faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Friday, March 1, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake


hai semua..faa ni kat Temerloh, rumah nenek faa, faa baru sampai dari Melaka. penat mengangkut barang2 dari stor ke rumah sewa. Class start Isnin ni tapi kena daftar hostel awal. diorang ingat pelajar-pelajar ni duduk sekitar situ je? 5 jam memunggung atas bus semata-mata nak g angkat barang je. haaa..kan dah star complaint. huhuhu.


sebelum faa balik Melaka hari Khamis tu, faa sempat laa baked HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE. dah lama terpandang kat blog Kak Ita, tapi tangguh dulu sebab macam tak berkeinginan lagi. bila tengok Kak Mas dah buat, terus copy resepi dan terus baked! kebetulan nak try buat cupcake guna acuan silicone yang faa beli kat Mr DIY Shop, macam ni rupanya..


takut jugak hangus. sebab macam plastik kan. bedebor laa jugak. hehehe. dah tersedia sebaldi air kat tepi takut-takut terbakor, oke tipu. hehe. 


thanks to Kak Ita and Kak Mas atas resepi simple n sedap ni. jom tengok kejadian cupcake kepunyaan Kak Mas kat sini --click *_* dan Kak Ita punya kat sini --click ^_^ . dua-dua comel, gebuss ang putih melepak. faa punya hitam legam tak taw laa apa punca. hehe. izinkan faa copy resepi kat sini tapi faa ada edit-edit guna bahan yang ada kat dapur. hehe.


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

  • 4 biji kuning telur
  • 30 gm gula castor
  • 1 sk esen vanilla
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak canola - faa guna minyak masak
  • 55 gm tepung cake - faa guna tepung gandum + 1/2 sk soda bikarbonat
  • 20 gm tepung castard
  • 1 sk baking powder
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sk garam halus
  • 80 gm gula castor
~panaskan oven 170C
~susun paper cup dalam acuan atau guna acuan remekin.
~ayak tepung, baking powder, tepung castard sebanyak 3 kali.
~pukul kuning telur menggunakan whisk. campur gula, esen vanilla, susu segar, minyak dan kacau rata hingga gula larut.
~masukkan bahan diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
~dalam bekas lain (yang betul2 kering), pukul putih telur dengan garam hingga berbuih. masukkan 80 gm gula castor dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi soft peak (meringue)
~masukkan 1/3 adunan meringue dalam adunan kuning telur tadi dan kacau menggunakan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga rata.
~masukkan baki meringue dan kacau lagi guna kaedah kaup balik hingga semua rata.
~tuang adunan dalam cup sehingga 80% penuh. hentakkan sedikit loyang dan bakar selama 20-30 minit  atau hingga masak.
~sejukkan kek dan paipkan custard filling.



CUSTARD FILLING

  • 2 sudu tepung castard
  • 4 sudu gula
  • 1 cwn susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu butter
  • 1 sk essen vanilla
~masukkan semua bahan dalam saucepan/periuk kecil. kacau rata hingga tiada berketul-ketul.
~buka api perlahan dan kacau sentiasa sehingga pekat. tutup api dan kacau lagi hingga suam. untuk elakkan menjadi berketul.
~sejukkan dan paipkan filling atas cupcake. faa guna sudu je. hehe. nyum!



4 comments:

  1. untung la Faa dh try jugak...akak ni asyik tgk org lain aje baked..bile la masanya tu...ketingglankan..hehe

    sggh comeiii HCC tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hitam legam kak..cantik apa..hehehehe...akak try laa..sedap..

      Delete
  2. sedap kan kuih ni.
    macm nk buat lg. hihi

    ReplyDelete

superb komen-ngomen