faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, August 17, 2013

BULGOGI. KOREAN BBQ SET.



Haaa..jom kita tukar selera sekali sekala. kita try makan makanan korea plak. sedap taw. bagi faa yang perut melayu ni pon boleh terima so apa lagi korang kan. oke la jom kita tengok cara-cara nak buat. senang n sedap!

FIRST :

MARINATED BEEF AND CHICKEN

  • 1 kg daging - hiris halus
  • 3-4 keping dada ayam - hiris halus
  • 1 cwn kicap manis*
  • 3-4 sudu sos tiram*
  • 4-5 ulas bawang putih - cincang halus
  • 4-5 sudu cili flakes*
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu halia cincang halus
  • garam gula secukup rasa*
  • (bahan bertanda * tu ikut laa citarasa ya. rasa then bila kurang tambah la apa patut)
~gaul kicap manis, sos tiram, bawang putih, cili flakes, minyak bijan, halia cincang, n garam gula hingga sebati. bahagi dua. perap dengan ayam n daging. selama beberapa jam. semalaman lagi sedap.


SECOND :

NASI KOREA
  • 1cwn beras biasa
  • 1cwn beras pulut
  • secubit garam
  • air (macam masak nasi biasa)
~basuh smua beras then masak semua bahan macam biasa.


THIRD :

GOCHUJANG (KOREAN CHILLIE SAUCE)

  • 1 sudu tauchu
  • 2 sudu serbuk cili
  • 1 sudu gula
  • sedikit air
~blender semua bahan sampai halus.

FOURTH :

PREPARATION
  • kimchi secukup rasa
  • salad secukup rasa
  • daging n ayam marinated
  • nasi korea
  • gochujang
  • dapur kecik
  • pan or kuali leper
  • chopstick or penyepit
  • minyak sedikit untuk melenser
~oke. ikut laa cara-cara seperti gambar bawah ni.









Blueberry Choc Soft Cheesecake for My Ummi's birthday.


Apa khabar semua? Masih tak terlambat lagi kan faa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua. maaf zahir dan batin. sorry laa lama tak update. bz sebz bznya. gambar-gambar juadah raya yang faa masak pon tak smpat nak snap. so tak dapat laa nak siarkan. gambar-gambar masakan masa bulan puasa je yang ada. gambar kuih raya pon xsmpat.


tengoklah rupa kek ni pon tak beberapa nak cantik dekonya. sebab buat kat Kuantan tapi deko kat Temerloh so cincai-cincai je la dekonya. buat kek ni sempena birthday ummi 25 July haritu. Soft cheesecake ni favourite dia. memang rasa berbaloi dapat buat kek kesukaan si empunya birthday kan? resepi ni faa pernah buat dulu (*_*) n thanks to akak ni sape entah nama dia, btw thanks kak. click sini (#_#)

BLUEBERRY CHOC CHEESECAKE

  • 4-5 keping cheesedale
  • 200 ml susu UHT
  • 70 gm butter
  • 70 gm tepung kek/gandum - ayak
  • 70 gm gula halus
  • 4 biji telor

~potong chese kecik-kecik (aku koyakkan je). Campurkan susu dan cheese dlm periuk kecik. Masak guna api perlahan sampai cheese cair. Pastikan sentiasa kacau. Bila cheese dah cair masukkan butter. Kacau hingga semua larut then tutup api.
~asingkan putih telur dan kuning telur.
~campurkan gula dlm putih telur then putar sampai jadi meringue (kembang. bile kite terbalikkan mangkuk, putih telur x tumpah)
~di bekas yg lain, putar kuning telur hingga kembang. masukkan essen vanilla dan adunan susu + cheese td. kacau hingga rata.
~masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga tepung tak berketul.
~masukkan meringue dan kaup balikkan menggunakan spatula/senduk.
~alaskan loyang dgn kertas minyak. tuang adunan kek dlm loyang dan bakar menggunakan kaedah water bath. mcm ni--> (KAEDAH WATER BATH) pada suhu 170C selama 20 minit. Selepas 20 minit, turunkan suhu pada 120C dan bakar lg selama 40 minit.
~faa lapis dngan jem blueberry then tuang choclate ganache.


Friday, July 26, 2013

Kuih Dadar Savouri


hai. masak apa harini? harini faa berbuka kat rumah nenek. so korang yang cuti tu takkan nak beli jugak kan untuk juadah berbuka. alang-alang cuti sekali-sekala, masuk laa dapur. memasak. hehe. jangan tension. faa ada resepi simple untuk juadah kuih.

actually masa faa belajar memasak kat sekolah teknik dulu, suka buat kuih dadar savouri ni. tapi buku resepi hilang. google resepi ni, tapi takde yang buat sama macam masa faa belajar dulu. just terjumpa blog CMG dia ada buat lebih kurang macam kuih dadar savouri. tapi dia xgoreng. so faa just amek resepi dadar je. inti tu guna resepi faa sendiri. thanks ya CMG n minta izin share kat sini.


KUIH DADAR SAVOURI

Bahan untuk kuih dadar :
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cwn air
  • 3 sudu minyak masak
  • sedikit pewarna kuning
  • garam secukup rasa
~kacau semua bahan hingga sebati. tapiskan.
~panaskan pan. masukkan sesenduk dan ratakan. biar hingga masak dan angkat. ulang hingga habis.

Untuk Inti :
  • 1 keping dada ayam (dadu) - boleh ganti udang
  • 1 cwn carrot (dadu halus) - boleh ganti sayur campur
  • 2-3 sudu serbuk kari - larut dgn sedikit air
  • 2-3 sudu cili blender (cili+bawang besar+bawang putih)
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air
~panaskan minyak, tumis cili blender hingga garing. masukkan ayam dan serbuk kari. kacau hingga garing. 
~masukkan carrot, sos tomato, sos cili, dan kacau rata. masukkan sedikit air dan biar hingga semua masak dan kering. perasakan. tutup api dan sejukkan.


Untuk digoreng:
  • 2 biji telur + 2 sudu susu segar + secubit garam - pukul
  • secawan breadcrumbs
  • minyak untuk menggoreng
~letak inti di tengah kulit dadar. gulung macam kuih ketayap. buat hingga habis.
~panaskan minyak. celup dalam telur dan golekkan dengan breadcrumbs hingga rata. 
~goreng dengan api besar hingga garing. goreng sekejap je. toskan dan angkat. hidang ngan sos cili.



Wednesday, July 24, 2013

Homemade Kimchi di Bulan Ramadhan


Apa khabar semua? puasa tak ni? haaa. jangan ada yang ponteng ya. oke malas laa nak membebel panjang kan. jom kita menjelajah Korea dengan buat Kimchi. 

Apa tu Kimchi? bagi faa, bahasa pasarnya Kimchi ni sayur jeruk orang Korea. dalam bahasa Jawa, setelah di google, maksudnya a traditional fermented Korean side dish made of vegetables with a variety of seasonings.

orang Korea ni kalau makan mesti kena ada side dish. alaa macam kita laa kan, mesti nak ada sambal belacan or tempoyak or sos or apa-apa je laa janji bersambal..kan? so konsepnye sama je.

faa dah lama teringin nak buat Kimchi tapi bila resepi dikaji, tengok bahan-bahan dia, banyak menggunakan bahan yg tak munasabah. guna taucu laa..kalau resepi asal guna fermented anchovies stock, ada blogger tu gantikan ngan air budu. kalau dipikirkan memang sama je kan konsepnye. ada jugak yg menggunakan cencaluk. bagi faa kita memang kena creative dalam proses penggantian bahan kalau kita takde bahan-bahan tu. pegang dgn kata-kata KITA BUAT DIA. hehe. so ditangguhkan la niat nak buat tu.

semalam kawan faa, Nadia Aqeela request resepi Kimchi..kebetulan malam tu jugak teman ummi sopim barang dapur, so sauk laa barang-barang nak buat Kimchi nih. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak, ye dak? haha. oke jom laa tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Kimchi ni. jangan risau, selagi namanya resepi Faa, takde yg rumit. semua faa ringkaskan n made it easy. jom try!

HOMEMADE KIMCHI

Fasa Pertama
  • 1 biji napa cabbage. (Kobis Cina) - saiz sederhana besar. tak besar sangat, tak kecik sangat.
  • 1 cwn garam
  • 1 periuk / besen air - guna air penapis or air masak or air mineral ya. takut nanti sakit perot plak.

~potong bhg bawah (buntut) kobis tu. leraikan satu-satu dan dicuci sehelai demi sehelai. untuk mengelakkan ada ulat menumpang ya. toskan.
~oke, cara potong boleh ikut suka. boleh belah tengah mcm faa buat dlm gambar, boleh hiris kasar atau sebiji tu dibelah 4 tanpa dibuang bhg bwah tu. ikut kehendak memasing laa ya.
~larutkan garam dalam air. faa guna air penapis..rasa selamat sikit sebab kita nak makan mentah benda ni kan. bila air dah agak-agak boleh meneggelamkan kobis tadi, n garam dah larut, rendam semua kobis tadi dalam air garam tu. pastikan semua terendam k. nanti ada bhg yg tak rasa masin.
~rendam selama 2-3 jam. balik-balikkan setiap 30 minit supaya semua bhg kobis terendam dgn air garam.


Fasa Kedua
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 3 sudu taucu
  • 2-3 sudu serbuk cili - tak suka pedas, kurangkan..nak pedas lebihkan. tapi disarankan ikutla resepi ni. sedang elok je.
  • 3-4 sudu gula - ikut rasa
  • sedikit air - untuk memudahkan bahan diblend. jangan banyak sangat. lebuh kurang 1/2-1 cwn
  • 1 biji bawang besar - saiz besar
  • 1 sudu udang kering - boleh ganti dengan cencaluk / air budu / ikan bilis
  • 1 sudu serbuk nasi goreng cina Adabi - boleh ganti dengan serbuk perasa
  • 1-2 sudu cuka
  • 1 sudu sos tomato
~ blend semua bahan kat atas hingga lumat.

**bahan-bahan kat atas ni kena sesuai dengan citarasa kita, so dah blend semua ni rasalah ya. tambah laa apa yang patut ikut citarasa masing-masing.

  • 3 sudu tepung beras - faa guna tepung pulut
  • 2 cwn air
  • 2 sudu gula
~kacau tepung dan air hingga larut. masak atas api perlahan n sentiasa kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat. masukkan gula dan masak hingga gula larut. tutup api dan kacau lagi hingga suam.

  • 1 cekak besar daun bawang - bersihkan dan potong memanjang.
**kat sini boleh laa nak tambah sayuran lain macam epal merah (didadu), lobak putih (didadu besar), carrot (disagat), sawi (dipotong kasar). just untuk bahan perapan. faa taknak guna semua ni sebab takut tak termakan. kan dah membazir. tapi adik faa, Angah cakap dia makan lobak putih tu so lepas ni boleh laa masukkan. 


~masukkan bahan blender, adunan tepung dan daun bawang dan kacau rata hingga sebati. so siaplah kita punya Kimchi Paste. biarkan seketika sementara tunggu kobis kita tengah berendam.

ni lah Kimchi Paste kita. jangan lupa pakai sarung tangan ya! nanti tangan pedas berapi wooo. faa terkena sikit je pon dah pedih. n untuk kebersihan jugak!


Fasa Ketiga

~bila dah cukup 2-3 jam, bilas kobis sehelai demi sehelai dan toskan.
~salutkan Kimchi Paste pada kobis sehelai demi sehelai hingga habis. macam dalam gambar ni. pastikan sehelai demi sehelai ya supaya kimchi paste tu rata kat setiap sudut kobis tu.


~bila dah habis salut dan lumur kobis tu, ambik satu tupperware kedap udara dan susun kobis sehelai demi sehelai dalam tupperware tu. pastikan lepas letak sehelai kobis, tekan-tekan padat supaya takde ruang udara antara lapisan kobis tu. bila ada lapisan udara, takut nanti berkulat.
~bila dah habis susun, tuang semua lebihan kimchi paste n tekan-tekan lagi supaya betul-betul padat dan takde ruang udara. tutup rapat tupperware dan biar pada suhu bilik selama 2 hari. 



**macam mana nak taw dia dah jadi jeruk? bila keliling kimchi tu ada buih. 
**lepas 2 hari, boleh laa simpan dalam peti ais. kalau kita nak makan, ambil sedikit kimchi, dan pastikan tekan lagi kimchi tu supaya udara keluar. oke?


actually resepi ni faa yang create hasil dari resepi ni sikit, resepi tu sikit, mana yang sesuai ikut citarasa faa. thanks pada blogger-blogger masakan yang faa buat resepi mereka sebagai rujukan. antaranya niena sofea, maangchi, blog beyond kimchee, and blog MY ILGI. terima kasih n thank you for the awesome recipe u have shared.


korang cuba laa buat taw. senang je sebenarnya. kalau takut tak habis kimchi ni, jangan risau, kalau kita buat BBQ, kita boleh bakar sekali kimchi ni. oke, ni sumpah sedap! faa dah try. tak pun boleh buat kimchi sup, nasi goreng kimchi, kimchi stew, tak pun balut nasi, kimchi, daging dalam daun salad! yummeh!! selamat mencuba!













Tuesday, July 23, 2013

Set Bubur Talapia Goreng.


Apa khabar semua? lama tak bersiaran kan. hehe. Salam Ramadhan. faa tau agak lewat nak ucap tapi kita masih di bulan Ramadhan kan? hehe. sorry lama tak update sebab entahlaa. malas den botingkek tingkek. haha. hari ni rajin sikit nak update sebab tak lama lagi nak update pasal kuih raya. hehe. oke laa. tak nak membebel panjang bulan pose ni, jom tengok resepi faa ni.

resepi ni simple n cepat nak buat lagi2 kalau nak bersahur. Set bubur simple ni bila-bila masa kita boleh buat. makan dengan lauk lebihan berbuka or just goreng telur pon dah memadai. nak lagi sedap makan ngan cili kicap. perghh!


BUBUR SIMPLE

  • 1 cwn beras
  • 4 cwn air
  • 1 paket perencah nasi goreng cina Adabi
  • 1 sudu hirisan halia
  • 1/2 cwn hirisan ayam/udang/daging
  • 1/2 cwn mixed vege.(optional)
~masukkan semua bahan dalam rice cooker. kacau sebati. masak.
~faa makan dengan sambal kicap n talapia goreng! memang sedap! selamat mencuba!





Wednesday, July 3, 2013

Choc on Top Bread Pudding with vanilla sauce.


macam biasa, habis je paper, start laa men update blog kan. salah satu cara nak release tension. menu puding roti ni puding fevret faa. faa suka buat n makan puding roti. tapi faa tak suka makan puding roti yg sama. faa akan pelbagaikan perisa dia. cewahh. kali ni faa tabur hirisan ceklat atas dia. bila bakar dia cair. perghh. memang hebat kombinasi puding roti n coklat.


kebetulan buat ni untuk bawak ke asrama adik ke-4 faa, Ateh. seronok dia dapat puding roti. faa paham camne perasaan budak asrama ni. ye laa, dari form 1 duduk asrama, kalau family datang time kita tak balik sambil bawak makanan banyak2 n share ngan kawan-kawan. best sangat moment tu. oke rindu zaman sekolah.


oke la. membebel je kerjanya. jom laa tengok resepi simple puding roti faa ni.


CHOC ON TOP BREAD PUDDING

  • sebuku roti (kecil) gardenia
  • 1/2 kotak besar susu segar - 500 ml
  • 1/2 tin susu cair
  • 9-10 sudu gula
  • 8-9 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 50 gm butter
  • 50 gm milk chocolate
~koyakkan roti. sapu sedikit butter keliling loyang. susun roti hingga penuh loyang.
~satukan susu segar, susu cair, gula, telur dan esen vanilla dalam mangkuk. kacau hingga gula larut.
~tuang adunan telur ke dalam roti. tekan roti dengan garfu supaya semua roti menyerap adunan telur. biar terendam 1/2-1 jam. panaskan oven suhu 150-200C
~hiris kecil-kecil butter dan coklat. tabur atas puding roti.
~bakar 25-30 minit atau hingga masak.


VANILLA SAUCE

  • 1 1/2 tin susu cair
  • 3-5 sudu gula
  • 3-4 sudu tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla
~masukkan semua bahan dan kacau sebati. tapis dalam periuk kecil.
~masak api perlahan dan sentiasa kacau hingga mendidih. tutup api tapi kacau lagi hingga suam.
~sejukkan dan tuang atas puding roti.





Saturday, June 29, 2013

Red Velvet Crepe Cake with White Chocolate Buttercream Filling


hai uolls. dah lepas satu paper, tinggal 5 more final exam paper nak diharungi. esok paper eTourism tapi macam biasa tengah study, selit update blog jap kan. heuheu.


ok nak jerit jap. YAHOOOOOOOOOOOOOO!!!!! crepe cake yang dah lama mengidam nak buat akhirnya menjadi realiti!!!!!! Alhamdulillah menjadi. Al kisahnya, kawan faa Nana n Akma ni ada request Red Velvet Cake. faa tau diorang request main-main. hehe. tapi faa bila dah dengar request dari kawan2 ni, dah ada kesempatan, tak buat rasa macam bersalah plak. kebetulan faa pon sangat sangat lama teringin nak makan Red Velvet and sangat sangat lama jugak teringin nak makan Crepe Cake. so klink! dapat idea. why not kita gabungkan n buat RED VELVET CREPE CAKE? oke terus berkobar-kobar nak buat.


so sampai je Kuantan, terus laa godek-godek dapur tengok bahan2. resepi pon dicari tapi resepi sikit n kurang memuaskan n tak beberapa mengikut kehendak n selera faa. sebab faa tak nak guna cream cheese as dia punya filling. faa nak guna white chocolate utk filling dia. so faa cari laa resepi chocolate crepe cake sbb asas red velvet ni kek coklat kan? just tambah buttermilk n pewarna merah. mengikut kajian faa la. so faa berkenan ngan resepi dari JUICY CAFE AND CAKES dengan blog YEEINGNG. faa kaji dua resepi ni n gabungkan mana patut, tolak tambah bahan, n buttercream pon faa guna resepi JUICY CAFE just tambah white chocolate ganache. n hasilnya? wallla!!!! thanks to both of u sebab sudi share resepi. Jom tengok resepi dari faa ni.


RED VELVET CREPE CAKE with WHITE CHOCOLATE BUTTERCREAM FILLING

Untuk Crepe :
  • 3/4 cwn gula castor - kalau nak kurang manis, kurangkan lah
  • 4 biji telur size A
  • 1 cwn buttermilk (1 cwn susu segar + 1 sudu cuka makan/jus lemon. biarkan 1/2 jam suhu bilik)
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 60 gm butter cair/minyak
  • 3/4 cwn dark chocolate - hiris halus
  • 1 sk vanilla esen
  • 1-2 sudu pewarna merah - hingga mendapat warna yg dikehendaki
  • 190 gm tepung gandum - ayak
~double boiled dark chocolate (isi 1 cwn air dalam periuk kecil, panaskan dgn api sederhana. letak mangkuk besi/kaca (yg tahan api) atas periuk kecil dan mauskkan chocolate dalam mangkuk. biar hingga chocolate cair. pastikan air dlm periuk tak kena mangkuk!!). tutup api. masukkan butter/minyak dan kacau sebati. alihkan mangkuk dari periuk. sejukkan sedikit.
~masukkan gula castor, telur, buttermilk, susu segar, vanilla esen, ke dalam chocolate cair tadi dan kacau rata hingga sebati.

 ~masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua sebati. masukkan pewarna merah hingga mendapat warna yg anda suka dan kacau lagi. tapiskan adunan.
~panaskan non-stick pan (api kecil). masukkan 1 senduk (sederhana besar) adunan dan ratakan dalam pan. biar hingga masak. jangan dipalingkan, terus angkat letak atas pinggan. bila dah sejuk, lapiskan dengan plastik. ulang hingga habis crepe.
~bila dah habis buat crepe, cover crepe dgn plastik dan simpan dalam peti sejuk untuk elakkan crepe kering.

Untuk White Chocolate Buttercream Filling.
  • 250 gm butter
  • 50 gm gula icing
  • 2-3 sudu susu segar
  • 250 gm white chocolate - dihiris halus
~double boiled white chocolate hingga cair. masukkan susu segar dan kacau rata. sejukkan suhu bilik hingga betul-betul sejuk tapi masih cair.
~putar butter dengan gula icing hingga betul-betul kembang dan gebu.
~masukkan white chocolate dan kacau rata menggunakan spatula. sejukkan dalam peti sejuk 10 minit.
~ambil sekeping crepe, ratakan dalam anggaran 3-4 sudu buttercream. ratakan hingga menutupi crepe. letak sekeping crepe dan ratakan buttercream lagi. ulang hingga habis. kalau ada lebih, boleh ratakan seluruh crepe cake dengan buttercream tu. balut dengan plastik dan sejukkan semalaman.



(sorry takde gambar whole cake sebab look disaster. hehe)



Thursday, June 27, 2013

Lava Chocolate Cake


sekali lagi amek kesempatan lari dari tension memahami membaca menghafal menelaah subjek Hotel Design and Layout yg papernye esok. tibe tibe tekak ni teringin sangat nak Lava Chocolate Cake ni. terbayang2 lagi kek coklat yg gooey, hot melted inside and crunchy outside, more heaven when eat with a scooped of cold vanilla ice cream. pergh!! teringin! teringin!


tapi hanya mampu update blog dan tatap gambar je laa bila kat Melaka ni xleh nak buat kek ni. sob sob. faa taw faa akan menyesal lepas update ni sebab akan teringat2 kat kek ni. tapi apakan daya....... jom laa tengok resepi mudah n sedap ni yang diambil dari ABM. thanks ABM n faa mintak izin share resepi gojess ni kat sini ya. temkiu temkiu.


LAVA CHOCOLATE CAKE

  • 150 gm dark chocolate - cincang halus
  • 70 gm butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 1/4 cwn tepung gandum - ayak
  • 1 sk esen vanilla
~panaskan oven 200C.
~double boiled dark chocolate. (masukkan secawan air dalam periuk kecil, biar hingga mendidih. letak mangkuk besi/kaca atas periuk. masukkan dark chocolate dan kacau hingga cair. pastikan air tak kena pada mangkuk.)
~tutup api dan masukkan butter. kacau hingga butter cair.
~dalam mangkuk lain, putarkan telur dan gula hingga gebu dan pucat. masukkan esen vanilla dan putar lagi.
~masukkan coklat tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau laju supaya telur tu tak masak. kacau rata.
~masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik hingga rata.
~masukkan ke dalam cupcake paper hingga 3/4 penuh. jangan penuh sangat nanti melimpah. boleh juga guna bekas remekin, tapi gris dengan sedikit butter dulu.
~bakar 12-15 minit bergantung pada oven. hidang suam-suam bersama dengan aiskrim vanilla.


tengoklah tu bila kek yg suam makan ngan aiskrim vanilla. cair tuuuuuu!!!!sedapppp!!!!


 yang kat bawah ni tanpa aiskrim. saje nak bagi close-up sikit.

 amacam? melting tak?

Donut tanpa Yis. senang!!


apa khabar semua? lama tak update rindu sesangat rasanya. kalau hari tu busy dengan assignment n presentation yang tak sudah2, ni busy nak final exam pulak. belom lagi masuk sem depan iaitu sem 6 a.k.a sem akhir. lagi lagi lagi 4857x busy dengan class trip to Thailand, research, assignment n subject yang agak susah and thrill!! ugghhh. sakit gak jiwa bila pikir ni. so malas ngat nak pikir. heuheu. sudahkan mana yang terdekat dulu. 

oke walaupun busy tahap menteri, masak tetap masak kalo ada kesempatan balik rumah tu. banyak gak la resepi tertunggak yang nak difinishkan n dishare dalam blog ni. antaranya resepi simple ni. disebabkan tekak nak n teringin makan donut, kebetulan takde yis n malas nak uli lebih, faa terjumpa laa resepi donut tanpa yis a.k.a chinese doughnut kat blog IzahMuffinLover. thanks kak izah sudi share resepi ni n faa mintak izin share kat sini pulak ya. jom usha!


DONUT TANPA YIS / CHINESE DOUGHNUT

  • 2 cwn tepung gandum 
  • 1/2 sk garam halus
  • 2 1/2 sk baking powder
  • 1/3 cwn butter
  • 3/4 cwn susu segar
  • minyak untuk menggoreng
  • gula castor untuk salut donut - faa guna gula icing
~ayak tepung, garam n baking powder.
~masukkan butter ke dalam bahan ayak. gaul menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti bread crumbs (tiada ketulan besar)
~masukkan susu segar dan uli hingga menjadi doh besar.
~bahagikan kepada ketulan kecil dan bentukkan bulat dan leperkan. mula2 faa guna gelas bulat untuk terap dan gunakan penutup botol mineral untuk bulatan kecil.
~panaskan minyak menggunakan api sederhana besar.
~goreng hingga kekuningan, angkat toskan dan gaul dengan gula. 
~hidang dan makan! sedap!



Friday, June 14, 2013

Swedish Meatball Baked with Cheese.


oke malas nak cite banyak. terlampau busy dengan assignment yang tak berperikemanusiaan. so layan je Swedish Meatball Baked with Cheese. sama macam resepi sebelum ni. gaul meatball ngan gravy, letak dalam dulang, cover ngan 2 keping cheesedale, drizzle sikit sos cili n mayo n tabur sikit dry oregano (xde pon xpe). bakar hingga cheese cair. ngap la! hehe.



Swedish Meatball ala Ikea




Saturday, June 8, 2013

Ayam Ujang


Ayam Ujang ni menu favourite faa kat foodkot kat apartment faa ni ha. sedap sangat kalo makcik ni masak ayam ujang ni. pedas giler. bukan ayam je taw. bebola daging, ikan pon dia buat lauk ujang ni. memang specialty makcik ni la. set nasi ujang ni selalunya nasi putih + ayam ujang + telor = rm4. sedap.


oke bila dah nak dekat hari-hari makan, dah boleh agak la bahan dia apa. yg penting, cili api bahan utamanya. pada sape-sape yg ada masalah buasir jangan riasu..leh je guna cili besar kaler hijau tu. jangan nangis. jom faa bagi resepi yang main agak-agak ni.


AYAM UJANG

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil. nak besar pon boleh. ikut suka. tapi kalo campak sekor tu tak proper la plak kan.
  • segenggam cili api hijau
  • 3-4 biji cili api merah (cili Vietnam)
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 batang carrot - dipotong ikut suka
  • 3-4 batang kacang panjang - dipotong
  • 1-2 asam keping
  • 1 paket perencah nasi goreng cina Adabi / 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • garam gula secukup rasa
  • sedikit preahan limau nipis - kalau kurang masam
  • minyak untuk menumis
~blender semua cili, bawang besar dan bawang putih. panaskan minyak.
~masukkan bahan blender, serai dan asam keping. kacau-kacau hingga garing. kalau terlampau garing, masukkan sikit air. masukkan ayam dan kacau.
~bila ayam agak masak, masukkan sos tiram, perencah nasi goreng cina Adabi, carrot, kacang panjang. kacau hingga rata.
~bila dah sebati, perasakan dengan garam, gula dan kacau lagi. masukkan jus limau. biar hingga ayam masak. tutup api dan hidangkan.