faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Tuesday, May 14, 2013

Ikea (Swedish) Meatball


ikea meatball lagi? haishh. asyik rasa homemade je..bila laa berpeluang nak rasa the real real real ikea meatbal agaknya? asyik tak berkesempatan je. ikea tu haa, bereapa kali asyik lalu je. tak pernahnya abah melencong masuk nak belanja anak-anak dia merasa the real ikea meatball. hehe


faa pernah buat sebelum ni. resepi asal dari wildcutecat tapi diolah oleh faa mengikut citarasa dan menggunakan bahan yang mudah didapati. and untuk mendapat nikmat yang ketara, faa sarankan guna meatbal jenama RAMLY dan MARINA sahaja. selain dari tu rasa dia FAILED!! ada yang rasa lemak je, rasa tepung lebih. tak sedap la. try k!


SWEDISH IKEA MEATBALL

--meatball jenama MARINA atau RAMLY secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.

--kentang goreng secukupnya.
--1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

--gravy :
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cwn air sejuk
  • 100 ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu gula 
  • serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging

~cairkan butter guna api perlahan. tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
~masukkan tepung gandum. kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
~masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. kacau rata dan biar sampai mendidih.
~sentiasa kacau bagi tak berketul. perasakan dgn garam jika terasa tawar. kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
~kacau sebati. tutup api, blender gravy tadi hingga halus. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!



8 comments:

  1. Masya Allah... Faa memang hebat!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak...tp bg faa,akak lg hebat!!akak sifu faa

      Delete
  2. Salam faa...k.atie xpernah try lagik..tp nampak sedap faa buat ni :)

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Faa..

    Amboiiii..dah pandai buat meatball ala2 ikea pun masih berangan nak makan yg the real nyer yer..hihihiii. Kak Naz pun teringin nak mkn ikea meat ball laaaa.. Dapat yg home made nyer pun ok.. Masak sikit utk akak boleh? hahaha

    Ni ternampak meggie asam laksa kat bawah tu pun dah buat perut berkeroncong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak...teringin laa rasa yg asal kan..hehehe....

      Boleh kak...dtg kuantan,nnt faa masakkan..huhu

      Delete
  4. hai faa.. dah lama tgk2 blog faa ni. resepi ikea meatball faa pn inia dah try. sedap! actually resepi faa lg sedap dari yg kat ikea pnye sbb diorg pnye rasa creamy sket.. hahah. tapi masing2 ada cara masing2 kan. tq kongsi resepi yg sedap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai inia...thanks sbb sudi cuba resepi..hehehe

      Delete

superb komen-ngomen