faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, January 5, 2013

sayur tumis telor - fresh dari kebun nenek!

hye uolls. hehe. ni akibat dari tension n malas nak pulun study, aku curi-curi update blog. tambah pulak perot tengah lapor, asyik teringat makanan je. pas update kang aku turun foodkot cari rezeki Allah untuk disantap. hehe. esok ada paper. Club Management. bukan club yg clubbing tu ya. huhuhu. club persatuan, golf club, n seangkatan dengannya. sekian. :)


ni aku nak cite laa kan. nenek aku ni tangan dia mesra dengan tanah. apa yang ditanam menjadi je. sebab tu aku suka balik kampung. boleh makan sayur fresh! buah pon ada. kacang panjang, bendi (paling best!), kacang botor, bunga kobis, kucai, daun bawang, sawi, pegaga, terung pipit, daun limau purut, limau nipis, limau kasturi, terung n macam2 lagi la. -perotberbunyik!-

buah pulak kuini, mempelam kecik, jambu, kedondong, rambutan, betik dll. nenek aku takde kebun yang specific sebenarnya. just tanam dalam pasu n tepi2 rumah je. so kalo nak just petik je. hari yang aku balik tu kebetulan kacang panjang tengah rancak mengeluarkan hasil. nampak pulak bendi kegemaran aku pon ada  berbuah tapi sikit. pedulik apa aku, aku petik jugak sebab dah terliur sgt. hehe. bendi ni sedap tak macam bendi jual kat pasar. dia lagi lemak n warna dia kuning2 sikit. Ya Allah Ya Ampun! sedapnya terbayang2.


sayur tumis telor ni fevret family aku. kadang tu saja buat telor lebih dari sayur sebab ada hamba Allah yang tak makan sayur tapi kutip telor. hehe. sayur yg sedap masak camni kacang botor, bendi n kacang panjang. aku gabungkan kacang panjang n bendi seurat dua. aku kutip semua bendi tu dlm pinggan aku. hehe. tomakninah!

lauk ni simple n sedap! cepat n pantas! plus plus murah pulak tu! jom try!

SAYUR TUMIS TELOR


  •  10-15 batang kacang panjang - dibasuh dan dipotong
  • 4 biji cili merah
  • 3-4 biji cili api Vietnam (yg warna merah pedas tahap kaw-kaw)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4-5 biji telur 
  • 1 senduk nasi minyak masak
  • garam gula & bahan perasa
~tumbuk lumat cili merah, cili api, bawang putih n bawang besar. boleh digantikan dgn cili blender (cili kering, bawang putih n bawang besar)
~panaskan minyak. tumis bahan tumbuk hingga garing.
~kecilkan api. tolak sambal ke tepi kuali. biarkan minyak ditgh2 kuali. masukkan semua telur. jgn dikacau. biar telur keras sikit dikeliling. besarkan api. kacau semua bahan.
~masukkan kacang panjang dan kacau rata. perasakan dgn garam, gula n bahan perasa. kacau sekejap jgn lama nanti tak rangup. tutup api n hidangkan panas2. nyumnyum!



8 comments:

  1. Replies
    1. bukan kebun...tapi nenek tanam sekeliling rumah...hehehe

      Delete
  2. Memang best dapat sayur fresh... baunya lain, segar dan wangi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...xde bahan kimia...faa buat ulam je kacang pjg yg muda2...sedapp

      Delete
  3. bestnyer petik kacang fresh2 terus masuk kuali kan.. kalau kcg fresh2 gini akak suka mkn buat ulam.. manis jer org kata walaupun tak terasa manis... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ngan faa..pagi tu bekpes, ummi faa buat nasi goreng kampung, faa pegi petik kacang pjg jadikan ulam makan ngan nasi goreng..memang bertambah-tambah tak hengat..hehehe

      Delete
  4. Bertuahnya dpt masak sayur yg d tanam sndiri / ahli keluarga... Fresh gitu kan... Mmg nmpk menyelerakan ..sedap.

    ReplyDelete

superb komen-ngomen