faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, August 16, 2012

semoga dia cepat sembuh.

dah lama kita tak jumpa.
pagi tadi kita bergembira sebab dapat keluar sama-sama.
seronok dapat tukar-tukar hadiah untuk raya.
tak sabar nak berbuka dengan family saya.
saya gembira awak sudi berkenalan dengan keluarga saya.

kita plan nak berbuka dengan keluarga saya kat padang yang femes tu.
tapi petang tadi tibe-tibe hujan lebat cuaca tak menentu.
saya risau plan tak jadi, awak pun dah haru.
tapi Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kita untuk bertemu.
hujan berhenti, aku bersyukur pada-Mu.
selamat berbuka sefamily walaupun awak malu-malu.
huhuhu. :)
mula-mula awak cakap lepas sahur esok baru awak nak balik terengganu.
tapi tiba-tiba awak cakap nak balik lepas berbuka dengan cuaca yang macam nak sejuk beku.
saya risau tau tapi hanya bersetuju.
sebab awak nak pergi ziarah kubur ayah awak pagi khamis tu.
saya hanya mampu berdoa awak selamat sampai sebab awak sorang-sorang memandu (motor).

saya, abah n ummi pesan bawak motor elok-elok.
kalau mengantuk atau penat, terus stop.
jangan paksa lagi2 kalau mengantuk.
biar lambat asalkan selamat sampai esok.
saya pesan kalau stop, mesej saya, jangan bagi saya risau tahap beruk.

tapi lepas sejam, awak call saya.
saya fikir mungkin awak nak bagitau saya yang awak berhenti seketika.
tapi suara orang lain yang menyapa.
saya terus risau tak tentu hala.
orang tu bagitau awak accident langgar kerbau tengah2 jalanraya.
saya terkejut macam orang gila.
macam2 benda negatif main2 dalam kepala saya.
orang tu rupanya awak punya anak saudara.
dia cakap awak tengah x-ray tangan awak yang tercedera.
tangan awak patah tapi yang lain2 oke saja.
saya bersyukur cedera awak tak beria.

awak berharap saya disisi awak saat ni.
tapi banyak halangan yang saya hadapi.
saya xde kenderaan nak temankan awak esok hari.
saya hanya mampu berdoa dalam hati.
semoga awak cepat2 sembuh nak sambut raya ni.
awak kena ingat jasad saya takde kat situ tapi jiwa saya selalu disisi.
dengar cakap doktor dan jaga diri.
kirim salam saya pada awak punya family.
saya sayang awak, berharap, berdoa semoga awak kuat dan jadi sihat kembali.
AMIN.



Monday, August 13, 2012

CHOC COOKIES

arini aku mengkukis lagi. kali ni biskut yang aku buat khas untuk Mak Teh aku. dia mintak tolong buatkan kuih utk dia sebab dia tak tempah pon kuih raya tahun ni. so aku tolong laa buatkan. saje nak try Choc Cookies resepi yang diambil dari blog Kak Ika, Arah. jom tengok choc cookies beliaw yg sgt cohmei! click (#_#)



tapi faa ade ubah sikit resepi Kak Ika tu sebab faa buat 2x ganda resepi n sangat lembik. faa takut nak tambah tepung gandum takut keras so faa tambah tepung jagung. Alhamdulillah elok rapuh biskut faa. faa minta maaf ye akak. tapi memang best ever laa biskut ni sebab faa xberminat sgt biskut coklat ni. tp guna resepi ni sedap jadi biskut ni. hehe. thanks akak!



ni resepi yang dah diedit oleh aku. korang try laa. sedap n simple. resepi ni aku gandakan sebab nak buat banyak. tspi ni pun dapat dlm 60 biji biskut je. kalo nak banyak lagi, triple kan resepi ye. hehe. Selamat mencuba!



CHOC COOKIES

3 cwn tepung gandum
2 cwn serbuk koko - aku guna Van houten. sedapp.
2 sudu kecil rata baking powder
1 cwn tepung jagung
340gm butter
2 wn gula castor - kalo xsuka manis, guna 1 1/4 je
2 biji telur
1 sk esen vanilla

~ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, tepung jagung.
~pukul butter dgn gula hingga sebati. masukkan esen vanila. kacau rata.
~masukkan telur dan kacau sebati. masukkan bahan ayak dan uli hingga jadi doh lembut.
~masukkan doh dalam peti sejuk sebentar dalam 20 minit untuk memudahkan proses terap.
~tabur sedikit tepung atas papan canai, alas doh dgn plastik dan canai doh setenal yang anda suka. tidak terlalu tebal n tidak terlalu nipis.
~terap doh  dan susun atas dulang yg dah di gris n ditabur sedikit tepung. hiaskan.
~bakar pada suhu 180C selama 8-10 minit atau hingga masak.



sebelum aku buat cookies ni, aku ada buat black beauty oreo cookies. tapi xmenjadi. tak taw apa salah n silap. sedihh woo. Along n Kak Ita buat comel je. aku buat disaster. malas nak post..huhuhu..maluuu...jom tgk hasil Kak Ita, click (^_^) n Along punye, click (*_*)

Thursday, August 9, 2012

babysitter again

dah lama dah aku jadi babysitter again ni. hihi. dah nak hampir sebulan dah. kalo dulu aku jaga anak orang n dah umur 2 tahun, skang aku jaga anak kakak sedara aku sendiri n dia masih baby. sangat mencabar masa mula-mula nak jaga. tapi lama-lama, Alhamdulillah, aku dah biasa jaga dia.

so aku dah ade pengalaman jaga baby. hehe. tak risau nak kawen dah. ~gatai..

oke laa. baby rayyan baihaqi dah nangess aku nak g mandi dia. bye~~

jom layan pose comel dari rayyan baihaqi.








Wednesday, August 8, 2012

choc pudding with custard sauce

huwaa. berangan betoi si faa ni. dah elok nama tu melayu (puding coklat sos kastard) gedik nak diomputihkan. hehe. alaa..sekali sekala kan. tak salah. biar glamerr sikit nama puding tu. bukan manusia je nak nama glamer. puding pon nak. kan puding kan??? Y_______________Y'


hehe. semalam aku berhempas pulas depan laptop cari menu dessert nak dibuat berbuka. last-last myAbah  ajak berbuka kat luar. Alhamdulillah..teros tido. hihi. tapi sempat laa snap satu puding ni dari Kak Nor, Secubit Garam. tengok puding coklat sos kastard dia..touu..aumm! mengancam. telan airliur tanpa henti aku nengok. teros masuk list nak buat memandangkan stok serbuk koko aku mcm stok beras. ngeh ngeh.



then hari ni baru berkesempatan nak buat. kebetulan kakak sedara aku, Kak Zia nak berbuka kat umah. so ramai laa sikit orang kan. tapi myAbah n suami Kak Zia plak kene berbuka kat Temerloh. tapi takpe. diorang balik sat g aku paksa mkn. hehe.

resepi Kak Nor ni aku ade ubah sikit. Faa mintak izin share kat sini ye Kak Nor puding akak yang mabeless ni. tak sabar nak tunggu berbuka nak rasa. hihi. gambar ni pon aku amek time puding tak sempat sejuk lagi. punya laa xsabar. jom tengok puding Kak Nor yg mebeless tu. (*_*)



CHOC PUDDING WITH CUSTARD SAUCE

choc pudding:
1 peket agar-agar tali - direndam hingga lembut dan ditapis
200 ml air
500 ml susu segar
1 tin susu cair
1 cwn gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko -dibancuh dgn sedikit air panas
1 sb tepung kastard - dibancuh dgn 2 sb air
1 sb butter
1 sk vanilla esen

~masak agar-agar dengan air hingga agar2 larut. tapiskan. masukkan semula dlm periuk.
~masukkan susu segar, susu cair, gula, susu pekat, koko, butter, tepung kastard dan esen vanilla. kacau rata di atas api sederhana hingga mendidih.
~tuang dalam acuan. jangan sampai penuh. tuang 3/4 acuan.biarkan sejuk sebentar.(tak sesuai tuang dalam loyang besar sekaligus.tuang dalam acuan utk sorang-sorang mkn)

custard sauce:
1 tin susu cair
2 1/2 sb tepung kastard
4 1/2 gula pasir
1 sk esen vanilla

~masukkan semua bahan dlm periuk kecil. kacau hingga tepung kastard larut.
~buka api sederhana, kacau sampai sos pekat dan mendidih.
~bila choc pudding dah sejuk, tuang sos kastard atasnya hingga penuh acuan. 
~biarkan sos kastard sejuk sebentar kemudian hias dgn apa jenis hiasan.
~sejukkan dlm peti ais.


uissh. hari panas-panas. dapat plak makan puding sejuk camni berbuka karang, memang heaven laa. korang try taw. senang je ni.



FOR


:)

swedish IKEFAA meatball..hehehe

hahaha. sesuka ati ko je cik jah tukar nama. ade kene saman ngan IKEA nnt. haha. n lagi satu padahal resepi dari org lain. sesuka ati letak nama ko kan?

alaaaa. bukan selalu pon. arini rasa macam omputih sangat bila dapat makan makanan pelik mcm ni. al-maklumla... "aku orang kampung tiada apa-apa..rumahku pun tiada adapun bapa punya.." haha. tunggang langgang lirik. aku ni orang kampung. tak biasa nak makan kat IKEA ke, IKANO ke, IKAN AJAIB ke..erk?~



hehe. disebabkan dari dulu lagi sekejap sorang-sorang update pasal diri diorang dah pernah rasa IKEA MEATBALL yang tersangat fofulerr ni. so aku rasa ketinggalann bebenor. huahua. nak pergi saat ni jugak, tak mampu rasanya. so tindakan sewajarnya pon diambil.

resepi di google dan dianalisa. aku cari resepi yang tuan punya resepi tu mengaku hasil IKEA MEATBALL yg dibuatnya rasa hampir serupa dgn mende alah tu. so aku amek resepi dari seorang akak ni yang menggelarkan diri dia wildcutecat. thanks akak sudi share resepi yang sedap lagi marvelles ini!minta izin share kat sini ya. n faa ada ubah resepi akak ni mengikut citarasa faa n bahan-bahan yg ada kat ceruk dapur faa tu. hehe. kalo korang nak tgk hasil beliau, clik (^_^)



kat bawah ni resepi yang dah diolah mengikut citarasa dan bahan yang ada di dapur aku. hehe.



SWEDISH IKEA MEATBALL

--meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.
--kentang goreng secukupnya.
--1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

--gravy :
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula 
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging

~cairkan butter guna api perlahan. tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
~masukkan tepung gandum. kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
~masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. kacau rata dan biar sampai mendidih.
~sentiasa kacau bagi tak berketul. perasakan dgn garam jika terasa tawar. kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
~kacau sebati. tutup api, blender gravy tadi hingga halus. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!




aku tak taw laa nak decide kan resepi ni sama tak rasa dengan meatball Ikea yang real. tapi first time aku makan, perghhh! heaven sungguh! memang sedap tak terkata. mula-mula tu aku pelik jugak, sedap ke makan dengan strawberry jam ni?tak mabuk ke nanti? tapi bila dah try, walla! deliciouso! tak muak pon.

saje feeling-feeling konon makan kat IKEA. dgn pisau garfu nye, segelas coke nye n pinggan pink nya. sebab dgr cite dia serve dlm pinggan pink. ye dak? aku pon xtaw..ngehngeh~


so lepas ni takde laa terkilan sangat tak pernah rasa meatball ikea. makan meatball IKEFAA pon dah heaven. ngeh ngeh, *perasan!burrrppppp.. Alhamdulillah. hihi.





Sunday, August 5, 2012

cornflakes madu

oke, my second kuih raya, done! hahaha. kuih fevret ni. tiap2 taon mesti ade. taon lepas buat tapi ada sikit kesilapan sebab agak lemau sikit cornflakes madu aku tu. nak tengok yang dulu, click (#_#).



kali ni resepi diinspirasi oleh my sifu, Kak Ita dari blog Masam Manis. jom tengok kejadian cornflakes madu dia. click (~_~). tapi kak, faa ubah kuantiti dia n x masukkan benda lain. just cornflakes je. sebab kalo masuk benda lain kompem xdimakan. hehehe.



kali ni buat ramai-ramai. semua membantu. Abah aku pon turut tolong sudukan sesudu dua dalam cup. hehe. tapi kejap je la. last-last tinggal aku ngan Ateh je. ye laa, 3 kotak cornflakes. lenguh jugak laa. dapat nak dekat 2 balang besar n 2 balang sederhana. mewah betoll! huahua.

ni resepi yang aku dah ubah kuantiti dia. korang try laa k. senang je. kuih raya paling senang di dunia!


CORNFLAKES MADU

3 kotak cornflakes (sekotak 325gm)
1 buku setengah buttercup (350 gm)
1 bekas kecil madu (250 gm)
1/2 paket gula perang - boleh kurangkan
gula manik

~cairkan butter. masukkan gula perang dan madu.tutup api. kacau rata. tuang cornflakes dan kacau rata.
~sudukan 1 sudu kecil dalam cup. tabur gula manik.
~bakar pada suhu 170C selama 5-10 minit.


Saturday, August 4, 2012

famous amos cookies. my 1st kuih raya.

Alhamdulillah. akhirnya sebalang kuih raya dah berjaya disealed. haha. aku ingat nak buat kuih ni ngan adik aku, Ateh, tapi hampeh. tido je kejenye. last2 aku buat sorang. mujur dibantu 25% oleh Abang.

suka sangat sebab akhirnya choc chips yang aku idamkan menjadi! rasa dia xde laa 100% sama ngan cookies famous amos tu. tapi ade laa 85% sama. sedapppppppp sangat. lagi heaven makan ditemani susu. wahh. semalam sambil buat dan laa habis 2 gelas susu n 2 cookies size giant punye. haha. saje buat lebih utk size giant. utk makan2. xde laa nanti tgn menyelinap masuk dalam balang kan? haha.



ok, resepi aku amek kat MyResipi by syari. thanks taw sudi share resepi. sedap sangat resepi famous amos awak ni. Faa panjangkan lagi resepi awak kat sini ya. mohon share. kalo nak tengok, click (@_@)


FAMOUS AMOS COOKIES
(1kg cookies = 100 keping)

1 cwn gula
1 cwn gula perang
1 cwn mentega (150gm)
1 cwn minyak masak
1 biji telor
1 sb susu segar
4 cwn tepung gandum
3 sb tepung jagung
1 sk cream of tartar - dekat pasaraya ada jual
1 sk baking soda
1/2 cwn hazelnut (nak ganti kcg lain mcm badam, walnut etc pon bleh)- tumbuk kasar
2 cwn chocolate chips
1 sk esen vanilla

~panaskan oven
~ayak tepung gandum, tepung jagung, cream of tartar, dengan baking soda.
~pukul gula, gula perang, mentega, minyak, telor, susu dan esen vanilla hingga sebati.
~masukkan bahan yang diayak, hazelnut & chocolate chips.
~sudukan 1 sudu kecil diatas dulang pembakar. dulang tak payah gris. sudukan jarak2.
~bakar suhu 175C, api atas bawah, selama 10-15 minit. perhatikan selalu takut biskut hangus.
~untuk mengelakkan doh mencair, lepas doh disudukan dalam dulang, sementara tunggu bislut dibakar, simpan doh dalam peti dulu. bila nak sudukan dalam dulang baru keluarkan semula.



buat dia senang je. yang penatnya tunggu nak membakar tu. pergh. mujur sambil buat tu aku layan radio THR. ade laa ditemani lagu raya. time lagu sedih tiba2 nak nangis. pe motif ntah? duduk ngan family dah. haha. selang seli plak ngan lagu hindustan, juget-juget plak kat dapor. hahaha. nak hilangkan bosan.~ ok abaikan. :P

tauhu bunga


haaaaa.  ni la penangan dia pas tengok Ketuk-ketuk Ramadhan. hehe. sejak jadi surirumah ni, KKR ni mmg jarang miss. melainkan guest dia tu retiss yg aku xminat, yg tu aku skip. hehe.

ni aritu aku tgk retiss Wan Sharmila, Sis Sheila buat Tauhu Bunga/Tauhu Terbalik. cam sempoi je lauk yang dia buat. berkobar siott nak buat. disebabkan semalam 2 org adik aku balik dari asrama, baru best sikit buat nak makan ramai kan. Bawak plak berbuka kat padang MPK, perghh memang syiokk. yang tak beberapa nak syioknya, adik aku, Angah je yang xde. so xcomplete la. n rezeki xdisangka bila kitaorang dapat 5 botol besar Coke free! 1 lori dtg kat padang MPK bagi air Coke ni. Alhamdulillah.

oke. berbalik cite Tauhu Bunga ni, nak buat dia simple, tapi kene tengok step-by-step cara nak membunga tauhu kering tu. ni aku bagi step-by-step dgn gambar lagi. untuk menyenangkan korang buat. aku dah bagi step-by-step ni so korang buat taw! senang sangat!


1) gunting di penjuru tauhu kering.gunting 3 line ikut line petak tu.


2) terbalikkan tauhu perlahan-lahan. sampai dia membentuk macam ni:

3) kikis isi tauhu. tapi jgn laa kikis sampai habis. kikis isi2 yang tebal je. isi tauhu tu simpan.


4) sumbatkan inti tgh2 tauhu tu. sumbat sampai padat taw.

5) nak goreng pon kena ikut cara dia jugak. goreng tu, terlangkupkan bahagian kelopak kebawah. supaya kelopak bunga dia nampak.




oke. aku rasa buat ni lagi senang dari buat bergedil. xrenyah. hihihi. rasa lagi sedap. cam wantan pon ade aku tengok. dumpling dumpling. haha. so ni aku bagi resepi dia so jangan lupa try taw. lagi-lagi buat menu berbuka.


TAUHU BUNGA

beberapa biji tauhu kering (+- 12 biji)-jadikan kelopak bunga

inti:
2 keping daging cincang Ramly - Sis Sheila guna isi udang n ayam
daun bawang & daun sup - hiris halus
sebiji lada merah-buang biji n dadu halus
garam n serbuk perasa
1 biji telur
isi tauhu (dari tauhu yg dibuat bunga tadi)

~gaulkan semua bahan inti hingga sebati. sumbatkan dalam kelopak tauhu.
~goreng hingga daging masak.


Thursday, August 2, 2012

homemade jelly kelapa

haaaa...aritu kan faa ade cerita pasai air kelapa tawar yg ditransform jadi sirap kelapa? sebenarnya xsemua faa jadikan sirap kelapa. ade lebih kurang 1 jug kecil lagi air kelapa tersadai dlm peti ais. huhu. tibe2 teringin nak buat Jelly kelapa sendiri. sedapnya..makan plak sejuk2.



resepi ni aku main ikut logik aku je. hoho. Alhamdulillah menjadi. banyak jugak dapat. so dapat laa makan puas2. xde laa macam orang jual tu sikit je. nak beli banyak kang mahal. hoho.



JELLY KELAPA

1 bungkus besar air kelapa muda (beli kat kedai)-lebih kurang 2 biji kelapa muda
1/2 paket agar-agar tali
 1 1/2 senduk gula - ikut citarasa
1 cawan air

~tapiskan air kelapa. simpan isinya dalam bekas lain.
~rendam agar2 10-20 minit. tapiskan
~masak agar2 dengan secawan air hingga agar2 larut.
~bila dah larut, masukkan air kelapa dan gula. kacau lagi sampai sebati.
~tutup api dan tapiskan. tuang agar2 ke dalam acuan yang digemari.
~akhir sekali letakkan isi kelapa muda ke dalam setiap agar2. sejukkan.




amacam?senang kan? kalo keliling rumah ade pokok kelapa, xpayah laa membazir duit g beli kan? bagi aku yang tanah pon ade laa sekangkang kera, inikan nak ade pokok kelapa, baik pergi beli je. tapi tu laa.. selalu kena tipu dengan org yg jual air kelapa ni. apa-apa pun, Alhamdulillah. :)

Wednesday, August 1, 2012

maggi racun

perggh nama dia. serrammm beb. aku tak penah taw wujudnya Mee Racun. first time aku tengok, aku g jelajah blog qasehqu quinnie. dia buat Mee Racun. Nampak mcm sedap. siyes walaupun time aku tengok blog tu time pas berbuka pose, tapi perot otomatik jadi lapor bile tgk kejadian Mee Racun tu. moh tengok Mee Racun qasehqu quinnie, click (#_#).



pastu tgk plak CMG pon ade buat. lagi laa bertambah tegodanya. nak tengok keracunan mee beliaw yg mampu buat aku tergoda? click (@_@)

bila dah dua kali tengok tapi tam amek ape2 tindakan macam tarak guna jugak kan. haha. bile g dapor, mee takde. yang ade maggi je. so bedall je laa. hasil cedok2 resepi quinnie ngan CMG, aku pon main campak2 je laa guna bahan2 yang ade dalam peti ais tu. janji ade rase. huhu. kalo quinnie guna air rebusan daging batang pinang, CMG guna air rebusan tulang ayam, aku plak guna air rebusan udang. hehe. da mcm mee udang laa plak. abaikan. aku nak namakan dia Maggi Racun jugak. hoho. jom tengok resepi aku. kalo korang nak resepi sebenar Mee Racun, tengok blog diorang taw!



MAGGI RACUN

4 bungkus maggi goreng - amek mee dgn 2 paket perencahnya saja.
sedikit minyak (nak guna minyak maggi goreng pon boleh.)
3 sudu cili blender (yg dah diblend dgn bawang n bwg putih)
daging cincang Ramly - ikut suka
beberapa ekor udang
3 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
2 sudu kicap pekat
air
2 biji telur
sayur-sayuran (faa guna tomato dgn kacang peas)
bawang goreng

~rebus maggi sampai kembang. tapiskan
~panaskan sedikit minyak. tumis cili blender sampai garing.
~masukkan daging cincang. biar sampai daging masak. masukkan air.
~masukkan bahan perasa Maggi, cili sos, kicap pekat, tomato sos, dan kacau rata. perasakan.
~bila dah mendidih, masukkan udang. masak 10 minit. masukkan sayur2 dan akhir skali masukkan telor. jgn kacau. kecilkan api dan biar sampai telor masak/separuh masak.
~tuang kuah atas maggi dan tabur bawang goreng. 



perggh! sodappp woo. seswai laa kalo nak mkn lepas terawikh or nak buat juadah sahur. kalo untuk berbuka tu gantikan laa ngan mee ya. macam tak beberapa elok plak berbuka dgn maggi. hehe. pape pun, ikut citaras korang k. janji sedapp kat tekak kita.