cair kek eskrem faa ni kang. heuheu. inilah masakan terakhir yang faa buat sebelum masuk sem baru 2013. rindu pada dapur, oven, tepung, gula, utensils, camera semua dah tahap berkilo-kilo dah ni. 


sebenarnya ini juga hasil cabaran kawan baik aku yang sekarang sedang bertarung demi kerjaya impian dia di Tanah Arab, Eychah. sebelum dia gerak kesana menjalani training sebagai Flight Attendant selama 6 minggu, dia ada cabar faa buat kek eskrem. so faa nekad, before faa busy dengan buku, faa nak juga sahut cabaran dia, haaa. nah Siti Aishah Sakinah, kek eskrem sebijik! tapi awak tak boleh rasa sebab awak jauh. tehee. jamu mata je ya.


kek eskrem faa ni mudah je. main campak-campak je. hehe. nak kemas susun laa elok sikit ya. faa ni pemalas. dengan takde hiasanya, kek togel je. mujur swiss roll giant tu ada warna sikit. kalau tak lagi nampak bogel je. heuheu. jom la tengok resepi.


ICE CREAM CAKE FAASKIN ROBIN

  • 1 biji swiss roll / kek sponge biasa - faa guna swiss roll kecik-kecik warna-warni yg ada jual kat Giant tu. kek dia sedap.
  • 2 box kecil / 1 box besar aiskrim perisa pilihan - faa pilih 1 perisa strawberry n 1 perisa vanilla cookies
  • manik warnawarni / coklat cip / buah2 yg dipotong dadu kecil / kitkat hancur / oreo hancur - ikut suka. tak nak pon takpe
  • plastic wrap
  • loyang tinggi bersesuaian
~keluarkan 1 box kecil aiskrim dalam peti dan biarkan 20 minit suhu bilik
~alaskan loyang dgn plastic wrap. lebihkan plastic wrap cukup untuk tutup bahagian atas kek nanti.
~hiris swiss roll selebar 1 inch. susun swiss roll rapat-rapat dalam dulang yg dialaskan plastic wrap.
~tuang 1 box kecil aiskrim hingga habis dan ratakan. tabur manik warna-warni or ikut pilihan nak tabur apa. 
~tutup permukaan aiskrim dgn plastic wrap lebihan tadi. sejukkan dalam peti sejuk beku selama 1 jam.
~20 minit sebelum keluarkan kek aiskrim, keluarkan 1 lagi box kecil aiskrim dan biar suhu bilik.
~keluarkan kek aiskrim. bukak plastic wrap dan tuang habiskan 1 lagi box kecil aiskrim dan ratakan. hentak-hentak loyang sedikit bagi aiskrim rata. balut semula dengan plastic wrap.
~masukkan dalam peti beku dan biar 4 jam atau lagi sedap semalaman.
~bukak plastic wrap, letak pinggan atas dulang dan telangkupkan dulang. keluarkan kek eskrem dari dulang perlahan-lahan. buang plastic wrap dan  potong dan hias ikut suka. makan!



kita kena laa kreatif nak buat kek aiskrim ni. jimat pon jimat. tak payah berbelanja mahal pon boleh makan kek eskrem kan? kalau nak buat hari jadi pon boleh. tapi bila saat nak potong laa baru keluarkan dari peti sejuk beku n biar kek ni semalaman baru sejuk elok. selamat mencuba!


Friday, March 8, 2013

Ayam Sambal Blueberry


salam Jumaat. dah lunch? tak taw nak makan apa?hehehe. saje nak suggestkan lauk ni. daripada bosan makan ayam sambal biasa, apakata gantikan gula dengan sesudu blueberry filling. ada rasa kelainan sikit. kita kena lah rajin mencuba n mengambil risiko kalau nak rasa yang berlainan kan?hehehe


AYAM SAMBAL BLUEBERRY

  • 2-3 ketul ayam - digoreng garam kunyit dahulu
  • sedikit minyak
  • 4 sudu cili blender - bawang besar, cili kering dan bawang putih diblend
  • 1 sk blueberry filling
  • garam, gula secukup rasa
  • 1 sk asam jawa adabi
~panaskan minyak, tumis cili blender hingga garing.
~masukkan blueberry filling, perasakan dengan garam dan kalau kurang manis, isi sedikit gula
~masukkan asam jawa segera adabi dan kacau rata. kalau terlalu garing, masukkan sedikit air.
~masukkan ayam goreng dan kacau 5 minit. tutup api dan hidangkan





kailan ikan masin


nothing special yang dapat faa post kan. hanya lauk-lauk simple je yang tinggal dalam folder. maafkan faa ya.    tu pon perasaan malas nak post berleluasa dalam hidup faa ni. dah laa minggu awal sem kan. dah masuk sem 5 pulak tu. busy mengalahkan PM nak mengadap musim undi. haish~ 

jom lah tengok resepi lauk simple dari faa ni. rasanya lauk ni fevret semua kan. lagi-lagi kalau kat kedai siam. hehe. jom tengok resepi.


KAILAN IKAN MASIN

  • 1 ikat kailan - dibersihkan dan dipotong
  • 2-3 keping ikan masin - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4-5 biji cili api
  • 1-2 sudu besar sos tiram - ikut citarasa
  • sedikit air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
~ketuk bawang putih dan cili api. hiris bawang besar.
~panaskan minyak. tumis bawang putih, bawang besar dan cili api. masukkan ikan masin dan tumis hingga garing.
~masukkan kailan, sos tiram, dan sedikit air. kacau rata. perasakan dgn garam dan serbuk perasa. rasa dulu baru isi garam. kalau dah masin tak payah isi.
~kacau 5 minit dan angkat.



Thursday, March 7, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food


nak join, click gambar or here *_*

apa khabar semua? sihat? heuheuheu. lama kan tak update resepi. faa skang bz baru masuk belajar kat Melaka so jarang dapat online lelama. resepi banyak lagi dalam folder yg bakal direavel, tapi tak berkesempatan lagi. hehe.

banyak plak membebel, memandangkan dah lama tak memasak, tak de resepi baru, so faa nak join contest laa pulak. saja suka2. untung menang, tak menang pon dapat share makanan kegemaran kita n resepi dengan semua orang kan? jumpa contest ni kat blog Kak Amie, terus laa faa join. dapat buku ooooooo. boleh tambah koleksi.

pada sape-sape nak join, sila click pada gambar untuk ke blog Tun Telani. syarat-syarat yg simple and kita just story-mory about our favourite food. simple kan? singgah taw jangan tak singgah.

oke, lets get started.

dulu faa tak suka makan roti. roti buat faa cepat muak. apa-apa je yang berkaitan dengan roti faa cepat muak. roti kosong, roti sandwich, burger, pizza, apa-apa je lah yang doh nya berasaskan doh roti (except roti canai n roti jala :)

so nak dijadikan citer, haritu ummi faa terbeli a lot of roti. tak tau apa mimpi and macam sayang je nak buang. faa pon try laa buat pudding roti and sejak dari tu, faa jatuh cinta dengan dessert yang diberi nama BREAD PUDDING atau bahasa ibundanya, PUDING ROTI. inilah dia hasil puding roti faa yang pertama yang dah berjaya memikat hati faa.


MY FIRST BREAD PUDDING : BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING WITH CUSTARD SAUCE


RECIPE CLICK ^_^


lepas tu cuba pulak buat kelainan pada puding roti. bagi ada rasa kick sikit. faa try buat Meringue Bread Pudding with Vanilla Sauce. heaven sgt. macam makan puding roti ala pavlova gitu. hahaha. jom tengok.


MERINGUE BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE



RECIPE CLICK *_*


then nak try pulak nak rasa puding roti coklat. tambah pulak pisang. tapi resepi ni, bagi faa lagi sedap tanpa pisang. sebab faa tak minat pisang, tapi still peminat tegar puding roti!

BANANA CHOCOLATE BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE


RECIPE CLICK #_#

and last but not least, faa nak try buat puding roti n baked guna pemanggang ajaib. and its worked it and worth it! sangat sedap! yang bestnya, puding roti kan sedap kalau dimakan suam-suam so kalau baked guna pemanggang ajaib, senang nak hangatkan kalau teringin nak makan. senang kan?

PEMANGGANG AJAIB'S BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE.


RECIPE CLICK -_-

oke. done with my entry about my favourite food, ever! korang try taw n jangan lupa join giveaways ni! bye!

Saturday, March 2, 2013

My online bundle boutique, PAVI (pick-a-vintage)




JOM LIKE PAGE FB PAVI (pick-a-vintage) KEPUNYAAN FAA. JUST NEED A LIL BIT SUPPORT FROM FAMILY AND FRIENDS. HEHE. SAJA NAK MENCUBA MENIAGA KECIK-KECIK. JOM SINGGAH. HEHE. XOXO.
LOTS OF LOVE, FAA.

click *_* untuk ke page PAVI(pick-a-vintage)

Milk Fruit Cocktail


ni lah dia minuman/dessert kegemaran abah. senang je nak buat dia. tinggal malas dengan rajin je. hehe. bukak 1 tin susu cair, 1 tin fruit cocktail. kacau air gula, tambah air masak secukup rasa. dah siap! hahaha. meh laa nak jugak bagi resepi. 


MILK FRUIT COCKTAIL

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin fruit cocktail - tin biasa sebesar tin susu cair. kalau nak yg besar pon boleh. ikut suka
  • sirap gula secukup rasa
  • air masak secukup rasa
  • ais secukupnya
  • *boleh tambah hirisan buah segar, jelly, sumi, agar-agar dll. ikut suka ya.

 ~masukkan semua, kacau rata, n hidang. tadaaaaa~ siap.